Rabu, 31 Oktober 2012

Post Match : Membaca amalan mulia





Satu match bola sepak yang lengkap dengan pakej. Emosional, dramatic, traumatic, kemuncakan adrenalin semuanya ada yang membezakan perasaan hanyalah sama ada anda penyokong Arsenal ataupun penyokong Reading.Baik bagi peminat bola sepak sejati yang neutral, game ini pasti masuk dalam list hall of fame kerana menceritakan apa yang sebenarnya bola sepak moden mahukan, kenduri gol, action dan fighting spirit. Gua tak nak memuji lebih2 tatkala satu ketika berada 0-4 kepada Reading(no offense) adalah satu shambolic moment hasil daripada persembahan bagai budak2 yang amat memalukan. Gua jugak tidak pulak hendak kondem lebih2 kerana kredit harus diberikan kepada satu pasukan , sanggup berjuang hingga minit2 terakhir tanpa kenal erti putus asa menafikan segelintir fan2 yang pulang awal ketika sepatutnya masa itulah suara mereka diperlukan. Pendek kata, just enjoy jek game semalam. Raikan kemenangan ke suku akhir,ini bermakna rekod kita 10 tahun berturut2 ke peringkat ini masih kekal.

Baiklah. Segala haramjadah yang berlaku 38 minit pertama mungkin hasil tindak balas daripada kenyataan yang keluar dari mulut Wenger sendiri.Dalam AGM baru2 ini, Wenger declare, tempat ke-3 dan ke-4 atau dalam bahasa saintifiknya kelayakan UCL jugak merupakan satu bentuk 'piala' , lagi bermakna dari piala liga Capital One Cup ni.Haha. Maka line up yang diturunkan jugak kalau dilihat seakan2 melepaskan batuk di tangga tapi di atas kertas jika dilihat, tak ada sebab kita tak boleh nak makan reading dengan muka2 berpengalaman Theo, Arshavin, Koscielny dan juga Chamakh. Mungkin sebab dengar piala ini less priority, jadi player2 pikir "Buat apa laa kita susah2 nak penat2kan badan lagipun bos dah cakap piala ni cap ayam". Wenger tahu piala ini cap ayam dari awal, tapi cap ayam ini lah yang buat dia tak senang duduk bila tengok scoreline dah 3-0 game baru 20 minit.Piala cap ayam nilah yang dia gagal julang, 2 kali occasion semakin hampir dalam final tapi gigit jari.Tambah teruk tengah nak cari2 gol yang boleh lift spirit, kena pulak lagi sebijik. Mano nak letak muko gelabahnye daripada Abang Tony yang usha panas dari executive stand, "ini ke Arsenal yang pernah gua main dulu? nasib baik IC gua awal siket tak sanggup gua tag team dgn kapten Johan malam ni". Djorou jadi kapten, ini jugak satu sebab kita meragui kapten material bawah Regime Wenger, pemilihan sekadar nak tak nak..


 Apa yang sebenarnya berlaku, di mana silapnya? Defensive performance kita awful. Reading nampak bahaya setiap kali menyerang.Koscielny yang patutnya jadi top defender last season dah macam defender league one dibuatnya bila bergandingan dengan Djorou. Miquel dan Carl Jenkinson tak dapat membantu kerana tiada backup di fullback, tak dapat nak serap asakan dan cross yang rata2 sumber kepada gol2 Reading. Keeper Martinez kita jugak masih naif. Dia jangan ingat dia ada passport Argentina dan muka macam Messi dia dah boleh bajet player terbaik dunia, masih kena banyak belajar dan game2 macam ni memang betul2 ajar dia cukup2. Defend kita bagi nampak Jason Robert yg dah tua macam Emile Heskey time muda, walaupun Heskey sentiasa bermuaka tua. Apa yang susah sangat nak handle dia ni malam ni pun gua tak paham. Defend kita banyak sangat bagi muka, bagi ruang. Man marking jugak lemah. gol pertama Robert berpunca dari masalah2 yang dinyatakan tadi. Gol kedua mereka own goal dari Koscielny yang cuba nak clear bola. Tapi puncanya datang dari cross sekali lagi fullback kita tak de support dari wide man.Gnabry dan Theo AWOL. Arshavin pulak tenggelam timbul dengan Chamakh yang mati akal. Gol ketiga tu memang sadis, puncanya jugak melalui kita yang banyak buang bola, Chamakh loose possession., Martinez pulak bagai layang2 terputus talinya melayangkan badan tapi bola tepisannya melambung sendiri ke dalam gol. 0-3

Waktu ni gua rasa kalau Arsenal nak cilok sesuatu kena dapat at least sebijik sebelum tamat 1st half. Tapi bila dah 0-4, tidak dapat tidak, hanya mampu berdoa dan berharap.. kemudian ingatlah team2 seperti Sweden mahupun Newcastle yang pernah buat comeback dari kedudukan ini sebagai sumber inspirasi. Gua jugak rasa punca kita tak dapat main game kita dalah standard dan type player yang diturunkan. Frimpong dan Coquelin bergandingan ala Arteta dan Diaby role tapi kedua2nya masing2 tak tahu nak bajet, bila patut attack, siapa yang patut bantu defend bila nak release bola.Confuse kat situ. Anda boleh lihat perubahan sebaik Frimpong dikeluarkan 2nd half.itu nanti cerita. Dah kono 0-4 away fan yang setia tak balik dengan sempoi melaungkan "We want our Arsenal back!".

Doa dan harpan terbalas. Arshavin through pass kepada Theo yang mengambil alih central role ketika counter attack. Gua pun kalau jadi Brian Mcdermott pasti menyirap melihat defend Reading yang tibe2 switch off tak pasal2 main high line ketika keadaan tak memerlukan pun, lepas tu terperangkap dan bagi 1 gol buat Arsenal. 1 gol yang cukup penting sebenarnya. Untuk terus percaya dan yakin, gol2 di waktu2 macam ginilah yang boleh menaikkan kembali semangat, menyuntik sedikit harapan. 1-4 di separuh masa, segelintir dari 4k away fan dah ada yang meninggalkan Madejski Stadium.Bagi mereka, cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja. Rugi besar. pengajaran berguna jangan sesekali menyerah kalah biarpun ketika kemaluan telah terserlah. Entah apa yang wenger jampi di bilik persalinan, bg pep talk tapi tak sampai la hair dryer treatment, gua boleh nampak perlahan2 Arsenal semakin Arsenal.

Arshavin dan Theo membawa pengaruh besar dalam game ini kerana mereka tak berhenti berlari dan terus mencuba walau kadang2 buat yang tengok sampai garu2 kepala.Bibit2 nak melawan tu dah ade. Arshavin hantar ke Theo , tapi sidenetting, Chamakh dapat meloloskan diri , terjatuh tapi tak dapat penalti. Kita nampak moving forward. Melihat anak2 buahnya seakan masih bernafsu, Wenger pikir ini masanya suntik sikit. Frimpong dikeluarkan dan digantikan Thomas Eisfeld, Gnabry keluar diganti Olivie Giroud. Hah, baru masuk tak sampai 2 minit Giroud jadi game changer score header dari corner kick untuk bagi Arsenal bernafas siket. Giroud dilihat ancaman utama buat Reading kerana lepas tu bukan sahaja dia bantu winning possession, tak segan pulak nak try. Beberapa kali dia uji Federici dengan volley dan tandukan. Kemasukan Giroud bagi kita dimensi alteranatif dalam corak serangan.Chamakh jugak tibe2 nampak hidup balik bila Giroud masuk. Kita dah start control game. Eisfeld ganti Frimpong adalah keputusan taktikal yang padu. Budak ini  lebih advance dalam forward run  dan pandai pick up the right pass. Ini satu kelebihan yang menana semula barisan tengah.Arshavin dan Theo dah ada support yang boleh click together antara mereka bertiga dengan Coquelin ditugaskan melakuakn kerja2 'kotor'. Ini baru macam Arsenal.

2-4 ketika tinggal lagi  2 minit nak habis gua tengok Reading pulak yang cuak. Mana taknya, Kalau Arsenal kalah pada kedudukan ini, itu biasa. Tapi kalau Arsenal dapat kejar balik Reading yang akan digelar spoiler. Pada waktu gini lah kita dapat lihat pengalaman membezakan, tak biasa dengan tekanan mungkin, player2 Reading banyak buat silly mistake terutama concede corner dan free kick yang tak perlu konon dengan harapan nak lewatkan game kacau flow. Minit ke 89 Koscielny pulak tebus kesilapan dengan score gol ketiga. Masa ni ,keduadua team berada di bawah tekanan dan fan masing2 kaget . Fan Arsenal takut harapan yang diberikan ini sekadar harapan palsu, hadir lewat  manakala fan reading memang nak sangat tampar2 muka sendiri dengan harapan supaya apa yang disaksikan ini hanyalah mimpi ngeri. Reading cuba melengah2kan waktu, bawak bola ke corner flag, buat pertukaran la bagai, Jason Robert pulak tu yang dikeluarkan, dah konfiden menang la tu. Masa kecederaan ditambah kepada masa tambahan menjadikannya sedikit panjang dan mendebarkan. ila2 masa ref boleh tiup wisel tapi entah dari mana kita tetap tak putus asa, bola dapat pada Walcott, dirembatnya seakan2 melepasi garisan dan Jenkinson hadir untuk kompomkan merembat terus bola masuk untuk menjadikan 4-4. Tiupan wisel gol Jenkinson dari ref merupakan tiupan wisel penamat terhadap aksi dramatik yang penuh bermain dengan emosi. Arsenal overcome the impossible.4-4. Reading dah macam di library. sunyi..

Masa ni memang kelakar. Entah macam mana Giroud dengan Coquelin boleh pulak bagi lontaran jersey kat away fan , depa ingat game ni dah habis.Datangla kitman bagitau Game ni masih on, sambung terus extra time 30 minit. Diorang confuse ini FA Cup mungkin, yang ada replay kalau keputusan seri. Ini League Cup , 2nd leg hanya ada bila semi. Giroud tu bolehlah dimaafkan, newcomer tapi Coquelin pun tak tahu itu masalah. Tak pasal2 terpaksa mintak balik jersey diorang dari peminat2 tadi. Kantoi buruk siku pulak. Nasib baik fan ni bermurah hati nak bagi balik, kalau nak prank boleh jek bagi jersey lain cap tak ori, takpun nama lain kat belakang ka. haha tapi kredit diberikan pada away fan malam tadi yang setia, memang top class dan profesional.

Sambung extra time. Gua hanya dapat lihat hanya ada satu winner dari situasi ini iaitu Arsenal yang tengah ada momentum.Reading pulak hanya mampu simpati dan menyalahkan diri sendiri. Tilikan gua tak silap.Arshavin set up Chamakh, gol pertamanya untuk 13 bulan. Kemas tendangan pemain Maghribi ini. Arsenal leading buat kali pertama, away fan bagai nak gila. Tapi tak boleh overkonfiden, kelak dihukum lagi. Kita yang bersengkang mata tak tido2 tengok depa main bola, depa pulak yang boleh switch off kejap tido. Pemain gantian Russia mereka Pogrebnyak menyamakan kedudukan 5-5. Perghhh bila mau habis daaa..  main pingpong ke ape? Takpe cool relax. Teruskan mengasak. Reading hanya bergantung harap suapaya perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti kerana rata2 player mereka dah lembik lemau berbanding kita yang masih ada lagi minyak dalam Theo, Jenkinson, Giroud Eisfeld. Arshavin pun ada satu part camera lalu depan muka bibir macam dah biru. Last minit extra time Arshavin counter bawak dari tepi sehingalah ke dalam kotak penalti dirembatnya dari sisi, bola sekali lagi diselamatkan atas garisan gol tapi Walcott hadir tepat pada masanya buat follow up. 6-5. Sekali lagi leading tapi dah bertambah yakin boleh tutup buku. Reading terus mengasak, menghantar lebihan orang ke atas, bagi bola2 tinggi memang agak cuak masa ni. Sampai jelas kelihatan Wenger bengkek dengan Martinez yang dapat bola menggelabah tergesa2 buang possession. Gua paham darah muda, masa ni segala taktikal dah tak masuk telinga dah, adrenalin jek contorl body sekarang. Nasib baiklah Chamakh datang membantu kasi seal the victory. Chip keeper 7-5.Kompom menang. Wow....

Jadi kita dah menang dengan cukup style pagi tadi. Terpulang pada player nak buat apa pulak dari sini. Result tersebut dan cara kita mencapainya boleh dijadikan inspirasi atau boleh dijadikan sempadan bagi mengelakkan kurangnya kes2 sakit jantung ketika menonton perlawanan bola sepak.Banyak pro dan kontra dari game tersebut.Kita tahu bukan muka2 ni yang akan turun di Old Trafford nanti tapi mungkin ada beberapa nama dan stand out performer yang wajar diberikan peluang hujung minggu ini. Pemain seperti Theo, Arshavin, Giroud mahupun Eisfeld pasti dalam radar Wenger. Namun baik siapa sahaja  yang diturunkan, kita hanya berdiri di belakang bendera yang sama, warna merah putih yang sama. Kita menyorak berbangga dengan lambang meriam di hadapan bukan nama mahupun nombor yang tertera di belakang.

Agi idup agi mengGunners!!


Highlights : Believe The Impossible






Selasa, 30 Oktober 2012

Capital One Cup peluang tambah konfiden.


Salam korban salam sejahtera. Lama bercuti. Susah mau cover ni. 3 game terus. Kalah lawan Schalke, menang lawan QPR dan entah apa pulak nasib awal pagi ni lawan Reading. Sukar sebenarnya nak ulas game lawan Shclke kerana ia lebih kepada ulang tayang apa yang berlaku di Norwich beberapa hari sebelum tu. Apa yang pasti rekod baik Arsenal sejak 2003 tak pernah kalah dengan team luar di tempat sendiri lebur. Itu dah cukup devastating. Game dengan QPR kita nampak control game tapi macam biasa kurang create chances.Terpaksa tunggu sampai kebodohan Mbia yang dilayangkan red card untuk pressure QPR. Dan terimakasih kepada goal yang seakan2 offside? dari Arteta.  Tapi selain dari result, gua lebih berminat nak pick up pasal kembalinya Jack Wilshere dan Sagna. Perghh. 524 hari duduk termenung tengok kawan2 beraksi, slumber jek terus dapat call up starting line up di pagi hari.Wenger sengaja biarkan diminit2 akhir supaya Wilshere tak terpikir2 sangat tekanan yang bakal dihadapi.Tak ada tekanan sangat pun, malah dia antara yang menjadi nadi penting dalam game QPR jika ada pergerakan2 menarik dan bola2 sempoi, kebanyakannya melibatkan Wilshere. Cuma gua rasa dia memang perlukan protection baik dari ref,rakan2 dan manager.Berapa kali dia ditackle dan dihentak oleh lawan terutama Granero,tapi satu kelegaan tengok dia dapat bangkit semula dan terus bermain.

Perkembangan positif ini takkan berhenti di sini sahaja.Ini Wilshere yang belum fully fit, tunggulah bila fokus dan bodynya dah 100% Arsenal pasti akan dapat impak.Lagipun Jack memerlukan masa. Diakuinya last dia main dengan Fabregas, Nasri dan Song.Kini masuk2 padang bergandingan kali pertama dengan Arteta, Cazorla dan hanya sempat beberapa kali dengan Rambo.Begitu jugak halnya dengan comeback Sagna. Agak sukar keputusan yang dibuat untuk drop kan Jenkinson yang tengah on form, tapi macam Wenger cakap setelah 2 game kita nampak flat, maka perlunya keputusan berani untuk restructure balik team dari asas yakni defend, maka kembalinya Sagna tepat pada masa untuk moral boost. Jangan bimbang kerana Jenkinson masih muda dan perlu banyak belajar, ada masa depan yang panjang malah kalau takde aral melintang kejap lagi pun boleh kembali ke starting lineup.

Sagna kita tengok straight away masuk boleh dapat rhythm, cuma bahagian wide kanan hari tu kurang sebab Rambo diletakkan off position. Game tu jugak menyaksikan kembalinya Theo Walcott dari kecederaan bersama England, tapi walaupun kurang menjadi kita tahu dia dah kembali. Dia dan Sagna lepas ni ada banyak masa bergandingan untuk hantar bola2 cantik dan masuk akal untuk disambar Giroud. Giroud hari tu main untuk pasukan, larian2nya dan positioning dah ok tapi kurangnya support terutama bola2 cross jadi kita nampak Giroud ni lari tak tentu hala menghabiskan boreh kat atas. Secara taktikalnya Giroud dah buat kerja dia, menang bola2 loang ball, set up 2nd ball untuk rakan2 , yang menarik siap track back sampai ke bawah. Itu memang satu yang terpuji tapi bukan satu yang dituntut dalam plan asal sebab kalau dah anda loan striker anda trackback sampai ke bawah bila team nak counter dah takde targent man.

Itu jugak suatu yang menarik disumbang dari Podolski, bantu fullback tapi sejak kebelakangan ini Podolski macam no man's land. Die dengan Cazorla perlu sort out posisi siapa yang patut support siapa siapa yang perlu banyakkan forward run. Sering kali gua lihat bila salah sorang run into channels, yang dapat bola tu seakan lambat membaca pergerakan maka komunikasi di sebelah kiri tu kureng sket semenjak 2 3 game ni.Siapa pulak yang sebenarnya nak main belakang forward itu jugak kena amek pot. Susah2 bagi Arshavin jek. haha bukan apa, kecederaan Gervinho adalah satu berita buruk. Ankle problem.Kita pun tak tahu berapa lama kerana perlu scan dulu. Mungkin apa yang terjadi blessing in disguise . Mungkin penjenamaan semula Andrei Arshavin. Wenger menghormati Andrei sebagai top class profesional. Kurang merungut terus berlatih walau kurang diberi minit aksi. Gua tak nampak setakat ini game yang dia involve musim ini Arshavin yang sulking sepertimana lepas setiap kali die kecewa dengan aksi antarabangsa. Tindakan Capello menggugurkannya dari skuad Russia mungkin satu relief untuk dia fokus kepada bola sepak peringkat kelab. Theo tak sign kontrak lagi, Rosicky Diaby, Gervinho tengah injured, player2 lain muda sangat jadi tak ada orang paling sesuai untuk diberi peluang step up kecuali Andrei.

Awal pagi ni gua menjangkakan skuad campuran antara player2 berpengalaman dan belia. Keeper Martinez, Yennaris, miquel,Gnabry, Eisfeld coquelin dan turut serta mungkin Koscielny, Giroud, Arshavin, Theo,Laci, . Gua jangka :

----------------Martinez---------------
Yennaris------Kos--Johan-----Miquel
----------Frimpong---Coquelin---------
--Theo----------Arshavin-------Gnabry
--------------Chamakh----------------

Astro Super Sport 3 3:40AM . Reading 1 Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 24 Oktober 2012

Dominasi dalam Ilusi.

Arsenal mendominasi, tetapi  penguasaan bola tersebut hanyalah ilusi,itu ayat yang disimppulkan Wenger. Tepat sekali. Main entah ape2 langsung tak bernafsu. Malam ni nak lawan Schalke tapi form macam celake.Gua masih sangat kecewa dan sugul dengan result kekalahan terbaru kepada Norwich. Lebih2 lagi kita menjadi mangsa kemenangan pertama mereka dalam 8 perlawanan! Alasan kecederaan (Theo, Gibbs,Diaby)international break effect , pasti yg akan kata tak munasabah. Gua kata kesan tu mmg ada, lihat pada United ,City dan Chelsea kesemuanya ketinggalan tapi masih mampu bangkit. Apa yang membezakan Arsenal dan lain big guns adalah faktor mentaliti dan jugak x factor yang tak muncul2. Memang mudah nak mengambinghitamkan petualang Gervinho,penumpang Rambo mahupun penchamakh Giroud tapi bagi gua kesemua player main bawah par.Even Santos dan Mertesacker sendiri menjadi culprit dalam gol yang dibolosi Holt. Tidak ada siapa2 pemain yang mampu step up ketika keadaan memaksa. Kita mungkin memikirkan Cazorla mahupun Podolski mampu membantu, tapi mereka turut hanyut. Kemasukan Chambo membawa sinar sedikit tapi malang baru beberapa minit masuk dikeluarkan semula. Pengalaman yang pasti mahu dilupakan oleh debutan Gnabry, tapi pemain muda ini  nampak promising dan kekalahan serta pressure game mampu membantu dlam memberi pengalaman berguna.Satu lagi positif adalah kembalinya Wilshere awalaupun di atas bangku simpanan.Itu signal yang memberi makna, dia dah semakin ready.

Melihat kembali match tersebut, (gua pun tak tahu bagaimana gua boleh sanggup ulang tonton), kita memang control bola.Memang Arsenal style. Tapi masalahnya setakat dapat bola tapi tak tahu ,buntu nak buat apa. Itu sebab kita asyik tengok aski yang berulang2 ala astro, nak tebuk wide, cut in selalu sangkut.Through ball tak lepas. Chris Hughton memang dah pakai 2 minggu ni ajar anak buah disiplin kaw2.Defend pulak, ok la selain bolos awal tu.. walaupun last2 minit tu terpaksa komit sebab lontar player kat atas dan main high line, tapi Norwich defend lagi ok.Macam gua cakap tadi player2 memang tak up to it.Akhirnya, player kecewa, fan merana. Tewas itu memang sukar ditelan. Gua cuma harap player tebus balik maruah dan kepercayaan fan dengan kemenangan malam ini.Gua pasti kekalahan2 gitu jarang berlaku dan hari itu gua bukan melihat Arsenal sebenar yang dikenali beraksi. Tapi untuk ada ciri2 champion, Arsenal perlu mengelakkan result2 bodoh seperti itu dan kini ketinggalan 10 mata belakang league leader, sorry , kita belum memenuhi kriteria. Gap nampak jauh tapi possible dikejar selagi kita set mind kita positif.Ayuh bangkit!

Awal pagi nanti kita nak buru 3 mata lagi nak merengkapkan round 1 dengan rekod 100%.Podolski dan Mertesacker cukup masak dengan cabaran yang bakal di hadapi.Selaku tuan rumah malam ini, Jerman duo ini pasti menjadi duta untuk menunjukkan jalan pulang pada Schalke.Schalke sekarang duk no 3 Bundesliga, baru2 ni kalahkan Dormund.Walupun boleh nak mengharap rekod jaringan Podolski ke atas Schalke, dengan situasi yang digambarkan tadi Arsenal boleh predict lawan jenis apa yang bakal dihadapi. Walaubagaimanapun Theo dan Chambo belum boleh kembali, tapi ada chance siket untuk Koscielny yang tengah recover. Untuk melihat aksi Wilshere adalah risiko kerana dia Sagna dan Frimpong baru sahaja selesai aksi 90 minit belakang tabir menentang simpanan Everton.Wenger pasti mahu bersabar dan bagi Jack chill dulu mungkin QPR di rumah adalah masa yang sesuai untuk cameo.

----------------Mannone--------------
Carl------Per------Mael------Santos
-----------Arteta--Coquelin----------
-Rambo-----Cazorla-------Gervinho
---------------Podolski---------------


Astro SuperSport2 2:45AM. Arsenal 2 Schalke 1.

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 20 Oktober 2012

Pre Match : Meriam target Kenari

2 minggu tinggal BPL lame pulak rasanye. Harap kita kick off balik dengan momentum yang kita tinggalkan kat Upton Park. Kemenangan away yang cukup memberangsangkan sebenarnya.Bukan apa, ketika game boleh beralun ke arah mana2 side dan kita beberapa kali terselemat, kita tutup game dengan bergaya.Ini mampu bagi lebih konfiden terutama pada game2 away.

Sama jugak seperti malam ini, away di carrow road. Jangan ingat lawan Sang kenari ni macam jalan2 kat taman. Ya mereka belum pernah menang setakat ini dan terperosok di tangga kedua terbawah liga tapi siapa tahu 2 minggu free ni memang diorang gunakan sepenuh kesempatan dan masa untuk aim betul2 lawan Arsenal.Mereka sebuah pasukan yang bermain dengan corak positif di bawah Lambert dulu, kini Chris Hughton pun mempunyai adaptasi yang sama cumanya pertahanan mereka yang perlu disekolahkan lebih. Dibelasah Liverpool dan Chelsea, pastinya Norwich ingin mencipta kejutan dan Arsenal perlu berhati2.

Kita pula, ramai pemain terlibat dalam aksi antarabangsa jadi fatigue dan sharpness bakal menjadi isu. Terutama apabila game style kita melibatkan telipati2 dan hubungan telekomunikasi di atas padang antara pemain. Pemain2 perlu tune balik mentaliti dengan corak Arsenal berbanding corak skuad kebangsaan masing2. Dan sesetengah mereka juga perlu melupakan kekecewaan yang berlaku. Kali ini malang buat kita apabila internationaleleh memaksa dua pemain kita out of service, Theo dan Koscielny mengalami kecederaan.

Update untuk player lai n pulak Szczesny takkan beraksi untuk 2 minggu sekurangnya, Fabianski bakal menjalani pembedahan jadi terlepas 3 bulan maka Manonne akan meneruskan kesempatan di tengah2 gawang. Santos menyanggah segala gosip propa bahawa dia nak pindah malah dia seronok dapat bersaing dengan Gibbs untuk posisi LB. Malam ini Santos bakal turun selepas Gibbs belum fit lagi. Game QPR kata Wenger adalah target. Rosicky , Diaby masih out. Ada ura2 Wilshere yang baru sudah main game tertutup menentang chelsea reserve akan diturunkan ke bangku simpanan tapi sejauh mana Wenger sedia merisikokan gua tak pasti kerana yang terbaru gua check, Jack Wilshere baru 80% fit, statement datang sendiri dari Le Boss. Mungkin kalau ada pun dia di bangku simpanan, jika Arsenal leading selesa smpi last2 minit mungkin ada cameo untuk saja kasi panas Stuart Pearce. Haha, sebab apa? sebab si Psiko ni awal2 declare nak pilih Wilshere untuk England U21 summer depan, main pun belum lagi.Itu yang Wenger bengang tu dan tak mau lepaskan Jack untuk England U21. GUa sendiri pun mahu Wilshere fokus pada kelab dulu.Dia ada masa depan yang panjang dengan England.

------------Manone--------------
Carl-----Per------Mael----Santos
------------Arteta---------------
--------Cazorla---Rambo---------
--Gervinho---Giroud---Podolski--

Arsenal menang 5 dan tak pernah tewas daripada last 12 lawatan ke Norwich .Jadi gua jangkakan kita tak ada banyak sangat masalah untuk teruskan rekod baik di sana.COYG! Astro 12:30am. Norwich 0- Arsenal 2.

Agi idup agi mengGunners!


Jumaat, 19 Oktober 2012

November Rainternationaleleh

International break selalunya suram. Namun bagi Arsenal untuk 2 minggu ini ada senyuman dan tangisan. Macam biasa kita pergi dengan berita baik dulu. Chambo score dalam game kenduri gol England bertemu San Marino. Tapi hanya mampu sub dalam perlawanan kedua England menentang Poland, suatu persembahan hambar dari anak buah Roy. Dan bagaimana pula rival England, Jerman? Umpama menerima nasib Arsenal, leading 4-0 bertemu Sweden sebelum bolos lagi 4 untuk seri 4-4.Ingat Newcastle? Mertesacker score dalam match tu, tapi jugak ada saham dalam keruntuhan tembok berlin dalam masa 30 minit. Big Guns yang lain, pertemuan antara Spain dan France. Koscielny yang dapat last minit lampu hijau main 90 minit. Aneh sempat jugak die menyindir Suarez sehingga digelarnya mamat Uruguay tu penipu. Aku tak tahu apa masalah tapi mungkin kerana game musim lepas dia dapat merasai sendiri bagaimana Suarez dgn mudah dapatkan penalti tapi untuk bukak 'akaun' ke atas lawan lain secara tiba2 mungkin bukan tepat pada masanya. Tunggulah match di Emirates nanti kita lihat mahu tak  Suarez berjabat tangan dengan Koscielny.

Ok fokus.Isu penting dalam game tu selain Cazorla jugak main ialah, Olivier Giroud score gol penyamaan last2 minit!! Header yang cukup sempoi dan bagus untuk dirinya dan Arsenal at least momentum dari Upton Park tempoh hari tak mati begitu sahaja. Norwich mesti tengah risau gigit2 kuku. Oh ya Bendi pun score, wenger kata "ada aku kesah". Player yang duduk kat rumah pulak bukan goyang kaki. Bagi memastikan match fitness, pemain2 seperti Arshavin, Squillaci, Santos, Chamakh diberi test bertemu pasukan simpanan Chelsea dalam game latihan. Turut serta ialah Frimpong Sagna dan Wilshere yang dapat 90 minit. Tapi dah turun hampir nama2 star pun kecundang lagi 0-2.Tak ape , bukan keputusan yang menjadi ukuran utama. Yang penting stamina dan ketajaman.

Berita malangnya ialah supersub kita Theo Walcott cedera teruk sampai kene usung masuk hospital ketika game pertama England. Dia diterjah oleh keeper lawan dalam perebutan bola 50-50 tapi melihat kembali insiden itu, keeper tersebut memang tak patut. Kecederaan rusuk, sampai dikhabarkan batuk pun berdarah.ada yang kata patah. Pergh.. Theo kini umpama senjata rahsia Arsenal walaupun tak start sekalipun, ROy tetap call up dia bukan berdasarkan minit atas padang tapi impak yang diberikan. Ini masa untuk player lain step up. Kejap,tapi sebelum gua puji lebeh2, oi theo ! sign kontrak tu cepat! sekarang lu sudah injured insuran jugak mesti mahu reniew, takaful sudah keluar skim medical card baru.-kata agent.
TIme internationaleleh jugaklah nak ada rumors la bagai padahal lambat lagi bulan satu ni haa. Paling kencang sekarang kate kita nak cari striker lagi.Boleh percaya? hurmm.. Dengarnya Arsene Wenger hampir termakan dengan scout Spaniard kita, Francis Cagigao yang dah rekemen player2 macam Reyes, Fabregas , Cazorla. Kali ni kita tengah monitor striker Atletico Madrid, tapi bukan Falcao, lupakan.Yang menjadi buruan adalah seorang lagi, Adrian Lopez player 24 tahun top scorere kejohanan u21 suatu ketika dulu. Pernah dikatakan sampai satu tahap Arsenal dah sampai advance stage nak sign mamat ni dan Wenger sanggup tarik plug deal Giroud dgn montpellier. Tapi sebab France keluar awal Euro, Giroud punya deal diteruskan dgn lancar ketika Atletico masih main tarik tali harga dengan Lopez. Wenger sign Giroud, dan ketika 'orang itu' masih ada lagi di Arsenal walaupun declare taknak sign kontrak, Wenger tak pikir dia ada masa untuk cari seorang lagi striker ketika Chamakh, Park Bendi semua masih makan gaji. Itu sekadar cerita yang gua dengarlah sahihnya belum kompom.Tapi yang kompom lopez ni nampak promising, umur pun sedang2 elok, darah pun tak ada DNA Barca, cuma kalau dari Atletico ni kene hati2 dengan syndrom Torresis-satu penyakit yang boleh menikam belakang badan tapi jangan bimbang bisanya makin lama makin tumpul.tak meninggalkan parut.

Sealain itu, Galatasaray dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Andre  Santos. Gua tak rasa Arsenal kena jual kerana dia back up terbaik yang kita ada untuk Gibbs melainkan Wenger memilih option untuk meletakkan Mael di sebelah kiri. Arsenal.com tengah sibuk buat close up interview dengan vice kapten, Arteta. Memang up habis la nama dia untuk minggu ni kerana dia jek antara star yang tertinggal bila time tibanya internationaleleh macam gini. Antara intipati menarik, ialah impak kematangan dan ketenangan Arteta, cita2 Arteta untuk jadi pengurus satu masa nanti dan peranannya selaku respectable player dalam dressing room dipilih membantu Mael. Cazorla sendiri mendedahkan Arteta sebenarnya nampak lebih berkepimpinan dalam skuad Arsenal dan semua pemain dalam skuad mempunyai respect yang tinggi terhadapnya. Dan rakan2 semua sudah pulang ke London Colney, bersiap sedia untuk meneruskan match liga bertemu Norwich City!

Agi idup agi mengGunenrs!!


Rabu, 10 Oktober 2012

Post West Ham, Sagna kembali!






Terpulang pada anda untuk menentukan sama ada international break kali ini datang tepat pada masanya atau sebaliknya. Lagi2 setelah kita dilihat meyakinakn dalam kemenangan 3-1 di Upton Park. Yakinla walaupun kita bolos awal dahulu tapi kita in control sepanjang masa terutama di separuh masa pertama.Convincing display sepasukan dengan Cazorla menjadi nadi dan Theo bertanggungjawab memberi nafas baru apabila masuk sebagai supersub. Gol pertama liga Giroud jugak hadir tepat pada masanya, di minit2 akhir separuh masa, waktu yang cukup boleh membunuh mood pasukan lawan yang tengah mendahului.

West Ham mendapat gol melalui 1st shot on target mereka, boleh gua katakan Mohamed Diame diam2 ubi berisi, hanya player2 tertentu ada konfiden untuk nutmeg pertahanan lawan dari sebelah sisi(Rambo) kemudian memilih untuk mencuba nasib merembat terus berbanding passing ke arah rakan2. Per Mertesacker yang kembali ke starting eleven turut tertipu melihat lenggok tubuhnya yang cuba memblock sepakan arah ke kanan walhal Diame merembat ke kirinya menewaskan Manone tak tercapai akalmu. Diame dapat yellow card sebab celebration over nya, tapi sepatutnya dah dapat 2nd yellow lepas terjah Arteta dari belakang. Phil Dowd ternyata tak konsisten. Walaubagaimanapun, ditakdirkan pasukan terbaik akan menang.

http://arsenal.theoffside.com/files/2012/10/Giroud-goal-podolski1.jpeg
Lepas croosing baik dari Podolski disudahkan gol Giroud kita tak toleh ke belakang, 2nd half kita tak gelabah dan kekalkan disiplin. Itu perkembangan bagus kerana Upton Park bukan port mudah dengan smua player mereka nampak all out bersungguh.Terutama Carroll yang bekerja keras sampai mertesacker dan Mael berpeluh masam.Cuma gua risau kita selalu kalah bola di udara. Nasib baik West ham tak pandai optimakan 2nd ball, menmbolehkan kita kembali in possession. Mereka jugak punyai peluang sebenarnya tapi itu hari bukan hari Nolan.Sekurang2nya 2 peluang keemasan untuk dia score terlepas membuatkan kita lega bernafas.

Theo muncul super sub dengan memberi lebih pace. Mungkin benar dia sudah bersedia untuk beraksi sebagai central striker tapi sebab Giroud main full hari tu dia masih beraksi di wide kanan namun tetap score.Lepas tgok Cazorla control ball passing kat Giroud keudian through ball ke Theo, mmg gua konfiden ini memang makanan Walcott dan ternyata otaknya selari dengan kaki. Inilah yang aku katakan, tak perlu starting pun untuk nampak hebat, mungkin sebab duduk di bangku simpanan dia rasa terabakar dan semangat untuk tunjuk kemampuan dan peranannya ketika ini mmg nampak sesuai dari situ-at least buat masa ini.

Ketika kita cuak2 walaupun tengah leading, Cazorla sekali lagi menjelmakan keajaibannya dengan sepakan kaki kiri super-B yang menwaskan Janskelainen. Malam tu Cazorla adalah arkitek.Kaki kiri kaki kanan, passing, dribbling, crossing, shooting mmg terbaik. Banding dengan persembahan bawah par nya bertemu Chelsea, apa yang menyebabkan dia nampak hidup adalah keupayaannya berada di posisi yang tepat semasa mendapat bola yakni keberkesanannya mencari ruang di celah2 antara midfield West Ham dan defensive mereka. Freedom yang diberikan membolehkan Cazorla ada masa untuk menentukan apa yang sebaiknya dibuat.Shooting dari luar memang dia berani, malah menghasilkan gol cantik. Jolok bola memang sempoi terutama yang last2 minit bagi ke Giroud tu mmg pergh. Cazorla bijak dalam mempervariasikan ruang yang ada.Tak peliklah dia dipilih selaku pemain terbaik bulanan Arsenal.com 2 kali berturut-turut.

Cazorla tgh enjoy hidup dan kerjayanya di BPL. Malah dia mengakui tindakannya menyertai Arsenal adalah satu tindakan yang tepat di mana masa depannya bersama skuad negara tidak terjejas. Melihat kepada generasi emas Spain terutama midfield sekarang, muungkin ramai nama2 yang akan terlepas pandang sebagai contoh Arteta tapi Cazorla tentu buakn salah seorang daripadanya.Baru2 ini turut score dalam internationaleleh, free role yang diberikan Arsenal memberi kelebihan untuk pemain versatile ini menunjukkan kemampuan dan mengekspresikan bakat semulajadinya.Gua percaya kalau ini macam punya konsisten, jika tidak jadi yang terbaik pun , dia akan menjadi antara pemain terbaik dalam BPL untuk musim ini dan era mendatang.

Orait dulu kita diberitakan dengan berita baik kepulangan Wilshere. Kini Sagna sedang menurut langkah yang sama dengan menyertai skuad U21 menetang Reading malah aksi sejamnya membantu skuad bawah 21 menewaskan Reading 2-0. Cuma Sagna belum terpikir untuk meletakkan tarikh sebenar comeback ke skuad utama, seperti Wilshere hanya mampu bersabar lagi dan tingkatkan usaha. Buat sementara ini dia pun berpuas hati dengan understudynya , Carl Jenkinson yang beraksi baik mengisi kekosongan hingga diundi menjadi pemain kedua terbaik bulan lepas di belakang Santi Cazorla. Kembalinya Sagna bakal menghasilkan hanya satu outcome, defend kita makin mantap dan konfiden.

TAPI.. ada tapi. Gibbs pulak injured dalam game lepas.Terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan Santos. Tengah2 namanya sedang up malah dipetik2 sebagai bakal fullback iri England full time, dahd apat caled up namun terpaksa digugurkan untuk kelayakan piala dunia minggu ni. Mungkin ada blessing in disguise. Kut2 ada baiknya Gibbs tak pergi kalau tak lagi injurd teruk di internationaleleh.Siapa tahu?

Apapun international break ni bikin jiwa gua kacau sebab tgh syok2 mood menang dan layan bola hujung minggu, kerancakan adrenalin itu tertangguh sebentar. Apapun simpan untuk the best part,last  days bulan 1Oktober ni kita ada jadual padat, 4 game dalam tempoh 10 hari.CARO! lepas tu terus ke Old Trafford.Lagi Caro!

Agi idup agi mengGunners!! 


Sabtu, 6 Oktober 2012

Pre Match : Arsenal cari balik jalan ke landasan bermula di Upton Park.

Satu lagi London Derby malam ini. Arsenal akan ke Upton Park, Arsene Wenger vs Sam Allardyce sekali lagi.Cukup popular dengan corak fizikal terutama dari dia manage Bolton lagi.Untuk Rekod, dalam 9 away game, Arsenal vs Big sam adalah sukar, hanya menang 2 seri 3 dan kalah 4.Gua pernah ingat ketika dia di Newcastle dan masa tu namanya sedang dipetik2 antara nama2 yang bakal jadi manager England, masa tu dia mula meroyan, dia pernah berkata kalau die dekat kelab besar pun sebenarnya dia mampu bawak, kelabnya tak power sebab kurang sumber, dia perlukan dana.

Kontra dari yang diimpikan, alih2 musim lepas dia hanya menyaksikan dirinya di West Ham dalam Championship.Tapi dialah yang membawa kelab London yang terkenal dgn hooligan kembali ke premier league, kali ini giliran rival mereka Milwall menjadi bahan jenaka setelah semusim terpaksa menanggung malu. Jadi Big Sam ni bukan calang2, ada saja cara dia nak mengekang game plan Wenger. Kali ini dengan kembalinya Andy Carrol, dia pasti akan menggunakan fizikal ketinggian pemain pinjmaan Liverpool itu bagi memberi ancaman kepada Arsenal terutama dari bola mati. Arsenal perlu berwaspada.Gua tak berapa nak rate Carroll cuma gua rasa dia tak menjadi di kelab2 berstatus, dan hanya sesuai di mid table club. Dan gua rasa Big Sam adalah orang paling sesuai untuk menjelmakan semula Andy Carroll yang sama seperti di Newcastle dulu.

 Dan untuk membendung masalah yang bakal berlaku, Arsenal pasti mengharapkan kembali pulangnya Per Mertesacker daripada jangkitan virus demam. Fizikal kena lawan dengan fizikal, tapi Wenger belum pasti sama ada akan menurunkan pemain Jerman itu.Arsenal dah concede 3 gol dalam 2 match terakhir liga melalui set pieces dan dua2 game Arsenal gagal merakamkan kemenangan sementara West ham pulak dah menang 2 dan seri satu setakat ini. Mungkin tak banyak changes dari segi line up kerana Szczesny dan Diaby masih belum boleh kembali.Arsenal akan mengharapkan on form Gervinho dalam memburu gol, suatu yang sedang dieksperimentasikan dengan jayanya oleh Arsene Wenger setakat ini, meberi cabaran kepada Gervinho selaku central striker.Janji nak bagi ke Walcott tapi janji masih belum ditepati. Mungkin sebab Theo belum komited sign kontrak lanjutan. Gua jugak kalau boleh nak tengok Giroud start game ni dan boleh score gol liga seawal yang mungkin.Mungkin Podolski boleh diberikan sedikit nafas kerana dia nampak agak tenggelam dalam 3 game kebelakangan ini tapi selagi dia membantu dengan jaringan tak ada masalah.Bola sepak pun memang memerlukan gol.

Rambo yang sempoi game bertemu Olympiacos boleh diserapkan ke starting lineup ganti Coquelin. Lepas armband Wales nya 'dilucutkan', Wenger cuba mencari positif dari situasi tersebut dengan memberi motivasi, beban yang dikurangkan dari bahu Rpemain muda itu bakal menyaksikan the best of Rambo. Selain Carroll yg jika start, Mael dan rakan2 perlu menumpukan perhatian juga kepada Kevin Nolan, Jarvis, Diame , dan Carlton Cole. Dan tolonglah Arsenal, cukuplah bolos melalui situasi bola2 mati ni.Sakit jantung gua.

 ----------------Manone--------------
 Jenkinson----Per------Mael-----Gibbs
 -----------Arteta----Rambo----------
 -----Chambo-----Cazorla---Podolski--
----------------Gervinho------------

 Astro SuperSport3 1230am. West Ham 1 - Arsenal 2.

 Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 4 Oktober 2012

Iklan : Nak bijak belanja seperti Arsene Wenger? Ini rahsianya..

Jarang gua post bende2 macam gini seperti promosi dan sebagainya. Tapi dek kerana kagumnya gua dengan so called otak bajet Arsene Wenger, tak salah rasanya gua nak kongsi cara bagaimana mempunyai pemikiran hebat dan bijak berbelanja sepertinya. Untuk summer transfer musim ini dia beli dalam 43M, jual pulak 45M.. wow! kan dah profit kat situ, macam beli player tanpa modal! siap untung lagi. Tak perlu ada master ekonomi untuk menjadi seperti Arsene Wenger, cukup sekadar berani gamble untuk digelar profesor gila seprtinya..

Menarik bukan? Jadi kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian terutama dalam jual beli.Itu baru muqadimah, yang sebenarnya gua nak share tentang cara2 membeli rumah tanpa modal.Kebizian gua sejak kebelakangan ini disebabkan kerja serta komitmen dan jugak urusan2 peribadi lain antaranya sibuk mencari rumah tapi gua tak tahu selok belok dalam perniagaan atau pelaburan hartanah ni. Gua pun sebenarnya takdelah mahu menjadi ejen hartanah atau pelabur hartanah tapi cukup sekadar seorang rakyat marhaen yang mempunyai semangat inkuiri untuk mempelajari dari orang yang lebih berpengalaman bagaimana cara hendak memiliki aset atau property. Gua rasa bertuah kerana diketemukan dengan sahabat gua, Encik SK . Jadi mengenalinya seorang yang bervisi dan bermisi menjadikan gua yakin akan impian yang dikejarnya. Dan jangkaan gua tidak meleset ,sebagai seorang Pelabur hartanah yang bermotivasi, Ebook keluarannya telah mendapat sambutan hangat, meletup dan sempoi!! Dalam Ebook tersebut terdapat banyak tips2 dan langkah2 berguna bagi sesiapa sahaja yang rasa ingin menceburi bidang pelaburan hartanah tanpa modal ini, malah newcomer seperti gua ni yang hanya mahu memiliki sebuah rumah pun turut mendapat faedah dan pengalaman berguna daripada pengalamannya yang dikongsi.Walau apa jua masalah, terutama modal, anda tidak akan berasa keseorangan kerana tips2 yang diberi SK ni membuatkan anda yakin dan lebih berani mencuba.

Gua lebih bertuah kerana dapat berinteraksi secara langsung dengan Encik SK dan dalam masa terdekat ini, Insha Allah dia akan memperkembangkan teknik pembelajaran ini secara forum dan seminar bersifat maya supaya rakan lain juga dapat berinteraksi dengannya secara lebih dekat jika ada sebarang kemusykilan. Oleh itu di sini, bagi membantu memperkembangkan faedah terbaik dan peluang keemasan ini, gua nak promotelah dia punya Ebook kat sini. Boleh klik kat banner di bawah ini dan jugak dibawah shoutbox sembang meriam tu, siap ada muka macho bro SK, hero Malaya.haha.. Kepada siapa yang berminat boleh cuba, tak rugi beb...

Agi idup agi mengGunners!!


Post Match : Rekod cemerlang UCL diteruskan.


Kita berjaya mengutip mata maksimum dari 2 peralwanan setakat ini dengan kemenangan melegakan 3-1 ke atas Olympiacos awal pagi tadi.Dalam satu lagi keputusan perlawanan, Schalke hanya mampu seri dengan MOntpellier ini bermakna Arsenal kekal sebagai pendahulu kumpulan. Arsenal trurun dengan line up biasa, Arteta diberi lampu hijau disahkan boleh beraksi, Chambo ambil tempat Rambo manakala Coquellin mengisi kekosongan Diaby. Olympiacos nampak benar2 liat kerana mereka tak memberi ruang untuk Arsenal mecipta peluang.Closing down mereka berjaya untuk hampir separuh masa pertama. Hanya percubaan Cazorla dari freekick sahaja yang menepati sasaran malah Olympiacos sendiri lebih banyak ancaman on target dan salah satunya boleh score dulu kalau tidak kerana kegiroudan penyerangnya.  Sehinggalah di minit ke 40++, masa2 mcm ni jugak kita score lawan Chelsea dan penjaring golnya sama, Gervinho. Ingat Steve Bould boleh relax laa masuk bilik persalinan(sebab wenger masih digantung) sekali alih2 last2 minit tu bolos pulak. Vermaelen bergandingan sekali lagi dengan Koscielny untuk game malam ini.Nak pulak, kebetulan Mertesacker tiba2 demam. Namun mereka berdua gagal mengekang tandukan Mitroglou yang menyelinap di celah2 mereka berdua untuk gol penyamaan. Arsene Wenger dari stand bengkek melihat tanpa boleh buat apa2.Misscall pun tak boleh.
 
Separuh masa kedua nasib baik kita tak drop performance walau urgency kelihatan masih kurang. Arsenal hampir di depan namun Gervinho yang berjaya meloloskan bola dari sebelah kiri untuk Cazorla tapi rembatannya tersasar jauh.Podolski yang jarang dapat bola hanya mampu menutup muka. Podolski mungkin kelihatan AWOL dalam beberapa game sebelum ini termasuk yang tadi, tapi kemampuan penyudahnya mampu menyelamatkan Arsenal jika diberi peluang.Walaupun dari situasi yang agak sukar, hasil dengan usahasama Gervinho, Podolski merembat masuk di celah2 kangkang keeper memberi nafas baru buat Arsenal. Sekurangnya tekanan  di pihak Olympiacos yang tak pernah menang dalam 10 trip ke England sebelum ini. Pihak lawan mula mencampakkan pemain2 mereka ke atas memberi ruang untuk Arsenal counter attack tapi dengan situasi yang sama macam montpellier iaitu kegelsihan takut concede, gol ketiga yakni pembunuh hanya muncul di last2 minit masa kecederaan oleh Rambo.



We won the game and that's great for us. They made it tough and I thought they were very good, their organisation was excellent. We improved in the second half with the ball, but we looked nervy at times I have to say. But overall we are delighted. - Bouldy
Kemenangan yang tepat pada masanya untuk melupakan kekecewaan sabtu lepas. Sedang memandang ke hadapan untuk satu lagi London Derby bertemu West Ham Sabtu ini.

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 3 Oktober 2012

Post Chelsea :tewas berpasukan + Update kecederaan.

Tak perlu mencari kesalahan pasukan lain yang main takde lah hebat mana tapi boleh menang, tuding jari ke arah pasukan sendiri yang tak sembuh2 dari badi set pieces.Defending set pieces kita semakin jenayah sejak kebelakangan ini.Kecuali game bertemu Southampton dan Coventry, opposition semua dapat gol dari bola mati tak kira laa koner ke penalti ke free kick ke, gua tengah tunggu the ultimate worst case scenario goal.. kick off terus rembat masuk gol kita. Dan kali ini pembolosan paling costly setakat ini. Rekod tanpa kalah hancur di tangan rival derby dan jugak ini sekaligus boleh mematikan mood dan momentum pasukan. Sekurang2nya kita sedar di mana kita berada sekarang dan tak syok sendiri.

 Kata bidalan pernah berpesan, janga diusik benda yang sedang tumbuh elok. Gandingan Mertesacker dan Mael serta Per dan Kos nampak serasi dan jitu dengan seorang lembap dan seorang pantas.Walaupun Mertesacker lembap tapi otaknya agak pantas dalam membaca game membuatkan positioning awareness merupakan satu kelebihan baginya. Mungkin ada yang boleh kata sebab itu kita kalah, tapi siapa tahu letak Per sekalipun keputusunnya mungkin juga sebaliknya atau mungkin lebih teruk. Benda sudah nak jadi.Lagipun kita kene lihat secara kolektif game berpasukan kita malam itu.Macam mana boleh concede set piece yang patut boleh dielakkan, kenapa passing plan kita asyik sangkut tak lepas, banyak pegang bola tapi tak banyak langsung uji keeper. Banyak pegang bola dan mudah hilang bola, gol kedua kita boleh lihat bagaimana Arteta terperangkap lose possession membiarkan mael terkontang kanting lari nak kejar balik dan concede free kick yang membawa kepada gol Mata. Itu punca utama jika leka, lambat release bola, lupakanlah kesilapan teknikal budak sekolah dari Koscielny yang lebih sibuk jaga Torress dari jaga bola dan Manonne yang tak cover angle goal dgn baik kerana kita kalah dan menang sebagai sebuah pasukan. 

Member gua menyirap, tengok bola asyik diberi pada jenkinson saje katanye, yg gua sendiri nampak mmg game plan kita ialah maksimakan dua fullback ni belah Gibbs mahupun Carl, lebih2 lagi setelah ketiadaan Diaby yang mengganggugugat gameplan asal kita yakni longgokan control di bahagian tengah. Chambo masuk, anda dapat perhatikan dia lebih kepada sebelah wide dengan support overlapping Jenkinson. Termasuklah gol kita yang hadir juga hasil cross dari Chambo, bola dapat ke Gervinho yang buat turning, boleh gua katakan di sini selamat bola 1st touchnya tu tak melambung, membolehkan turning dilakukan dgn cukup sempurna, finishing yang bukan Gervinho tapi tahniah. Tapi sayang kita tak banyak mengulangi ancaman2. crossing2 membabibuta tanpa target man dan pembaziran ketika memegang bola di kawasan lawan jelas membawa padah.Lack of sharpness dan kreativiti.Cazorla tak mampu melakukannya kali ini, nampak pancit dan hilang idea. Bagaimana MOTM bertemu Coventry langsung tak ada dalam senarai bench pun gua tak paham, sekurang2nya dia layak diberi peluang.Giroud dan Theo masuk konon sebagai saver tapi Arsenal tak gunakan kredibiliti yang ada pada pemain. Pace Theo tak digunakan untuk menarik keluar serta mengkucar kacirkan aging defense milik Chelsea. Giroud tak dapat banyak crossing,dan kita nampak Giroud ni perlukan banyak peluang untuk sempurnakan satu daripadanya terutama di minit2 akhir!! Giroud perlu lebih tenang depan pintu gol. Dia perlu segera dapat gol liga sebelum dilabel Chamakh II.

 Secara positifnya kita baru main 6 game, masih ada 32 game dan kita telah bertemu lebih big guns dari team2 pencabar lain. Dan esok kita berpeluang redeem kembali maruah depan fan sendiri bertemu Olympiacos. Khabar malang adalah Diaby injured again, kali ini 3 minggu menyertai Szczesny dan Rosicky . Arteta terlepas training dan hanya akan diuji sebelum match, jika fit dia akan dirisikokan. Pentingnya great start dalam UCL ini ialah supaya kita boleh segerakan status kelayakan ke peringkat seterusnya dan menumpukan penuh pada liga terutama menjelang akhir tahun, November Disember adalah waktu peak dan boxing day nanti schedule penuh. Layak cepat, settle down cepat. Berita lagi sempoi adalah Jack Wilshere dah buat cameo 63 minit dalam game U21 bertemu West Brom. Turut start adalah rakan karibnya selama 11 tahun di Arsenal Frimpong. Walaupun kalah 0-1 tapi pendedahan dan match fitness adalah lebih utama buat dua orang pemain skuad utama ini.Arsenal perlu bersabar dan menjaga Wilshere dengan sebaik2nya bagi mengelak sebarang setback lagi. Dia dulu 'merehatkan' kerjayanya dengan koma, pada ketika namanya di atas, dan dia akan sambung dari koma itu, serta akan cuba jadi lebih baik dari dulu sehinggalah menjumpai noktah kerjaya hanya atas faktor umur. Kita jugak mengharapkan begitu buat semua pemain.Harap mereka tidak pernah putus asa, seperti mana kita setia menyokong mereka tak kira ketika muka tebal, frust menonggeng mahupun hidung kembang setempayan..

Agi idup agi mengGunners