Sabtu, 6 Oktober 2012

Pre Match : Arsenal cari balik jalan ke landasan bermula di Upton Park.

Satu lagi London Derby malam ini. Arsenal akan ke Upton Park, Arsene Wenger vs Sam Allardyce sekali lagi.Cukup popular dengan corak fizikal terutama dari dia manage Bolton lagi.Untuk Rekod, dalam 9 away game, Arsenal vs Big sam adalah sukar, hanya menang 2 seri 3 dan kalah 4.Gua pernah ingat ketika dia di Newcastle dan masa tu namanya sedang dipetik2 antara nama2 yang bakal jadi manager England, masa tu dia mula meroyan, dia pernah berkata kalau die dekat kelab besar pun sebenarnya dia mampu bawak, kelabnya tak power sebab kurang sumber, dia perlukan dana.

Kontra dari yang diimpikan, alih2 musim lepas dia hanya menyaksikan dirinya di West Ham dalam Championship.Tapi dialah yang membawa kelab London yang terkenal dgn hooligan kembali ke premier league, kali ini giliran rival mereka Milwall menjadi bahan jenaka setelah semusim terpaksa menanggung malu. Jadi Big Sam ni bukan calang2, ada saja cara dia nak mengekang game plan Wenger. Kali ini dengan kembalinya Andy Carrol, dia pasti akan menggunakan fizikal ketinggian pemain pinjmaan Liverpool itu bagi memberi ancaman kepada Arsenal terutama dari bola mati. Arsenal perlu berwaspada.Gua tak berapa nak rate Carroll cuma gua rasa dia tak menjadi di kelab2 berstatus, dan hanya sesuai di mid table club. Dan gua rasa Big Sam adalah orang paling sesuai untuk menjelmakan semula Andy Carroll yang sama seperti di Newcastle dulu.

 Dan untuk membendung masalah yang bakal berlaku, Arsenal pasti mengharapkan kembali pulangnya Per Mertesacker daripada jangkitan virus demam. Fizikal kena lawan dengan fizikal, tapi Wenger belum pasti sama ada akan menurunkan pemain Jerman itu.Arsenal dah concede 3 gol dalam 2 match terakhir liga melalui set pieces dan dua2 game Arsenal gagal merakamkan kemenangan sementara West ham pulak dah menang 2 dan seri satu setakat ini. Mungkin tak banyak changes dari segi line up kerana Szczesny dan Diaby masih belum boleh kembali.Arsenal akan mengharapkan on form Gervinho dalam memburu gol, suatu yang sedang dieksperimentasikan dengan jayanya oleh Arsene Wenger setakat ini, meberi cabaran kepada Gervinho selaku central striker.Janji nak bagi ke Walcott tapi janji masih belum ditepati. Mungkin sebab Theo belum komited sign kontrak lanjutan. Gua jugak kalau boleh nak tengok Giroud start game ni dan boleh score gol liga seawal yang mungkin.Mungkin Podolski boleh diberikan sedikit nafas kerana dia nampak agak tenggelam dalam 3 game kebelakangan ini tapi selagi dia membantu dengan jaringan tak ada masalah.Bola sepak pun memang memerlukan gol.

Rambo yang sempoi game bertemu Olympiacos boleh diserapkan ke starting lineup ganti Coquelin. Lepas armband Wales nya 'dilucutkan', Wenger cuba mencari positif dari situasi tersebut dengan memberi motivasi, beban yang dikurangkan dari bahu Rpemain muda itu bakal menyaksikan the best of Rambo. Selain Carroll yg jika start, Mael dan rakan2 perlu menumpukan perhatian juga kepada Kevin Nolan, Jarvis, Diame , dan Carlton Cole. Dan tolonglah Arsenal, cukuplah bolos melalui situasi bola2 mati ni.Sakit jantung gua.

 ----------------Manone--------------
 Jenkinson----Per------Mael-----Gibbs
 -----------Arteta----Rambo----------
 -----Chambo-----Cazorla---Podolski--
----------------Gervinho------------

 Astro SuperSport3 1230am. West Ham 1 - Arsenal 2.

 Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: