2 minggu tinggal BPL lame pulak rasanye. Harap kita kick off balik dengan momentum yang kita tinggalkan kat Upton Park. Kemenangan away yang cukup memberangsangkan sebenarnya.Bukan apa, ketika game boleh beralun ke arah mana2 side dan kita beberapa kali terselemat, kita tutup game dengan bergaya.Ini mampu bagi lebih konfiden terutama pada game2 away.
Sama jugak seperti malam ini, away di carrow road. Jangan ingat lawan Sang kenari ni macam jalan2 kat taman. Ya mereka belum pernah menang setakat ini dan terperosok di tangga kedua terbawah liga tapi siapa tahu 2 minggu free ni memang diorang gunakan sepenuh kesempatan dan masa untuk aim betul2 lawan Arsenal.Mereka sebuah pasukan yang bermain dengan corak positif di bawah Lambert dulu, kini Chris Hughton pun mempunyai adaptasi yang sama cumanya pertahanan mereka yang perlu disekolahkan lebih. Dibelasah Liverpool dan Chelsea, pastinya Norwich ingin mencipta kejutan dan Arsenal perlu berhati2.
Kita pula, ramai pemain terlibat dalam aksi antarabangsa jadi fatigue dan sharpness bakal menjadi isu. Terutama apabila game style kita melibatkan telipati2 dan hubungan telekomunikasi di atas padang antara pemain. Pemain2 perlu tune balik mentaliti dengan corak Arsenal berbanding corak skuad kebangsaan masing2. Dan sesetengah mereka juga perlu melupakan kekecewaan yang berlaku. Kali ini malang buat kita apabila internationaleleh memaksa dua pemain kita out of service, Theo dan Koscielny mengalami kecederaan.
Update untuk player lai n pulak Szczesny takkan beraksi untuk 2 minggu sekurangnya, Fabianski bakal menjalani pembedahan jadi terlepas 3 bulan maka Manonne akan meneruskan kesempatan di tengah2 gawang. Santos menyanggah segala gosip propa bahawa dia nak pindah malah dia seronok dapat bersaing dengan Gibbs untuk posisi LB. Malam ini Santos bakal turun selepas Gibbs belum fit lagi. Game QPR kata Wenger adalah target. Rosicky , Diaby masih out. Ada ura2 Wilshere yang baru sudah main game tertutup menentang chelsea reserve akan diturunkan ke bangku simpanan tapi sejauh mana Wenger sedia merisikokan gua tak pasti kerana yang terbaru gua check, Jack Wilshere baru 80% fit, statement datang sendiri dari Le Boss. Mungkin kalau ada pun dia di bangku simpanan, jika Arsenal leading selesa smpi last2 minit mungkin ada cameo untuk saja kasi panas Stuart Pearce. Haha, sebab apa? sebab si Psiko ni awal2 declare nak pilih Wilshere untuk England U21 summer depan, main pun belum lagi.Itu yang Wenger bengang tu dan tak mau lepaskan Jack untuk England U21. GUa sendiri pun mahu Wilshere fokus pada kelab dulu.Dia ada masa depan yang panjang dengan England.
------------Manone--------------
Carl-----Per------Mael----Santos
------------Arteta---------------
--------Cazorla---Rambo---------
--Gervinho---Giroud---Podolski--
Arsenal menang 5 dan tak pernah tewas daripada last 12 lawatan ke Norwich .Jadi gua jangkakan kita tak ada banyak sangat masalah untuk teruskan rekod baik di sana.COYG! Astro 12:30am. Norwich 0- Arsenal 2.
Agi idup agi mengGunners!
Sabtu, 20 Oktober 2012
Pre Match : Meriam target Kenari
2:02 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan