Salam korban salam sejahtera. Lama bercuti. Susah mau cover ni. 3 game terus. Kalah lawan Schalke, menang lawan QPR dan entah apa pulak nasib awal pagi ni lawan Reading. Sukar sebenarnya nak ulas game lawan Shclke kerana ia lebih kepada ulang tayang apa yang berlaku di Norwich beberapa hari sebelum tu. Apa yang pasti rekod baik Arsenal sejak 2003 tak pernah kalah dengan team luar di tempat sendiri lebur. Itu dah cukup devastating. Game dengan QPR kita nampak control game tapi macam biasa kurang create chances.Terpaksa tunggu sampai kebodohan Mbia yang dilayangkan red card untuk pressure QPR. Dan terimakasih kepada goal yang seakan2 offside? dari Arteta. Tapi selain dari result, gua lebih berminat nak pick up pasal kembalinya Jack Wilshere dan Sagna. Perghh. 524 hari duduk termenung tengok kawan2 beraksi, slumber jek terus dapat call up starting line up di pagi hari.Wenger sengaja biarkan diminit2 akhir supaya Wilshere tak terpikir2 sangat tekanan yang bakal dihadapi.Tak ada tekanan sangat pun, malah dia antara yang menjadi nadi penting dalam game QPR jika ada pergerakan2 menarik dan bola2 sempoi, kebanyakannya melibatkan Wilshere. Cuma gua rasa dia memang perlukan protection baik dari ref,rakan2 dan manager.Berapa kali dia ditackle dan dihentak oleh lawan terutama Granero,tapi satu kelegaan tengok dia dapat bangkit semula dan terus bermain.
Perkembangan positif ini takkan berhenti di sini sahaja.Ini Wilshere yang belum fully fit, tunggulah bila fokus dan bodynya dah 100% Arsenal pasti akan dapat impak.Lagipun Jack memerlukan masa. Diakuinya last dia main dengan Fabregas, Nasri dan Song.Kini masuk2 padang bergandingan kali pertama dengan Arteta, Cazorla dan hanya sempat beberapa kali dengan Rambo.Begitu jugak halnya dengan comeback Sagna. Agak sukar keputusan yang dibuat untuk drop kan Jenkinson yang tengah on form, tapi macam Wenger cakap setelah 2 game kita nampak flat, maka perlunya keputusan berani untuk restructure balik team dari asas yakni defend, maka kembalinya Sagna tepat pada masa untuk moral boost. Jangan bimbang kerana Jenkinson masih muda dan perlu banyak belajar, ada masa depan yang panjang malah kalau takde aral melintang kejap lagi pun boleh kembali ke starting lineup.
Sagna kita tengok straight away masuk boleh dapat rhythm, cuma bahagian wide kanan hari tu kurang sebab Rambo diletakkan off position. Game tu jugak menyaksikan kembalinya Theo Walcott dari kecederaan bersama England, tapi walaupun kurang menjadi kita tahu dia dah kembali. Dia dan Sagna lepas ni ada banyak masa bergandingan untuk hantar bola2 cantik dan masuk akal untuk disambar Giroud. Giroud hari tu main untuk pasukan, larian2nya dan positioning dah ok tapi kurangnya support terutama bola2 cross jadi kita nampak Giroud ni lari tak tentu hala menghabiskan boreh kat atas. Secara taktikalnya Giroud dah buat kerja dia, menang bola2 loang ball, set up 2nd ball untuk rakan2 , yang menarik siap track back sampai ke bawah. Itu memang satu yang terpuji tapi bukan satu yang dituntut dalam plan asal sebab kalau dah anda loan striker anda trackback sampai ke bawah bila team nak counter dah takde targent man.
Itu jugak suatu yang menarik disumbang dari Podolski, bantu fullback tapi sejak kebelakangan ini Podolski macam no man's land. Die dengan Cazorla perlu sort out posisi siapa yang patut support siapa siapa yang perlu banyakkan forward run. Sering kali gua lihat bila salah sorang run into channels, yang dapat bola tu seakan lambat membaca pergerakan maka komunikasi di sebelah kiri tu kureng sket semenjak 2 3 game ni.Siapa pulak yang sebenarnya nak main belakang forward itu jugak kena amek pot. Susah2 bagi Arshavin jek. haha bukan apa, kecederaan Gervinho adalah satu berita buruk. Ankle problem.Kita pun tak tahu berapa lama kerana perlu scan dulu. Mungkin apa yang terjadi blessing in disguise . Mungkin penjenamaan semula Andrei Arshavin. Wenger menghormati Andrei sebagai top class profesional. Kurang merungut terus berlatih walau kurang diberi minit aksi. Gua tak nampak setakat ini game yang dia involve musim ini Arshavin yang sulking sepertimana lepas setiap kali die kecewa dengan aksi antarabangsa. Tindakan Capello menggugurkannya dari skuad Russia mungkin satu relief untuk dia fokus kepada bola sepak peringkat kelab. Theo tak sign kontrak lagi, Rosicky Diaby, Gervinho tengah injured, player2 lain muda sangat jadi tak ada orang paling sesuai untuk diberi peluang step up kecuali Andrei.
Awal pagi ni gua menjangkakan skuad campuran antara player2 berpengalaman dan belia. Keeper Martinez, Yennaris, miquel,Gnabry, Eisfeld coquelin dan turut serta mungkin Koscielny, Giroud, Arshavin, Theo,Laci, . Gua jangka :
----------------Martinez---------------
Yennaris------Kos--Johan-----Miquel
----------Frimpong---Coquelin---------
--Theo----------Arshavin-------Gnabry
--------------Chamakh----------------
Astro Super Sport 3 3:40AM . Reading 1 Arsenal 3.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan