Selasa, 28 Januari 2014

FA Cup + Jadual + Soton + PUMA!!


Tepat prediction gua 4-0 Arsenal membenam Coventry untuk layak ke last 16 FA Cup. Game yang dipengaruhi pengaruh2 Jerman terutama di 1st half. 2 gol dari Podolski hasil dari rakan sepassoprt Ozil, dan kemudian untuk gol kedua peribadinya malamm itu hasil dari Gnabry-Mertesaceker dan Podolski menanduk masuk. Tak banyak yang boleh ditunjuk oleh coventry tapi mereka sebenarnya berpeluang mengejutkan Arsenal. 2nd half kita macam tertido, gegaran palang dari Coventry menyedarkan Arsenal yang leka. Itu lah sampai BFG nampak basuh kaw2 pada Chambo yang start game malam tu atas kesilapannya walaupun sedikit tapi mampu jadi costly.Argument biasa dalam team kata Wenger asalkan jangan terlampau dan tak bawak ke luar padang. Itulah keharmonian dressing room yang perlu dijaga. Chamberlain terima dengan tenang dan setuju dengan tindakan rakan sepasukan yang lebih tua itu, sebagai peringatan dan pembelajaran dalam mematangkan kerjaya.Di Arsenal katanya lagi ada high standard yang perlu dijaga, kesilapan walaupun minima harus dielakkan, mereka sama2 profesional dan saling memperingati di atas padang bagi menjaga standard tersebut.Class is permanent. Game ini jugak memberi ruang pada seorang lagi bakat muda berpotensi besar ,juga dari Jerman, Gedion Zelalem melakukan debut untuk 20 minit. Nampak bagus dan tak kaget dengan occasion besar macam ni, berani pegang bola.Ada masa depan. 2 gol di akhir2 dari Giroud dan Cazorla menghapuskan saki baki Coventry yang terpaksa akur dengan status Arsenal.Oh ya dan game tersebut adalah salah satu game yang pasti mahu dilupakan oleh senjata rahsia Arsenal, Bendi yang baru kembali dari kecederaan. Menghabihkan boreh.

Kemaraan Arsenal dihangatkan lagi dengan berita undian FA Cup di mana kita dapat Liverpool sebagai tetamu untuk pusingan kelima. Yang menariknya lagi Bulan Februari punya jadual memang pack dan 'menghiburkan'  terutama bagi haters dan neutral. Lepas game malam ni bertemu Soton, kita jumpa Crystal Palace Ahad ni.Lepas tu startlah Liverpool,bpl (a) Manchester United(h) liverpool(h) Bayern (h). Memang betul2 menguji mental dan fizikal pemain dan penyokong.wow! excited , tak sabar! Jose dengan Wenger sekarang saling berbalahan , yelah siapa lagi si Mourinho tu nak berbalah kalau tak dengan otai lama BPL, bajet die nak jaga standard laa taknak layan cicak mengkarung. Isu2 macam transfer dan schedule, siapa yang dapat fixture mudah itu yang jadi modal. Mourinho sepatutnya kena tengok balik siapa punya jadual lagi senang baru boleh bising. Wenger bising2 mengeluh pun katanya dia tak boleh nak salahkan sesiapa mahupun BPL atau FA sendiri kerana dia tahu kata putus dibuat oleh syarikat2 tv broadcasting ni yang beli hak penyiaran, kapitalis. Ini pun dah beberapa game dalam Arsenal.Com umum pindaan tarikh dan waktu game sebab TV nak broadcast. Sebagai pengurus,apa yang dia hanya boleh buat ialah bersuara dalam mesyuarat UEFA kalau boleh pastikan semua team yang bertanding peringkat Eropah dapat waktu rehat sama rata kerana sebarang kecederaan walaupun sebesar kuman bakterianya boleh bagi impak pada game secara tidak langsung pada result. Tahun lepas waktu2 gitu kita kalah pada Blackburn, kemudian kalah pada Bayern.2 harapan piala out dalam satu tempoh masa. Musim ni harap ada sedikit tuah.

Game malam ni menentang Southampton di Stadium St Mary. Sebagai pendahulu liga, Arsenal kena terus bagi tekanan pada pesaing terdekat terutama City dan Chelsea yang akan start menyepak bola esok.Nak2 ada Mersyside Derby, Chelsea layan London Derby dan City ke Spuds yang gua harap seri, kedua2 drop points. 3 mata perlu dikutip malam ini. Catch me if you can!-tema dia. Dulu masa insiden Boruc tu, jarak sebelum game Saint dengan Gunners cuma dipisahkan 3 mata, sekarang 20. Begitulah jauh evolusi kita.Jadi rugi kalau momentum tu terbantut begitu sahaja ketika kita dalam driving seat.  Ramai yang kata Arsenal akan mampuih kalau tak dapat beli siapa2 Januari ni.Ada logik tapi itu cuma andaian kerana pada ketika ini result ditentukan oleh siapa yang atas padang bukan dalam suratkhabar, ayat Wenger. Anak buah Pochettino di tangga ke 9 ketika ini.Tapi tak bermakna Arsenal boleh selamba ambil mudah. Southampton menang 3 dari 6 game terakhir manakala Arsenal menang kesemuanya. Itu satu berita positif. Menambahkan moral boost lagi adalah kepulangan Aaron Ramsey,Arteta dan jugak Mael yang available.Cuma kita kehilangan Jack Wilshere yang mengalami kecederaan ankle. Kembalinya Rambo dan Arteta memberi option lebih di bahagian tengah kerana ketika match coventry Arsenal memilih untuk tidak menggunakan DM ketika Flamini juga direhatkan memberi laluan gandingan CM Chambo dan Jack. Gua suspek Flamini akan kembali start, daripada trio yang kembali tadi mungkin hanya Rambo yang akan start manakala yang lain2 boleh di call up dari bench. . Podolski deserves untuk start lepas display FA cup hari tu tapi tak taulah kalau Wenger kekal prefer Gnabry.

--------------------Szczesny------------------
Sagna---------Per----------Kos-------Gibbs
---------------Flamini---Rambo------------
-------Cazorla-----Ozil------Podolski------
-------------------Giroud--------------------


Berita transfer tiada yang baru cuma rumors tentang Draxler dan bidaan Arsenal 30M up kepada 35M sedang hangat diperkatakan terutama di hari2 terakhir transfer window. Memang frust lagi2 bila tahu berita kecederaan Walcott yang boleh jadi kat siapa2 juga makanya adalah gamble untuk tidak mnyediakan payung sebelum hujan. Apa yang penting ialah Wenger ikat kemas2 dulu player yang ada sekarang ni terutama core player, Sagna,Mael Mertesacker.Dengar cerita Wenger jugak nak lanjutkan kontrak tapi tak sedia nak umum, gua rasa tunggu dulu dan lihat sejauh mana boleh pergi.Jangan dah sign kontrak tiba2 Arsenal terkandas, fan pun backlash balik kembali meroyan , kita akan jadi bahan jenaka sahaja. Namun gua percaya apa2 keputusan yang akan dilakukannya demi masa depan kelab. Kalau transfer deal belum muncul, mungkin certita pasal sponsorship deal dari Puma yang memecah rekod sebanyak 150M (30M setahun) boleh memberi senyuman. Selepas 20 tahun dengan Nike, Arsenal akan start pakai Puma difahamkan start musim 14/15.Mungkin dah tiba masanya untuk berubah dengan wajah yang lebih segar. Bye2 and tq Nike. COYG! "Oi, lengan dia macam mana, lengan !?", jerit Flamini.


  Astro 345AM. Southampton 1 Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: