Tidak cukup bagus.Walaupun secara rasmi Arsenal belum terkeluar dari saingan tapi secara peribadi dan jujur, aku tak nampak Piala itu akan singgah ke kabinet Emirates May nanti. Ketika kita gagal merakamkan sebarang jaringan lebih teruk lagi memberi kejayaan clean sheet pertama away bagi blackburn musim ini!, united di satu senario lain pulak buat kali keberapa menunjukkan bagaimana ciri2 sebuah pasukan yang benar2 mampu menggalas tekanan cabaran. Suatu ketika mereka ketinggalan 0-2 tapi entah macam mana mereka seringkali jumpa pintu keluar, dan ketika kita hanya perlu menang dan main secara relax menghadapi pasukan yang tak pernah menang 6 perlawanan, kita pulak yang tiba2 tertekan sebaik mengetahui kemenangan United.Jelas mentaliti menjadi mental block pasukan yang entah bila nak capai klimaks ni.Walaupun dengan luahan kekecewaan ini, jauh disudut hati aku aku mengharapkan pemain2 buktikan bahawa aku silap.Namun kini ia tidak lagi bergantung pada usaha sendiri sahaja, tapi terpaksa mengharapkan rival lain gagal, tidak mustahil tapi juga tinggi sangat harapan itu.
Faktor keletihan internationaleleh adalah alasan yang basi kerana bukan kita sahaja pasukan yang menghantar wakil. Satu persembahan yang mendatar flat dan tanpa umph. Lemau semacam mungkin disebabkan rata2 pemain yang diturunkan baru kembali dari kecederaan. Tapi yang membuatkan gua geram sudahlah Blackburn tempang sebegini tapi kita masih tidak mampu mencipta clear cut chances pun.Hanya beberapa yang dilihat gagal disudahkan paling hampa tapping Wilshere di separuh masa pertama. Dan bagai sudah terhantuk baru nak tergadah, tabiat pi'il Wenger yang selama ini memilih bulu tapi kini dilihat selalu memilih hanya masa2 tertentu untuk melakukan pertukaran. kalau tak sampai baki 20 minit 10 minit jangan harap Le Prof ni nak berani mengambil risiko kecuali dalam kes2 tertentu. Lack of urgency tapi bila dah masuk Capitan, Chamakh , Bendi baru nampak desperado dan kegelabahan, sepatutnya pertukaran dilakukan awal2 lagi ketika corak permainan langsung tak berubah dengan tempo yang mengarut serta kurang kreativiti.
Keputusan ini hanya memakan diri sendiri.3 kali seri berturut2 dua daripadanya di lama n sendiri, bukan satu petanda yang bagus. Wenger mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjawab segala persoalan hujung bulan May nanti, jika menjadi, selamat.Tapi jika sebaliknya..kehambaran transfer Januari, taktikal, semangat dan naluri akan menjadi bahan2 yang bakal menghantui.Aku bercakap bagai orang yang sangat sedang2 kecewa ini memang kerana aku kecewa.Bukan kerana Arsenal semakin jauh dari piala tapi kecewa melihat semangat juang dan mentaliti para pemain yang tidak konsisten pasang surut ikut bedal mereka.Suasana tegang di Emirates dapat dirasa di setiap raut wajah para penyokong Arsenal setiap kali fokus kamera ditunjukkan.Ia menunjukkan segala2nya. Masalah utama yang dilihat jelas malam tadi adalah hati, mentaliti dan kekurangan jiwa.Tiada Mr Arsenal untuk dipandang oleh rakan sepasukan. Lebih frust apabila kita hanya tinggal 2 3langkah ciri2 sahaja untuk sebenarnya kita menjadi skuad yang lengkap tapi tidak ada counter measure yang benar2 produktif diambil.
Gua sayang Arsenal, gua mau skuad ini teruskan cabaran.Sebelum duk pikir nak cuba lagi musim depan la apa la, apa kata cuba sedaya upaya dari sekarang.Lawan tetap lawan sampai habis hujung musim. Outcome dia menang piala ka tak menang piala ka musim ini itu di luar dari tangan kita sudah, yang penting gua nak persembahan mingguan yang konsisten , ada jiwa, menghiburkan dan berapi laa siket woii dentuman meriamnya!!!!
Agi idup agi mengGunners!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan