Sabtu, 30 April 2011

Mael in da house..



The Vermintaor is back!! Walaupun dah terlambat sedikit tapi suka aku untuk meluahkan perasaan gemmbira kerana selama ini Arsenal benar2 kehilangan seorang pemain seperti Mael kerbau ni yg boleh defend,boleh shoot, ada jiwa, ada leadership. kalau omputeh cakap the missing puzzle laa kire buat Arsenal untuk musim ini. Baru2 ini dia telah kembali dalam perlawanan liga simpanan bertemu United diperkuatkan West Brown, Fletcher,Obertan dan budak homeless Bebe di Old Trafford yang berkesudahan seri tanpa jaringan iaitu cleansheet bagi Mael. Dia berjaya menghabiskan 90 minit dan berada dalam mood yang begitu yakin serta bersedia bila2 masa jika dipanggil ke skuad utama. Walaubagaimanapun Wenger declare awal2, Mael fit untuk United tapi sekadar match United reserve laa manakala pertemuan di Emirates Mael tidak akan dirisikokan. Mengenali Wenger, mungkin ada kejutan atau mungkin Wenger sekadar meletakkan Mael di bench ketika perlawanan home terakhir menentang Aston Villa memberi sedikit cameo dan kemudian turut serta dalam lap of honour.Apapun amat berbesar hai dapat melihat Mael kembali menyarung jersi Arsenal kembali dan tak sabar2 menagih sumbangannya di padang dan lebih manis jika digandingkan dengan seorang lagi pertahanan yang berkaliber..


Rabu, 27 April 2011

Wenger : fight until the end


Isnin, 25 April 2011

Post Match : Kurangnya dinamika kemahiran



Bolton 2 Arsenal 1. Arsenal tidak lagi dinamik.Stone. Tiada lagi sepakan2 padu dynamite yang ada hanyalah 1 flow saja yang akhirnya memakan diri membawa Arsenal ke alam realiti.Perkara yang sama saban berulang maka aku tak perlu repeat kritisan2 yang semua sudah maklum persamaannya.Szczesny sudah cuba menyelamatkan periuk nasik kawan2 tapi beberapa peluang keemasan gagal disudahkan membuatkan Wenger kehabisan botol untuk dikopek malah dibaling.Itulah sebabnya kita dicap sebagai 'the bottlers' main cantik baek punya awal2 musim, last2 membazirkan sisa2 harapan.Perit untuk ditelan melihat Arsenal kini menjadi bahan senda gurauan tapi kita kena lalui bersama. Nice try lads. Bukan musim kita tapi perjuangan belum berakhir. Mari kita lihat apa lagi target2 realistik yang masih ada.


  • Carling Cup
  • FA Cup
  • Champions League
  • BPL
  • Tewaskan United/elak mereka menang liga di laman kita.(tak boleh pun sebab secara matematik Chelsea bernyawa lg)
  • Defending set pieces
  • Taktikal lain /formasi lain/ line up campuran 25 pemain mix2 la sket...
  • Datang Malaysia makan angin jumpa Dr Fadzilah Kamsah 


Lega segalanya sudah berakhir.Maka dengan ini tiada lagi tekanan,Player pun bolehlah yer main tanpa tekanan Ahad ini. Tengok apa pulak kesudahannya.

Is hard to be an Arsenal fan, is harder not to love this special club. The Wonder of you....





Ahad, 24 April 2011

Pre match : Bolton vs Arsenal



Ketika ini Arsenal tidak lagi diberi harapan oleh para pundit dan media sekaligus mereka hanya melihat Chelsea tiba2 menjadi pesaing serius United. Tapi dengan kemenangan malam ini ,mata akan sama jumlah dengan mereka maka aku tak nampak mengapa kita tidak boleh dianggap pencabar , diketepikan begitu sahaja. Jika bukan kita para penyokong mempercayai pasukan ini, siapa lagi? Oleh itu mengulangi seruan rayuan Wenger, kita haruslah sama2 berdiri di belakang pasukan ini walau apa pun terjadi sehingga tamat wisel game terakhir musim ini.

Bertandang ke Reebok Stadium bukan sekacang air batu campur. Lebih2 lagi ketika anak buah Owen Coyle ini bagai beruang yang baru luka ditembak, kecewa di semi final FA Cup. Kekecewaan dibelasah Stoke di Wembley harap2 dapat memainkan sedikit kelebihan psikologi pada Arsenal yang juga tidak kurang tekanan mengalami masalah yang sama seri langkat memanjang.16 perlawanan tanpa kalah yang dibangga banggakan Wenger sebenarnya tidaklah begitu bermakna pada penyokong2 kecewa yang laparkan kejayaan.Sekadar satu statistik yang menutup keaiban lebih dasyat. Itulah sebabnya Wenger jugak mengakui dia sama tertekan sepertimana para penyokong yang mengambil berat tentang Arsenal, jangan pikir dia tak ambil kisah kalau tidak masakan kita boleh nampak wajah sugulnya terutama dalam beberapa match kebelakangan ini.Hanya satu kemenangan dalam 6 perlawanan liga, mana tak tertekan beb. Tapi dalam tekanan yang menggunung dia cuba menghayati segala kepahitan dengan positif. Itulah pentingnya ayat2 sedapkan hati seperti " rekod tanpa kalah" "yakin boleh menang 5 baki" " piala ada 2 bijik jek susah nak menang" " no 2 pun ok melihat pada saingan rival dan pundit yang tak memberi harapan pada permulaan musim". Maka itulah, kita layankan aja..

Arsenal bakal bertandang ke sana tanpa khidmat Diaby yang cedera ketika bertemu Spuds dan juga Rosicky yang demam. Kuat demam dia ni, masuk kali ini da berapa kali dia demam musim ni .Demam durian?Nama2 lain tiada perubahan dengan Jack dijangka kembali ke starting lineup menggantikan Diaby di WHL. Arsenal perlu berhati2 dengan spy Chelsea Daniel Sturridge yang bakal kembali. Dia telahpun meledakkan 6 bijik gol dalam 8 penampilan liga setelah dipinjamkan dari rival London Arsenal yang kini pastinya mengharapkan Arsenal tercicir mata bagi memudahkan laluan mereka menganggugugat United. Aku tak tahu berapa lama lagi Wenger akan mempertahankan dengan taktikal dan kesebelasan ini tapi mengenali, dia dijangka tak akan membuat banyak pun perubahan.

--------------Szczesny----------------
Sagna------Johan------Kos-------Clichy
--------------Song--------------------
------Fabregas------Wilshere----------
---Walcott----RVP------Nasri--------

Tapi mungkin Wenger akan menggunakan kelebihan fizikal Chamakh dan Bendi bagi melayan pasukan seperti Bolton.Cuma aku harap, tolonglah letakkan pemain pada posisi yang sepatutnya tiada lagi galah di penjuru padang.

“We are in a very interesting situation where we are fighting for the title and yet I am always sitting in a position where you force me to explain why we fail,”


Astro 817 11pm. Bolton 0 - Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


Parody : Hitler's Arsenal.



Eboue menjelaskan tentang 'penalti' itu..


Jumaat, 22 April 2011

Keperitan tidak melunturkan kemerahan dan keputihan


Memang masa ini adalah tempoh dan hari2 yang sukar bagi para penyokong Arsenal tapi bukan sekali kita pernah merasai perasaan2 seperti ini saban tahun.Diakui aku juga amat tertekan melihat aksi 'wayang' yang ditunjukkan oleh mereka2 yang diberi mandat tapi ada di antara mereka tidak memberikan sepenuh hati.Tidak berhasrat menambah segala negativity kerana dari segenap sudut, Arsenal terutama Arsene Wenger sudah dikecam hebat akibat delusinya yang tidak berbelah bagi. Tapi secara peribadi, aku ada satu perasaan yang lebih sedih apabila aku sendiri pada satu ketika tahu Arsenal akan collapse walaupun pada kedudukan 3-1, lebih malang lagi ia benar2 terjadi, paling sakit lagi bila aku sudah tidak rasa apa2 perasaan terkejut atau kekecewaan yang melampau sebaik wisel penamat akibat umpama sudah lali.Itu yang aku sedihkan.Aku mahukan perasaan kekecewaan dan frustrated itu kembali. Kerana tiada yang lebih indah apabila kita turut menghayati kesedihan atas sesuatu kecelekaan yang terjadi terhadap sesuatu yang kita sayangi. Selebihnya, aku hanya pasrah dan boleh menjangkakannya, maafkan aku Arsenal kerana berfikiran sebegitu. jangan salah paham kerana cintaku masih ada, tetap sejati tapi aku hanya ingin dapatkan kembali bagaimana indahnya perasaan kekecewaan itu.Ia boleh dilakukan dengan cara Arsenal kembali ke era kegemilangan dan kalah tidak selalu supaya ia bagai menjadi satu kejutan maka barulah aku rasa kepercayaan aku tidak lagi dikhianati.

Cukuplah meroyan. Aku sebagai penyokong harus terima ini dengan jujur sebagaimana para penyokong terdahulu yang pernah ketandusan apa2 kejayaan berdekad lamanya.Tapi kelab ini masih kekal sehingga hari ini, pemain datang dan pergi pengurus silih berganti.Akan ada harinya Wenger meletakkan nokhtah dalam pengurusan tapi nafsu bola sepaknya tidak akan luntur. Mana mungkin dia akan disisihkan begitu sahaja ketika jawatan2 tinggi dalam gerombolan atasan sedia ditawarkan jadi pada aku selagi dia berasa dia masih mampu dan bertanggungjawab atas segalanya aku akur.Batch genarasi kini yang dibentuknya memang berpeluang tipis untuk memenangi apa2 kejuaraan selagi bermain di bawah faktor ketakutan dan kurang keyakinan diri.Sayang sekali kerana ia hanya beberapa langkah dan touch up sahaja untuk kita menyempurnkan batch ini tapi kerana timing yang salah serta 'man management' yang kurang berkesan pasukan ini tak sempat regroup dengan alasan saban tahun transition tak sudah2.

Inilah 2 perkara yang sering dilaungkan Wenger potential and maturity.Potensi tidak cukup tanpa konsistensi, maturity tak cukup tanpa winning mentality. Tidak dinafikan para pemain yang disunting dari segenap pelusuk benua ini adalah gifted player yang berpotensi tapi di mana konsistensi? Wenger juga tidak tau menjawab persoalan ini kerana dalam setiap PC nya dia sendiri tidak konsisten dalam memberi penjelasan, jika result bagus, "we had maturity" esoknya bila menerima kejutan yang tak disangka " we've lack maturity", dalam sekelip mata dia boleh swing. Itulah orang selalu gelarnya berada dalam mode of denial. Tapi kita tahu dia buat begitu semata2 nak protect playernya pada pandangan umum, akibat dari ini ada pemain yang terlalu manja dan mengambil mudah.Maturity pula, dari persepsi apa definasinya dikira, adakah kita tak matang, kalah atau menang aku percaya rata2 pemain semuanya matang dalam menerima keputusan tapi di mana desire, di mana mentaliti hendak menang yang sepatutnya ada pada sebuah kelab yang dikatakan besar seperti Arsenal.



Itulah aku rasa Wenger agak terlepas pandang terhadap perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia ini.Segmen dari hati ke hati, kebolehan memotivasikan pemain untuk memandu mereka ke arah melawan arus kritikan tidak nampak hasilnya. Tactically, Wenger selalu berkata dia membiarkan pemainnya mengekspresikan diri masing2 di atas padang tapi tanpa garis panduan bakat2 mereka tak boleh sampai ke kemuncak. Aku tiada sijil untuk bercakap tentang taktikal kerana apa yang aku merungut selama ni hanyalah melalui common sense dan basic instinct tapi Wenger seharusnya memperlihatkan dia lebih bijak dalam menguruskan para pemain2 muda yang ditatang bagai minyak yang penuh. Zaman dia menjaga gladiator2 dahulu sudah berakhir, rekodnya dia berjaya. Kini masanya dia memperlihatkan ultimate control terhadap skuad2 yang diramukan hasil tangan dan resepinya sendiri. Hujung musim summer nanti tentu ada perubahan dalam skuad, sama ada keluar atau masuk. Tapi yang aku lebih ingin lihat memberi impak adalah jika benar ura2 Pat Rice bakal melalui hari2 terakhir perkhidmatannya di Arsenal, orang kanan Wenger yang baru seharusnya mempunyai tanggungjawab yang besar dengan idea2 yang segar serta boleh memvariasikan corak Arsenal. Dia juga perlu tidak gentar mengkritis kepimpinan atasan jika ada sesuatu yang dirasakan tidak sesuai, bukan sekadar menjadi 'Yes Man'. Wenger semakin kelihatan tertekan, Jika dapat hadir buah pikiran yang di luar kotaknya, paling tidak ia dapat mengurangkan kedutan di raut wajah Le Prof.



Baiklah, kita cuba ambil yang positif walaupun kita tahu ia tidak cukup menceriakan. Setidak2nya Newcastle telah memberi kalaupun tidak banyak, sedikit nafas nyawa2 ikan untuk kejuaraan ini masih mampu ditandingi.Walaupun Chelsea telah memintas dengan perbezaan jaringan,secara matematik persaingan masih terbuka dengan kedua2 Arsenal dan Chelsea mengharapakan ihsan antara satu sama lain bagi menundukkan United. Dan jika itu berlaku manakala baki 4 perlawanan lain masing2 dipukul habis, satu persaingan unik dan terbaik akan tercipta dalam searah BPL di mana gol bakal menjadi penentu kejuaraan. Itu aku cakap 'jika' , itulah sebabnya jauh di sudut hati, kita sentiasa tidak berhenti berharap ,benarkan? Jika kita tak percaya pada 'Jika', dari awal lagi kita sudah angkat bendera putih tapi kerana sayang kita pada kelab yang unik teristimewa ini, kita masih mengibarkan bendera merah putih.



Bercakap tentang semangat, aku ada suatu pengalaman untuk dikongsi. Pagi ini aku terasa untuk menyarung jersi home long sleeve ke pejabat.Pada ketika pulang dari Solat Jumaat tadi,seorang hamba Allah telah menyapa aku dari belakang yang entah aku tak pasti kukenali atau tidak kerana kalau kenal mesti ada ayat2 manis sapaan biasa untuk memulakan bicara.Dia memberikan salam, aku menjawabnya. Soalan pertama yang keluar dari mulutnya,

"Baju ni size apa ye?"
"oh.ini ek..(pause sejenak)size M" jawab aku selepas memandang ke wajahnya cuba ingat kut2 aku kenal.
"tapi itulah semangat kena masih ada walaupun sekarang tengah nazak"aku berseloroh
"haha..takpe2 musim depan ada lagi..tapi ingat kena beli satu jugaklah walaupun dah nak abis musim"
"beli jgn tak beli, last2 ni mesti murah yg penting kita cuba lagi" aku menamatkan perbualan  dengan senyuman dan masing2 beredar bagi meneruskan kehidupan harian.

Jika dia terbaca cerita ini terimakasih, terimakasih kerana menambahkan semagatku untuk terus menulis. Morale of the story, kita tidak harus malu akan kelab Arsenal yang satu ini walau apa jua yang berlaku.Kerana ternyata mamat tadi berani untuk menegur sapa seorang mamat lain yang tidak diknali hanya semata2 nak tahu size baju. Ternyata dia menunjukkan kebanggaan terhadap Arsenal, itulah semangat yang kita mahukan!

Agi idup Agi mengGunners!!


Rabu, 20 April 2011

Pre Match : NLD hidup mati



Straight to the point.Semua sudah sedia maklum akan kehangatan dan kepentingan game sebentar sahaja lagi. Fergie semalam telah menjawab panggilan dan pertnyaan yang kita lontarkan semalam dan jawabnya "ya, saya sudi menunggu". Jadi kini tinggal Arsenal bermatian berjuang untuk destany sendiri. Apapun bila tiba NLD, maruah adalah segalanya.

Ternyata kebelakangan ini kita agak tumpul dan longlai jadi aku mencabar Wenger untuk membuat perubahan taktikal setelah apa yang dilihat 3 4 game ini serba tak menjadi. Apakah salah kiranya kita kembali ke ada resam basic bola sepak 4-4-2.


-------------Szczesny-------------
Eboue-----Johan----Kos-----Sagna
-Jack----Song---Fabregas--Nasri---
----------RVP----Chamakh---------

impact sub : Walcott Arshavin

Asto 812 245pm Spurs 0 Arsenal 1

Agi idup agi mengGunners!!


Fear Factor

Perbezaan yang ketara antara beberapa era gemilang kebelakangan lalu dengan era batch generasi muda mudi sekarang adalah peralihan fear factor. Fear factor beralih arah dari pihak lawan kepada diri sendiri. Kalau dahulu , Arsenal score dulu memang terus mental down hancur punah harapan laaaa mental player lawan nak kejar game balik,semua dah angkat bendera putih "tolong lah jangan score lagi cepatlah habis" tapi sekarang ni apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau Arsenal score dulu, player kita yang tak pasal2 menggelabah panik tak tau macam mana nak protect defesit gol bagi pihak lawan pulak mereka bertambah yakin " oh arsenal dah score,cantek ah, diorang mesti kaget banget sih..bisa tabur beberapa bijik nih" ini kerana rekod sudah mencerminkan, bukan sekali dua perkara ini berlaku tapi dah banyak kali dan ini memberi fakta yang kukuh untuk pihak lawan percaya mereka mampu mencuri suatu dari Arsenal. Masalah ini diakui dan dikesali sendiri suara2 penting dalam bilik persalinan Fabregas tentang kekeringan winning mentality, dan RVP tentang kesilapan2 'jenayah' yang menghukum.

Jika pemain2 sudah tidak memberi najis atau tidak mau ambil pedulik tentang kejuaraan liga dan terus merasa simpati terhadap diri masing2 maka tak boleh nak buat apa. Tapi awal pagi nanti tolonglah..aku merayu, bukan sebab kejuaraan liga, bukan sebab nak menekan United tapi atas nama rivalry NLD, aku menuntut agar semua pemain yang diturunkan bermain dengan kesungguhan hati dan persembahan yang penuh berjiwa. Aku nak passion yang lebih berganda kerana tradisi NLD menuntut hanya satu kelab sahaja yang benar2 diangkat jaguh di utara kota London.Outcomenya hanya satu iaitu Arsenal.Jangan biarkan jiran berlagak bodoh sombong itu mula menumpang gah dan populariti. Letakkkan balik di mana kelab itu sepatutnya berada. Ini bukan tertumpu pada pertarungan Wilshere vs Bale saja, ia lbih besar dari itu.Awal musim, rekod kita hancur setelah mereka akhirnya berjaya memalukan kita di Emirates dan menconteng arang berpesta di perkarangan luar stadium umpama memenangi piala coca cola.Arsenal perlu menebus maruah. NLD sentiasa menjadi medan pertempuran terbaik.Walaupun para pemain kita mempunyai DNA dari akar berbeza dari Catalan ke Maghribi tapi malam ini mereka wajib membawa warna merah putih yang sama..


Isnin, 18 April 2011

Highlights : Arsenal vs Liverpool


Jack Wilcha, anugerah bukan raja SMS.


Di sebalik kesuraman dan tragedi, Wilshere dinamakan Pemain muda terbaik BPL.Kali terakhir pemain Arsenal merangkul anugerah adalah Cesc Fabregas bagi pemain muda terbaik 2008. Tapi pelik bukan semalam ketika Jack memberikan segalanya Wenger memilih untuk mengorbankan pemain muda terbaik ini ketika ada 'penumpang' lain dalam pasukan. Nasri gagal meraih anugerah pemain terbaik walaubgaimanapun tersenarai dalam kesebelasan terbaik musim ini bersama Wilshere dan Sagna.Apapun tahniah Jack Wilshere, masa depan Arsenal!


Post match: Officially over?


Predictable. Arsenal sebuah pasukan yang senang dijangka. mudah dijangka line up, mudah dijangka substitution, mudah dijangka taktikal, mudah dijangka outcome, mudah dijangka result dan juga setback. Situasi ini telah berlaku di Anfield zaman 08 kita tinggal berapa minit saja nak layak semi champions league setelah larian gila Walcott sebelum Toure menghadiahkan penalti boodoh , disudahkan Gerrard. Bukan sahaja sering kali tak pernah belajar dari kesilapan masa lampau Malam ini kapten Liverpool itu tidak sama sekali beraksi, malah penyandangnya tersungkur KO terpaksa dikeluarkan, paling sedih Arsenal gagal mengambil peluang ke atas back 4 paling kurang berepngalaman yang pernah liverpool turunkan.Daif dan naif.

Ketika tandukan Kos terkena palang, Fabregas main entah hape2, dan RVP gagal menyudahkan peluang terbaik one on one, aku pikir ini satu lagi malam malang Arsenal. Mana mungkin bola mahu bergolek masuk kalau dok asyik pass3 tanpa idea Sudah tu pulak seperti dijangka, sub Bendi tapi tiada perubahan taktikal.Berapa kali aku dah tengok dan boleh sakit jantung setiap kali melihat mengapa entiti makhluk seperti itu yang bermain wide ketika dalam kotak kita mendambakan fizikal?!! Predictable dari Pat Rice yang menjadi penasihat Wenger selama ini. Ok aku harus mengakui dan meminta maaf kerana pernah terdetik dalam hatiku agar sepakan penalti RVP tadi mungkin tidak masuk, ini kerana tidak mahu diberi harapan palsu. AKu melompat menggila bila bola mencecah jaring. Tapi sebaik sahaja perlawanan berlangsung semula dan bola pulak sedar2 sudah berada berlegar2 dalam kawasan Arsenal aku terhidu suatu yang tidak elok berlaku. Jika mental kuat, fokus, kita sepatutnya boleh keep it simple, 98 minit boleh control possession alih2 gol last minit dah perasaan riak takbur bajet menang lepas tu mula tunjuk perangai lazy leg.Arsenal perlu menyalahkan diri sendiri kerana berapa banyak chance yang boleh clearkan bola sebelum kita hadiahkan foul bodoh freekick depan kotak penalti. Bukan masanya salahkan Eboue, satu team patut menanggung kemaluan ini.

Batch ini seperti kata Viera kurang hati dan jiwa.Paling kurang adalah kekuatan mental. cerita ini berulang kembali menjadi drama bersiri yang bermusim.Walaupun dah bertukar watak tapi pelakon2 utama silih berganti jalan ceritanya hampir sama. Tapi kredit kerana pecah panggung.Masih lagi menjadi perbualan, dramatik. JIka anda jenis suka menonton filem2 aksi superhero yang lawan lawan lawan last2 menang, anda mungkin tersalah Channel. Tapi jika anda penggemar slot Cerekarama mahupun samarinda atau telenovela yang penuh ranjau liku sebelum cinta itu sampai tahap klimaks, Arsenal mungkin saluran channel yang betul buat anda.

Adakah secara rasminya ia berakhir? Tanya Ferguson sama ada dia sudi menunggu atau tidak. Kalau nak ikutkan officially over nya dah berapa kali term over ini diguna ulang tapi masih jugak bernafas sehingga kini. Sebelum match Wenger sendiri sudah mengakui ia berakhir jika kita gagal.Buat masa ini pengakuan Wenger itu menjadi status sementara waktu. Kita tak tahu apa yang boleh berlaku dalam bola sepak walaupun aku sebenarnya menjangkakan sepatutnya kita menghadapi kesukaran yang lebih di WHL. Teruskanlahbermain bola dalam baki 6 perlawanan ini.Bukankah Semua game umpama final? Jadi game 1 May nanti kita jadikan 'final' yang terbaik untuk musim ini.

P/S: Meminjam kata2 Ferrgie, dari result malam tadi aku rasa Liverpool sendiri yang telah 'Knock Liverpool Off Their F***ing Perch' membiarkan seteru mereka itu mencipta rekod.


Duka-Nestapa

Salam Semua..

Kecewa sangat aku dengan match malam ini. Sangat kecewa kerna takdir tidak memihak kepada kita. Salah siapa sebenarnya?

Reff? - mungkin kerna rasukan abalasa membuatkan beliau alpa
Eboue? - mangsa keadaan.Kesian dia..
Wenger? - bijak menukar corak taktik namun tiada penyudah dari pemain
Fabregas? - tampak kurang bisanya namun berjaya memberi penalti

Apapun kata kalian, situasi kita sekarang x ubah macam "berlari ke langit"..sukar bintang untuk digapai..Namun,x guna kita berEmosi..Masih ada sisa-baki..Keajaiban boleh berlaku...Yang penting sekarang, kita mesti cari semangat yang hilang...

Gun Down The Critics, Built-Up The Spirit


Ahad, 17 April 2011

Pre match : Bangau sasaran Meriam


Di sebalik kesedihan dan kesuraman yang menyelubungi Arsenal beberapa hari lalu akibat kehilangan Dany Fizsman orang penting belakang tadbir kelab ini, para pemain dan pengurusan serta penyokong tahu bahawa minggu ini adalah minggu penentu musim ini.3 game dalam masa seminggu yang menuntut 3 mata kesemuanya berula dengan kunjungan Liverpool malam ini dan 2 pertarungan di luar kawasan Spurs dan Bolton. Wenger sendiri mengakui jika Arsenal gagal menang 2 game penting ini(liverpool dan NLD), musim belum berakhir tapi yang pasti buruan kejuaraan liga hampir pasti tersadai begitu sahaja.

Kata2 Wilshere yang bersemangat dan yakin Arsenal masih mampu melakukannya, Rosicky yang sedar bahawa rekod tanpa kalah tak cukup kalau tak menang, dan suara2 lantang menegur rakan2 di bilik persalinan menjadi bukti bahawa pasuka ini masih ambil peduli. Arsenal perlu jalankan tugas sendiri dahulu, menang kesemua baki, selebihnya adalah terletak pada kaki2 pasukan lain.United tidak beraksi minggu ini, harap kekalahan mereka pada rival mereka dalam saingan semi FA semalam memberi impak yang kurang memberangsangkan pada minda dan baki perlawanan mereka. Jika segalanya berjalan lancar, sebaik wisel penamat malam ini, Arsenal boleh memotong jarak pemisah menjadikannya 4 mata. Seboleh bolehnya Arsenal harus keep on pace dan terus menekan United sebelum keduanya bertemu di Ashburton Grove May nanti.

Lawan malam ini juga bukan calang2. Di hari pembukaan penjaga gol yang dikatakan menjadi bekas suntingan Arsenal ketika musim panas menghadiahkan satu mata pada kita sekaligus menceritakan jalan ceirta kehidupan yang kurang molek kepada bekas peneraju mereka. Kini setelah Hodgson digantikan oleh lagenda Anfield, Kenny Dalglish, Liverpool barulah nampak seakan2 kembali menjadi bangau.Kejayaan mereka menundukkan contender2 penting musim ini Chelsea, United dan City bukanlah nasib semata2, walaupun tergelincir sedikit tapi gelaran big four masih lagi sinonim buat mereka.Pernah dulu satu ketika mereka tampak meletakkan target untuk hanya kekal dalam Premier league tapi kini target mereka telah ditinggikan, mencuri tempat dalam saingan eropah. Dalglish juga memperoleh hasil yang berbaloi dalam bisnes transfer Januari lalu yng ternyata memberi sinaran harapan baru pada para kopian malah nama2 besar untuk terus percaya dan kekal di anfield. Arsenal perlu berwaspada dengan bakal  bintang England, Andy Carroll malam ini kerana dia terlebih dahulu pernah mengejutkan Arsenal di Emirates ketika bersama Newcastle.

Bagi pertemuan malam ini, Arsenal menerima berita sensasi mengkhabarkan kepulangan trio Szczesny, Johan, dan juga Alex Song. Walaubagaimmanapun tak dapat dipastikan sama ada ketiga2 mereka bakal terbabit dalam perlawanan malam ini secara langsung mahupun tidak langsung. Fabianski, Almunia dan Sagna masih lagi terpaksa diketepikan. Mael juga diberitakan kembali ke latihan tapi aku rasa dia takkan beraksi sehingga hujung musim kerana Wenger pastinya berhati dengannya selepas ini. Pra musim yang bagus mungkin diperlukan untuk kembali match fit, destinasi debut, Bukit Jalil mungkin? hehe. Kepulangan Szczesny tepat pada masanya ketika Pak lehman sebagai cover terpaksa menagambil alih tempat Almunia. Tapi tak dapat dipastikan sama ada hero ketika bertemu Blackpool itu telahpun menyarung sarung tangan buat kali terakhir bersama Arsenal memberi peluang kepada Szczesny kembali malam ini.Tapi aku yakin dan lebih puas jika dapat menyaksikan Lehman beraksi di Emirates sekali lagi.Suarez Carroll dan Kuyt pikir 2 kali nak main psiko dengan Mad Jens

-------------------Lehman------------------
Eboue--------Johan-----Kos------Clichy
-------------------Song--------------------
-------Fabregas----------Wislhere---------
---Walcott------RVP----------Nasri--------

Arsenal 2 Liverpool 1 Astro 817 11pm.

Agi idup agi mengGuners.


Rabu, 13 April 2011

7 Perhentian : Baki Perlawanan Arsenal

Berlayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
7 yang tinggal bukan lagi olok-olok
Sarsaran semuanya adalah menang

Tinggal 7 perlawanan liga untuk Arsenal menamatkan musim 10/11. Setiap perlawanan kini umpama final, tapi jika 'final' itu dilayan bak final carling Cup jawabnya mmg final countdown lah buat Arsenal. 3 perlawanan di Ashburton Grove manakala selebihnya di tempat lawan. Bukan calang2 lawan away, Spuds jiran rival yang berhati busuk desperate nak masuk champions league lagi sekali , Bolton dengan yang popular sebagai pasukan badi buat kita, Britania kali terakhir kita singgah seorang player kita patah kaki, Fulham hurmm entah apa yang dah dimanderem pada si 'Jacko'.. Jadi kalau sebelum perlawanan bertemu Blackburn kejuaraan memang di tangan kita, kini kita terpaksa mengharapkan ehsan pasukan2 lain membantutkan perjalanan rival2 lain terutama United.Sebenarnya bukan match Blackburn yang membuatkan kita dalam kedudukan sipi sipi ini tapi terlalu banyak match2 dan mata2 penting yang sebelum ini dibazirkan, tak perlu diimbas.

Jadi, Masih berharapkah lagi? Jangan berhenti berharap selagi matematik dan logiknya masih ada. Bermula dengan pertemuan menentang Liverpool yang terkenal dengan kemenangan dalam match2 besar, Arsenal perlu fokus dan memberi sepenuh keringat di samping mengelak kejadian2 aneh lagi bodoh.Dengar cerita RVP dah mengamuk kat Diaby ketika di bilik persalinan sebab kepala angin nya mendapat kad kuning boleh menimbulkan masalah jika tidak dikawal, ambil contoh insiden di St James Park. Maka kesilapan2 bodoh sebegini yang perlu diminimakan Arsenal jika ingin terus memasang impian memberi saingan sehingga minit terakhir musim ini. Terus berdiri di belakang Arsenal, jika rebah tugas kita untuk memapah, jika kejayaan bertambah boleh kita bertumpang megah.

17SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHLiverpool16:00SS1
20WedAdd to CalendarBarclays Premier LeagueATottenham Hotspur19:45SS1
24SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueABolton Wanderers16:00SS1
May



01SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHManchester United14:05SS1
08SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAStoke City14:05SS1
15SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHAston Villa16:00SS1
22SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAFulham16:00ATVO












People asking if im going city? I dont kiss the Arsenal badge then leave <3 this club in my heart! - Captain Jack!!


Selasa, 12 April 2011

Penjelasan Ivan Gazidis tentang isu tawaran dari KSE terhadap Arsenal FC


Highlights : Blackpool VS Arsenal


Isnin, 11 April 2011

3 mata + Lehman + Stan


Kembalinya Pak Leman mewarnai skuad Arsenal dengan kegilaan, ngauman dan pii'l lamanya , Arsenal juga kembali ke landasan kemenangan. Entah mengapa atau bagaikan satu petanda, Almunia tiba2 dikeluarkan saat2 akhir akibat kecederan lutut semasa warming up, maka Arsenal terpaksa mengharapkan tidak lain dan tidak bukan Mad Jens dalam masa yang sama membantunya membuat kemunculan ke 200 bersama Arsenal.Lebih manis ia berakhir dengan kemenangan.Walau pada satu ketika terbayang insiden final Champions League di mana die meluru keluar tapi tak sempat menampan bola, kali ini pengadil memberi advantage kepada Blackpool maka si Leman terselamat. Dia juga ada membuat beberapa save penting yang memberi peluang kepada Arsenal untuk kekal memberi tekanan kepada United. Walaupun tak setajam dan seagresif dulu dalam distribution dan 'angin' nya, jika Almunia masih belum sembuh, Szczesny belum mencapai tahap kecergasan, aku masih boleh memberi kepercayaan dan keyakinan kepada lagenda skuad Arsenal berjersi 13 in untuk menjadi benteng terakhir bemrbekalkan pengalaman dan instinct nya.

Selain dari kehangatan 3 mata semalam, Arsenal juga hangat dengan berita take over oleh jutawan sukan US Stan Kroenke yang telah menaikkan share nya dalam saham kelab memungkinkan satu proses peralihan kuasa berlaku. AKu sebenarnya tidak berminat untuk mengambil tahu politik2 di belakang tadbir ini semua kerana sebagai sebuah pasukan bola sepak, apa yang penting adalah keputusan di atas padang.Tapi dari perspektif sebuah kelab bola sepak, ia adalah suatu proses yang sangat penting dan menentukan hala tuju , kedudukan serta kestabilan sesbuah kelab itu beroperasi. Apabila kita bercakap tentang takeover, adakah ia jenis yang berlaku sama seperti di Liverpool, United , Chelsea, Villa , Brummies, Mancity yang masing2 ada cerita tersendiri. Yang aku tahu, siapa pon menerajui BOD, Wenger dan Arsenal tetap akan beroperasi seperti sediakala melabur mengikut hasil yang dituai kerana ini adalah projek dan modus operandi yang sedan diadatkan.Korenke juga adalah orang lama, juga tak berapa baru tapi sudah beberapa kali bertemu Wenger dalam meeting BOD dan feedback yang diterima adalah positif, Korenke menghormati kerja Wenger dan Wenger sedia memberi kerjasama dengan Kroenke. Ada ura2 David Dein bakal kembali jika Silent Stan mengambil alih Arsenal, tapi ada  keraguan ia tidak berlaku kerana cakap2 orang baawa Dein adalah 'orang' Usmanov, seorang lagi pesaing Kroenke dari Ukraine. Jika benar DD teman rapat dan orang yang bertanggungjawab membawa Wenger masuk, kembali ke Arsenal, ia pastinya membuatkan Wenger lebih ceria dan ada teman tanpa perlu menanggung segala pemikiran seorang diri.


Jumaat, 8 April 2011

2 calon untuk 2 anugerah

Tak perlu ABPBH, mereka bukan sahaja sudah popular tapi ada skill pulak tu.Nasri dan Wilshere masing2 dicalonkan untuk merangkul anugerah Pemain terbaik dan pemain muda terbaik anugerah PFA. Nasri paling syok dicalonkan dalam kedua2 kategori.Walaupun musim ini Arsenal turun naik terutama sebulan kebelakangan ini kita jatuh ditimpa tangga ditimpa lif ditimbus tanah runtuh, sumbangan dan konsistensi kedua2 pemain Arsenal ini menjadi nadi ketika permulaan musim tidak boleh dinafikan.Keringat mereka  meletakkan Arsenal masih dalam landasan sehingga kini walaupun suam2 kuku.Harap kedua2 mereka mampu merangkul sesuatu nanti




Khamis, 7 April 2011

Pekabo Arsenal

Martin Keown pun dah bersuara

"Siapa2 yang setuju, player yang main macam cipanzee ditunjukkan jalan keluar, sile angkat tangan macam sayee..kite bakor aje!kite bakor aje"

Sambil disahut dengan laungan seraya menyalakan unggun api oleh Frimpong yang kini sudah pilih hanya menunggu masa bila2 masa untuk merampas peluang.unleash the beast!

Pak Lehman yang terkenal dengan aksi kurang siuman sedang kencing di belakang papan iklan kebetulan terdengar akan rapat umum dianjurkan tersebut sempat merakam video menggunakan perakam cctv yg diletakkan dalam sebuah laci di bilik persalinan.

Kedengaran nada dering Aselehe Las Kicap di KM123 Lebuhraya London-Taiping menghala ke exit barca. El Capitano yang sedang memecut laju menggelabah cuba mengangkat henset dari dalam poket seluarnya untuk mengangkat panggilan.Terkejut dengan video call 3G pak lehman yang memaparkan rakaman amaran Keown itu tadi, Fabregas tersentak sentap hati mak nak menyebabkan kereta Merc yang dipandunya hilang kawalan lalu berlanggar dengan kereta Audy Mok, remuk.Bagaimanapun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.Namun begitu, Mael, Fabianski , Johan dan Szczesny yang duduk di tempat duduk penumpang di belakang dalam sebuah kereta yang berasingan masih mengalami kecederaan.Punca nasib malang masih belum diketahui.

Sehubungan dengan itu, RVP yang mengambil alih tugas sebagai jurucakap sementara ketika Fabregas pergi pimp my ride membakor semangat dengan keyakinan tinggi bahawa Arsenal masih boleh bangkit dari lamunan.

Di suatu tempat yang berdekatan dalam kejadian berasingan pula,upacara mencantas dan mematahkan galah sedang giat dijalankan.Kanak2 juga diharamkan bermain galah panjang dan menari ala robotik sempena menghayati ritual benci galah walaupun galah itulah yang digunakan dalam kejayaan lompat tinggi tahun lalu. Hasrat untuk menyamai standard iso kelab London tak kesampaian apabila para poser ini hanya sekadar lauk tapau di Bernabau.-Berita disunting oleh 'kau yang BERNAMA seri memanjang'.


Ahad, 3 April 2011

Post Match : Gua Hampa..hangpa?


Tidak cukup bagus.Walaupun secara rasmi Arsenal belum terkeluar dari saingan tapi secara peribadi dan jujur, aku tak nampak Piala itu akan singgah ke kabinet Emirates May nanti. Ketika kita gagal merakamkan sebarang jaringan lebih teruk lagi memberi kejayaan clean sheet pertama away bagi blackburn musim ini!, united di satu senario lain pulak buat kali keberapa menunjukkan bagaimana ciri2 sebuah pasukan yang benar2 mampu menggalas tekanan cabaran. Suatu ketika mereka ketinggalan 0-2 tapi entah macam mana mereka seringkali jumpa pintu keluar, dan ketika kita hanya perlu menang dan main secara relax menghadapi pasukan yang tak pernah menang 6 perlawanan, kita pulak yang tiba2 tertekan sebaik mengetahui kemenangan United.Jelas mentaliti menjadi mental block pasukan yang entah bila nak capai klimaks ni.Walaupun dengan luahan kekecewaan ini, jauh disudut hati aku aku mengharapkan pemain2 buktikan bahawa aku silap.Namun kini ia tidak lagi bergantung pada usaha sendiri sahaja, tapi terpaksa mengharapkan rival lain gagal, tidak mustahil tapi juga tinggi sangat harapan itu.


Faktor keletihan internationaleleh adalah alasan yang basi kerana bukan kita sahaja pasukan yang menghantar wakil. Satu persembahan yang mendatar flat dan tanpa umph. Lemau semacam mungkin disebabkan rata2 pemain yang diturunkan baru kembali dari kecederaan. Tapi yang membuatkan gua geram sudahlah Blackburn tempang sebegini tapi kita masih tidak mampu mencipta clear cut chances pun.Hanya beberapa yang dilihat gagal disudahkan paling hampa tapping Wilshere di separuh masa pertama. Dan bagai sudah terhantuk baru nak tergadah, tabiat pi'il Wenger yang selama ini memilih bulu tapi kini dilihat selalu memilih hanya masa2 tertentu untuk melakukan pertukaran. kalau tak sampai baki 20 minit 10 minit jangan harap Le Prof ni nak berani mengambil risiko kecuali dalam kes2 tertentu. Lack of urgency tapi bila dah masuk Capitan, Chamakh , Bendi baru nampak desperado dan kegelabahan, sepatutnya pertukaran dilakukan awal2 lagi ketika corak permainan langsung tak berubah dengan tempo yang mengarut serta kurang kreativiti.

Keputusan ini hanya memakan diri sendiri.3 kali seri berturut2 dua daripadanya di lama n sendiri, bukan satu petanda yang bagus. Wenger mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjawab segala persoalan hujung bulan May nanti, jika menjadi, selamat.Tapi jika sebaliknya..kehambaran transfer Januari, taktikal, semangat dan naluri akan menjadi bahan2 yang bakal menghantui.Aku bercakap bagai orang yang sangat sedang2 kecewa ini memang kerana aku kecewa.Bukan kerana Arsenal semakin jauh dari piala tapi kecewa melihat semangat juang dan mentaliti para pemain yang tidak konsisten pasang surut ikut bedal mereka.Suasana tegang di Emirates dapat dirasa di setiap raut wajah para penyokong Arsenal setiap kali fokus kamera ditunjukkan.Ia menunjukkan segala2nya. Masalah utama yang dilihat jelas malam tadi adalah hati, mentaliti dan kekurangan jiwa.Tiada Mr Arsenal untuk dipandang oleh rakan sepasukan. Lebih frust apabila kita hanya tinggal 2 3langkah ciri2 sahaja untuk sebenarnya kita menjadi skuad yang lengkap tapi tidak ada counter measure yang benar2 produktif diambil.

Gua sayang Arsenal, gua mau skuad ini teruskan cabaran.Sebelum duk pikir nak cuba lagi musim depan la apa la, apa kata cuba sedaya upaya dari sekarang.Lawan tetap lawan sampai habis hujung musim. Outcome dia menang piala ka tak menang piala ka musim ini itu di luar dari tangan kita sudah, yang penting gua nak persembahan mingguan yang konsisten , ada jiwa, menghiburkan dan berapi laa siket woii dentuman meriamnya!!!!

Agi idup agi mengGunners!!!


Sabtu, 2 April 2011

Pre Match : Satu sasaran

 
Berakhirnya sudah minggu internationaleleh yakni bermula kembali musim Arsenal. Setelah 2 minggu berehat dari dunia bola sepak dan melayan isu2 luar bidang seperti kenduri kendara, cuti2 santai, maharaja lawak, Dato T, harga minyak naik tapi kepala otak tidak boleh tidak memikirkan tentang Arsenal dan nasibnya.Jadi terima kasih kepada saudara Kesuma yang mengisi slot kekosongan serta rakan2 lain yang terus setia memeriahkan Arsenalaysia. Fokus kini diletakkan kepada Arsenal, bermacam cerita bermacam ragam. Dari luar padang hingga ke dalam perut awek Wilshere boleh jadi cerita.Antara isu2 hangat yang berlaku adalah pemain2 beraksi di internationaleleh dan kecederaan yang dialami(rutin normal), nama Wilshere yang kini dicanang2 tapi takut terover, Lehman kembali beraksi tapi ala badut, Wenger dan Nasri dah malas nak saman malu, Wilshere bakal jadi bapak haram, player2 kembali dari kecederaan seperti signing baru, dan paling best ura2 Arsenal bakal melakukan persediaan pra musim dengan Asian Tour, destinasi yang digembar germburkan, Malaysia. Setakat ini belum ada pengesahan tentang perkhabaran riang ini namun harapan besar masih menggunung menanti sejarah berulang setelah 12 tahun.

Kita tinggalkan isu2 tersebut yang rata2 telah sedia maklum kerana kita ada tugas lagi besar malam ini. '9 game lagi, menang semua, kita juara liga'.Matematiknya nampak mudah tapi statistik adalah subjek yang sukar.Ayat frasa tadi pun macam senang tapi bila ambil konsep dari segi penaklukan mantik, keraguan tentang mentaliti skuad ini mula timbul. Kita pasti ingin melupakan tragedi2 malang yang belangsung bulan lepas terkeluar dari 3 piala sebelum hanya mampu seri 2 match terakhir dalam liga. Itulah sebabnya internationaleleh datang tepat pada masanya untuk menyahkan segala badi dan menjelmakan semula semangat melawan di liku2 terakhir. Mulakan dengan Blackburn malam ini, Arsenal tidak harus memandang kepada kepincangan rival kerana peluang kali ini datang di tangan sendiri.

Blackburn hadir dengan rekod yang kurang memberangsangkan.Walaupun menduduki tangga ke13 tapi satu mata sahaja memisahkan mereka dari zon penyingkiran. Setelah pemecatan Big Sam, keupayaan watak rookie Steve Keane mula menimbulkan persoalan apabila hanya mampu memperoleh 2 mata dari 6 perlawanan terakhir.Dulu mereka terkenal sebagai pasukan fizikal, pasukan buli, apabila Big Sam masuk, dia cuba mempraktikkan power 'badi Bolton-Asenal' yang suatu ketika dimiliki, usaha tampak berhasil apabila mereka bukan sebuah pasukan yang mudah ditumbangkan jika fizikal mereka 100%, lihatlah bagaimana Fabianski dibuli ditolak hingga ke dalam gawang musim lepas. Tapi Arsenal jugak sempat mengajar mereka dengan kenduri gol 6 penjaring berbeza di hadapan Henry14 awal musim lepas, awal musim ini kita berjaya mencurik 3 mata dari Edwood Park ketika rata2 menjangkakan Arsenal akan dilanyak dibuli. Jadi Arsenal adalah pilihan untuk menang straight away awal pagi nanti.

Arsenal diberi tonik denga kepulangan quartet Walcott, Song, Fabregas dan Diaby. RVP dan Bendi baru lewat malam semalam telah menyusul dan disahkan mampu turut serta dalam perjuangan ini. Hanya Denilson dan nama2 pesakit tegar musim ini sahaja yang masih dirawat.Fabregas Walcott Song adalah nadi penting dan kita kehilangan mereka di saat kepadatan jadual dan match2 penentu hala tuju.Sayang sekali ia berlaku, tapi jika mereka dapat kekal fit dalam baki 9 game berikutnya, aku yakin dan percaya setiap watak ini ada sumbangan besar masing2.Topik posisi utama yang menjadi perbahasan pastinya penjaga gol, tapi awal2 lagi Wenger sudah letak cop mohor bahawa Almunia akan mengekalkan tempat dalam kesebelasan malam ini walaupun peminat2 sudah jemu dan cemuih melihat si Pandir ini melakukan kesilapan tadika saban minggu. Mungkin Wenger berasa Lehman belum cukup bersedia setelah kembung makan duit pencen 7 bulan. Line up malam ini aku menjangkakan Walcott akan masuk sebagai senjata rahsia jika keadaan berlalu tidak seperti yang dikehendaki.

-----------------Almunia---------------------
-Sagna------Laci--------Koscielny----Clichy
------------------Song----------------------
--------Fabregas----------Wilshere---------
-----Nasri------RVP--------Arshavin------

Astro 817 12:30am.Arsenal 3 Blackburn 0.

Agi idup agi mengGunners!!