Jumaat, 22 Julai 2011

Saga FL = Fabregas Lagi.....

Cukup cescc..cukup..jangan dikau teruskan kata2 mu..aku sudah mengerti..pedih di hati papa nak oi...

Arsenal berlepas ke Germany untuk perlawanan pra musim seterusnya tapi berkemungkinan besar tanpa kelibat Cesc Fabregas yang masih bergelut dengan kecederaan hamstring. Dan seperti biasa, bila dah  sekali lagi tak ikut , seteleah terlepas trip ke Asia, spekulasi tentang masa depan Fabregas terus menjadi hit di media.Baru- baru ini Barcelona meneruskan lagi sikap bongkaknya dengan taktik keji mereka. Pada ketika artikel ini ditulis, bid 26M mereka terhadap Alexis Sanchez telah dipersetujui Udinese.  Ya, 26 sama seperti offer pertama yang ditawarkan pada Arsenal . Nak tergelak bukan. Cara mereka rate Fabregas langsung tak hormat dan tak menghargai nilai Fabregas sendiri. Gua rasa sudah tiba masanya kampung boy pikir masak2 tentang pilihan hidupnya.

Sudahlah diakui oleh Pep sebagai bukan target utama, siap cakap tak kisah pun kalau tak dapat musim ini, musim depan ada lagi. Ini satu taktik keji dalam cuba merosakkan minda kapten kepada Arsenal Football Club. Bayangkan jika Fab yang jiwa kacau, hatinya merintih untuk ke Barca(kalau ikut seperti digembargemburkan media dan Xavi dan Pique dan Puyol dan bla3 senarai hingga pemain Barcelona B), persembahannya pasti terganggu, dan nilai akan jatuh mendadak, sekali lagi Barca akan mengemis depan pintu Emirates agar melepaskan pemain. Sikap acuh tak acuh Barca sepatutnya boleh dinilai oleh Fabregas sendiri, jika benar mereka menghargai dan inginkan Fabregas menjadi sebahagian daripada mereka, mereka perlu bertindak seperti sebuah kelab yang ada class. Kalau betul apa kata Guardiola mahupun Hill-Wood bahawa Arsenal sudi bukak pintu rundingan dengan syarat harga adalah rasional, tawarkan yang sepatutnya dan kedua-dua parti bolehlah buat kenduri kesyukuran jejak kasih bersama di Catalan. Arsenal pulak bolehlah teruskan perjuangan dengan beg duit yang berisi. Saban tahun transfer saga ini berlanjutan, Gua lagi syok nak gelak kat muka barca puas2 kalau Fabregas terus kekal di Arsenal, bersara dan jadi coaching staff kat London Colney, Pada masa itu Barca masih terhegeh2 dan berita saga di media berterusan walaupun fabregas telah beruban, 'Marilah pulang oh anakku'.Di waktu itu berita itu hanya mungkin di ruangan Senyum Kambing.

Adoilah..kerana mind set captain kita yang masih menjadi misteri, tak pasal2 Mael yang terpaksa mengambil alih tugas selaku jurucakap Arsenal , keyakinannya dalam artikel ini memang menarik. Memang dah nampak bibit2 kepimpinan padanya dan kalau buat poll, ramai yang inginkan Mael berbanding Cesc sendiri dan RVP untuk mengetuai Arsenal kerana sifat dan naluri leadership semulajadinya. Pemimpin2 Arsenal sebelum ini lantang bersuara menunjukkan prihatin mereka kepada kelab, tidak terkecuali Vieira. Eksekutif ManCity itu menegaskan keperluan untuk lebih fizikal, walaupun mengakui skuad di eranya kurang bergaya(berbanding batch hari ini) dari segi seni permainan.Pendapat tentang fizikal ada benarnya, namun mengenali Wenger, matlamat akan tetap diteruskan tanpa perlu mengorbankan falsafah. 3 skuad juaranya mempunyai cerita yang berbeza, -1998 ; mewarisi dinding kebal back 5 Graham dgn menukar boring2 Arsenal kepada tak ngantuk untuk ditonton dgn penambahan steel seperti Vieira dan Petit. 2001; menambahkan flair and pace dgn signing seperti Henry, Pires, Ljungberg. 2004; targetnya melalui kempen satu musim tanpa kalah, sewaktu wenger pernah bercakap setahun sebelum itu, ramai yang mengelakkannya kata orang tua ni dah gila.

Maka dengan itu , tak ada sebab untuk gua rasa wenger yang hati keras ni nak korbankan falsafah belianya kerana projeknya berpaksikan Fabregas,jadi org2 di sekelilingnya haruslah rakan sebaya dan boleh masuk dengan gaya permainan Arsenal.Dia pun tahu dia tak boleh nak paksa Cesc berada selama bersamanya, seorang pemain keluar dia akan ganti, dia tak bodoh. Internal atau external, optionnya banyak, tak termasuk yang diwar2kan media. Nasri, Arshavin, boleh isi lubang. Rambo pun boleh menyelit. Aku certita2 sebegini bukanlah mengharapkan Cesc pergi, tapi worst case scenario. Arsenal masih boleh handle, dan jika Wenger terpaksa melepaskan Cesc, untuk menarik kembali hati fan, signing lain akan dibawa masuk. Mata? pemain sayap kiri ini berkebolehan sebagai wide man Arsenal jika nasri atau Arshavin tukar department.Bagaimana aku boleh yakin sangat yang Nasri akan stay sebab kontrak baru pun tak sign lagi? kalau tanya aku , aku pun tak tahu,cuma naluri aku sahaja berkata Arsene takkan melepaskan kedua2nya sekali serentak atau lagi bagus tak lepaskan langsung seorang pun.

Dalam pada sibuk2 duk mempertahankan Cesc dan Nasri, Arsenal sempat mengintai2 posisi lain. Gazidis cakap Arsenal masih aktif dalam transfer window. Terbaru rumors mengatakan bid 10M kita terhadap pertahanan Everton Phil Jagielka ditolak mentah2 kerana mereka menilai pemain England tersebut sebanyak 18M.Gilo.Maka pasti ada suara2 yang akan katakan, 'alaaa kalau Fabregas lu mau orang value sampai 40M, lu pun value orang rendah2 tapi mahu barang kualiti apa cerita'. Gua story kat sini, Fabregas kalau ikut nilai asalnya, 40M tu pun dah mahal gila, tapi dek kerana harga semasa dan kerja2 tangan seperti Sheikh Mansor dan Abramovich, market tiba2 dah jadi gila dan tak logik. Fabregas juara,dunia,juara eropah, pengalaman luas domestik dan antarabangsa berjela2 dalam resume, muka boleh buat marketing,umur prime time masih ada potensi, oleh sebab itu tak ada sebab dia  harus duduk satu class bersama Andy Carroll. Masalahnya, dengan valuation yang menggila dah kerap sangat berlaku, ramai sangat kelab2 yang amek kesempatan dengan meletakkan harga yang tak sepatutnya, itu yang cuba dielakkan Wenger.

Dan kalau tak dapat Jagielka, Wenger dikatakan akan datang balik menguji Owen Coyle untuk Gary Cahill. Bolton nakkan 17M, tapi mereka pun tahu merka takdak duit, takde kelab2 utama yang tengah cari Defend kecuali Liverpool dan Spurs (yang semua nak beli) depa pun tengah kesendatan wang. Arsenal masih boleh main harga, 15M mngkin satu nilai yang boleh difikirkan.Wenger belum buat keputusan sama ada nak loan out balik atau menyerapkan Kyle Bartley dalam skuad utama. Pemain yang smpat merasai pengalaman juara bersama Rangers ni nampak promising. Lagi lebih kurang tiga minggu, selesaikan masalah pertahanan , Wenger. Esok mari ramai2 tengok friendly vs FC Cologne.

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: