Martin Keown pun dah bersuara
"Siapa2 yang setuju, player yang main macam cipanzee ditunjukkan jalan keluar, sile angkat tangan macam sayee..kite bakor aje!kite bakor aje"
Sambil disahut dengan laungan seraya menyalakan unggun api oleh Frimpong yang kini sudah pilih hanya menunggu masa bila2 masa untuk merampas peluang.unleash the beast!
Pak Lehman yang terkenal dengan aksi kurang siuman sedang kencing di belakang papan iklan kebetulan terdengar akan rapat umum dianjurkan tersebut sempat merakam video menggunakan perakam cctv yg diletakkan dalam sebuah laci di bilik persalinan.
Kedengaran nada dering Aselehe Las Kicap di KM123 Lebuhraya London-Taiping menghala ke exit barca. El Capitano yang sedang memecut laju menggelabah cuba mengangkat henset dari dalam poket seluarnya untuk mengangkat panggilan.Terkejut dengan video call 3G pak lehman yang memaparkan rakaman amaran Keown itu tadi, Fabregas tersentak sentap hati mak nak menyebabkan kereta Merc yang dipandunya hilang kawalan lalu berlanggar dengan kereta Audy Mok, remuk.Bagaimanapun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.Namun begitu, Mael, Fabianski , Johan dan Szczesny yang duduk di tempat duduk penumpang di belakang dalam sebuah kereta yang berasingan masih mengalami kecederaan.Punca nasib malang masih belum diketahui.
Sehubungan dengan itu, RVP yang mengambil alih tugas sebagai jurucakap sementara ketika Fabregas pergi pimp my ride membakor semangat dengan keyakinan tinggi bahawa Arsenal masih boleh bangkit dari lamunan.
Di suatu tempat yang berdekatan dalam kejadian berasingan pula,upacara mencantas dan mematahkan galah sedang giat dijalankan.Kanak2 juga diharamkan bermain galah panjang dan menari ala robotik sempena menghayati ritual benci galah walaupun galah itulah yang digunakan dalam kejayaan lompat tinggi tahun lalu. Hasrat untuk menyamai standard iso kelab London tak kesampaian apabila para poser ini hanya sekadar lauk tapau di Bernabau.-Berita disunting oleh 'kau yang BERNAMA seri memanjang'.
Khamis, 7 April 2011
Pekabo Arsenal
10:47 PG
Gunners & Roses
1 ulasan:
wakakakaka..haduyaii..bnyak isi tersirat ni..
kita bako kita bako je!
Catat Ulasan