Satu match bola sepak yang lengkap dengan pakej. Emosional, dramatic, traumatic, kemuncakan adrenalin semuanya ada yang membezakan perasaan hanyalah sama ada anda penyokong Arsenal ataupun penyokong Reading.Baik bagi peminat bola sepak sejati yang neutral, game ini pasti masuk dalam list hall of fame kerana menceritakan apa yang sebenarnya bola sepak moden mahukan, kenduri gol, action dan fighting spirit. Gua tak nak memuji lebih2 tatkala satu ketika berada 0-4 kepada Reading(no offense) adalah satu shambolic moment hasil daripada persembahan bagai budak2 yang amat memalukan. Gua jugak tidak pulak hendak kondem lebih2 kerana kredit harus diberikan kepada satu pasukan , sanggup berjuang hingga minit2 terakhir tanpa kenal erti putus asa menafikan segelintir fan2 yang pulang awal ketika sepatutnya masa itulah suara mereka diperlukan. Pendek kata, just enjoy jek game semalam. Raikan kemenangan ke suku akhir,ini bermakna rekod kita 10 tahun berturut2 ke peringkat ini masih kekal.
Baiklah. Segala haramjadah yang berlaku 38 minit pertama mungkin hasil tindak balas daripada kenyataan yang keluar dari mulut Wenger sendiri.Dalam AGM baru2 ini, Wenger declare, tempat ke-3 dan ke-4 atau dalam bahasa saintifiknya kelayakan UCL jugak merupakan satu bentuk 'piala' , lagi bermakna dari piala liga Capital One Cup ni.Haha. Maka line up yang diturunkan jugak kalau dilihat seakan2 melepaskan batuk di tangga tapi di atas kertas jika dilihat, tak ada sebab kita tak boleh nak makan reading dengan muka2 berpengalaman Theo, Arshavin, Koscielny dan juga Chamakh. Mungkin sebab dengar piala ini less priority, jadi player2 pikir "Buat apa laa kita susah2 nak penat2kan badan lagipun bos dah cakap piala ni cap ayam". Wenger tahu piala ini cap ayam dari awal, tapi cap ayam ini lah yang buat dia tak senang duduk bila tengok scoreline dah 3-0 game baru 20 minit.Piala cap ayam nilah yang dia gagal julang, 2 kali occasion semakin hampir dalam final tapi gigit jari.Tambah teruk tengah nak cari2 gol yang boleh lift spirit, kena pulak lagi sebijik. Mano nak letak muko gelabahnye daripada Abang Tony yang usha panas dari executive stand, "ini ke Arsenal yang pernah gua main dulu? nasib baik IC gua awal siket tak sanggup gua tag team dgn kapten Johan malam ni". Djorou jadi kapten, ini jugak satu sebab kita meragui kapten material bawah Regime Wenger, pemilihan sekadar nak tak nak..
Apa yang sebenarnya berlaku, di mana silapnya? Defensive performance kita awful. Reading nampak bahaya setiap kali menyerang.Koscielny yang patutnya jadi top defender last season dah macam defender league one dibuatnya bila bergandingan dengan Djorou. Miquel dan Carl Jenkinson tak dapat membantu kerana tiada backup di fullback, tak dapat nak serap asakan dan cross yang rata2 sumber kepada gol2 Reading. Keeper Martinez kita jugak masih naif. Dia jangan ingat dia ada passport Argentina dan muka macam Messi dia dah boleh bajet player terbaik dunia, masih kena banyak belajar dan game2 macam ni memang betul2 ajar dia cukup2. Defend kita bagi nampak Jason Robert yg dah tua macam Emile Heskey time muda, walaupun Heskey sentiasa bermuaka tua. Apa yang susah sangat nak handle dia ni malam ni pun gua tak paham. Defend kita banyak sangat bagi muka, bagi ruang. Man marking jugak lemah. gol pertama Robert berpunca dari masalah2 yang dinyatakan tadi. Gol kedua mereka own goal dari Koscielny yang cuba nak clear bola. Tapi puncanya datang dari cross sekali lagi fullback kita tak de support dari wide man.Gnabry dan Theo AWOL. Arshavin pulak tenggelam timbul dengan Chamakh yang mati akal. Gol ketiga tu memang sadis, puncanya jugak melalui kita yang banyak buang bola, Chamakh loose possession., Martinez pulak bagai layang2 terputus talinya melayangkan badan tapi bola tepisannya melambung sendiri ke dalam gol. 0-3
Waktu ni gua rasa kalau Arsenal nak cilok sesuatu kena dapat at least sebijik sebelum tamat 1st half. Tapi bila dah 0-4, tidak dapat tidak, hanya mampu berdoa dan berharap.. kemudian ingatlah team2 seperti Sweden mahupun Newcastle yang pernah buat comeback dari kedudukan ini sebagai sumber inspirasi. Gua jugak rasa punca kita tak dapat main game kita dalah standard dan type player yang diturunkan. Frimpong dan Coquelin bergandingan ala Arteta dan Diaby role tapi kedua2nya masing2 tak tahu nak bajet, bila patut attack, siapa yang patut bantu defend bila nak release bola.Confuse kat situ. Anda boleh lihat perubahan sebaik Frimpong dikeluarkan 2nd half.itu nanti cerita. Dah kono 0-4 away fan yang setia tak balik dengan sempoi melaungkan "We want our Arsenal back!".
Doa dan harpan terbalas. Arshavin through pass kepada Theo yang mengambil alih central role ketika counter attack. Gua pun kalau jadi Brian Mcdermott pasti menyirap melihat defend Reading yang tibe2 switch off tak pasal2 main high line ketika keadaan tak memerlukan pun, lepas tu terperangkap dan bagi 1 gol buat Arsenal. 1 gol yang cukup penting sebenarnya. Untuk terus percaya dan yakin, gol2 di waktu2 macam ginilah yang boleh menaikkan kembali semangat, menyuntik sedikit harapan. 1-4 di separuh masa, segelintir dari 4k away fan dah ada yang meninggalkan Madejski Stadium.Bagi mereka, cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja. Rugi besar. pengajaran berguna jangan sesekali menyerah kalah biarpun ketika kemaluan telah terserlah. Entah apa yang wenger jampi di bilik persalinan, bg pep talk tapi tak sampai la hair dryer treatment, gua boleh nampak perlahan2 Arsenal semakin Arsenal.
Arshavin dan Theo membawa pengaruh besar dalam game ini kerana mereka tak berhenti berlari dan terus mencuba walau kadang2 buat yang tengok sampai garu2 kepala.Bibit2 nak melawan tu dah ade. Arshavin hantar ke Theo , tapi sidenetting, Chamakh dapat meloloskan diri , terjatuh tapi tak dapat penalti. Kita nampak moving forward. Melihat anak2 buahnya seakan masih bernafsu, Wenger pikir ini masanya suntik sikit. Frimpong dikeluarkan dan digantikan Thomas Eisfeld, Gnabry keluar diganti Olivie Giroud. Hah, baru masuk tak sampai 2 minit Giroud jadi game changer score header dari corner kick untuk bagi Arsenal bernafas siket. Giroud dilihat ancaman utama buat Reading kerana lepas tu bukan sahaja dia bantu winning possession, tak segan pulak nak try. Beberapa kali dia uji Federici dengan volley dan tandukan. Kemasukan Giroud bagi kita dimensi alteranatif dalam corak serangan.Chamakh jugak tibe2 nampak hidup balik bila Giroud masuk. Kita dah start control game. Eisfeld ganti Frimpong adalah keputusan taktikal yang padu. Budak ini lebih advance dalam forward run dan pandai pick up the right pass. Ini satu kelebihan yang menana semula barisan tengah.Arshavin dan Theo dah ada support yang boleh click together antara mereka bertiga dengan Coquelin ditugaskan melakuakn kerja2 'kotor'. Ini baru macam Arsenal.
2-4 ketika tinggal lagi 2 minit nak habis gua tengok Reading pulak yang cuak. Mana taknya, Kalau Arsenal kalah pada kedudukan ini, itu biasa. Tapi kalau Arsenal dapat kejar balik Reading yang akan digelar spoiler. Pada waktu gini lah kita dapat lihat pengalaman membezakan, tak biasa dengan tekanan mungkin, player2 Reading banyak buat silly mistake terutama concede corner dan free kick yang tak perlu konon dengan harapan nak lewatkan game kacau flow. Minit ke 89 Koscielny pulak tebus kesilapan dengan score gol ketiga. Masa ni ,keduadua team berada di bawah tekanan dan fan masing2 kaget . Fan Arsenal takut harapan yang diberikan ini sekadar harapan palsu, hadir lewat manakala fan reading memang nak sangat tampar2 muka sendiri dengan harapan supaya apa yang disaksikan ini hanyalah mimpi ngeri. Reading cuba melengah2kan waktu, bawak bola ke corner flag, buat pertukaran la bagai, Jason Robert pulak tu yang dikeluarkan, dah konfiden menang la tu. Masa kecederaan ditambah kepada masa tambahan menjadikannya sedikit panjang dan mendebarkan. ila2 masa ref boleh tiup wisel tapi entah dari mana kita tetap tak putus asa, bola dapat pada Walcott, dirembatnya seakan2 melepasi garisan dan Jenkinson hadir untuk kompomkan merembat terus bola masuk untuk menjadikan 4-4. Tiupan wisel gol Jenkinson dari ref merupakan tiupan wisel penamat terhadap aksi dramatik yang penuh bermain dengan emosi. Arsenal overcome the impossible.4-4. Reading dah macam di library. sunyi..
Masa ni memang kelakar. Entah macam mana Giroud dengan Coquelin boleh pulak bagi lontaran jersey kat away fan , depa ingat game ni dah habis.Datangla kitman bagitau Game ni masih on, sambung terus extra time 30 minit. Diorang confuse ini FA Cup mungkin, yang ada replay kalau keputusan seri. Ini League Cup , 2nd leg hanya ada bila semi. Giroud tu bolehlah dimaafkan, newcomer tapi Coquelin pun tak tahu itu masalah. Tak pasal2 terpaksa mintak balik jersey diorang dari peminat2 tadi. Kantoi buruk siku pulak. Nasib baik fan ni bermurah hati nak bagi balik, kalau nak prank boleh jek bagi jersey lain cap tak ori, takpun nama lain kat belakang ka. haha tapi kredit diberikan pada away fan malam tadi yang setia, memang top class dan profesional.
Sambung extra time. Gua hanya dapat lihat hanya ada satu winner dari situasi ini iaitu Arsenal yang tengah ada momentum.Reading pulak hanya mampu simpati dan menyalahkan diri sendiri. Tilikan gua tak silap.Arshavin set up Chamakh, gol pertamanya untuk 13 bulan. Kemas tendangan pemain Maghribi ini. Arsenal leading buat kali pertama, away fan bagai nak gila. Tapi tak boleh overkonfiden, kelak dihukum lagi. Kita yang bersengkang mata tak tido2 tengok depa main bola, depa pulak yang boleh switch off kejap tido. Pemain gantian Russia mereka Pogrebnyak menyamakan kedudukan 5-5. Perghhh bila mau habis daaa.. main pingpong ke ape? Takpe cool relax. Teruskan mengasak. Reading hanya bergantung harap suapaya perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti kerana rata2 player mereka dah lembik lemau berbanding kita yang masih ada lagi minyak dalam Theo, Jenkinson, Giroud Eisfeld. Arshavin pun ada satu part camera lalu depan muka bibir macam dah biru. Last minit extra time Arshavin counter bawak dari tepi sehingalah ke dalam kotak penalti dirembatnya dari sisi, bola sekali lagi diselamatkan atas garisan gol tapi Walcott hadir tepat pada masanya buat follow up. 6-5. Sekali lagi leading tapi dah bertambah yakin boleh tutup buku. Reading terus mengasak, menghantar lebihan orang ke atas, bagi bola2 tinggi memang agak cuak masa ni. Sampai jelas kelihatan Wenger bengkek dengan Martinez yang dapat bola menggelabah tergesa2 buang possession. Gua paham darah muda, masa ni segala taktikal dah tak masuk telinga dah, adrenalin jek contorl body sekarang. Nasib baiklah Chamakh datang membantu kasi seal the victory. Chip keeper 7-5.Kompom menang. Wow....
Jadi kita dah menang dengan cukup style pagi tadi. Terpulang pada player nak buat apa pulak dari sini. Result tersebut dan cara kita mencapainya boleh dijadikan inspirasi atau boleh dijadikan sempadan bagi mengelakkan kurangnya kes2 sakit jantung ketika menonton perlawanan bola sepak.Banyak pro dan kontra dari game tersebut.Kita tahu bukan muka2 ni yang akan turun di Old Trafford nanti tapi mungkin ada beberapa nama dan stand out performer yang wajar diberikan peluang hujung minggu ini. Pemain seperti Theo, Arshavin, Giroud mahupun Eisfeld pasti dalam radar Wenger. Namun baik siapa sahaja yang diturunkan, kita hanya berdiri di belakang bendera yang sama, warna merah putih yang sama. Kita menyorak berbangga dengan lambang meriam di hadapan bukan nama mahupun nombor yang tertera di belakang.
Agi idup agi mengGunners!!
4 ulasan:
terbaik bro... klau boleh suruh wenger beli defence bertaraf bintang sikit.. mmg teruk la defence skang ni.. ape2 pon mmg lawak bab baling jersi tu.. klu die baling kat gua mmg gua x pulang dh jersi tu hahahahha
kahkahkah..wat muka xbsalah je mamat 2org tu mintak jersi balik..apa raa
Terbaik la der..wa yg xdpt tgok game tu pn dh bole byngkan game tu atas pdng dr tiupan wisel prtama smpi last...arsenal mmg hebat...
Terima kasih encik Afadz dan Encik Rizal Salleh.. Saudara Aitor, dah tengok video kejadian?hahah
Catat Ulasan