Pada ketika ini baru sebentar tadi telah disahkan Gael Clichy bek kiri kita telah dilepaskan ke Manchester City dengan anggaran perpindahan 7M. Bukan rahsia lagi di sebalik segala keadaan yang tak menentu dan lain2 transfer saga, Clichy merupakan pemergian pemain utama kita yang pertama dengan licin dan licik tanpa sebarang masalah.Clichy antara pemain terlama dalam skuad kali ini dan pemain antarabangsa perancis itu pastinya bukan yang terakhir meninggalkan Emirates kalau ikut senario sekarang ini. Dibawa masuk oleh Wenger dari kelab Perancis Cannes, Wenger berjaya membentuk Clichy menjadi antara bek kiri terbaik di Eropah pada awal kemunculannya, rata2 gooners jugak nampak dia sebagai pengganti talibarut tersohor Ashley Cole. Berjaya mendapat 264 kemunculan dengan hanya 2 gol dalam tempoh 8 tahun bersama Arsenal, dia sempat merasai pengalaman sebagai juara , pemain skuad juara liga 03/04 dan satu piala FA pada 2005.
Dengan kepantasan dan defending/interception ratio yang tinggi dan kemas tapi entah bagaimana prestasi 2 3 musim kebelakangan ini dia dilihat sebagai lubuk yang konsisten antara keempat2 back 4. Tragedi Eduardo umpama satu trauma yang masih belum dapat dilupakan, sayang ramai juga yang masih ingat kegelinciran ketika match bertemu Spurs berkesudahan 4-4 suatu ketika dahulu.Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Clichy , susah untuk mengekalkan prestasi maka dalam era bola sepak moden ini, fan lantas menghukum, kesalahan2 minima pun menjadi ingatan sampai bila2. Dia antara nama yang pertama dalam kesebelasan utama dan menjadi tonggak pilihan Wenger tapi dengan hanya baki kontrak setahun dan Wenger sudah mulai sedar sesuatu perlu diubah maka ini mungkin pembuka jalan kepada revolusi sistem pertahanan Arsenal. Tidak boleh dikomen apa dengan harga yang ditawarkan Pak Sheikh memandangkan tempoh kontraknya Arsenal tidak punya banyak pilihan tanpa menunggu tawaran lebih baik dari Liverpool. Namun satu risiko jugak Wenger menjual kepada pasukan rival dengan City yang tak kisah berbelanja, aku rasa Arsenal seaptutnya boleh push lagi sedut 2 3 juta baru puas hati.
Dengan pemergian Clichy ini satu vacancy kosong dijangka diiklankan di Emirates. Adakah Wenger memilih internal atau external. Gibbs kelihatan masih belum sedia tapi dengan berita Arsenal sedang mengejar CB, ada idea yang mencadangkan Mael Lambung dipindahkan ke posisi bek kiri, posisi yang pernah dimainkannya bersama Ajax. Kalau Wenger ingin melihat ke luar tingkap- suatu yang pasti dironta2 oleh peminat untuk melihat 7M itu dibelanjakan sepatutnya- ada ura2 Jose Enrique dari Newcastle sedang diintai berbanding pilihan popular Baines yang harganya yang pasti lebih mahal.
Apapun, terimakasih atas segala jasamu Gael Clichy.Sampai di sini sahaja jodoh kita bersama.Good servant,nice lad. Harapkan dia selamat maju jaya dalam kerjaya kecuali ketika bertembung bersama Arsenal.Harap janganlah cakap benda yang bukan2 dan karut marut tentang bekas majikan anda, contohilah legend seperti rakan senegara, Henry.
Agi idup agi mengGunners!!
Selasa, 5 Julai 2011
Tribute : Gael Clichy
1:07 PG
Gunners & Roses
2 ulasan:
the last invincible..
we will miss you Gael...
Catat Ulasan