Rabu, 13 Julai 2011

Arsenal menghiburkan Bukit Jalil


Baru sahaja pulang dari sesi latihan Arsenal di Buki Jalil. Satu sesi latihan yang ringkas ,  sempoi dan menghiburkan. Tiada yang berat2 cuma sekadar pengekalan kecergasan,pemanas badan dan pertunjukan aksi serta skill2 bagi ribuan peminat yang berpeluang menyaksikan sesi latihan Arsenal di Bukit Jalil. Untuk pengetahuan, para pemain yang kini menyinap di Hotel Saujana Subang telahpun membuat latihan tertutup di staidum shah alam semalam, jadi segala taktikal dan latihan terperinci bagi bertemu Pilihan Kesebelasan Malaysia telah dipersiapkan.


Bermula tepat seperti yang dijadualkan jam 7pm ketika warga kota sibuk pulang dari pejabat, hampir 30 ribu penyokong2 Arsenal termasuk dari jiran2 rantau asia, Singapura, Thailand dan Indonesia serta pelancong dari beberapa negara digamatkan dengan kehadiran Arsene Wenger di tengah2 padang bersama2 dengan Pat Rice. Suasana menjadi lebih histeria apabila pemain2 mula masuk padang dan diperkenalkan seorang demi seorang dengan RVP Nasri dan Jack menjadi tumpuan. Theo kelihatan teruja, paling mesra dan friendly apabila dilihat banyak melambai ke arah para penyokong segenap stadium. Tidak lupa juga Song menjadi antara pemain terakhir meninggalkan padang di akhir sesi.


Sesi dimulakan dengan pemanas badan, jogging, move and pass, controll ball sebelum acara kemuncak iaitu mini practice match antara pasukan kuning dan biru.Berlatih pada suhu hampir 30 darjah Celcius benar2 menguji ketahanan mental dan fizikal para pemain yang sudah lali dengan kesejukan. Paling nampak terasa adalah Arshavin, belum apa2 dah berpeluh satu badan. Seingat aku, Pasukan kuning diwakili Szczesny, Carl, Kos, Mael Lambung, Armand, Nasri, Rambo, Song, Angry Bird Ryo, Rosicky dan RVP. Manakala pasukan biru diwakili oleh Manone,  Gibbs, Laci, Johan, Sagna, Wilshere, Denilson, Frimpong, Walcott , Arshavin, Chamakh dan Vela. Satu kealpaan dari Traore menyebabkan pasukan  biru mampu menjaringkan gol gua tak pasti siapa.Tapi itu semua tak penting-walaupun Wenger harus menjawab tentang posisi left back- yang mencuri tumpuan adalah pemain muda dari Jepun Ryo yang nampak ada masa depan. Walaupun masih awal, tapi tengok pada gaya permainannya di sebelah sayap , corak pantas wengerball memang sesuai baginya cuma keupayaan fizikal masih menjadi persoalan. Dengan kehadiran Ryo, ini memungkinkan Walcott boleh diserapkan lebih ke posisi atas. Penyudah kita masih lagi tumpul dengan rata2 striker kita masih dalam mood bercuti belum smpat menajamkan boot masing2. Ini satu kelebihan yang harus digunapakai oleh Harimau Malaya. Dan seperti biasa, hadirin dihiburkan dengan aksi crossbar challenge sebagai penutup tirai. Terimakasih kepada skuad Arsenal dan tahniah kepada ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Nasional petang tadi.



Sedikit berita tentang perpindahan. Seperti sedia maklum, Arsenal telah mengesahkan tandatangan Gervinho yang ditinggalkan di London Colney bersama sesi ta'aruf dengan kapten Cesc Fabregas. Sementara itu dua pemain yang diketepikan daripada Asia Tour bendi dan Almunia diberi lampu hijau untuk meninggalkan kelab.Almunia dikatakan bakal menggantikan De Gea di Atletico Madrid manakala Bendi harus mempergiatkan promosi lagi setelah Hamburg dan Dortmund masing2 telah menarik diri.
Esok kita akan bertemu kembali sekali lagi jam 845 malam, menanti sepak mula yang ditunggu2.


0 ulasan: