Ahad, 17 Julai 2011

Arsenal puas hati dengan pengalaman di Asia.

Arsenal menamatkan Asia Tour 2011 dengan hanya mampu seri 1-1 dengan kelab Hangzhou Greentown. Arsenal kena sebijik dulu melalui freekick yang gagal dihandle dengan baik oleh Manone dan pertahanan sebelum Vela menyudahkan bola muntah hasil gerakan 1-2 Arshavin dan RVP untuk menyamakan kedudukan di hujung babak pertama. Greentown agak liat dengan mereka bermain dengan kemas dan ketat sebagai sebuah pasukan. Seperti yang dikatakan, keputusan bukan segalanya kerana pemain2 ternyata nampak kepenatan dan masih mencari level fitness yang dikehendaki. Bagi Wenger dia berpuashati dengan pengalaman (dan duit yang dikaut di Asia..haha) kerana bukan sahaja dapat melebarkan fan-base, dapat merasai pengalaman berbeza malah yang lebih penting skuadnya injury free, memudahkan proses pra-musim  . Arsenal pulang ke London sebelum berlepas ke Jerman bagi meneruskan pra musim, pertemuan dengan kelab Jerman FC Cologne akan berlangsung sabtu depan.


0 ulasan: