Rabu, 24 Oktober 2012

Dominasi dalam Ilusi.

Arsenal mendominasi, tetapi  penguasaan bola tersebut hanyalah ilusi,itu ayat yang disimppulkan Wenger. Tepat sekali. Main entah ape2 langsung tak bernafsu. Malam ni nak lawan Schalke tapi form macam celake.Gua masih sangat kecewa dan sugul dengan result kekalahan terbaru kepada Norwich. Lebih2 lagi kita menjadi mangsa kemenangan pertama mereka dalam 8 perlawanan! Alasan kecederaan (Theo, Gibbs,Diaby)international break effect , pasti yg akan kata tak munasabah. Gua kata kesan tu mmg ada, lihat pada United ,City dan Chelsea kesemuanya ketinggalan tapi masih mampu bangkit. Apa yang membezakan Arsenal dan lain big guns adalah faktor mentaliti dan jugak x factor yang tak muncul2. Memang mudah nak mengambinghitamkan petualang Gervinho,penumpang Rambo mahupun penchamakh Giroud tapi bagi gua kesemua player main bawah par.Even Santos dan Mertesacker sendiri menjadi culprit dalam gol yang dibolosi Holt. Tidak ada siapa2 pemain yang mampu step up ketika keadaan memaksa. Kita mungkin memikirkan Cazorla mahupun Podolski mampu membantu, tapi mereka turut hanyut. Kemasukan Chambo membawa sinar sedikit tapi malang baru beberapa minit masuk dikeluarkan semula. Pengalaman yang pasti mahu dilupakan oleh debutan Gnabry, tapi pemain muda ini  nampak promising dan kekalahan serta pressure game mampu membantu dlam memberi pengalaman berguna.Satu lagi positif adalah kembalinya Wilshere awalaupun di atas bangku simpanan.Itu signal yang memberi makna, dia dah semakin ready.

Melihat kembali match tersebut, (gua pun tak tahu bagaimana gua boleh sanggup ulang tonton), kita memang control bola.Memang Arsenal style. Tapi masalahnya setakat dapat bola tapi tak tahu ,buntu nak buat apa. Itu sebab kita asyik tengok aski yang berulang2 ala astro, nak tebuk wide, cut in selalu sangkut.Through ball tak lepas. Chris Hughton memang dah pakai 2 minggu ni ajar anak buah disiplin kaw2.Defend pulak, ok la selain bolos awal tu.. walaupun last2 minit tu terpaksa komit sebab lontar player kat atas dan main high line, tapi Norwich defend lagi ok.Macam gua cakap tadi player2 memang tak up to it.Akhirnya, player kecewa, fan merana. Tewas itu memang sukar ditelan. Gua cuma harap player tebus balik maruah dan kepercayaan fan dengan kemenangan malam ini.Gua pasti kekalahan2 gitu jarang berlaku dan hari itu gua bukan melihat Arsenal sebenar yang dikenali beraksi. Tapi untuk ada ciri2 champion, Arsenal perlu mengelakkan result2 bodoh seperti itu dan kini ketinggalan 10 mata belakang league leader, sorry , kita belum memenuhi kriteria. Gap nampak jauh tapi possible dikejar selagi kita set mind kita positif.Ayuh bangkit!

Awal pagi nanti kita nak buru 3 mata lagi nak merengkapkan round 1 dengan rekod 100%.Podolski dan Mertesacker cukup masak dengan cabaran yang bakal di hadapi.Selaku tuan rumah malam ini, Jerman duo ini pasti menjadi duta untuk menunjukkan jalan pulang pada Schalke.Schalke sekarang duk no 3 Bundesliga, baru2 ni kalahkan Dormund.Walupun boleh nak mengharap rekod jaringan Podolski ke atas Schalke, dengan situasi yang digambarkan tadi Arsenal boleh predict lawan jenis apa yang bakal dihadapi. Walaubagaimanapun Theo dan Chambo belum boleh kembali, tapi ada chance siket untuk Koscielny yang tengah recover. Untuk melihat aksi Wilshere adalah risiko kerana dia Sagna dan Frimpong baru sahaja selesai aksi 90 minit belakang tabir menentang simpanan Everton.Wenger pasti mahu bersabar dan bagi Jack chill dulu mungkin QPR di rumah adalah masa yang sesuai untuk cameo.

----------------Mannone--------------
Carl------Per------Mael------Santos
-----------Arteta--Coquelin----------
-Rambo-----Cazorla-------Gervinho
---------------Podolski---------------


Astro SuperSport2 2:45AM. Arsenal 2 Schalke 1.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: