Baiklah semua sedia maklum Arsenal telah diundi bertemu dengan Udinese ketika kita sibuk2 berada di bazar petang tadi. Sebenarnya kita tak punya pilihan sebab antara calon2 lain FC Zurich, Twente, Rubin Kazan, keseimbangan mereka sama rata. Mungkin pelepasan bintang mereka seperti Zapata, Inler dan Sanchez menjadi satu blow buat Udinese walhal nasib kita pun belum tentu lagi dengan situasi Nasri dan Fabregas membuatkan kadar stress dan darah tinggi meningkat di kalangan penyokong2 Arsenal. Dijangka lebih perit apabila Arsenal harus menjadi tuan rumah dahulu pada 16 Ogos ini 4 hari sebelum kita bertemu Liverpool- tidak sampai 2 minggu- sebelum berlepas ke Udine, Italy sminggu selepas itu, 24 Ogos 4 hari sebelum kita bertemu United. Ini bermakna jadual yang tersangat padat dan penting sepanjang bulan Ogos ini boleh menjadi penentu nasib, dengan transfer deadline akhir bulan ini, adakah mampu Wenger berkejaran sana sini atau menyerah semuanya terhadap Gazidis. Kelayakan ke saingan UCL besar makna malah besar hadiahnya, 17.4 M dalam kantung.Yang lebih penting bagi kelab seperti Arsenal adalah maruah. Adalah satu disaster jika worst case scenario Arsenal gagal melayakkan diri. Mengikut pada prestasi semasa, ada perkara yang perlu dibimbangkan, dari segi lawan sendiri, mereka pastinya bersemangat sebagai underdog.Wikipedia menghuraikan suasana..
After a 0-0 draw with Milan which secured the Champions League spot for Udinese, scenes of euphoria erupted around the Stadio Friuli. The Champions League anthem was played on the loudspeaker and the players paraded a banner depicting the Champions League logo on it around the stadium. Coach Francesco Guidolin also kept his promise of 'dancing like Boateng' if they qualify for the Champions League and did a little jig in the middle of the pitch. In the Coppa Italia Udinese lost to Sampdoria in the round of 16 on penalties after it finished 2-2 after extra time.
Kenali lawan anda, lihatlah betapa besar ertinya mereka sampai ke peringkat ini walaupun tanpa kelibat bintang2 mereka tapi penjaring terbanyak mereka Di Natale adalah senjata yang perlu diberi perhatian terutama bagi pertahanan Arsenal. Gua mengaku gua agak gusar dan risau, tapi gua rasa tak sabar2 nak mulakan musim baru ini di Newcastle minggu hadapan. Dah bermusim naik roller coaster , walaupun route nya berbeza tapi outcomenya sama, last2 mesti nak menjeri2 dek curam sebab jatuh terjunam, aku mengharapkan pengembaraan kali ini, kita tersangkut kat atas, tak turun2 pun tidak mengapa...
Benfica menjadi medan ujian terkahir sebelum anak buah lana Parderw. Fabregas mungkin akan disenaraikan manakala giliran Nasri pulak mungkin direhatkan akibat kecederaan. Kyle Bartley yang baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang telah dipinjamkan kembali ke juara liga Scotland, Rangers yang menguatkan lagi firasat Wenger bakal membawa masuk pertahanan baru yang ditunggu-tunggu...
"Di antara garisan, hang pilihlah nak side mana Cesc oi.."
Agi idup Agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan