Selasa, 2 Ogos 2011

What's the Mata? Arsenal bid rejected.


Difahamkan tawaran Arsenal  terhadap pemain bintang muda Spanyol, Juan Mata ,telah ditolaktepikan oleh kelab majikannya Valencia. Walaubagaimanapun, bapa merangkap agent pemain Juan Manuel Mata Rodriguez pecaya bahawa ini bukan bidaan terakhir, dan yakin Arsenal akan datang balik memperbaharui tawaran dalam masa yang sama mengakui ada bibit2 cuba memancing Inter Milan.

"Valencia simply rejected their offer. After some hesitation they answered 'no' to the Gunners' offer.So my son remains a Valencia player, for now. But I don't think it's their last offer," 
Seperti yang kita ketahui Inter Milan telah berjaya 'mencuri' Ricky Alvarez dari tangan Arsenal yang lambat bertindak, maka jika benar2 Arsenal serius hendak mengikat kontrak pemain sayap ini, segala urusan harus dijalankan secepat mungkin.
"Are Inter Milan one of the interested teams? I know my son holds Milan in high esteem. We'll see if Inter will come forward directly.There are several offers for Mata and I think that Arsenal will come forward again. The situation is still evolving."
Banyak sangat rumors, dulu kata dah ada agreement, sekejap kata tak nak jual, sekejap kata kene jual. Inilah susah bila bapak jadi agent, kerana agent ini sering dikaitkan dengan melukut di tepi gantang mengambil kesempatan mencari untung.Jadi macam kes  bapak jual anak pun ada. Namun apapun yang penting terpulang pada pemain sendiri, pilihan Juan Mata, pilihan fabregas, Pilihan Nasri. Sekurang2nya kalau benar cerita ini, kita tahu yang Gazidis dan Wenger ada berkerja untuk mendapatkan pemain yang berkualiti. Tinggal lagi 2 minggu sebelum start, aku harap segala urusan dapat dilengkapkan sebelum bertemu Newcastle terutama tentang situasi duo kita. Signing baru, mungkin mengambil masa hingga ke minit2 terakhir ala Arshavin dulu.

Sementara itu, sebagai back up plan, Arsenal sedang berusaha keras untuk mendapatkan work permit bagi pemain sayap Jepun, Ryo Miyaichi. Hadir ke Emirates Januari lalu, Ryo terpaksa dipinjamkan ke Feyenoord kerana belum memiliki permit kerja di UK. Menunjukkan persembahan meyakinkan di Asia Tour sebelum tidak boleh sekali lagi beraksi di Emirates Cup yang terikat dengan peraturan FIFA, Wenger merasakan Ryo mempunyai ciri2 untuk meletup dan bersedia menjadi sebahagian skuad Arsenal.Oleh itu dia sedang berusaha mendapatkan secepat mungkin permit bagi Angry Bird Ryo ini.

Agi idup agi MengGunners!


0 ulasan: