Kembalinya Pak Leman mewarnai skuad Arsenal dengan kegilaan, ngauman dan pii'l lamanya , Arsenal juga kembali ke landasan kemenangan. Entah mengapa atau bagaikan satu petanda, Almunia tiba2 dikeluarkan saat2 akhir akibat kecederan lutut semasa warming up, maka Arsenal terpaksa mengharapkan tidak lain dan tidak bukan Mad Jens dalam masa yang sama membantunya membuat kemunculan ke 200 bersama Arsenal.Lebih manis ia berakhir dengan kemenangan.Walau pada satu ketika terbayang insiden final Champions League di mana die meluru keluar tapi tak sempat menampan bola, kali ini pengadil memberi advantage kepada Blackpool maka si Leman terselamat. Dia juga ada membuat beberapa save penting yang memberi peluang kepada Arsenal untuk kekal memberi tekanan kepada United. Walaupun tak setajam dan seagresif dulu dalam distribution dan 'angin' nya, jika Almunia masih belum sembuh, Szczesny belum mencapai tahap kecergasan, aku masih boleh memberi kepercayaan dan keyakinan kepada lagenda skuad Arsenal berjersi 13 in untuk menjadi benteng terakhir bemrbekalkan pengalaman dan instinct nya.
Selain dari kehangatan 3 mata semalam, Arsenal juga hangat dengan berita take over oleh jutawan sukan US Stan Kroenke yang telah menaikkan share nya dalam saham kelab memungkinkan satu proses peralihan kuasa berlaku. AKu sebenarnya tidak berminat untuk mengambil tahu politik2 di belakang tadbir ini semua kerana sebagai sebuah pasukan bola sepak, apa yang penting adalah keputusan di atas padang.Tapi dari perspektif sebuah kelab bola sepak, ia adalah suatu proses yang sangat penting dan menentukan hala tuju , kedudukan serta kestabilan sesbuah kelab itu beroperasi. Apabila kita bercakap tentang takeover, adakah ia jenis yang berlaku sama seperti di Liverpool, United , Chelsea, Villa , Brummies, Mancity yang masing2 ada cerita tersendiri. Yang aku tahu, siapa pon menerajui BOD, Wenger dan Arsenal tetap akan beroperasi seperti sediakala melabur mengikut hasil yang dituai kerana ini adalah projek dan modus operandi yang sedan diadatkan.Korenke juga adalah orang lama, juga tak berapa baru tapi sudah beberapa kali bertemu Wenger dalam meeting BOD dan feedback yang diterima adalah positif, Korenke menghormati kerja Wenger dan Wenger sedia memberi kerjasama dengan Kroenke. Ada ura2 David Dein bakal kembali jika Silent Stan mengambil alih Arsenal, tapi ada keraguan ia tidak berlaku kerana cakap2 orang baawa Dein adalah 'orang' Usmanov, seorang lagi pesaing Kroenke dari Ukraine. Jika benar DD teman rapat dan orang yang bertanggungjawab membawa Wenger masuk, kembali ke Arsenal, ia pastinya membuatkan Wenger lebih ceria dan ada teman tanpa perlu menanggung segala pemikiran seorang diri.
0 ulasan:
Catat Ulasan