Ahad, 31 Julai 2011

Cesc Unsettled tapi defend Arsenal lebih unsettled + Salam Ramadhan



Semalam dalam perlawanan pertama Piala Emirates, menentang Boca Jrs kita sekali lagi dapat melihat kegoyahan barisan pertahanan Arsenal yang sekali lagi mempersiakan kelabihan 2 gol. Walaupun, 2nd string pairing yang beraksi kita sekali lagi dapat mengesahkan skuad depth Arsenal belum cukup kukuh. Wenger selalu cakap kualiti bukan kuantiti. Masalahnya , mampukah Johan dan Laci meneruskan cabaran dalam jersi Arsenal di mana kita kketahui demand yang agak tinggi diperlukan untuk berada dalam sebuah skuad besar seperti Arsenal.
You never want to concede goals, but overall I do not give too much importance to that. What is important for us it to find a collective rhythm.
Kata2 yang agak membimbangkan dari Le Prof. Arsenal mempunyai tempoh yang lama untuk memperbaiki masalah ini selepas downfall yang berlaku hujung musim. Sepatutnya Wenger sudah mula melakukan transformasi terhadap corak pertahanan terutama membawa masuk wajah2 baru yang lebih komited. Ya dia membawa Carl Jenkinson, tapi melihat kepada corak persembahannya, dia mempunyai potensi namun belum bersedia lebih2 lagi dengan pengalaman yang kurang untuk beraksi di peringkat tertinggi. Backup untuk Sagna setelah Eboue dikhabarkan bakal ke Galatasary. Kalau kita memilih untuk bergantung pada Mael dan Kos, aku percaya pairing ini boleh menjadi tapi aku tak yakin yang kedua2nya akan fit sepanjang musim. Oleh itu untuk membiarkan Arsenal sebegitu lama tanpa sebarang tindak balas yang pantas dengan tinggal 2 minggu sahaja lagi, agak mengecewakan transfer plan summer Arsene Wenger. Berita mengenai Phil Jagielka oleh Hill Wood dan Wenger sendiri memang didengarkan untuk nampak seperti Wenger sedang berusaha sedaya upaya. Tapi kita mahukan kepantasan, agar pemain2 baru ini mampu digunapakai mencari persefahaman dalam pra musim, itulah sebenarnya fungsi pramusim jugakkan bukannya jalan2 pergi asia pergi europe sana sini cari duit lebih, bagi player yang 'tak komited' main esok hari sedar2 dah jual.

Arsenal perlu lekas.It's not the Mata of money right? itu yang wenger selalu beri alasan, bukannya Arsenal tiada kewangan, gazidis cakap kalau nak belanja boleh saja. Tapi belanja pada orang yang tepat dan berbaloi. Gua memang setuju. Sebab itulah , kalau dah depan mata, si Mata ni 17M dah  memang tepat dan berbaloi untuk harga market sekarang ni. Ada atau tak Fabregas/ Nasri, Wenger patut sambar sahaja, mengenangkan nasib Walcott yang selalu dihantui kecederaan manakala Ryo yang tak gerenti lagi work permit, Mata boleh jadik satu 'rasuah' untuk Nasri dan Fabregas. Defend pulak, antara Samba, Cahill Jagielka Wenger dah pun membuat bidaan terhadap Jagielka jadi aku percaya dengan Wenger yang nampak pemain Everton tu lebih suit bermain dengan corak Arsenal walaupun tak sefizikal Samba.Siapa sahaja antara ketiga2 ini akan menambah kelebihan berbeza cuma dari segi harga menjadi masalah bagi Wenger, itulah sebabnya delay delay dan terus delay yang penyokong Arsenal takutkan adalah apaa pun tak boleh, habuk pun takdapat. Tiba2 aku teringat 'transfer tiba2' seperti Eduardo yang datang tanpa khabar berita.bukak sahaja Arsenal.com tertera headline Arsenal signed Eduardo. Kalau boleh gua nak kejutan2 macam ni lagi , mungkin Wenger ada hadiah misteri dalam pemikirannya selain 3 nama CB yang dinyatakan tadi.

Cakap pasal Fabregas yang dalam dilema pulak.Cinta tiga segi? Aku rasa Fabregas lebih susah nak meninggalkan Arsenal daripada tak sabar2 hendak menyertai Barcelona. Wenger cakap Fabregas masih sayangkan kelab, hatinya masih ada gunners walaupun otaknya nak balik kampung sangat2. Semalam dia hadir duduk di sebelah Rosicky memberi sokongan moral walaupun moral sendiri tak tentu arah.Kredit kepada Fabregas kerana masih menghormati ARsenal, dia tak pernah secara terbuka menyatakan hasratnya, dia belum pernah menghantara transfer request, dan dia tak pernah berkata apa2 yang buruk tentang Arsenal dan Wenger. Tapi cara Barcelona yang macam samseng membuatkan Wenger terasa hati dan perlunya Arsenal bertekad untuk tidak dibuli. Senang sahaja, lu mau lu bayar la. Player masih ada kontrak panjang, ingat lu suka boleh amek2 gitu sahaja?! Arsene dan Fabregas mungkin dah ada gentlement agreement summer lepas, di mana Fabregas bersetuju unuk kekal, dan kalau Arsenal dilihat tak mampu bersaing, dia minta dilepaskan. Wenger agree , dan aku lihat situasi sekarang, Wenger sudi berbincang dan berunding dengan Barcelona tapi dengan syarat harga mesilah rasional. Oi Rosell, si Pastore tu pun 43 juta!! Jadi bukan Wenger atau Arsenal yang menghalang Cesc, kalau dia pilih untuk pergi, Arsenal boleh melepaskannya tapi dia sendiri perlu lihat keseriusan Barcelona yang acuh tak acuh pada reputasi dan harganya. Dengar2 ada cakap2 pasal cash + Thiago Alcantara. Hahaha.. aku  setuju sangat kalau dari segi aspek atas padang dengan apa yang ditawarkan oleh bintang muda ni. Tapi skrip ini bakal berulang kembali ketika dalam jangka masa panjang, Barca akan kembali ke pintu Arsenal kerana DNA Barca yang masih melekat di baju Arsenal. Dia pun baru sign kontrak 5 tahun jadi mustahil Barca senang2 nak lepaskannya. Fabregas pasti dah lihat rakan2 kampungnya bermain menentang Bayern, kini tugasnya untuk memijak padang pulak makin rumit setelah Thiago sendirik buat satu pertunjukan menakjubkan balun 2 bijik gol. Xavi, Iniesta kemudian Thiago, pikir baik2 Cesc oii...Ditanya semalam pada Wenger, adakah perlu menukar kapitan, jawabnya senang,

We sort any problem out when we have a problem. At the moment the problem is to play good football tomorrow. Fabregas is not in my mind because he will not play tomorrow. I don't see why I should worry about that.
Tentang Nasri pulak, dia dapat game 90 minit malam tadi tapi tak berapa memberangsangkan seperti pra musim tahun lepas. Lepas kegagalan  join World Cup, dia nampak terbakar.kegagalan adalah motivasinya. Marilah kita berharap agar kali ini kegagalan dia join kelab2 manchester sebagai pembakar dirinya untuk menunjukkan dia layak mendapat kenaikan gaji di Arsenal. Sign laa kontrak cepat!!
If you ask me if I want to keep him, I say yes. But he needs to be committed to that as well. I don’t give them ten days, the transfer period is until August 31. Ideally, we go into big games in two weeks, in the next two weeks we have to sort out problems out. There is no specific deadline of one day or 24 hours. It’s not like you shoot a shuttle into space. Sometimes it’s very quick on that front and sometimes it’s very slow.
Sibuk bercakap tentang apa yang belum berlaku, lebih baik cakap tentang apa yang dah kita dapat. Gervinho sekali lagi menunjukkan satu lagi persembahan yang memberangsangkan. Larian dari tepinya sebelum assist kepada RVP untuk gol pertama  membuktikan kebolehan versatile nya.Malam ini Arsenal sekali lagi akan turun menentang pendahulu NYRB dan Henry pasti kembali.Bolehlah kita mengubat rindu dan harap game malam ni lebih kompetitif dan menarik.

Selain itu, aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua umat Islam dan diharap agar kita sama2 dapat menjalani ibadah dengan penuh keberkatan. Gua juca ingin memohon ampun dan maaf sekiranya jari jemari ini ada menaip kata2 yang mengguris perasaan kerna sebagai insan dan hamba yang lemah, gua tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Sekian, salam Ramadhan.



Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 30 Julai 2011


30 Jul 11:10 pmAstro SuperSport 2Emirates Cup 2011: Arsenal v Boca Juniors live from Emirates Stadium, London, England.






Khamis, 28 Julai 2011

Leaving On a JET plane

Jay Emmanuel Thomas atau nama saintifiknya JET  telah selamat dijual kepada Ipswich Town kendalian Paul Jewell dalam harga anggaran 1M. Sayang sribu kali sayang kerana aku harapkan dia ni boleh menyinar, youngster yang berbadan bagak dan seorang monster d tengah padang. Tapi setelah melalui zaman belia bersama Arsenal kemudian dipinjamkan ke Blackpool, Doncaster , dan Cardiff nampaknya Wenger telah membuat keputusan untuk melepaskannya, mungkin kerana tidak cukup kriteria yang dikehendaki Arsenal. Jadi nak buat macam mano, Selamat maju jaya la jawabnyo.



Berita kecederaan, seperti kita ketahui Conor Henderson mengalami kecederaan lutut serius semasa perlawanan persahabatan tempoh hari. Setelah diuji, makanya berita yang agak malang bagi seorang lagi promising youngster ini apabila mengalami nasib sama seperti Frimpong tahun lepas, kecederaan di pra musim , Hendersong terpaksa melupakan 6 bulan aksi. Theo Walcott yang dikeluarkan pada perlawanan bertemu Cologne terpaksa diihantar pulang lebih awal dari Germany kerana tidak mampu meneruskan program latihan. Theo menjalani  MRI scan dan akan dianalisis keputusan mengenai kecederaan ankle nya yang kejap on off.

Menjelang Emirates Cup, new York Red Bull telah mengesahkan kehadiran lagenda Arsenal Thierry Henry. Ini kepulangan kedua Henry sebagai opponent setelah kali pertama dalam situasi yang agak janggal dalam jersi Barcelona 2 musim yang lalu. Bagi Henry sendiri dia tidak sabar untuk balik rumah dan menghiburkan para peminat yang pastinya merindui aksi beliau. Wenger pulak tak sabar nak ketemu pasukan jemputan pertama dari America Latin, Boca Juniors. Tidak seperti rival mereka yang dah relegated, River Plate, Boca masih sebuah kelab yang disegani di amerika Latin terutama Argentina sendiri. Wenger menganggap Boca sebagai silent killer kerana corak permainan mereka yang boleh slowkan tempo senyap2 lepas tu tiba2 kasi bunuh. Keupayaan mereka lebih kepada teknikal dan skill individu yang lebih dipraktikkan melalui culture semuljadi mereka bola sepak jalanan. Ini satu peluang yang baik bagi Arsenal dalam menghadapi pra musim kerana dapat bertemu lawan2 dari budaya dan corak yang berbeza.



Salah seorang pemain yang bersemangat menghadapi musim depan pastinya Arshavin yang dah pasang target nak score 15 bijik. -kalau boleh score buat lagi season wonder score 4 bijik dalam satu game berulang kali, tak mustahil target boleh terlaksana. Arshavin ni bukan tak power, power gila dan seorang pemain yang diberi bakat semulajadi terbaik. Kalau kena harinya,kepala dia fokus, dia seorang player yang mampu menjadi game decider. Cuma musim lepas dia agak nampak 'berat' maka banyak kritikan2 yang dilemparkan.Itupun kalau tengok statistik dan masa di atas padang,berbanding2 pemain2 starter yang lain agak memuaskan dengan assist terbanyak dan 10 bijik gol. Gua rasa musim ini dia mampu jadi balik key player walaupun ada/tanpa duo nasri dan Fabregas. Kehadiran Gervinho di samping bakal meringankan beban, ia memberi support dan saingan menarik dalam pasukan.Tapi Arshavin dalam nada berseloroh tak berapa kisah Arsenal tak menang edisi Emirates Cup musim ini asalkan, di penghujung musim piala lain yang akan singgah di kabinet Emirates.

"I always enjoy this tournament and hopefully we’ll show plenty of good things, but to be honest it’s not vital to win it. We’ve done that twice since I’ve been here and didn’t win any trophies the following season, so I’d happily swap!"

Jersey away telah mulai dijual secara rasmi hari ini!!

PS: jangan lupa ramai2 ke Bukit Jalil atau duduk tercongok  di depan TV menyaksikan pengembaraan Harimau Malaya cuba menghampiri Sungai Amazon!! Gunners in my heart, Tigers are my soul...


Selasa, 26 Julai 2011

Emirates Cup 2011.




Saturday 30th July *waktu UK
New York Red Bulls v Paris Saint-Germain (*2pm)
Arsenal v Club Atletico Boca Juniors (*4:20pm)
Sunday 31st July
Club Atletico Boca Juniors v Paris Saint-Germain (*2pm)
Arsenal v New York Red Bulls (*4:20pm)


Return of the king : Part II

Sekurang2nya dia akan kembali..walaupun sekadar perlawanan persahabatan Ahad ini..namun tetap besar maknanya...




Isnin, 25 Julai 2011

Wenger bengang dengan tap up


Macam2.. x habis2.. Wenger mahu ia diberhentikan segera, salah laku ini harus diberi perhatian oleh badan2 berkuasa.Pasal tapping up. Bukan sekali dua tapi dah berulang kali, dulu ashley cole, kemudian Hleb, kemudian mereka cuba ke atas Nasri dan Fabregas. Xavi, puyol, pique , Evra, Mancini semunya mengeluarkan ayat2 yang kurang disenangi oleh Le Prof yang pada pandangannya dianngap sebagai ayat pemujuk untuk kasi unsettled player. Bayangkan dia susah2 sedaya upaya cuba mengekalkan pemain2 yang hebatnya tapi dek kerana pujuk rayu dan hasutan2 suara2 ini, Wenger tidak boleh tahan dan melabelkan mereka sebagai tidak menghormati aka kurang ajar.
"We live in a realistic world. I do not want to assess what I cannot prove, but I know how things happen.It doesn't necessarily go through the player or the agent, but I think it is a rule that has to be reviewed. It's not really respected.''
Dipercayai Arsenal memberikan tempoh hingga Jumaat ini kepada barca untuk membuat bidaan yang serius dan rasional. Ini supaya Arsenal boleh tumpukan perhatian pada persiapan skuad yang akan memulakan kempen dan bagaimana plan transfer Arsenal berjalan selepas ini pastinya bergantung kepada situasi 2 key player Fabregas dan Nasri. Itulah sebabnya Arsenal perlu menyelesaikan segala ketidakpastian yang berlaku. Dalam pada itu, Wenger membayangkan pemain2 yang boleh dilepaskan seperti mana yang kita ketahui Bendi, Almunia dibenarkan, terbaru dalam senarai adalah Eboue, pemain yang mendapat perhatian dari kelab Turkey Galatasary. Twitter Craig Eastomond yang menyatakan dia berada di Party BBQ dianjurkan oleh Eboue, menspekulasikan jamuan tersebut sebagai farewell party.


"How many will leave the club? I said from the start I will fight to keep everybody. Bendtner might go. Eboue might go. They can talk to clubs, but the rest I will fight for.As for signings, it’s not the number, it’s the quality."-Le Prof


Ahad, 24 Julai 2011

Pra Musim : Nasib berbeza 2 signing

Aksi pertama Gervinho berjaya menjaringkan 2 bijik gol dalam masa 15 minit manakala nasib berbeza buat seorang lagi signing apabila tersilap budget, clearance liarnya melambung masuk menewaskan Szczesny, satu gol sendiri yang agak cantik. Wilshere yang melambungkan assist cantik untuk gol pertama memuji kehadiran Gervinho yang dianggap mampu memberi variasi dalam serangan Arsenal.Wenger selepas perlawanan berpuas hati dengan corak persembahan Arsenal tapi agak bimbang dengan ruang yang terlalu didedahkan setiap kali Arsenal bergerak ke atas terutama apabila counter attack. Conor Handerson mengalami kecederaan lutut yang agak teruk, Gervinho dan Nasri masing2 mengalami kecederaan kecil yang tidak berapa membimbangkan.Arsenal akan terus berlatih bagi menghadapi saingan Emirates Cup minggu hadapan.




Jumaat, 22 Julai 2011

Saga FL = Fabregas Lagi.....

Cukup cescc..cukup..jangan dikau teruskan kata2 mu..aku sudah mengerti..pedih di hati papa nak oi...

Arsenal berlepas ke Germany untuk perlawanan pra musim seterusnya tapi berkemungkinan besar tanpa kelibat Cesc Fabregas yang masih bergelut dengan kecederaan hamstring. Dan seperti biasa, bila dah  sekali lagi tak ikut , seteleah terlepas trip ke Asia, spekulasi tentang masa depan Fabregas terus menjadi hit di media.Baru- baru ini Barcelona meneruskan lagi sikap bongkaknya dengan taktik keji mereka. Pada ketika artikel ini ditulis, bid 26M mereka terhadap Alexis Sanchez telah dipersetujui Udinese.  Ya, 26 sama seperti offer pertama yang ditawarkan pada Arsenal . Nak tergelak bukan. Cara mereka rate Fabregas langsung tak hormat dan tak menghargai nilai Fabregas sendiri. Gua rasa sudah tiba masanya kampung boy pikir masak2 tentang pilihan hidupnya.

Sudahlah diakui oleh Pep sebagai bukan target utama, siap cakap tak kisah pun kalau tak dapat musim ini, musim depan ada lagi. Ini satu taktik keji dalam cuba merosakkan minda kapten kepada Arsenal Football Club. Bayangkan jika Fab yang jiwa kacau, hatinya merintih untuk ke Barca(kalau ikut seperti digembargemburkan media dan Xavi dan Pique dan Puyol dan bla3 senarai hingga pemain Barcelona B), persembahannya pasti terganggu, dan nilai akan jatuh mendadak, sekali lagi Barca akan mengemis depan pintu Emirates agar melepaskan pemain. Sikap acuh tak acuh Barca sepatutnya boleh dinilai oleh Fabregas sendiri, jika benar mereka menghargai dan inginkan Fabregas menjadi sebahagian daripada mereka, mereka perlu bertindak seperti sebuah kelab yang ada class. Kalau betul apa kata Guardiola mahupun Hill-Wood bahawa Arsenal sudi bukak pintu rundingan dengan syarat harga adalah rasional, tawarkan yang sepatutnya dan kedua-dua parti bolehlah buat kenduri kesyukuran jejak kasih bersama di Catalan. Arsenal pulak bolehlah teruskan perjuangan dengan beg duit yang berisi. Saban tahun transfer saga ini berlanjutan, Gua lagi syok nak gelak kat muka barca puas2 kalau Fabregas terus kekal di Arsenal, bersara dan jadi coaching staff kat London Colney, Pada masa itu Barca masih terhegeh2 dan berita saga di media berterusan walaupun fabregas telah beruban, 'Marilah pulang oh anakku'.Di waktu itu berita itu hanya mungkin di ruangan Senyum Kambing.

Adoilah..kerana mind set captain kita yang masih menjadi misteri, tak pasal2 Mael yang terpaksa mengambil alih tugas selaku jurucakap Arsenal , keyakinannya dalam artikel ini memang menarik. Memang dah nampak bibit2 kepimpinan padanya dan kalau buat poll, ramai yang inginkan Mael berbanding Cesc sendiri dan RVP untuk mengetuai Arsenal kerana sifat dan naluri leadership semulajadinya. Pemimpin2 Arsenal sebelum ini lantang bersuara menunjukkan prihatin mereka kepada kelab, tidak terkecuali Vieira. Eksekutif ManCity itu menegaskan keperluan untuk lebih fizikal, walaupun mengakui skuad di eranya kurang bergaya(berbanding batch hari ini) dari segi seni permainan.Pendapat tentang fizikal ada benarnya, namun mengenali Wenger, matlamat akan tetap diteruskan tanpa perlu mengorbankan falsafah. 3 skuad juaranya mempunyai cerita yang berbeza, -1998 ; mewarisi dinding kebal back 5 Graham dgn menukar boring2 Arsenal kepada tak ngantuk untuk ditonton dgn penambahan steel seperti Vieira dan Petit. 2001; menambahkan flair and pace dgn signing seperti Henry, Pires, Ljungberg. 2004; targetnya melalui kempen satu musim tanpa kalah, sewaktu wenger pernah bercakap setahun sebelum itu, ramai yang mengelakkannya kata orang tua ni dah gila.

Maka dengan itu , tak ada sebab untuk gua rasa wenger yang hati keras ni nak korbankan falsafah belianya kerana projeknya berpaksikan Fabregas,jadi org2 di sekelilingnya haruslah rakan sebaya dan boleh masuk dengan gaya permainan Arsenal.Dia pun tahu dia tak boleh nak paksa Cesc berada selama bersamanya, seorang pemain keluar dia akan ganti, dia tak bodoh. Internal atau external, optionnya banyak, tak termasuk yang diwar2kan media. Nasri, Arshavin, boleh isi lubang. Rambo pun boleh menyelit. Aku certita2 sebegini bukanlah mengharapkan Cesc pergi, tapi worst case scenario. Arsenal masih boleh handle, dan jika Wenger terpaksa melepaskan Cesc, untuk menarik kembali hati fan, signing lain akan dibawa masuk. Mata? pemain sayap kiri ini berkebolehan sebagai wide man Arsenal jika nasri atau Arshavin tukar department.Bagaimana aku boleh yakin sangat yang Nasri akan stay sebab kontrak baru pun tak sign lagi? kalau tanya aku , aku pun tak tahu,cuma naluri aku sahaja berkata Arsene takkan melepaskan kedua2nya sekali serentak atau lagi bagus tak lepaskan langsung seorang pun.

Dalam pada sibuk2 duk mempertahankan Cesc dan Nasri, Arsenal sempat mengintai2 posisi lain. Gazidis cakap Arsenal masih aktif dalam transfer window. Terbaru rumors mengatakan bid 10M kita terhadap pertahanan Everton Phil Jagielka ditolak mentah2 kerana mereka menilai pemain England tersebut sebanyak 18M.Gilo.Maka pasti ada suara2 yang akan katakan, 'alaaa kalau Fabregas lu mau orang value sampai 40M, lu pun value orang rendah2 tapi mahu barang kualiti apa cerita'. Gua story kat sini, Fabregas kalau ikut nilai asalnya, 40M tu pun dah mahal gila, tapi dek kerana harga semasa dan kerja2 tangan seperti Sheikh Mansor dan Abramovich, market tiba2 dah jadi gila dan tak logik. Fabregas juara,dunia,juara eropah, pengalaman luas domestik dan antarabangsa berjela2 dalam resume, muka boleh buat marketing,umur prime time masih ada potensi, oleh sebab itu tak ada sebab dia  harus duduk satu class bersama Andy Carroll. Masalahnya, dengan valuation yang menggila dah kerap sangat berlaku, ramai sangat kelab2 yang amek kesempatan dengan meletakkan harga yang tak sepatutnya, itu yang cuba dielakkan Wenger.

Dan kalau tak dapat Jagielka, Wenger dikatakan akan datang balik menguji Owen Coyle untuk Gary Cahill. Bolton nakkan 17M, tapi mereka pun tahu merka takdak duit, takde kelab2 utama yang tengah cari Defend kecuali Liverpool dan Spurs (yang semua nak beli) depa pun tengah kesendatan wang. Arsenal masih boleh main harga, 15M mngkin satu nilai yang boleh difikirkan.Wenger belum buat keputusan sama ada nak loan out balik atau menyerapkan Kyle Bartley dalam skuad utama. Pemain yang smpat merasai pengalaman juara bersama Rangers ni nampak promising. Lagi lebih kurang tiga minggu, selesaikan masalah pertahanan , Wenger. Esok mari ramai2 tengok friendly vs FC Cologne.

Agi idup agi mengGunners!


Isnin, 18 Julai 2011

Suai kenal Gervinho


Ho Ho Ho..Gervinho



Tiada rahsia lagi, Akhirnya gambar yang ditunggu2- Gervinho sarung jersey Arsenal dengan menayangkan nama baju di belakang- telah diterbitkan di laman rasmi Arsenal.com.  Sebenarnya Gervinho dah berjaya didapatkan seminggu yang lepas jika tidak kerana kertas kerja yang lembap, player paling banyak assist dalam liga Perancis tahun lepas ni dah buat debut depan mata kita di bukit Jalil. Ini serba sedikit butiran peribadi pemain yang bakal bersaing dengan song dalam anugerah juara rambut:


Full nameGervais Yao Kouassi
Date of birth27 May 1987 (age 24)
Place of birthAnyamaCôte d'Ivoire
Height1.79 m (5 ft 10 12 in)[1]
Playing positionWingerForward


Jadi posisi mana yang agaknya kita nak letakkan padanya? 


“Gervinho is a player that can play in a number of positions up front.  He can play on the right, on the left and through the middle.  He has qualities that I find very important, like his movement off the ball.  He has the qualities we like technically.  He is good one against one, he is strong and was the best provider in the French league with assists and he scored 15 goals. I think he is a very good addition to the squad.”

Kalau ikut kata Le Prof, kita boleh jangkakan Gervinho sebagai pilihan wide man. Ini bakal memberi saingan sihat kepada Walcott dan Arshavin.Gervinho boleh beraksi di kedua2 belah flank,  kalau di belah kiri dengan kehadiran Gervinho  Nasri dan Ryo mendapat manfaat rotation jika Arsenal masih lagi berkeras dengan aksi 4-3-3. Gervinho diletakkan di frontman?Kelebihan yang ada pada pemain Afrika ni adalah pace dan dribble. aku rasa keupayaan beliau boleh digunakan sebagai support atau second striker belakang RVP atau Chamakh ketika Arsenal beraksi dengan 2 orang CF. Dan seperti biasa, kita ikuti kata2 manis pemain yang dianggarkan bernilai 10.6M ini.

“It’s a great feeling to be an Arsenal player. I’m very happy. I’ve always dreamed to play for this Club. I’ve achieved this dream now and I am so happy. It’s one of the most beautiful days of my life. “I’m very happy to have the chance to work with Arsène Wenger.  I came here because I believe that he can improve my game and help me reach another level, but the most important thing for me is that I bring a lot to the team for whom I’m playing.”



Kehadiran Predator ini menguatkan spekulasi pembelahan dedua Arsenal dan Bendi,  selepas Wwenger mengesahkan Denilson menjadi Kampung Boy pertama bukannya Fabregas, Denilson dilepaskan secara season loan ke kelab negara asalnya Sao Paulo. Adeih, kenapa tak jual, manyak untung siket. Tapi takpelah , sekurang2nya ini memberi petunjuk sedikit demi sedikit wenger sudah mula nampak mana yang menjadi liabiliti dalam pasukan. Bendi dan Almunia bakal menyusul. Diaby masih lagi diberi peluang apabila wenger menolak bidaan 10M dari kelab Turkey. Laci? pergh..signing ala2Stepanovs/cygan/Silvestre ni kalau tak ada memang tak sah bagi Wenger, jadi kita tunggu sahaja dia tamatkan kontrak di Arsenal nampaknya. Dengan permergian 'sementara' Denilson, eloklah Wenger beri peluang pada pemain2 seeprti JET dan Lansbury. Gua nak tengok apa perkembangan defend sekarang ni. Wenger harus bertindak.

Agi idup agi mengGunnres!


Ahad, 17 Julai 2011

Arsenal puas hati dengan pengalaman di Asia.

Arsenal menamatkan Asia Tour 2011 dengan hanya mampu seri 1-1 dengan kelab Hangzhou Greentown. Arsenal kena sebijik dulu melalui freekick yang gagal dihandle dengan baik oleh Manone dan pertahanan sebelum Vela menyudahkan bola muntah hasil gerakan 1-2 Arshavin dan RVP untuk menyamakan kedudukan di hujung babak pertama. Greentown agak liat dengan mereka bermain dengan kemas dan ketat sebagai sebuah pasukan. Seperti yang dikatakan, keputusan bukan segalanya kerana pemain2 ternyata nampak kepenatan dan masih mencari level fitness yang dikehendaki. Bagi Wenger dia berpuashati dengan pengalaman (dan duit yang dikaut di Asia..haha) kerana bukan sahaja dapat melebarkan fan-base, dapat merasai pengalaman berbeza malah yang lebih penting skuadnya injury free, memudahkan proses pra-musim  . Arsenal pulang ke London sebelum berlepas ke Jerman bagi meneruskan pra musim, pertemuan dengan kelab Jerman FC Cologne akan berlangsung sabtu depan.


Jumaat, 15 Julai 2011

Bersaranya Patrick Vieira

Seperti sedia maklum, Patrick Vieira telah mengumumkan persaraannya Selasa lalu. Seorang pemain yang hebat, berkarektar dalam dan di luar padang, Paddy V merupakan seorang lagenda yang tidak boleh dipisahkan bersama Arsenal walau kelab mana pun dia sertai. Berada di kemuncak kerjaya ketika bersama Arsenal dengan 3 kejuaraan liga termasuk mengetuai skuad The Invincibles , 4 piala FA serta Piala Dunia dan Piala Eropah. Satu pencapaian yang menarik dan jarang boleh diulangi oleh mana2 pemain.Pada umur 35 tahun, Vieira merasakan dirinya sudah cukup merasai segala pahit manis dalam kerjaya seorang pemain bola sepak profesional, dengan pengundurannya dari arena ini, Vieira tela hberhasrat untuk menyumbang kepada sukan yang dicintainya dengan satu cabaran baru iaitu sebagai Eksekutif pembangunan bola sepak di Manchester City. Sayangnya, Wenger lambat menyambar bekas bintangnya sendiri untuk menabur bakti dan berkongsi pengalaman pada tempat yang sepatutnya. Tapi harap suatu hari nanti, dia akan pulang ke 'rumah'.

Video ini diambil 2 tahun yang sudah sebelum dia menyertai City tapi sudah secara ringkas mengimbas kembali perjalanan kerjayanya 9 tahun bersama Arsenal di mana dia dianggap sebagai lagenda dan kapten terulung di era itu.



Terima kasih dan selamat maju jaya kepada Vieira.Kelibatmu akan dirindui namun semangat perjuannganmu akan sentiasa terpahat di hati.


Dalam memori, Arsenal di Malaysia.

13 jam penerbangan dari Kota London, mereka akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada 11 Julai 2011. Selepas itu segalanya bermula...

Hari pertama


Hari Kedua


Hari ketiga


Highlight Match (kredit sokernet)


Post Match Interview












Hari keempat
video menyusul..

Kini skuad Arsenal telah berada di China bagi meneruskan Asia Tour 2011 mereka bertemu Hangzhou Greentown esok.


Khamis, 14 Julai 2011

Harimau dibedil 4 kali. Terimakasih Arsenal, Tahniah Malaysia.


 Malam yang mengujakan dan pasti terpahat dalam ingatan sebagai memori indah buat semua peminat2 Arsenal khususnya di Malaysia terutama bagi 70k yang hadir ke Bukit Jalil semalam.Umpama satu perlawanan akhir yang menarik cuma tidak kisah siapa pemenangnya, suasana dari petang higgalah ke match berlangsung umpama satu pesta. Anak buah Arsene Wenger menghadiahkan 1001 kenangan dan pengajaran berguna bagi anak buah Dato K Rajagopal. 4 gol (Rambo, Walcott, Vela, dan Rosicky) clean sheet , satu kick off pra musim yang sangat positif buat Arsenal namun keputusan dan jumlah jaringan bukan ukuran, sekadar menguji tahap kecergasan dan kembali membentuk persefahaman dengan eksperimentasi pemain di beberapa posisi. Bagi Malaysia, kita tahu kelas perbedaannnya sungguh ketara tapi apapun tahniah kerana berusaha memberi saingan terutama cara kita control possession dan organize defend pada separuh masa pertama sebelum Theo Walcott meloloskan diri dengan gol lambungnya yang nyata menyentap semangat tuan rumah, tapi tengok pada keadaan semalam umpama Arsenal yang jadi tuan rumah.hahah.



Tidak perlu rasanya aku ulaskan secara terperinci mengenai gol2 yang dijaringkan cuma apa yang aku lihat pasukan negara mungkin agak berhati2 dan terlalu respect akan Arsenal, manakala the Gunners pula tidak all out masih dalam mode kepenatan dan ada beberapa lazy leg yang dapat dikesan. Semua pemain yang disenaraikan oleh Arsenal dapat merasai aksi di atas permukaan padang bukit jalil, yang rasanya memberi kesan pada kelancaran pergerakan bola Arsenal. Arsenal menyenaraikan Carl Jenkinson dan Ryo Miyaichi dalam kesebelasan utama dan 2 pemain ini memberi respond yang positif. Carl beberapa kali menjadi penghalang Malaysia kerana berjaya menyekat senjata paling berbisa kita melalui kelajuan Kunalan.Berkenaan Ryo pulak, bertuah menyaksikan seorang pemain dari Asia mencipta nama di peringkat tertinggi, ini memberi motivasi kepada pemain2 kita bahawa saiz bukanlah tembok besar mane, yang penting niat keinginan dan usaha. Pemain Jepun ini beberapa kali menyusahkan Mahali Jasuli tapi masih banyak yang perlu ditimba lagi bila tentang decision making , crossing dan ball distribution.



Satu lagi perkara yang menjadi buah mulut adalah mengnai pertukaran Denilson yang hanya sempat beraksi 20 minit sebelum dia sendiri dikeluarkan semula. Ramai yang bergosip bahawa Denilson terlalu kecewa kerana dilayan sebegitu rupa dan terus ke bilik persalinan tanpa duduk di bangku simpanan, Wenger menafikannya dan berkata Denilson memang awal2 lagi sudah tak fit dan memang dalam perancangan 20 minit aksi diberikan padanya.Ribuan hadirin menjadi saksi persembahan Denilson yang agak sloppy pada malam semalam. Kemasukan nadi2 utama dan nama2 popular seperti Nasri, Arshavin, RVP dan Sagna ketika baki perlawanan tinggal lebih kurang setengah jam ternyata kembali menghidupkan suasana dan corak serangan Arsenal nampak menjadi lebih agresif.


Malam itu juga kita dapat menyaksikan Wenger menguji barisan hadapannya dengan penggunaan 3 frontman berbeza. Pada mulanya Chamakh, pemain Maghribi ini nampak agak berat kaki dalam sesetengah situasi di mana sepatutnya dia harus menggunakan kelebihan fizikal terutama dalam kotak penalti.tapi ada beberapa hantaran terutama dari Walcott dan Ryo, Chamakh nampak kurang berminat.Tapi ada juga beberapa link up play yang menarik antara dia dan pemain2 tengah.Ini persahabatan yang pertama dan dalam proses mencari fitness jadi bolehlah dimaafkan tapi Chamakh harus berusaha keras agar tidak mengalami nasib Bendi.

Selepas itu Vela. Aku suka dan berpuas hati akan apa yang dipertontonkan Vela di Bukit Jalil. Akhir musim lalu dia dipinjamkan ke WBA, malangnya dia gagal mengoptimakan peluang untuk menyinar di situ sekaligus digugurkan dari skuad Mexico ke Concacaf baru2 ini. Aku harap jalan ceritanya seperti Nasri, digugurkan dari Piala Dunia maka semangat membara untuk membuktikan kemampuan sebenar-cuma kali ini aku inginkan Vela yang lebih konsisten tapi bagaimana caranya, hanya dengan peluang match2 yang berterusan dari Wenger. Maaf aku katakan tapi dari pemerhatian, Vela dilihat kurang mendapat peluang dan tempat di hati Wenger kerana lepas menyerlah score gol sekalipun match2 seterusnya dia dibekukan tanpa penjelasan. Aku tidak tahu sama ada terdapat masalah atitud ataupun Wenger sendiri kurang bersedia untuk mengambil risiko. Score dengan stylenya sebagai seorang mat lob, bola2 begitu memang makanannya, chip baik punya menewaskan Apek. Ada jugak yang dia terover play ketika sepatutnya dah boleh sudahkan digentel2nya sebelum pertahanan Malaya sempat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Dan RVP masuk, Vela kembali ke posisi wide area, tidaks egan dan sentiasa aktif terlibat dalam setiap pergerakan offensive Arsenal. Gol terakhir melalui Rosicky jugak adalah sumbangan Vela yang berusaha keras mengawal bola sebelum sempat dikuiskan pada Arshavin yang memang suka meneympitkan diri main atas line hujung2 sebelum membuat hantaran pda Rosicky untuk disudahkan.Kredit pada Vela malam ini. Aku ingatkan lepas dia score crowd di Bukit Jalil akan buat Mexican Wave tapi tak sampai2 pun kat seat aku.


Nama2 gah seperti Nasri dan RVP hanya diberikan kurang 30 minit untuk menghiburkan kita tapi kemasukan mereka memberi impak pada perlawanan terutama pada game Arsenal dengan directness, pace dan flair. Kita mungkin tak berpeluang menyaksikan sentuhan ajaib kedua2 Nasri dan RVP tapi keterlibatan mereka dalam build up play Arsenal menghadirkan keterujaan pada para penyokong. Setiap kali mereka mendapat bola, sorakan lebih kuat bergema.Tidak ada riak wajah atau bahasa tubuh yang menampak Nasri tidak berminat lagi terhadap Arsenal.Dia nampak komited ataupun profesional.Wenger bersungguh2 ingin mengekalkan Nasri dan sanggup menyimpannya lagi setahun ketika berisiko kehilangannya tanpa apa2 keuntungan.Walaupun pada aku, ia satu yang gila dan berisiko,mungkin dengan komitmen dan cara Wenger ini boleh mengubah pendirian Nasri untuk sign kontrak baru secepatnya.



 Selain itu, apa yang dapat diperhatikan adalah gandingan Wilshere dan Rambo. Rambo yang sepertimana kita tahu baru nak kembali dari mimpi ngerinya lebih setahun yang lalu tak menunjukkan sebarang tanda takut2 lagi, konfiden levelnya jugak nampak bagus dengan diberi peluang sebagai pengambil sepakan penalti. Hantaran dia pada Walcott jugak menampakkan vision yang ada pada dirinya, sepatutnya Malaysia dah boleh baca , pasti banyak bola2 sebegi dari Arsenal terutama pada Walcott.Wilshere macam biasa, takde rupa budak 19 tahun main bola. Wenger kata mungkin ramai lagi yang berpeluang mengikut jejak Wilshere. Tapi pada aku Arsenal perlukan lebih pengalaman, kekuatan fizikal dan mental. Frimpong beraksi dengan baik sebagai backup song tapi masih belum sampai tahap yang sama ketika pra musim lepas sebelum dibelenggu kecederaan serius yang panjang.Wenger harus memberi perhatian pada posisi Song yang dilihat tiada cabaran, jangan sampai Song ambil mudah.

Pertahanan Arsenal pulak tak banyak yang boleh diperkatakan kerana jarang benar2 diuji. Mael Lambung yang memegang arm band bergandingan dengan Koscielny sambil diapit Gibbs dan Jenkinson pada separuh masa pertama. Laci, Johan, Traore diberi peluang pada separuh masa kedua disusuli Sagna. Serangan skuad negara agak buntu tanpa kelibat Safee Sali yang hanya mampu duduk di bangku simpanan.Nor Shahrul Idlan tidak mendapat sentuhannya menyebabkan Malaysia hanya nampak hidup di sebelah Kunalan. Itupun, pertahanan Arsenal masih relax dalam kepeluhan.Lawan2 selepas ini akan menjadi medan menentukan barisan pertahanan Arsenal tapi melihat pada cakap2 Wenger, dia umpama sudah puas hati dengan kualiti yang dimiliki cuma konsistensi dalam defending set pieces yang ditagihi. Ini yang gua tak sedap dengar, menggantikan Clichy dgn Traore baru pulang dari Juventus dan si kaki lembut Gibbs bukanlah satu jaminan.

Sebaik wisel penamat, stadium masih lagi gegak gempita dengan sorakan para penyokon.Jauh di lubuk hati setiap seorang daripada mereka berhasrat agar jam tidak lagi berputar, mereka tidak mahu ia berakhir, mereka tidak mahu Arsenal pulang lagi . Namun kita masing2 harus percaya, jika ini bukan kali pertama, maka ini juga diharapkan bukan kali terakhir Arsenal hadir ke bumi bertuah ini berkongsi pengalaman dan kegembiraan.Ini baru permulaan, Malaysia bertuah kerana menjadi saksi pertama persiapan skuad 11/12 dengan semangat dan impian yang baru. Begitu juga pada bola sepak Malaysia, satu lagi hari bersejarah tercipta terutama bagi para pemain yang dapat berdiri di atas padang yang sama sebaris dengan bintang2 dunia. Hangzhou Greentown menunggu Arsenal di China, kita menantikan kelibat Dalglish dan anak2 buahnya. Apapun 13th July Bukit Jalil, ia satu perlawanan hiburan persahabatan dengan semangat kesukanan. Terima kasih Arsenal, tahniah Malaysia,selamat maju jaya kepada kedua2nya dalam visi dan impian masing2. Hala tuju Kejuaraan mereka selepas ini mungkin berlainan tapi misi mereka tetap sama. Menang!


Rabu, 13 Julai 2011

Pre Match : Harimau Malaya yakin boleh!!


Ketika kita teruja menyokong pasukan kesayangan kita Arsenal tapi jangan sesekali kita melupakan malah tidak sepatutnya meminggirkan pasukan kebangsaan yang kita cintai, tanah tumpah darahku, Malaysia dengan nama garangnya Harimau Malaya. Kita pernah mencipta sejarah dahulu pada 13 Mei 1975 menewaskan Arsenal 2 - 0 melalui jaringan lagenda Allahyarham Mokhtar Dahari , 2 hari kemudian Arsenal mintak repeat, perlawanan berlangsung di Penang dengan berkesudahan seri 1-1 ,Bryan Kidd menjaringkan gol penyamaan di saat akhir buat Arsenal  hanya untuk memadamkan gol Isa Bakar yang dilihat sekali lagi membuatkan The Gunners gigit jari. Itu ketika zaman kegemilangan bola sepak kita, ketika era emas, kita layak ke Olimpik Munich(tapi boikot), segala jenis lawan kita tentang habis habisan tidak terkecuali Arsenal.


Namun entah di mana silapnya, sama ada bolasepak kita jauh merudum ataupun pasukan lain meningkat dengan mendadak mengikut arus zaman, kita tiba2 tersentak dengan kemelut rasuah yang membelunggu , ternyata membantutkan segala usaha, bermula dari situlah zaman kemerosotan , sejarah hitam bola sepak negara bermula pada akhir 80 an dan awal 90 an. Seperti tahu2 sahaja timing yang baik, pada 1999 Arsenal memilih untuk hadir sekali lagi kali ini bersama Wenger ke Stadium Shah Alam,kali ini  mereka berjaya membersihkan maruah mereka walaupun tanpa kelibat lagenda DB10 yang agak keberatan naik kapa lterbang. Anelka dan Petit berjaya membezakan garis pemisah antara kedua dua pasukan.


Hari ini Skuad Harimau Malaya, pilihan Malaysia XI akan berdepan tugas sukar membendung asakan antara pasukan yang memperagakan corak permainan paling menarik di dunia, Arsenal. Ini sudah pasti menjadi medan terbaik dalam menghadapai ujian sempena beberapa perlawanan penting terutama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu musuh tradisi Singapura bermula 23 Julai nanti. Oleh itu, esok diharap pemain2 ini dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin dari bintang2 berkelas dunia. Boleh lah pemain2 seperti Aidil mencedok ilmu dari Verminator,  Khairul Fahmi lawan tangan dengan rakan sebaya Szczesny, Amar Rohidan belajar bina perisai seperti Song, Safiq Rahim 'menari' bersama Nasri, NorShahrul mengkaji finishing RVP dan ramai lagi yang bertuah dapat merasai seperti bermain perlawanan di peringkat tertinggi. Kedua2 bek negara kita jugak mempunyai tugas sukar dalam mengekang asakan Arsenal yang lebih gemar menggunakan flank, Theo di sebelah kanan dan jika dilihat dari sesi latihan , tak mustahil Ryo akan diberi shot/peluang di sebelah kiri.  Tunjang serangan pasukan negara pasti agak resah dengan ketiadaan Safee Sali, tapi buat Raja, inilah masanya untuk dia bereksperimentasi dengan para pemain lain. Dato K Rajagopal mungkin penyokong setia United, namun bukanlah sentimen untuk kita tidak menyokong pasukan anak jati negara kita sendiri beraksi.



Ketika bola sepak kita kini di ambang kemajuan dan peningkatan prestasi bermula dengan kejohanan pestabola merdeka, emas di sukan sea, Piala AFF suzuki, kelayakan Olimpik dan terbaru Piala Dunia, tidak ada lagi waktu paling baik untuk barisan generasi sekarang ini diuji dengan perlawanan bertaraf dunia. Sangat menarik malah mendebarkan! Kita ternyata masih bertuah kerana sempat menyaksikan satu persatu di depan mata tapi yang sebenarnya jalan masih panjang dan berliku. bukan sekadar lagu negaraku, dan sorakan jitu yang diperlukan, sokongan moral ketika mereka jatuh tersungkur bakal mengejutkan sang Harimau dari lamunan tidur. Kita membawa logo Arsenal di dada, tapi Jalur Gemilang dikibarkan biar apa pun yang melanda!




Gua mengharapkan satu perlawanan persahabatan dengan semngat kesukanan tinggi yang menghiburkan. Selain itu, diharap agar  tentangan sengit diberikan dari pasukan negara.Sorakan untuk Arsenal dan bakar semangat Harimau Malaya.Jumpa anda di sana.

Astro Super Sport 3 817.  8:45pm. Malaysia 3- Arsenal 2.(1st time gua predict Arsenal kalah, sorry rakan2..huhu)

Tanah Tumpah darahku!

Agi idup agi mengGunners!


Arsenal menghiburkan Bukit Jalil


Baru sahaja pulang dari sesi latihan Arsenal di Buki Jalil. Satu sesi latihan yang ringkas ,  sempoi dan menghiburkan. Tiada yang berat2 cuma sekadar pengekalan kecergasan,pemanas badan dan pertunjukan aksi serta skill2 bagi ribuan peminat yang berpeluang menyaksikan sesi latihan Arsenal di Bukit Jalil. Untuk pengetahuan, para pemain yang kini menyinap di Hotel Saujana Subang telahpun membuat latihan tertutup di staidum shah alam semalam, jadi segala taktikal dan latihan terperinci bagi bertemu Pilihan Kesebelasan Malaysia telah dipersiapkan.


Bermula tepat seperti yang dijadualkan jam 7pm ketika warga kota sibuk pulang dari pejabat, hampir 30 ribu penyokong2 Arsenal termasuk dari jiran2 rantau asia, Singapura, Thailand dan Indonesia serta pelancong dari beberapa negara digamatkan dengan kehadiran Arsene Wenger di tengah2 padang bersama2 dengan Pat Rice. Suasana menjadi lebih histeria apabila pemain2 mula masuk padang dan diperkenalkan seorang demi seorang dengan RVP Nasri dan Jack menjadi tumpuan. Theo kelihatan teruja, paling mesra dan friendly apabila dilihat banyak melambai ke arah para penyokong segenap stadium. Tidak lupa juga Song menjadi antara pemain terakhir meninggalkan padang di akhir sesi.


Sesi dimulakan dengan pemanas badan, jogging, move and pass, controll ball sebelum acara kemuncak iaitu mini practice match antara pasukan kuning dan biru.Berlatih pada suhu hampir 30 darjah Celcius benar2 menguji ketahanan mental dan fizikal para pemain yang sudah lali dengan kesejukan. Paling nampak terasa adalah Arshavin, belum apa2 dah berpeluh satu badan. Seingat aku, Pasukan kuning diwakili Szczesny, Carl, Kos, Mael Lambung, Armand, Nasri, Rambo, Song, Angry Bird Ryo, Rosicky dan RVP. Manakala pasukan biru diwakili oleh Manone,  Gibbs, Laci, Johan, Sagna, Wilshere, Denilson, Frimpong, Walcott , Arshavin, Chamakh dan Vela. Satu kealpaan dari Traore menyebabkan pasukan  biru mampu menjaringkan gol gua tak pasti siapa.Tapi itu semua tak penting-walaupun Wenger harus menjawab tentang posisi left back- yang mencuri tumpuan adalah pemain muda dari Jepun Ryo yang nampak ada masa depan. Walaupun masih awal, tapi tengok pada gaya permainannya di sebelah sayap , corak pantas wengerball memang sesuai baginya cuma keupayaan fizikal masih menjadi persoalan. Dengan kehadiran Ryo, ini memungkinkan Walcott boleh diserapkan lebih ke posisi atas. Penyudah kita masih lagi tumpul dengan rata2 striker kita masih dalam mood bercuti belum smpat menajamkan boot masing2. Ini satu kelebihan yang harus digunapakai oleh Harimau Malaya. Dan seperti biasa, hadirin dihiburkan dengan aksi crossbar challenge sebagai penutup tirai. Terimakasih kepada skuad Arsenal dan tahniah kepada ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Nasional petang tadi.



Sedikit berita tentang perpindahan. Seperti sedia maklum, Arsenal telah mengesahkan tandatangan Gervinho yang ditinggalkan di London Colney bersama sesi ta'aruf dengan kapten Cesc Fabregas. Sementara itu dua pemain yang diketepikan daripada Asia Tour bendi dan Almunia diberi lampu hijau untuk meninggalkan kelab.Almunia dikatakan bakal menggantikan De Gea di Atletico Madrid manakala Bendi harus mempergiatkan promosi lagi setelah Hamburg dan Dortmund masing2 telah menarik diri.
Esok kita akan bertemu kembali sekali lagi jam 845 malam, menanti sepak mula yang ditunggu2.


Isnin, 11 Julai 2011

Video Press Conference Arsenal vs Malaysia XI


Rombongan Che Wenger ke Bukit Jalil.

Wenger: Aku ajar budak2 ko untuk kalahkan Chelsea minggu depan,
Ong Kim Swee : Terima kasihlah bagi aku tips2 berguna, tapi kalau ko nak belajar defending, baik ko usha 3gp budak2 aku lawan Lubnan.

Nama2 berikut akan sampai di Kuala Lumpur pada hari Isnin ini sebentar lagi.Jika ada rombongan2 fan yang ingin menyambut kehadiran para pemain2 kesayangan untung nasib dapat autograf para pemain dan Arsene Wenger, sila2 lah berhimpun di KLIA. (tiada pancutan air atau tear gas).

Arsenal squad:
Wojciech Szczesny
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson 
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie

Ketiadaan Fabregas pastinya tidak meredakan spekulasi tentang perpindahannya walhal mengikut laporan dari Arsenal sendiri, kapten sedang berjuang bergelut untuk kembali pulihdari harmstring akhir musim.Tiada Bendi dan tiada Almunia. Sayonara? ada kemungkinan.

Gervinho, Seperti sudah dimaklumkan dalam Arsenal.com, kita semacam sudah hampir pasti dapat pemain Lille ini tetapi dek kerana beberapa urusan kertas kerja yang perlu diselesaikan, Gervinho tidak dapat turut serta ke Asia tour. Walaubagaimanapun kita mungkin antara yang bertuah atau pertama  dapat menyaksikan aksi 1st signing , Carl Jenkinson beraksi di depan mata.

Arsenal akan mengadaan sesi latihan di bukit Jalil, lebih kurang macam member's Day la kalau kat sana, di mana para penyokong berpeluang menyaksikan sesi latihan Arsenal di bawah tunjuk ajar sifu Wenger.Kalau nak tengok apekejadahlah yang diorang buat masa berlatih defending set pieces, haa inilah masanya nak komen depan muka diorang sendiri. Kalau ikut waktu asal, sesi latihan dijangka dimulakan jam 7 malam. Sekarang masih menunggu info2 lebih terkini dan tepat, jika ada , sudi2 lah kiranya kongsi bersama. Sementara itu Perlawanan bertemu pilihan Malaysia Rabu nanti 13July akan diadakan jam 845pm .

P/S : Dalam mode pedih mata..(...bersengkang mata tunggu berita Arsenal bersusah payah cuba mendapatkan askar baru).


Selasa, 5 Julai 2011

Tribute : Gael Clichy



Pada ketika ini baru sebentar tadi telah disahkan Gael Clichy bek kiri kita telah dilepaskan ke Manchester City dengan anggaran perpindahan 7M. Bukan rahsia lagi di sebalik segala keadaan yang tak menentu dan lain2 transfer saga, Clichy merupakan pemergian pemain utama kita yang pertama dengan licin dan licik tanpa sebarang masalah.Clichy  antara pemain terlama dalam skuad kali ini dan pemain antarabangsa perancis itu pastinya bukan yang terakhir meninggalkan Emirates kalau ikut senario sekarang ini. Dibawa masuk oleh Wenger dari kelab Perancis Cannes, Wenger berjaya membentuk Clichy menjadi antara bek kiri terbaik di Eropah pada awal kemunculannya, rata2 gooners jugak nampak dia sebagai pengganti talibarut tersohor Ashley Cole. Berjaya mendapat 264 kemunculan dengan hanya 2 gol dalam tempoh 8 tahun bersama Arsenal, dia sempat merasai pengalaman sebagai juara , pemain skuad juara liga 03/04 dan satu piala FA pada 2005.

Dengan kepantasan dan defending/interception ratio yang tinggi dan kemas tapi entah bagaimana prestasi 2 3 musim kebelakangan ini dia dilihat sebagai lubuk yang konsisten antara keempat2 back 4. Tragedi Eduardo umpama satu trauma yang masih belum dapat dilupakan, sayang ramai juga yang masih ingat kegelinciran ketika match bertemu Spurs berkesudahan 4-4 suatu ketika dahulu.Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Clichy , susah untuk mengekalkan prestasi maka dalam era bola sepak moden ini, fan lantas menghukum, kesalahan2 minima pun menjadi ingatan sampai bila2. Dia antara nama yang pertama dalam kesebelasan utama dan menjadi tonggak pilihan Wenger tapi dengan hanya baki kontrak setahun dan Wenger sudah mulai sedar sesuatu perlu diubah maka ini mungkin pembuka jalan kepada revolusi sistem pertahanan Arsenal. Tidak boleh dikomen apa dengan harga yang ditawarkan Pak Sheikh memandangkan tempoh kontraknya Arsenal tidak punya banyak pilihan tanpa menunggu tawaran lebih baik dari Liverpool. Namun satu risiko jugak Wenger menjual kepada pasukan rival dengan City yang tak kisah berbelanja, aku rasa Arsenal seaptutnya boleh push lagi sedut 2 3 juta baru puas hati.

Dengan pemergian Clichy ini satu vacancy kosong dijangka diiklankan di Emirates. Adakah Wenger memilih internal atau external. Gibbs kelihatan masih belum sedia tapi dengan berita Arsenal sedang mengejar CB, ada idea yang mencadangkan Mael Lambung dipindahkan ke posisi bek kiri, posisi yang pernah dimainkannya bersama Ajax. Kalau Wenger ingin melihat ke luar tingkap- suatu yang pasti dironta2 oleh peminat untuk melihat 7M itu dibelanjakan sepatutnya- ada ura2 Jose Enrique dari Newcastle sedang diintai berbanding pilihan popular Baines yang harganya yang pasti lebih mahal.

Apapun, terimakasih atas segala jasamu Gael Clichy.Sampai di sini sahaja jodoh kita bersama.Good servant,nice lad. Harapkan dia selamat maju jaya dalam kerjaya kecuali ketika bertembung bersama Arsenal.Harap janganlah cakap benda yang bukan2 dan karut marut tentang bekas majikan anda, contohilah legend seperti rakan senegara, Henry.

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 4 Julai 2011

Bila hendak berakhirnya drama bersiri ini.


Clichy : Gua pindah tak jauh, dekat ni jek.
Nasri   : Ek elleh... dekat jek dengan rumah yang gua baru riki2 nak beli bawah skim rumah pertamaku.berjiran ke kite nanti?
Fabregas : Wah syok la hang pa no. Aku gak yang tak dapat lagi tiket balik kampung, puasa dah nak dekat.

Eboue : Jangan biarkan hidup anda diselubungi..misteriiiiiiiiiiiiiii.....

P/S: Sekadar gurauan minda kosong..