Di sebalik kesedihan dan kesuraman yang menyelubungi Arsenal beberapa hari lalu akibat kehilangan Dany Fizsman orang penting belakang tadbir kelab ini, para pemain dan pengurusan serta penyokong tahu bahawa minggu ini adalah minggu penentu musim ini.3 game dalam masa seminggu yang menuntut 3 mata kesemuanya berula dengan kunjungan Liverpool malam ini dan 2 pertarungan di luar kawasan Spurs dan Bolton. Wenger sendiri mengakui jika Arsenal gagal menang 2 game penting ini(liverpool dan NLD), musim belum berakhir tapi yang pasti buruan kejuaraan liga hampir pasti tersadai begitu sahaja.
Kata2 Wilshere yang bersemangat dan yakin Arsenal masih mampu melakukannya, Rosicky yang sedar bahawa rekod tanpa kalah tak cukup kalau tak menang, dan suara2 lantang menegur rakan2 di bilik persalinan menjadi bukti bahawa pasuka ini masih ambil peduli. Arsenal perlu jalankan tugas sendiri dahulu, menang kesemua baki, selebihnya adalah terletak pada kaki2 pasukan lain.United tidak beraksi minggu ini, harap kekalahan mereka pada rival mereka dalam saingan semi FA semalam memberi impak yang kurang memberangsangkan pada minda dan baki perlawanan mereka. Jika segalanya berjalan lancar, sebaik wisel penamat malam ini, Arsenal boleh memotong jarak pemisah menjadikannya 4 mata. Seboleh bolehnya Arsenal harus keep on pace dan terus menekan United sebelum keduanya bertemu di Ashburton Grove May nanti.
Lawan malam ini juga bukan calang2. Di hari pembukaan penjaga gol yang dikatakan menjadi bekas suntingan Arsenal ketika musim panas menghadiahkan satu mata pada kita sekaligus menceritakan jalan ceirta kehidupan yang kurang molek kepada bekas peneraju mereka. Kini setelah Hodgson digantikan oleh lagenda Anfield, Kenny Dalglish, Liverpool barulah nampak seakan2 kembali menjadi bangau.Kejayaan mereka menundukkan contender2 penting musim ini Chelsea, United dan City bukanlah nasib semata2, walaupun tergelincir sedikit tapi gelaran big four masih lagi sinonim buat mereka.Pernah dulu satu ketika mereka tampak meletakkan target untuk hanya kekal dalam Premier league tapi kini target mereka telah ditinggikan, mencuri tempat dalam saingan eropah. Dalglish juga memperoleh hasil yang berbaloi dalam bisnes transfer Januari lalu yng ternyata memberi sinaran harapan baru pada para kopian malah nama2 besar untuk terus percaya dan kekal di anfield. Arsenal perlu berwaspada dengan bakal bintang England, Andy Carroll malam ini kerana dia terlebih dahulu pernah mengejutkan Arsenal di Emirates ketika bersama Newcastle.
Bagi pertemuan malam ini, Arsenal menerima berita sensasi mengkhabarkan kepulangan trio Szczesny, Johan, dan juga Alex Song. Walaubagaimmanapun tak dapat dipastikan sama ada ketiga2 mereka bakal terbabit dalam perlawanan malam ini secara langsung mahupun tidak langsung. Fabianski, Almunia dan Sagna masih lagi terpaksa diketepikan. Mael juga diberitakan kembali ke latihan tapi aku rasa dia takkan beraksi sehingga hujung musim kerana Wenger pastinya berhati dengannya selepas ini. Pra musim yang bagus mungkin diperlukan untuk kembali match fit, destinasi debut, Bukit Jalil mungkin? hehe. Kepulangan Szczesny tepat pada masanya ketika Pak lehman sebagai cover terpaksa menagambil alih tempat Almunia. Tapi tak dapat dipastikan sama ada hero ketika bertemu Blackpool itu telahpun menyarung sarung tangan buat kali terakhir bersama Arsenal memberi peluang kepada Szczesny kembali malam ini.Tapi aku yakin dan lebih puas jika dapat menyaksikan Lehman beraksi di Emirates sekali lagi.Suarez Carroll dan Kuyt pikir 2 kali nak main psiko dengan Mad Jens
-------------------Lehman------------------
Eboue--------Johan-----Kos------Clichy
-------------------Song--------------------
-------Fabregas----------Wislhere---------
---Walcott------RVP----------Nasri--------
Arsenal 2 Liverpool 1 Astro 817 11pm.
Agi idup agi mengGuners.
Ahad, 17 April 2011
Pre match : Bangau sasaran Meriam
4:41 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan