Selasa, 18 Februari 2014

Tarik nafas di Liga, hayat FA Cup segar bernyawa.

Kita menuntut respond selepas disembelih di Anfield tapi tindak balas yang ditunjukkan ketika pertemuan menentang United bukan seperti yang diharapakan. Pada awalnya, dengan suasana kehangatan perlawanan, perasaan geram, sakit hati dan bengang melihat pemain seakan2 masih bermain dengan fear factor, tapi lama kelamaan bila 2 3 hari cool, pikir2 balik ada mungkin rasionalnya dapat 1 mata daripada tangan kosong. Anda pun boleh kata mungkin gua bercakap begini lepas kita baru sahaja dapat balas dendam dengan Liverpool,entah, gua tidak dapat nafikan perkara itu, mungkin jugak. Kerana gua jugak manusia fan biasa yang mudah dibuai emosi maka jika mood kemenangan elok la angingnya begitulah sebaliknya tapi yang pasti untuk tidak tewas ketika bertemu United, telah restore konfiden terutama backline kita. Dan kekonfidenan itulah yang membantu kita untuk kembalikan momentum dalam game semalam. Iyalah, bayangkan kita ni baru kembali boleh bawak kereta dari suatu eksiden ngeri , kita pasti masih trauma lagi bawak pun berhati2, , pakai tali pinggang keledar,cek cermin sisi betulkan cermin pandang belakang sebelum gerak, -yang last sekali kita buat masa nak lulus ujian JPJ- jarang sekalilah kita nak bawak terus2 laju gila kembali melainkan dalam jiwa ni ada jiwa rempit racer, macam itulah yang gua nampak Arsenal masa lawan United.


Terlalu berhati2 sampai RVP pun hampir hukum kita berkali2 tapi Szczesny datang menyelamatkan keadaan. Perihal berkenaan kita tak ada jiwa rempit, mungkin itu suatu yang dikesali untuk bahagian upfront kerana kita tak berani bermatian disebabkan masih takut dihukum lawan. Kita hanya come close melalui tandukan daripada defender Koscielny yang diselamatkan di far post oleh Valencia, dan satu lagi melalui rembatan mid, Cazorla diselamatkan oleh De Gea. Malam tersebut gua cukup vokal terhadap persembahan hambar dari Giroud namun masih tetap diberi kepercayaan walaupun berdepan apa yang dikatakan 'krisis' peribadi. Gua tak pasti sama ada anda bersetuju atau tidak tapi pada gua, adalah selayakanya peluang itu dikongsi sama rata, jangan nak bagi sangat peluang pada satu pihak sampai menutup terus peluang player2 yang ada. Apa kurangnya Podolski? Hah tengok!Malam tadi dia score apa? Gua tau jawapan Wenger "hah tengok, siapa concede penalti?" Mungkin..gua kata mungkin..pada dia Podolski ni kurang sikit defensive side dalam gamenya. Untuk malam game menentang united, defensive side, kita ok.Rekod tak bolos di gelanggang sendiri dikekalkan. Alah itu pun disebabkan sikap United yang hadir dengan taktik tak nak bagi Arsenal main , mematahkan gerakan, dan counter.Pendek kata malam tu 2 2 team main untuk tidak mahu kalah , lebih daripada mahu menang. Tengok Moyes korek2 dari Giggs di sideline tentang tips2 yang masih diingat zaman Fergie pun dah boleh agak.Kita melepaskan peluang untuk memintas Chelsea tapi kita masih mengekalkan diri dalam perlumbaan agar tidak jauh kebelakang, Game City ditunda akibat cuaca, jadi kita masih no 2 .



Sweet revenge semalam dalam FA Cup. Walaupun tak dapat sampai 5 bijik, tapi macam gua kata dulu, kita jadikan Liverpool kelab paling awal bakal tanpa piala pun dah cukup daripada media dok bantai kita, bagilah media2 ni sasaran baru seketika. Gua pun sebut 'bakal' tadi sebab bila dah takde pertandingan lain ni, senang laa Liverpoool nak tumpu pada kejuaraan liga, tak gitu? Kita pulak busy dengan FA Cup, Champions League , liga lagi, media lagi, Mourinho lagi. kah3.Seriously gua tak paham apa yang dia jaki sangat dengan Le Prof.Sengaja la tuh cari publisiti cipta kontroversi mind games ni. Dari dulu perangai tak habis2 jadi media darling.Dah betul ko memang jenis takut gagal, buktinya orang main bola takkan parking bas depan gol kalau takut gagal, sanggup main buruk asalkan dapat piala tak ke takut gagal nama nya tu.Tiba2 cakap Wenger tak respect dia punya past yakni achievement la kononnya jadi dia balas balik dia pun tak nak respect Wenger punya past.Tak ke Badigol So'od tu.Wenger tak hadap pun.  Wenger macam biasa tenang jawab tak nak layan komen2 bodoh yang tak interesting bagi dia, dia lebih interested apa yang berlaku atas padang. Dan pada gua, gua nampak Mourinho ni dah takde 'kawan', kawan2 lain dalam BPL semua junior2, jadi dia takkan 'bertegur sapa' dengan kawan2 sekerjaya yang masih dirasakan adek2 macam gini,bosan, takde standard baginya. jadi dicarinya ikon2 macam Wenger atau Pallegrini untuk hangatkan suasana.bijak2.Sembang pasal dia dah tak sentuh lagi game semalam, ni belum lagi sembang pasal Olivier Jerat percintaan!






Arsene Wenger membuat 7 pertukaran kesebelasan utama berbanding team bertemu United. Hanya pairing CB Kos dan BFG dikekalkan untuk memberi core stability, selain itu Arteta digunapakai habis habisan memandangkan dia bakal terlepas aksi bertemu Bayern akibat penggantungan, manakala bagai tidak boleh terlepas dari team sheet, rekod signing Ozil juga kekal. Flamini kembali dari penggantungan, Jenkinson ambil alih keletihan Sagna, Monreal cuba bersihkan imejnya yang tercalar di Anfield. Chambo main wide begitu jugak dengan Podolski di belah kiri, Sanogo mendapat peluang keemasan 1st startnya dalam jersi Arsenal setelah berhempas pulas melawan kecederaan musim ini, meninggalkan Bendi mengoyak2 tisu mengenang nasib di rumah. Liverpool pulak menurunkan barisan terbaik yang mereka mampu turunkan, desperate. Dan nampaknya kita belajar dari malapetaka di Anfield. Midfield line kita drop lebih deep dengan formasi 4-4-1-1. Kehadiran Flamini bergandingan dengan Arteta membantu rakan2 seperti Chambo dan Podolski alert agar tidak terlalu memberi kan ruang pada bahagian sayap2 Liverpool yang hari itu mudah dirobek pace gandingan 3S Suarez, Sturridge dan Sterling.setiap kali leka, Flamini akan jerit biar mereka berempat sebaris positioning. Kali terakhir gua kondem gandingan Arteta dan jugak Flamini mereka tak boleh bergandingan, itu ketika lawan Sotuhampton , pada ketika itu mungkin kita tak perlu terlalu berhati2 dan kurang adventurous, tapi untuk game yang nak counter pace ni, ini formula terbaik setakat yang kita ada sekarang dengan barisan player yang tinggal. Walupun masih nampak ada banyak lagi lompong dan ruang yang diperbaiki dengan boleh gua katakan, Liverpool boleh lead 2 3 bijik jugak 1st half tu, tapi tak mengapa, mereka dah gagal dan kita keep calm. Awal2 standard la masih teringat dan ternyiang2 lagi trauma, tapi sebaik sahaja Chambo meledak gol pertama, perasaan lega dan relief jelas terpancar terutama melihat tarian Wenger yang berpusing2 ala2 figura dalam music box.Lepas tu Liverpool mula meroyan dah, main tak tentu hala, lagi2 dengan keeper Lukas Fabianski yang fabulous malam tu.


Gol kedua kita hadir tepat pada masanya. Baru start 2nd half, memang sesuai nak patahkan semangat lawan yang baru nak up. Player yang sering dianaktirikan Wenger, Podolski sekali lagi menggegar jaring.Hasil umpanan  baik dari Chambo. Poldi ni dikatakan "one of the best finisher i've ever seen" tapi masih still tidak mendapat tempat dan terlepas pandang , agak pelik jugak ketika statsitk menunjukkan dia player Arsenal yang paling persis ketika ini. Tapi macam aku cakap awal posting tadi, may be sebab kekurangan dari segi defensive side dalam game nya, kurang track back, terleka dan2 pulak tibe2 terbukti bila terconcede penalti. Ahh tapi siapa yang tak menghadapi masalah dengan itu pada awalanya, jika hadir dari luar dengan reputasi central role, tiba di Arsenal kena main wide. Yang penting, peluang secara konsisten harus dibagi secara adil. Dan malam tadi Podolski tunjukkan fight dan kesungguhan untuk membantu pasukan. Jika tercipta peluang depan gol, player yang kita harapkan ada untuk kasi finish pastinya Poldi. Jadi berbalik pada penalti tadi, Gerrard amik menewaskan Fabianski walaupun keeper Polish tu dah study belah mana biasanya Gerrard ni sepak last sekali lawan Fulham hari tu. Lebur rekod .Gol pertama yang Arsenal bolos di Emirates sejak 695 minit. Dah 2-1 mulalah geng2 Liverpool ni pasang angan2 cameback. Startlah kontroversi Howard Webb tak bagi 2nd penalti lepas kelihatan jelas ada contact antara Chambo dan Suarez. Namun dek kerana reputasi Suarez itu sendiri, mungkin Howard Webb membuat keputusan player Uruguay tu yang terlebih sudah over nya. Kalau mahu berlaku adil, sila kondem juga keputusan Webb yang sepatutnya melayangkan 2nd yellow atas late tackle Kapten Liverpool ke atas Chambo. Liverpool cuba berterusan mencari gol dengan harapan at least boleh bawak balik replay kat anfield. Memang tak dapat lah kali ini, Fabianski cukup power! Power tak powernya dia sapbai tak payah suruh pun Sturridge terpaksa sanggup ikatkan tali boot dia.haaa mau taw!


Gua bangga dan respect dengan overall team performance, display yang ditunjukkan oleh rata2 squad player semalam dan paling penting atmosphere dari para penyokong. Terutama persembahan bertenaga dari Chambo,Podolski punya spirit, ketangkasan Fabianski, disiplin midfield serta back 4, dan steady debut dari Sanogo. Selaku player yang baru berumur 21 dan hanya sempat main 60 minit aksi reserve sebelum kembali ke atas padang, cukup untuk impress gua. Walaupun tak score tapi dia punya fight,determination dan kerajinan tu membuatkan gua tertarik dengan budak ni. Ada potensi dan masa depan, kalau lebih konsisten dan tumpukan pada ketajaman, Giroud punya kerusi tu tak lagi selamat.

Kita bakal menjadi tuan rumah kepada Everton dalam suku akhir yang masih belum ditentukan tarikh tepatnya. Berjayalah kita mengelak dari berlakunya boring merseyside derby. FA Cup masih bernyala api perjuangan, Bara UCL kian terasa. Gua yakin lepas membiarkan Bayern merompak kita di laman sendiri musim lalu,selaku pasukan bukan pilihan,Arsenal pasti ada suatu kejutan untuk anak buah Guardiola!

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: