Jumaat, 15 Julai 2011

Bersaranya Patrick Vieira

Seperti sedia maklum, Patrick Vieira telah mengumumkan persaraannya Selasa lalu. Seorang pemain yang hebat, berkarektar dalam dan di luar padang, Paddy V merupakan seorang lagenda yang tidak boleh dipisahkan bersama Arsenal walau kelab mana pun dia sertai. Berada di kemuncak kerjaya ketika bersama Arsenal dengan 3 kejuaraan liga termasuk mengetuai skuad The Invincibles , 4 piala FA serta Piala Dunia dan Piala Eropah. Satu pencapaian yang menarik dan jarang boleh diulangi oleh mana2 pemain.Pada umur 35 tahun, Vieira merasakan dirinya sudah cukup merasai segala pahit manis dalam kerjaya seorang pemain bola sepak profesional, dengan pengundurannya dari arena ini, Vieira tela hberhasrat untuk menyumbang kepada sukan yang dicintainya dengan satu cabaran baru iaitu sebagai Eksekutif pembangunan bola sepak di Manchester City. Sayangnya, Wenger lambat menyambar bekas bintangnya sendiri untuk menabur bakti dan berkongsi pengalaman pada tempat yang sepatutnya. Tapi harap suatu hari nanti, dia akan pulang ke 'rumah'.

Video ini diambil 2 tahun yang sudah sebelum dia menyertai City tapi sudah secara ringkas mengimbas kembali perjalanan kerjayanya 9 tahun bersama Arsenal di mana dia dianggap sebagai lagenda dan kapten terulung di era itu.



Terima kasih dan selamat maju jaya kepada Vieira.Kelibatmu akan dirindui namun semangat perjuannganmu akan sentiasa terpahat di hati.


0 ulasan: