Rabu, 13 Julai 2011

Pre Match : Harimau Malaya yakin boleh!!


Ketika kita teruja menyokong pasukan kesayangan kita Arsenal tapi jangan sesekali kita melupakan malah tidak sepatutnya meminggirkan pasukan kebangsaan yang kita cintai, tanah tumpah darahku, Malaysia dengan nama garangnya Harimau Malaya. Kita pernah mencipta sejarah dahulu pada 13 Mei 1975 menewaskan Arsenal 2 - 0 melalui jaringan lagenda Allahyarham Mokhtar Dahari , 2 hari kemudian Arsenal mintak repeat, perlawanan berlangsung di Penang dengan berkesudahan seri 1-1 ,Bryan Kidd menjaringkan gol penyamaan di saat akhir buat Arsenal  hanya untuk memadamkan gol Isa Bakar yang dilihat sekali lagi membuatkan The Gunners gigit jari. Itu ketika zaman kegemilangan bola sepak kita, ketika era emas, kita layak ke Olimpik Munich(tapi boikot), segala jenis lawan kita tentang habis habisan tidak terkecuali Arsenal.


Namun entah di mana silapnya, sama ada bolasepak kita jauh merudum ataupun pasukan lain meningkat dengan mendadak mengikut arus zaman, kita tiba2 tersentak dengan kemelut rasuah yang membelunggu , ternyata membantutkan segala usaha, bermula dari situlah zaman kemerosotan , sejarah hitam bola sepak negara bermula pada akhir 80 an dan awal 90 an. Seperti tahu2 sahaja timing yang baik, pada 1999 Arsenal memilih untuk hadir sekali lagi kali ini bersama Wenger ke Stadium Shah Alam,kali ini  mereka berjaya membersihkan maruah mereka walaupun tanpa kelibat lagenda DB10 yang agak keberatan naik kapa lterbang. Anelka dan Petit berjaya membezakan garis pemisah antara kedua dua pasukan.


Hari ini Skuad Harimau Malaya, pilihan Malaysia XI akan berdepan tugas sukar membendung asakan antara pasukan yang memperagakan corak permainan paling menarik di dunia, Arsenal. Ini sudah pasti menjadi medan terbaik dalam menghadapai ujian sempena beberapa perlawanan penting terutama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu musuh tradisi Singapura bermula 23 Julai nanti. Oleh itu, esok diharap pemain2 ini dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin dari bintang2 berkelas dunia. Boleh lah pemain2 seperti Aidil mencedok ilmu dari Verminator,  Khairul Fahmi lawan tangan dengan rakan sebaya Szczesny, Amar Rohidan belajar bina perisai seperti Song, Safiq Rahim 'menari' bersama Nasri, NorShahrul mengkaji finishing RVP dan ramai lagi yang bertuah dapat merasai seperti bermain perlawanan di peringkat tertinggi. Kedua2 bek negara kita jugak mempunyai tugas sukar dalam mengekang asakan Arsenal yang lebih gemar menggunakan flank, Theo di sebelah kanan dan jika dilihat dari sesi latihan , tak mustahil Ryo akan diberi shot/peluang di sebelah kiri.  Tunjang serangan pasukan negara pasti agak resah dengan ketiadaan Safee Sali, tapi buat Raja, inilah masanya untuk dia bereksperimentasi dengan para pemain lain. Dato K Rajagopal mungkin penyokong setia United, namun bukanlah sentimen untuk kita tidak menyokong pasukan anak jati negara kita sendiri beraksi.



Ketika bola sepak kita kini di ambang kemajuan dan peningkatan prestasi bermula dengan kejohanan pestabola merdeka, emas di sukan sea, Piala AFF suzuki, kelayakan Olimpik dan terbaru Piala Dunia, tidak ada lagi waktu paling baik untuk barisan generasi sekarang ini diuji dengan perlawanan bertaraf dunia. Sangat menarik malah mendebarkan! Kita ternyata masih bertuah kerana sempat menyaksikan satu persatu di depan mata tapi yang sebenarnya jalan masih panjang dan berliku. bukan sekadar lagu negaraku, dan sorakan jitu yang diperlukan, sokongan moral ketika mereka jatuh tersungkur bakal mengejutkan sang Harimau dari lamunan tidur. Kita membawa logo Arsenal di dada, tapi Jalur Gemilang dikibarkan biar apa pun yang melanda!




Gua mengharapkan satu perlawanan persahabatan dengan semngat kesukanan tinggi yang menghiburkan. Selain itu, diharap agar  tentangan sengit diberikan dari pasukan negara.Sorakan untuk Arsenal dan bakar semangat Harimau Malaya.Jumpa anda di sana.

Astro Super Sport 3 817.  8:45pm. Malaysia 3- Arsenal 2.(1st time gua predict Arsenal kalah, sorry rakan2..huhu)

Tanah Tumpah darahku!

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: