Memang masa ini adalah tempoh dan hari2 yang sukar bagi para penyokong Arsenal tapi bukan sekali kita pernah merasai perasaan2 seperti ini saban tahun.Diakui aku juga amat tertekan melihat aksi 'wayang' yang ditunjukkan oleh mereka2 yang diberi mandat tapi ada di antara mereka tidak memberikan sepenuh hati.Tidak berhasrat menambah segala negativity kerana dari segenap sudut, Arsenal terutama Arsene Wenger sudah dikecam hebat akibat delusinya yang tidak berbelah bagi. Tapi secara peribadi, aku ada satu perasaan yang lebih sedih apabila aku sendiri pada satu ketika tahu Arsenal akan collapse walaupun pada kedudukan 3-1, lebih malang lagi ia benar2 terjadi, paling sakit lagi bila aku sudah tidak rasa apa2 perasaan terkejut atau kekecewaan yang melampau sebaik wisel penamat akibat umpama sudah lali.Itu yang aku sedihkan.Aku mahukan perasaan kekecewaan dan frustrated itu kembali. Kerana tiada yang lebih indah apabila kita turut menghayati kesedihan atas sesuatu kecelekaan yang terjadi terhadap sesuatu yang kita sayangi. Selebihnya, aku hanya pasrah dan boleh menjangkakannya, maafkan aku Arsenal kerana berfikiran sebegitu. jangan salah paham kerana cintaku masih ada, tetap sejati tapi aku hanya ingin dapatkan kembali bagaimana indahnya perasaan kekecewaan itu.Ia boleh dilakukan dengan cara Arsenal kembali ke era kegemilangan dan kalah tidak selalu supaya ia bagai menjadi satu kejutan maka barulah aku rasa kepercayaan aku tidak lagi dikhianati.
Cukuplah meroyan. Aku sebagai penyokong harus terima ini dengan jujur sebagaimana para penyokong terdahulu yang pernah ketandusan apa2 kejayaan berdekad lamanya.Tapi kelab ini masih kekal sehingga hari ini, pemain datang dan pergi pengurus silih berganti.Akan ada harinya Wenger meletakkan nokhtah dalam pengurusan tapi nafsu bola sepaknya tidak akan luntur. Mana mungkin dia akan disisihkan begitu sahaja ketika jawatan2 tinggi dalam gerombolan atasan sedia ditawarkan jadi pada aku selagi dia berasa dia masih mampu dan bertanggungjawab atas segalanya aku akur.Batch genarasi kini yang dibentuknya memang berpeluang tipis untuk memenangi apa2 kejuaraan selagi bermain di bawah faktor ketakutan dan kurang keyakinan diri.Sayang sekali kerana ia hanya beberapa langkah dan touch up sahaja untuk kita menyempurnkan batch ini tapi kerana timing yang salah serta 'man management' yang kurang berkesan pasukan ini tak sempat regroup dengan alasan saban tahun transition tak sudah2.
Inilah 2 perkara yang sering dilaungkan Wenger potential and maturity.Potensi tidak cukup tanpa konsistensi, maturity tak cukup tanpa winning mentality. Tidak dinafikan para pemain yang disunting dari segenap pelusuk benua ini adalah gifted player yang berpotensi tapi di mana konsistensi? Wenger juga tidak tau menjawab persoalan ini kerana dalam setiap PC nya dia sendiri tidak konsisten dalam memberi penjelasan, jika result bagus, "we had maturity" esoknya bila menerima kejutan yang tak disangka " we've lack maturity", dalam sekelip mata dia boleh swing. Itulah orang selalu gelarnya berada dalam mode of denial. Tapi kita tahu dia buat begitu semata2 nak protect playernya pada pandangan umum, akibat dari ini ada pemain yang terlalu manja dan mengambil mudah.Maturity pula, dari persepsi apa definasinya dikira, adakah kita tak matang, kalah atau menang aku percaya rata2 pemain semuanya matang dalam menerima keputusan tapi di mana desire, di mana mentaliti hendak menang yang sepatutnya ada pada sebuah kelab yang dikatakan besar seperti Arsenal.
Itulah aku rasa Wenger agak terlepas pandang terhadap perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia ini.Segmen dari hati ke hati, kebolehan memotivasikan pemain untuk memandu mereka ke arah melawan arus kritikan tidak nampak hasilnya. Tactically, Wenger selalu berkata dia membiarkan pemainnya mengekspresikan diri masing2 di atas padang tapi tanpa garis panduan bakat2 mereka tak boleh sampai ke kemuncak. Aku tiada sijil untuk bercakap tentang taktikal kerana apa yang aku merungut selama ni hanyalah melalui common sense dan basic instinct tapi Wenger seharusnya memperlihatkan dia lebih bijak dalam menguruskan para pemain2 muda yang ditatang bagai minyak yang penuh. Zaman dia menjaga gladiator2 dahulu sudah berakhir, rekodnya dia berjaya. Kini masanya dia memperlihatkan ultimate control terhadap skuad2 yang diramukan hasil tangan dan resepinya sendiri. Hujung musim summer nanti tentu ada perubahan dalam skuad, sama ada keluar atau masuk. Tapi yang aku lebih ingin lihat memberi impak adalah jika benar ura2 Pat Rice bakal melalui hari2 terakhir perkhidmatannya di Arsenal, orang kanan Wenger yang baru seharusnya mempunyai tanggungjawab yang besar dengan idea2 yang segar serta boleh memvariasikan corak Arsenal. Dia juga perlu tidak gentar mengkritis kepimpinan atasan jika ada sesuatu yang dirasakan tidak sesuai, bukan sekadar menjadi 'Yes Man'. Wenger semakin kelihatan tertekan, Jika dapat hadir buah pikiran yang di luar kotaknya, paling tidak ia dapat mengurangkan kedutan di raut wajah Le Prof.
Baiklah, kita cuba ambil yang positif walaupun kita tahu ia tidak cukup menceriakan. Setidak2nya Newcastle telah memberi kalaupun tidak banyak, sedikit nafas nyawa2 ikan untuk kejuaraan ini masih mampu ditandingi.Walaupun Chelsea telah memintas dengan perbezaan jaringan,secara matematik persaingan masih terbuka dengan kedua2 Arsenal dan Chelsea mengharapakan ihsan antara satu sama lain bagi menundukkan United. Dan jika itu berlaku manakala baki 4 perlawanan lain masing2 dipukul habis, satu persaingan unik dan terbaik akan tercipta dalam searah BPL di mana gol bakal menjadi penentu kejuaraan. Itu aku cakap 'jika' , itulah sebabnya jauh di sudut hati, kita sentiasa tidak berhenti berharap ,benarkan? Jika kita tak percaya pada 'Jika', dari awal lagi kita sudah angkat bendera putih tapi kerana sayang kita pada kelab yang unik teristimewa ini, kita masih mengibarkan bendera merah putih.
Bercakap tentang semangat, aku ada suatu pengalaman untuk dikongsi. Pagi ini aku terasa untuk menyarung jersi home long sleeve ke pejabat.Pada ketika pulang dari Solat Jumaat tadi,seorang hamba Allah telah menyapa aku dari belakang yang entah aku tak pasti kukenali atau tidak kerana kalau kenal mesti ada ayat2 manis sapaan biasa untuk memulakan bicara.Dia memberikan salam, aku menjawabnya. Soalan pertama yang keluar dari mulutnya,
"Baju ni size apa ye?"
"oh.ini ek..(pause sejenak)size M" jawab aku selepas memandang ke wajahnya cuba ingat kut2 aku kenal.
"tapi itulah semangat kena masih ada walaupun sekarang tengah nazak"aku berseloroh
"haha..takpe2 musim depan ada lagi..tapi ingat kena beli satu jugaklah walaupun dah nak abis musim"
"beli jgn tak beli, last2 ni mesti murah yg penting kita cuba lagi" aku menamatkan perbualan dengan senyuman dan masing2 beredar bagi meneruskan kehidupan harian.
Jika dia terbaca cerita ini terimakasih, terimakasih kerana menambahkan semagatku untuk terus menulis. Morale of the story, kita tidak harus malu akan kelab Arsenal yang satu ini walau apa jua yang berlaku.Kerana ternyata mamat tadi berani untuk menegur sapa seorang mamat lain yang tidak diknali hanya semata2 nak tahu size baju. Ternyata dia menunjukkan kebanggaan terhadap Arsenal, itulah semangat yang kita mahukan!
Agi idup Agi mengGunners!!
3 ulasan:
aku setuju bab PC yang wenger selalu pusing2 dan takde pendirian...kalo menang ckp lain, kalo kalah tetap nk protect player sendiri..wenger patut brainwash budak2 tu..ataupon wenger sendiri kene di-brainwash kan..huhu
tp aku dah nampak beberapa player yg semakin matang..contoh van persie, song, nasri, vermalaen..cume next season kite cume perlu luck dan touch up sket je lagi..kite boleh menang trofi..
info Pusingan Kedua Liga Super
betul.masa 3-1 saya memang tak rasa hairan kalau at the end kita tak menang.sedih sebab saya ada pemikiran macamtu.lagi sedih sebab ianya betul.:(
class GnR..terima kasih...
Catat Ulasan