Ahad, 31 Julai 2011

Cesc Unsettled tapi defend Arsenal lebih unsettled + Salam Ramadhan



Semalam dalam perlawanan pertama Piala Emirates, menentang Boca Jrs kita sekali lagi dapat melihat kegoyahan barisan pertahanan Arsenal yang sekali lagi mempersiakan kelabihan 2 gol. Walaupun, 2nd string pairing yang beraksi kita sekali lagi dapat mengesahkan skuad depth Arsenal belum cukup kukuh. Wenger selalu cakap kualiti bukan kuantiti. Masalahnya , mampukah Johan dan Laci meneruskan cabaran dalam jersi Arsenal di mana kita kketahui demand yang agak tinggi diperlukan untuk berada dalam sebuah skuad besar seperti Arsenal.

You never want to concede goals, but overall I do not give too much importance to that. What is important for us it to find a collective rhythm.
Kata2 yang agak membimbangkan dari Le Prof. Arsenal mempunyai tempoh yang lama untuk memperbaiki masalah ini selepas downfall yang berlaku hujung musim. Sepatutnya Wenger sudah mula melakukan transformasi terhadap corak pertahanan terutama membawa masuk wajah2 baru yang lebih komited. Ya dia membawa Carl Jenkinson, tapi melihat kepada corak persembahannya, dia mempunyai potensi namun belum bersedia lebih2 lagi dengan pengalaman yang kurang untuk beraksi di peringkat tertinggi. Backup untuk Sagna setelah Eboue dikhabarkan bakal ke Galatasary. Kalau kita memilih untuk bergantung pada Mael dan Kos, aku percaya pairing ini boleh menjadi tapi aku tak yakin yang kedua2nya akan fit sepanjang musim. Oleh itu untuk membiarkan Arsenal sebegitu lama tanpa sebarang tindak balas yang pantas dengan tinggal 2 minggu sahaja lagi, agak mengecewakan transfer plan summer Arsene Wenger. Berita mengenai Phil Jagielka oleh Hill Wood dan Wenger sendiri memang didengarkan untuk nampak seperti Wenger sedang berusaha sedaya upaya. Tapi kita mahukan kepantasan, agar pemain2 baru ini mampu digunapakai mencari persefahaman dalam pra musim, itulah sebenarnya fungsi pramusim jugakkan bukannya jalan2 pergi asia pergi europe sana sini cari duit lebih, bagi player yang 'tak komited' main esok hari sedar2 dah jual.

Arsenal perlu lekas.It's not the Mata of money right? itu yang wenger selalu beri alasan, bukannya Arsenal tiada kewangan, gazidis cakap kalau nak belanja boleh saja. Tapi belanja pada orang yang tepat dan berbaloi. Gua memang setuju. Sebab itulah , kalau dah depan mata, si Mata ni 17M dah  memang tepat dan berbaloi untuk harga market sekarang ni. Ada atau tak Fabregas/ Nasri, Wenger patut sambar sahaja, mengenangkan nasib Walcott yang selalu dihantui kecederaan manakala Ryo yang tak gerenti lagi work permit, Mata boleh jadik satu 'rasuah' untuk Nasri dan Fabregas. Defend pulak, antara Samba, Cahill Jagielka Wenger dah pun membuat bidaan terhadap Jagielka jadi aku percaya dengan Wenger yang nampak pemain Everton tu lebih suit bermain dengan corak Arsenal walaupun tak sefizikal Samba.Siapa sahaja antara ketiga2 ini akan menambah kelebihan berbeza cuma dari segi harga menjadi masalah bagi Wenger, itulah sebabnya delay delay dan terus delay yang penyokong Arsenal takutkan adalah apaa pun tak boleh, habuk pun takdapat. Tiba2 aku teringat 'transfer tiba2' seperti Eduardo yang datang tanpa khabar berita.bukak sahaja Arsenal.com tertera headline Arsenal signed Eduardo. Kalau boleh gua nak kejutan2 macam ni lagi , mungkin Wenger ada hadiah misteri dalam pemikirannya selain 3 nama CB yang dinyatakan tadi.

Cakap pasal Fabregas yang dalam dilema pulak.Cinta tiga segi? Aku rasa Fabregas lebih susah nak meninggalkan Arsenal daripada tak sabar2 hendak menyertai Barcelona. Wenger cakap Fabregas masih sayangkan kelab, hatinya masih ada gunners walaupun otaknya nak balik kampung sangat2. Semalam dia hadir duduk di sebelah Rosicky memberi sokongan moral walaupun moral sendiri tak tentu arah.Kredit kepada Fabregas kerana masih menghormati ARsenal, dia tak pernah secara terbuka menyatakan hasratnya, dia belum pernah menghantara transfer request, dan dia tak pernah berkata apa2 yang buruk tentang Arsenal dan Wenger. Tapi cara Barcelona yang macam samseng membuatkan Wenger terasa hati dan perlunya Arsenal bertekad untuk tidak dibuli. Senang sahaja, lu mau lu bayar la. Player masih ada kontrak panjang, ingat lu suka boleh amek2 gitu sahaja?! Arsene dan Fabregas mungkin dah ada gentlement agreement summer lepas, di mana Fabregas bersetuju unuk kekal, dan kalau Arsenal dilihat tak mampu bersaing, dia minta dilepaskan. Wenger agree , dan aku lihat situasi sekarang, Wenger sudi berbincang dan berunding dengan Barcelona tapi dengan syarat harga mesilah rasional. Oi Rosell, si Pastore tu pun 43 juta!! Jadi bukan Wenger atau Arsenal yang menghalang Cesc, kalau dia pilih untuk pergi, Arsenal boleh melepaskannya tapi dia sendiri perlu lihat keseriusan Barcelona yang acuh tak acuh pada reputasi dan harganya. Dengar2 ada cakap2 pasal cash + Thiago Alcantara. Hahaha.. aku  setuju sangat kalau dari segi aspek atas padang dengan apa yang ditawarkan oleh bintang muda ni. Tapi skrip ini bakal berulang kembali ketika dalam jangka masa panjang, Barca akan kembali ke pintu Arsenal kerana DNA Barca yang masih melekat di baju Arsenal. Dia pun baru sign kontrak 5 tahun jadi mustahil Barca senang2 nak lepaskannya. Fabregas pasti dah lihat rakan2 kampungnya bermain menentang Bayern, kini tugasnya untuk memijak padang pulak makin rumit setelah Thiago sendirik buat satu pertunjukan menakjubkan balun 2 bijik gol. Xavi, Iniesta kemudian Thiago, pikir baik2 Cesc oii...Ditanya semalam pada Wenger, adakah perlu menukar kapitan, jawabnya senang,

We sort any problem out when we have a problem. At the moment the problem is to play good football tomorrow. Fabregas is not in my mind because he will not play tomorrow. I don't see why I should worry about that.
Tentang Nasri pulak, dia dapat game 90 minit malam tadi tapi tak berapa memberangsangkan seperti pra musim tahun lepas. Lepas kegagalan  join World Cup, dia nampak terbakar.kegagalan adalah motivasinya. Marilah kita berharap agar kali ini kegagalan dia join kelab2 manchester sebagai pembakar dirinya untuk menunjukkan dia layak mendapat kenaikan gaji di Arsenal. Sign laa kontrak cepat!!
If you ask me if I want to keep him, I say yes. But he needs to be committed to that as well. I don’t give them ten days, the transfer period is until August 31. Ideally, we go into big games in two weeks, in the next two weeks we have to sort out problems out. There is no specific deadline of one day or 24 hours. It’s not like you shoot a shuttle into space. Sometimes it’s very quick on that front and sometimes it’s very slow.
Sibuk bercakap tentang apa yang belum berlaku, lebih baik cakap tentang apa yang dah kita dapat. Gervinho sekali lagi menunjukkan satu lagi persembahan yang memberangsangkan. Larian dari tepinya sebelum assist kepada RVP untuk gol pertama  membuktikan kebolehan versatile nya.Malam ini Arsenal sekali lagi akan turun menentang pendahulu NYRB dan Henry pasti kembali.Bolehlah kita mengubat rindu dan harap game malam ni lebih kompetitif dan menarik.

Selain itu, aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua umat Islam dan diharap agar kita sama2 dapat menjalani ibadah dengan penuh keberkatan. Gua juca ingin memohon ampun dan maaf sekiranya jari jemari ini ada menaip kata2 yang mengguris perasaan kerna sebagai insan dan hamba yang lemah, gua tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Sekian, salam Ramadhan.



Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: