Isnin, 1 Ogos 2011

Henry julang Emirates cup.Home form kita masih membimbangkan.



Bagai terbawak2 dengan badi home game musim lalu, Arsenal sekali lagi malam ini gagal merakamkan kemenangan walaupun sekadar pra musim. Rekod baik di away dengan 2 kemenangan dan satu seri, Arsenal hanya mampu seri dengan New York red Bull sekaligus menyerahkan piala pada Thierry Henry sebagai penjulangnya. RVP memberi pendahuluan menerusi tandukan freekick yang diangkat cantik oleh Rosicky- bermain agak baik malam ini- Walaupun dioutplayed oleh Arsenal sepanjang perlawanan tapi satu dua gerakan Red Bulls dan beberapa cubaan Henry menceriakan para penyokong. pertukaran di separuh masa kedua dengan keluarnya RVP dan Gervinho seta Koscielny sedikit menganggu kelancaran Arsenal terutama di bahagian serangan, Chamakh nampak anonymous dan gagal link up dengan baik  bersama barisan tengah yang diketuai Ramsey. NYRB mengambil kesempatan ini keraana mereka tahu jika Arsenal gagal menambah jaringan mereka mungkin berpeluang mencurik sesuatu. 4 minit sebelum tamat, lorongan bijak oleh Henry kepada rakan sepasukan Roy Miller yang berjaya menyelinap masuk ke dalam kotak penalti walaupun ada ramai sahaja baju merah yang hanya melihat, mampu membuat crossing dan Bartley, yang berbadan sasa kurang bernasib baik apabila tertampan ke gawang sendiri. Gol sendiri kedua pramusim selepas Jenkinson. Arsenal cuba berusaha untuk mencari urgency yang tidak kesampaian akhirnya terpaksa akur, home game bukanlah boleh diambil mudah dan ini adalah edisi kali kedua kita gagal menjulang piala ciptaan sendiri setelah Hamburg menyambarnya 3 tahun lalu.

The surprise was that we wanted to him to play in the last five minutes for us. He was desperate to do it, but the referees stubbornly turned it down. I went in to see the referee at half time to ask him to allow him to play for us but they told us that the rules are absolutely, adamantly against it because one given player cannot play for two teams in the same game. That was the surprise! It would have been before [he supplied the pass that led to the equaliser.]


Ironinya, lagenda Arsenal sendiri yang menjulang piala ketika mereka dekat State sana tidaklah seberjaya mana. Tapi ini mungkin satu lagi wake up call bagi Wenger iaitu kepentingan pengalaman dalam skuad. Setelah menjulang piala dalam suasana persahabatan lalu disorak oleh para penyokong yang kebanyakannya Arsenal sendiri, Henry berlari keliling stadium warm down sambil membuat lap of appreciation. Ketika meneruskan larian, di belakang gol kelihatan wajah yang dikenalinya, member lama, Henry terus menuju ke arah beberapa jejaka yang segak bersuit lalu disapanya para pundit ESPN.  dan ketika itu sekali lagi 2 lagenda diketemukan Keown dan Henry membuatkan nostalgia silam yang indah kembali dalam ingatan. Kalaulah semua pemain generasi masa kini mempunyai hati dan semangat seperti mereka....


0 ulasan: