Jumaat, 19 Oktober 2012

November Rainternationaleleh

International break selalunya suram. Namun bagi Arsenal untuk 2 minggu ini ada senyuman dan tangisan. Macam biasa kita pergi dengan berita baik dulu. Chambo score dalam game kenduri gol England bertemu San Marino. Tapi hanya mampu sub dalam perlawanan kedua England menentang Poland, suatu persembahan hambar dari anak buah Roy. Dan bagaimana pula rival England, Jerman? Umpama menerima nasib Arsenal, leading 4-0 bertemu Sweden sebelum bolos lagi 4 untuk seri 4-4.Ingat Newcastle? Mertesacker score dalam match tu, tapi jugak ada saham dalam keruntuhan tembok berlin dalam masa 30 minit. Big Guns yang lain, pertemuan antara Spain dan France. Koscielny yang dapat last minit lampu hijau main 90 minit. Aneh sempat jugak die menyindir Suarez sehingga digelarnya mamat Uruguay tu penipu. Aku tak tahu apa masalah tapi mungkin kerana game musim lepas dia dapat merasai sendiri bagaimana Suarez dgn mudah dapatkan penalti tapi untuk bukak 'akaun' ke atas lawan lain secara tiba2 mungkin bukan tepat pada masanya. Tunggulah match di Emirates nanti kita lihat mahu tak  Suarez berjabat tangan dengan Koscielny.

Ok fokus.Isu penting dalam game tu selain Cazorla jugak main ialah, Olivier Giroud score gol penyamaan last2 minit!! Header yang cukup sempoi dan bagus untuk dirinya dan Arsenal at least momentum dari Upton Park tempoh hari tak mati begitu sahaja. Norwich mesti tengah risau gigit2 kuku. Oh ya Bendi pun score, wenger kata "ada aku kesah". Player yang duduk kat rumah pulak bukan goyang kaki. Bagi memastikan match fitness, pemain2 seperti Arshavin, Squillaci, Santos, Chamakh diberi test bertemu pasukan simpanan Chelsea dalam game latihan. Turut serta ialah Frimpong Sagna dan Wilshere yang dapat 90 minit. Tapi dah turun hampir nama2 star pun kecundang lagi 0-2.Tak ape , bukan keputusan yang menjadi ukuran utama. Yang penting stamina dan ketajaman.

Berita malangnya ialah supersub kita Theo Walcott cedera teruk sampai kene usung masuk hospital ketika game pertama England. Dia diterjah oleh keeper lawan dalam perebutan bola 50-50 tapi melihat kembali insiden itu, keeper tersebut memang tak patut. Kecederaan rusuk, sampai dikhabarkan batuk pun berdarah.ada yang kata patah. Pergh.. Theo kini umpama senjata rahsia Arsenal walaupun tak start sekalipun, ROy tetap call up dia bukan berdasarkan minit atas padang tapi impak yang diberikan. Ini masa untuk player lain step up. Kejap,tapi sebelum gua puji lebeh2, oi theo ! sign kontrak tu cepat! sekarang lu sudah injured insuran jugak mesti mahu reniew, takaful sudah keluar skim medical card baru.-kata agent.
TIme internationaleleh jugaklah nak ada rumors la bagai padahal lambat lagi bulan satu ni haa. Paling kencang sekarang kate kita nak cari striker lagi.Boleh percaya? hurmm.. Dengarnya Arsene Wenger hampir termakan dengan scout Spaniard kita, Francis Cagigao yang dah rekemen player2 macam Reyes, Fabregas , Cazorla. Kali ni kita tengah monitor striker Atletico Madrid, tapi bukan Falcao, lupakan.Yang menjadi buruan adalah seorang lagi, Adrian Lopez player 24 tahun top scorere kejohanan u21 suatu ketika dulu. Pernah dikatakan sampai satu tahap Arsenal dah sampai advance stage nak sign mamat ni dan Wenger sanggup tarik plug deal Giroud dgn montpellier. Tapi sebab France keluar awal Euro, Giroud punya deal diteruskan dgn lancar ketika Atletico masih main tarik tali harga dengan Lopez. Wenger sign Giroud, dan ketika 'orang itu' masih ada lagi di Arsenal walaupun declare taknak sign kontrak, Wenger tak pikir dia ada masa untuk cari seorang lagi striker ketika Chamakh, Park Bendi semua masih makan gaji. Itu sekadar cerita yang gua dengarlah sahihnya belum kompom.Tapi yang kompom lopez ni nampak promising, umur pun sedang2 elok, darah pun tak ada DNA Barca, cuma kalau dari Atletico ni kene hati2 dengan syndrom Torresis-satu penyakit yang boleh menikam belakang badan tapi jangan bimbang bisanya makin lama makin tumpul.tak meninggalkan parut.

Sealain itu, Galatasaray dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Andre  Santos. Gua tak rasa Arsenal kena jual kerana dia back up terbaik yang kita ada untuk Gibbs melainkan Wenger memilih option untuk meletakkan Mael di sebelah kiri. Arsenal.com tengah sibuk buat close up interview dengan vice kapten, Arteta. Memang up habis la nama dia untuk minggu ni kerana dia jek antara star yang tertinggal bila time tibanya internationaleleh macam gini. Antara intipati menarik, ialah impak kematangan dan ketenangan Arteta, cita2 Arteta untuk jadi pengurus satu masa nanti dan peranannya selaku respectable player dalam dressing room dipilih membantu Mael. Cazorla sendiri mendedahkan Arteta sebenarnya nampak lebih berkepimpinan dalam skuad Arsenal dan semua pemain dalam skuad mempunyai respect yang tinggi terhadapnya. Dan rakan2 semua sudah pulang ke London Colney, bersiap sedia untuk meneruskan match liga bertemu Norwich City!

Agi idup agi mengGunenrs!!


0 ulasan: