Predictable. Arsenal sebuah pasukan yang senang dijangka. mudah dijangka line up, mudah dijangka substitution, mudah dijangka taktikal, mudah dijangka outcome, mudah dijangka result dan juga setback. Situasi ini telah berlaku di Anfield zaman 08 kita tinggal berapa minit saja nak layak semi champions league setelah larian gila Walcott sebelum Toure menghadiahkan penalti boodoh , disudahkan Gerrard. Bukan sahaja sering kali tak pernah belajar dari kesilapan masa lampau Malam ini kapten Liverpool itu tidak sama sekali beraksi, malah penyandangnya tersungkur KO terpaksa dikeluarkan, paling sedih Arsenal gagal mengambil peluang ke atas back 4 paling kurang berepngalaman yang pernah liverpool turunkan.Daif dan naif.
Ketika tandukan Kos terkena palang, Fabregas main entah hape2, dan RVP gagal menyudahkan peluang terbaik one on one, aku pikir ini satu lagi malam malang Arsenal. Mana mungkin bola mahu bergolek masuk kalau dok asyik pass3 tanpa idea Sudah tu pulak seperti dijangka, sub Bendi tapi tiada perubahan taktikal.Berapa kali aku dah tengok dan boleh sakit jantung setiap kali melihat mengapa entiti makhluk seperti itu yang bermain wide ketika dalam kotak kita mendambakan fizikal?!! Predictable dari Pat Rice yang menjadi penasihat Wenger selama ini. Ok aku harus mengakui dan meminta maaf kerana pernah terdetik dalam hatiku agar sepakan penalti RVP tadi mungkin tidak masuk, ini kerana tidak mahu diberi harapan palsu. AKu melompat menggila bila bola mencecah jaring. Tapi sebaik sahaja perlawanan berlangsung semula dan bola pulak sedar2 sudah berada berlegar2 dalam kawasan Arsenal aku terhidu suatu yang tidak elok berlaku. Jika mental kuat, fokus, kita sepatutnya boleh keep it simple, 98 minit boleh control possession alih2 gol last minit dah perasaan riak takbur bajet menang lepas tu mula tunjuk perangai lazy leg.Arsenal perlu menyalahkan diri sendiri kerana berapa banyak chance yang boleh clearkan bola sebelum kita hadiahkan foul bodoh freekick depan kotak penalti. Bukan masanya salahkan Eboue, satu team patut menanggung kemaluan ini.
Batch ini seperti kata Viera kurang hati dan jiwa.Paling kurang adalah kekuatan mental. cerita ini berulang kembali menjadi drama bersiri yang bermusim.Walaupun dah bertukar watak tapi pelakon2 utama silih berganti jalan ceritanya hampir sama. Tapi kredit kerana pecah panggung.Masih lagi menjadi perbualan, dramatik. JIka anda jenis suka menonton filem2 aksi superhero yang lawan lawan lawan last2 menang, anda mungkin tersalah Channel. Tapi jika anda penggemar slot Cerekarama mahupun samarinda atau telenovela yang penuh ranjau liku sebelum cinta itu sampai tahap klimaks, Arsenal mungkin saluran channel yang betul buat anda.
Adakah secara rasminya ia berakhir? Tanya Ferguson sama ada dia sudi menunggu atau tidak. Kalau nak ikutkan officially over nya dah berapa kali term over ini diguna ulang tapi masih jugak bernafas sehingga kini. Sebelum match Wenger sendiri sudah mengakui ia berakhir jika kita gagal.Buat masa ini pengakuan Wenger itu menjadi status sementara waktu. Kita tak tahu apa yang boleh berlaku dalam bola sepak walaupun aku sebenarnya menjangkakan sepatutnya kita menghadapi kesukaran yang lebih di WHL. Teruskanlahbermain bola dalam baki 6 perlawanan ini.Bukankah Semua game umpama final? Jadi game 1 May nanti kita jadikan 'final' yang terbaik untuk musim ini.
P/S: Meminjam kata2 Ferrgie, dari result malam tadi aku rasa Liverpool sendiri yang telah 'Knock Liverpool Off Their F***ing Perch' membiarkan seteru mereka itu mencipta rekod.
2 ulasan:
the end is near..
please la ubah mentaliti untuk gentel bola smpai depan keeper, ada peluang terus je shoot untuk dpt gol..bukan gelecek smpai blkg gol..
Catat Ulasan