Sabtu, 2 April 2011

Pre Match : Satu sasaran

 
Berakhirnya sudah minggu internationaleleh yakni bermula kembali musim Arsenal. Setelah 2 minggu berehat dari dunia bola sepak dan melayan isu2 luar bidang seperti kenduri kendara, cuti2 santai, maharaja lawak, Dato T, harga minyak naik tapi kepala otak tidak boleh tidak memikirkan tentang Arsenal dan nasibnya.Jadi terima kasih kepada saudara Kesuma yang mengisi slot kekosongan serta rakan2 lain yang terus setia memeriahkan Arsenalaysia. Fokus kini diletakkan kepada Arsenal, bermacam cerita bermacam ragam. Dari luar padang hingga ke dalam perut awek Wilshere boleh jadi cerita.Antara isu2 hangat yang berlaku adalah pemain2 beraksi di internationaleleh dan kecederaan yang dialami(rutin normal), nama Wilshere yang kini dicanang2 tapi takut terover, Lehman kembali beraksi tapi ala badut, Wenger dan Nasri dah malas nak saman malu, Wilshere bakal jadi bapak haram, player2 kembali dari kecederaan seperti signing baru, dan paling best ura2 Arsenal bakal melakukan persediaan pra musim dengan Asian Tour, destinasi yang digembar germburkan, Malaysia. Setakat ini belum ada pengesahan tentang perkhabaran riang ini namun harapan besar masih menggunung menanti sejarah berulang setelah 12 tahun.

Kita tinggalkan isu2 tersebut yang rata2 telah sedia maklum kerana kita ada tugas lagi besar malam ini. '9 game lagi, menang semua, kita juara liga'.Matematiknya nampak mudah tapi statistik adalah subjek yang sukar.Ayat frasa tadi pun macam senang tapi bila ambil konsep dari segi penaklukan mantik, keraguan tentang mentaliti skuad ini mula timbul. Kita pasti ingin melupakan tragedi2 malang yang belangsung bulan lepas terkeluar dari 3 piala sebelum hanya mampu seri 2 match terakhir dalam liga. Itulah sebabnya internationaleleh datang tepat pada masanya untuk menyahkan segala badi dan menjelmakan semula semangat melawan di liku2 terakhir. Mulakan dengan Blackburn malam ini, Arsenal tidak harus memandang kepada kepincangan rival kerana peluang kali ini datang di tangan sendiri.

Blackburn hadir dengan rekod yang kurang memberangsangkan.Walaupun menduduki tangga ke13 tapi satu mata sahaja memisahkan mereka dari zon penyingkiran. Setelah pemecatan Big Sam, keupayaan watak rookie Steve Keane mula menimbulkan persoalan apabila hanya mampu memperoleh 2 mata dari 6 perlawanan terakhir.Dulu mereka terkenal sebagai pasukan fizikal, pasukan buli, apabila Big Sam masuk, dia cuba mempraktikkan power 'badi Bolton-Asenal' yang suatu ketika dimiliki, usaha tampak berhasil apabila mereka bukan sebuah pasukan yang mudah ditumbangkan jika fizikal mereka 100%, lihatlah bagaimana Fabianski dibuli ditolak hingga ke dalam gawang musim lepas. Tapi Arsenal jugak sempat mengajar mereka dengan kenduri gol 6 penjaring berbeza di hadapan Henry14 awal musim lepas, awal musim ini kita berjaya mencurik 3 mata dari Edwood Park ketika rata2 menjangkakan Arsenal akan dilanyak dibuli. Jadi Arsenal adalah pilihan untuk menang straight away awal pagi nanti.

Arsenal diberi tonik denga kepulangan quartet Walcott, Song, Fabregas dan Diaby. RVP dan Bendi baru lewat malam semalam telah menyusul dan disahkan mampu turut serta dalam perjuangan ini. Hanya Denilson dan nama2 pesakit tegar musim ini sahaja yang masih dirawat.Fabregas Walcott Song adalah nadi penting dan kita kehilangan mereka di saat kepadatan jadual dan match2 penentu hala tuju.Sayang sekali ia berlaku, tapi jika mereka dapat kekal fit dalam baki 9 game berikutnya, aku yakin dan percaya setiap watak ini ada sumbangan besar masing2.Topik posisi utama yang menjadi perbahasan pastinya penjaga gol, tapi awal2 lagi Wenger sudah letak cop mohor bahawa Almunia akan mengekalkan tempat dalam kesebelasan malam ini walaupun peminat2 sudah jemu dan cemuih melihat si Pandir ini melakukan kesilapan tadika saban minggu. Mungkin Wenger berasa Lehman belum cukup bersedia setelah kembung makan duit pencen 7 bulan. Line up malam ini aku menjangkakan Walcott akan masuk sebagai senjata rahsia jika keadaan berlalu tidak seperti yang dikehendaki.

-----------------Almunia---------------------
-Sagna------Laci--------Koscielny----Clichy
------------------Song----------------------
--------Fabregas----------Wilshere---------
-----Nasri------RVP--------Arshavin------

Astro 817 12:30am.Arsenal 3 Blackburn 0.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: