Khamis, 28 Julai 2011

Leaving On a JET plane

Jay Emmanuel Thomas atau nama saintifiknya JET  telah selamat dijual kepada Ipswich Town kendalian Paul Jewell dalam harga anggaran 1M. Sayang sribu kali sayang kerana aku harapkan dia ni boleh menyinar, youngster yang berbadan bagak dan seorang monster d tengah padang. Tapi setelah melalui zaman belia bersama Arsenal kemudian dipinjamkan ke Blackpool, Doncaster , dan Cardiff nampaknya Wenger telah membuat keputusan untuk melepaskannya, mungkin kerana tidak cukup kriteria yang dikehendaki Arsenal. Jadi nak buat macam mano, Selamat maju jaya la jawabnyo.



Berita kecederaan, seperti kita ketahui Conor Henderson mengalami kecederaan lutut serius semasa perlawanan persahabatan tempoh hari. Setelah diuji, makanya berita yang agak malang bagi seorang lagi promising youngster ini apabila mengalami nasib sama seperti Frimpong tahun lepas, kecederaan di pra musim , Hendersong terpaksa melupakan 6 bulan aksi. Theo Walcott yang dikeluarkan pada perlawanan bertemu Cologne terpaksa diihantar pulang lebih awal dari Germany kerana tidak mampu meneruskan program latihan. Theo menjalani  MRI scan dan akan dianalisis keputusan mengenai kecederaan ankle nya yang kejap on off.

Menjelang Emirates Cup, new York Red Bull telah mengesahkan kehadiran lagenda Arsenal Thierry Henry. Ini kepulangan kedua Henry sebagai opponent setelah kali pertama dalam situasi yang agak janggal dalam jersi Barcelona 2 musim yang lalu. Bagi Henry sendiri dia tidak sabar untuk balik rumah dan menghiburkan para peminat yang pastinya merindui aksi beliau. Wenger pulak tak sabar nak ketemu pasukan jemputan pertama dari America Latin, Boca Juniors. Tidak seperti rival mereka yang dah relegated, River Plate, Boca masih sebuah kelab yang disegani di amerika Latin terutama Argentina sendiri. Wenger menganggap Boca sebagai silent killer kerana corak permainan mereka yang boleh slowkan tempo senyap2 lepas tu tiba2 kasi bunuh. Keupayaan mereka lebih kepada teknikal dan skill individu yang lebih dipraktikkan melalui culture semuljadi mereka bola sepak jalanan. Ini satu peluang yang baik bagi Arsenal dalam menghadapi pra musim kerana dapat bertemu lawan2 dari budaya dan corak yang berbeza.



Salah seorang pemain yang bersemangat menghadapi musim depan pastinya Arshavin yang dah pasang target nak score 15 bijik. -kalau boleh score buat lagi season wonder score 4 bijik dalam satu game berulang kali, tak mustahil target boleh terlaksana. Arshavin ni bukan tak power, power gila dan seorang pemain yang diberi bakat semulajadi terbaik. Kalau kena harinya,kepala dia fokus, dia seorang player yang mampu menjadi game decider. Cuma musim lepas dia agak nampak 'berat' maka banyak kritikan2 yang dilemparkan.Itupun kalau tengok statistik dan masa di atas padang,berbanding2 pemain2 starter yang lain agak memuaskan dengan assist terbanyak dan 10 bijik gol. Gua rasa musim ini dia mampu jadi balik key player walaupun ada/tanpa duo nasri dan Fabregas. Kehadiran Gervinho di samping bakal meringankan beban, ia memberi support dan saingan menarik dalam pasukan.Tapi Arshavin dalam nada berseloroh tak berapa kisah Arsenal tak menang edisi Emirates Cup musim ini asalkan, di penghujung musim piala lain yang akan singgah di kabinet Emirates.

"I always enjoy this tournament and hopefully we’ll show plenty of good things, but to be honest it’s not vital to win it. We’ve done that twice since I’ve been here and didn’t win any trophies the following season, so I’d happily swap!"

Jersey away telah mulai dijual secara rasmi hari ini!!

PS: jangan lupa ramai2 ke Bukit Jalil atau duduk tercongok  di depan TV menyaksikan pengembaraan Harimau Malaya cuba menghampiri Sungai Amazon!! Gunners in my heart, Tigers are my soul...


0 ulasan: