Khamis, 4 Oktober 2012

Post Match : Rekod cemerlang UCL diteruskan.


Kita berjaya mengutip mata maksimum dari 2 peralwanan setakat ini dengan kemenangan melegakan 3-1 ke atas Olympiacos awal pagi tadi.Dalam satu lagi keputusan perlawanan, Schalke hanya mampu seri dengan MOntpellier ini bermakna Arsenal kekal sebagai pendahulu kumpulan. Arsenal trurun dengan line up biasa, Arteta diberi lampu hijau disahkan boleh beraksi, Chambo ambil tempat Rambo manakala Coquellin mengisi kekosongan Diaby. Olympiacos nampak benar2 liat kerana mereka tak memberi ruang untuk Arsenal mecipta peluang.Closing down mereka berjaya untuk hampir separuh masa pertama. Hanya percubaan Cazorla dari freekick sahaja yang menepati sasaran malah Olympiacos sendiri lebih banyak ancaman on target dan salah satunya boleh score dulu kalau tidak kerana kegiroudan penyerangnya.  Sehinggalah di minit ke 40++, masa2 mcm ni jugak kita score lawan Chelsea dan penjaring golnya sama, Gervinho. Ingat Steve Bould boleh relax laa masuk bilik persalinan(sebab wenger masih digantung) sekali alih2 last2 minit tu bolos pulak. Vermaelen bergandingan sekali lagi dengan Koscielny untuk game malam ini.Nak pulak, kebetulan Mertesacker tiba2 demam. Namun mereka berdua gagal mengekang tandukan Mitroglou yang menyelinap di celah2 mereka berdua untuk gol penyamaan. Arsene Wenger dari stand bengkek melihat tanpa boleh buat apa2.Misscall pun tak boleh.
 
Separuh masa kedua nasib baik kita tak drop performance walau urgency kelihatan masih kurang. Arsenal hampir di depan namun Gervinho yang berjaya meloloskan bola dari sebelah kiri untuk Cazorla tapi rembatannya tersasar jauh.Podolski yang jarang dapat bola hanya mampu menutup muka. Podolski mungkin kelihatan AWOL dalam beberapa game sebelum ini termasuk yang tadi, tapi kemampuan penyudahnya mampu menyelamatkan Arsenal jika diberi peluang.Walaupun dari situasi yang agak sukar, hasil dengan usahasama Gervinho, Podolski merembat masuk di celah2 kangkang keeper memberi nafas baru buat Arsenal. Sekurangnya tekanan  di pihak Olympiacos yang tak pernah menang dalam 10 trip ke England sebelum ini. Pihak lawan mula mencampakkan pemain2 mereka ke atas memberi ruang untuk Arsenal counter attack tapi dengan situasi yang sama macam montpellier iaitu kegelsihan takut concede, gol ketiga yakni pembunuh hanya muncul di last2 minit masa kecederaan oleh Rambo.



We won the game and that's great for us. They made it tough and I thought they were very good, their organisation was excellent. We improved in the second half with the ball, but we looked nervy at times I have to say. But overall we are delighted. - Bouldy
Kemenangan yang tepat pada masanya untuk melupakan kekecewaan sabtu lepas. Sedang memandang ke hadapan untuk satu lagi London Derby bertemu West Ham Sabtu ini.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: