Sabtu, 3 November 2012

Pre Match : Selepas semusim, kembali untuk menebus maruah.



Apa yang penting ia pasti tak akan berulang lagi 8-2 seperti tahun sudah. Tahun lepas kita dalam mess, serabut kerana diganggu transfer period.Game Udinese benar2 buatkan palyer kita all out, tiba hujung minggu kita benar2 kering. Musim ini ceritanya berbeza, kita sudah lebih bersedia.Daripada kesebelasan yang terlibat tahun lalu, hanya beberapa player sahaja yang available itupun none starter, mungkin sekadar di bench hari ini. Theo, Arshavin,Rambo,Koscielny, Jenkinson, Coquelin semuanya pernah diberi azab di Old Trafford tapi dengan ada pembelian borong sebaik tamat antara hari paling menyedihkan dalam sejarah kelab,diikuti dengan penambahan untuk musim ini situasi kali ini pasti berbeza. Pemain2 seperti Arteta, Mertesacker, Santos, Giroud, Podolski , Cazorla akan mendapat peluang kali pertama beraksi di OT dalam jersey Arsenal. Walaupun ada hype2 lain yang banyak digembar gemburkan saja kasi bakar line, namun perlawanan Mancester United vs Arsenal tidak harus bertemakan tentang seseorang individu tertentu. Ada perkara yang lebih besar dan penting. Manchester United VS Arsenal adalah perlawanan penuh rivalry dari legacy yang mana aksi yang akan dipersembahkan harus menjadi perbualan. Walaupun cerita2 sisipan ini sekadar menambah asam garam drama, Arsenal fan must let go of it. Orang itu bergelumang dgn Manchester United kini dan tiada kaitan untuk Arsenal amek pot .Gua tidak memberi najis. 3 mata dan penebusan maruah lebih munasabah untuk dipikirkan malam ini. Walaupun Wenger menyeru segala rakyat yang datang dari North London supaya terus kekal 'respect' , realitinya dia tak mampu mengawal emosi crowd.So get on with it.Apa yang bakal berlaku , ia tetap akan berlaku cuma kita harap it just not beyond the limit. Itu satu persepsi semangat (bukan dari segi kesukanan, maksud gua, naik sheikh) dari sudut lain dalam bola sepak. Lumrah.

Tugas besar menanti kita di stadium lawan kerana rekod kita di sana kurang memberangsangkan. Arsenal cuma mampu seri sekali manakala tewas 7 daripada lapan kunjungan terakhir ke OT dalam kesemua kejohanan. Dalam setiap game kebanyakannya kita hanya mampu score sebijik, yang 2 bijik tahun lepas adalah paling banyak kita score dalam 20 game?! Kurang memberangsangkan bukan. Tapi berdasarkan form semasa, Arsenal dan United dah score 12 bijik gol antara mereka dalam game terbaru, tengah minggu sudah walaupun lineup boleh dipersoalkan. United dah bolos 13 gol sekali ganda daripada Arsenal yang kini baru bolos 6 bijik, rekod paling rendah dalam Premier League setakat ini. Siapa kata defend kita teruk sangat? hahah.Bezanya kita cuma mungkin tumpul sedikit di barisan hadapan , perbezaan 10 gol. Pasti ramai yang mudah buat kesimpulan sebab apa. Bagi gua kita belum click together kerana ramai newcomer dari liga2 asing, itu sebab kita cuba berikan tumpuan pada asas fundamental iaitu defending.Kita mula dari bawah. Ia dipotrait daripada gameplay kita.Even keeper kita release bola pun selalu pilih short pass berbanding sepakan2 tinggi tak tentu hala. Arsenal just suka passing dan passing.

Untuk game malam ini kita mungkin ada chance, mereka juga mungkin ada.50-50. Tiada lagi Park Ji Sung yang merupakan 'Drogba' United ketika bertemu Arsenal. Seorang lagi pemain Asia, Kagawa turut terlepas aksi. Gua jangkakan akan ada lambakan seperti biasa oleh Fergie di bahagian midfield, taktik typical untuk halang Arsenal punya game. Dan ancaman yang akan mereka salurkan adalah melalui wing. Target mereka adalah weakest link Arsenal, Andre Santos. Valencia dan Rafael akan menjadi cabaran, Arsenal perlu memastikan bahagian kiri kita full cover. Podolski akan kena banyak buat trackback. Arteta akan memastikan kita tak hilang possession di kawasan sendiri. Ia akan jadi 4-1-4-1 atau 4-5-1 bagi kedua2 pasukan. Giroud yang masuk sebagai sub tempoh hari masih ada minyak untuk start game ni , lead attacking line.Tanpa Gervino itulah pilihan yang kita ada. Theo dan Arshavin gua bajet kompom hanya selaku super sub sebab 120 minit itu hari dah cukup demanding. Rooney akan main deep mungkin sebaris dengan Cleverley depan kepada Carrick, battle dengan Cazorla dan jugak orang harapan kita malam ini, Jack Wilshere. Untuk kembali dalam perlawanan yag penuh tekanan malam ini akan menguji karektar Jack dalam big game. Kita pernah lihat bagaimana influential nya dia ketika menentang barcelona 2 musim lalu, kita harap dia boleh repeat balik persembahan cemerlang sebegitu. Winning balls,breaking all the opposition, goes through.

Belah kanan kita sedikit lega dengan kembalinya Sagna. Andaikata kita start dengan Rambo, kita bakal berdepan masalah kerana United meletakkan Young di sebelah kiri, salah seorang lagi performer untuk game tahun sudah. Pendek kata nak bunuh game United tutup flank mereka. Mertesacker dan Mael punya tugas adalah jaga orang itu yakni RVP. Masing2 kenal antara satu sama lain, dalam game ini siapa dapat baca siapa, adalah kunci. A milisecond timing akan menjadi perbedaan. Di belah United, ketiadaan Vidic sehingga akhir tahun adalah satu blow sesudah kehilangan Smalling dan Jones. Gandingan Rio dan Evans belum cukup meyakinkan dan di sinilah Arsenal perlu ambil peluang. Perlu diingat, walaupun mereka score goals, tapi United musim ini tetap bolos goals. Arsenal harus gunakan peluang sebaik mungkin.

Tiada lagi Szczesny, Gibbs, Diaby, Rosicky, Gervinho, Chamberlain yang kesemuanya masih kekal di wad pesakit.

----------------Mannone--------------
Sagna------Per--------Mael-----Santos
------------Arteta---Jack---------
---Rambo------Cazorla--------Podolski
---------------Giroud-----------------

Gua tak mintak banyak. Cukup sekadar tunjukkan satu display performance yang padu dan meletop all out. At least kita hadir dan balik dengan bermaruah. 3 mata sahaja yang akan meletakkan kita kembali pada landasan untuk merapatkan jurang dengan pasukan2 di atas table. Selain dari itu pada kedudukan ini ia bakal menyukarkan. Arsenal dah alami yang paling teruk, yang paling hina, nothing to loose for i untuk kita malam ini kasi Gung Ho! Cuma jangan hampakan penyokong. We love you Arsenal, we do..

 Astro 845PM Manchester United 1- Arsenal 2.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: