Selasa, 29 Oktober 2013

2 London Derby dalam masa 4 hari,


Menang 10 orang sambil menghantar Crystal Palace ke kaki liga sedan kita kekal di puncak menunjukkan sebahagian lagi watak dalam pasukan kita. Cekal dan fokus, serta mampu menang walaupun tanpa bermain cantik.Untuk menjadi antara pencabar kejuaraan, sedikit tuah diperlukan dan dalam London Drby tempoh hari kita bernasib baik kerana Palacae gagal menemui gol injection yang dicari2.Terimakasih kepada back 4 terutama Szczesny yang menyelamatkan keadaan ketika perlu dengan beberapa siri save yang menarik.Walaupun agak kontroversi kad merah tersebut tetapi Wenger tak akan rayu kerana penggantungan satu game sahaja, lagipun malam ini dia tidak berniat untuk menurunkan Arteta pun.Kita kehilangan 2 player dari match tersebut, Arteta dan Flamini, kedua2nya watak penting yang mengimbangi pasukan.Namun Giroud hadir tepat pada masanya untuk mengesahkan 3 lagi mata berharga.


Satu lagi London Derby awal pagi nanti menentang Chelsea dalam League cup pusingan keempat di Emirates. Wenger memberi bayangan keutamaan skuad yang akan diturunkan campuran pemain muda serta barisan simpanan yang kurang mendapat aksi. Walaubagaimanapun skuad yang diturunkan seharusnya mampu menang kerana kita juga perlu memandang serius mickey mouse cup ini kerana antara peluang yang sepatutnya diambil mengisi kabinet yang telah lama mendambakan kilauan piala. Bola Sepak Inggeris akan melihat match ini priority dari sudut kembalinya perseteruan antara Wenger dan Mourinho tetapi jelas kedua2 manager kelihatan telah matang dan melupakan segala apa insiden atau 'intaian' atau apa2 kenangan lalu yang sekadar usik mengusik asam garam dunia bola.Sepertimana hubungannya dengan Ferguson, Wenger tiada masalah peribadi yang tersimpan dalam hati terhadap Mourinho tapi tak taulah lepas game awal pagi nanti.Kah3.Nak pula kedua2 pengurus disenaraikan oleh FIFA dalam pencalonan manager of the year jadi masing2 ada ego tersendiri.

Mael sudah pasti akan mengetuai Arsenal keluar terowong malam ini. Thomas Eisfeld tidak akan beraksi akibat kecederaan belakang manakala rakan senegaranya Gnabry perlu melalui sedikit ujian dahulu.Isaac Hayden CB diserapkan ke dalam skuad utama. Mungkin Cazorla akand iberikan game time memandangkan dia perlu mencari match fitness untuk kembali ke potensi sebenar.

----------------Fabianski-----------------
Jenkinson----Per------Mael------Monreal
--------------Jack---Rosicky
Gnabry-----------Cazorla-------Ryo-----
------------------Bendi--------------------

Mourinho antara individu yang menghalang kita dari beberapa minit sahaja lagi untuk menjulang league cup 2007 apabila skuad chelseanya menggunakan taktik santau Drogba pada final setelah kita mendahului melalui Theo.Sudah tentu  pembalasan adalah satu yang indah jika berlaku malam ini .

Asto 245AM Arsenal 2 Chelsea 1

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 26 Oktober 2013

Pre Match : London Derby di Istana

Berilah aku satu lagi peluang membetulkan kesilapanku wahai marwan.. -rayu Wenger
Aku bangsawan Maghribi.Aku lebih layak beraksi di Istana Kristal..  -balas sang Chamakh

Arsenal akan bertandang ke Crystal Palace dalam derby game awal malam ini. Palace kini bukan dalam keadaan terbaik.Baru sahaja kehilangan manager Ian Holloway yang meninggalkan kelab lepas dibelasah Fulham 4-1 di awal minggu, hanya mampu dapat 3 mata sahaja dari 8 perlawanan itu pun kemenangan ke atas pasukan tercorot liga Sunderland. Crystal Palace sekarang buat sementara waktu di bawah caretaker mereka, Keith Millen walaupun ada ura2 bekas pengurus Stoke Tony Pulis, bakal menjadi pilihan utama untuk ambil alih.Arsenal walaupun baru tewas kepada Dormund di gelanggang sendiri, tapi dilihat sebagai favorite malam ini.

Mathiew Flamini bakal kembali menjadi kereta kebal mematahkan segala cubaan2 niat jahat pihak lawan dan bergandingan dengan Arteta menjadi perisai kepada back 4. Tiada apa2 lagi kecederaan di pihak Arsenal dengan player2 yang tinggal di wad sakit ketika ini on shedule untuk mengejar  tahap pemulihan. Cuma Jack Wilshere terpaksa melalui sedikit ujian kecergesan sebelum boleh diberi lampu hijau untuk beraksi. Wenger mengakui agak sedikit pening dan sukar untuk membuat team selection terutama di bahagian tengah apabila ramai pemain berkaliber boleh diberikan peluang. Tapi untuk back 4 ,Wenger memilih stability dengan terus memberi kepercayaan kepada gandingan Mertesacker dan Kos d boss sambil mengharapkan Kapten Mael terus tabah dan sabar sehinga peluangnya sampai. Pertahanan pastinya akan menumpukan perhatian pada ex player kita Marwan Chamakh yang akhirnya tercampak ke Crystal Palace apabila kerjayanya di Arsenal tidak seindah yang disangka, bermula dengan agak baik namun dikorbankan kerena seseorang ,menjadi mangsa pada harapan palsu kata Wenger.

-----------------------Szczesny----------------------
Sagna----------Per--------------Kos----------Gibbs
-----------------Flamini-----Arteta------------------
-------Rambo---------Ozil-------------Cazorla-------
---------------------Giroud-------------------------

Arsenal belum pernah tewas dalam 13 perlawanan away dan menang 11 daripadanya. Kita mengharapkan rekod baik di gelanggang lawan ini dapat diteruskan untuk mencipta momentum baik lebih2 lagi  selepas ini game2 mencabar, Chelsea,Liverpool, Dortmund,United sedanga beratur menunggu.Saban tahun, bulan Novemberlah yang sangat mencabar dengan schedule yang padat, game penentuan grouping UCL, kecederaan. Period yang agak sukar buat Arsenal, mari kita lihat sama ada kita dapat melepasi ujian November Rain...

Astro 745pm Arsenal 3 Palace 1

Agi idup agi mengGunners!!!!



Rabu, 23 Oktober 2013

Pengajaran Berguna Harapnya


2 game, 2 result dengan mood yang berbeza.1st game bertemu Norwich kita main dengan yoyo, kejap persembahan naik kejap turun tapi mampu mencipta magika dengan 4 gol bergaya. Gol Wilshere dikatakan antara team gol paling cantik yang pernah disaksikan Wenger. Oh ya dan Ozil dapat score  debut gol nya dalam liga, 2 bijik sekaligus. Manakala Rambo terus dengan on formnya menggelecek 2 defend sebelum menyudahkan dengan tenang, fokus, konfiden. Berbeza bukan, game Norwich bila mana waktu mereka dapat sebijik pada kedudukan 2-1 rata2 ramai rasa kurang selesa dan takut penyakit lama berulang, takut Arsenal mempersia2kan kedudukan tapi sebaliknya, malam tersebut walaupun aksi kurang memberangsangkan kita tunjuk special quality kita ketika mana kita perlukannya. Berbeda dengan semalam, pada ketika kita tengah mood yakin boleh menang tapi semacam satu tukul menghentak kepala secara tiba2, barulah kita bangun dari lamunan melihat realiti, jika player tak fokus, mereka kena bayar dan kali ini besar harganya.

 Cerita semalam,awal pagi tadi, 1st half milik Dortmund sehinggalah kita dapat equaliser dari Giroud di hampir tamat separuh masa, kemudian 2nd half kita upkan gear, kita in control, create chances paling hampir adalah curl dari Cazorla terkena palang. Tapi dek kerana ketaksuban untuk mencari kemenangan kita agak leka tugas defending.1 counter dari Dortmund dengan ruang yang dibagi free2 oleh pemain terutama di bahagian kanan ternyata menghukum kealpaan dengan Lewandowski, ya Robert Lewandowski, wanted man di serata Eropah, pemain paling bahaya dalam list opponent tapi haram seorang pun takde nak mark player ni. Pada ketika seri kelihatan fair result, hampeh kita tersungkur di gelanggang sendiri, hat-trick kekalahan kepada pasukan dari Jerman berturut2 di Emirates setelah Schalke dan Bayern mengajar kita musim lepas.Cara Klopp yang nampak enjoy duduk kat grand stand semalam mudah- jangan bagi seorang Jerman dari Arsenal dapat bola, bukan Per tapi Ozil.



Secara fizikal Dortmund dikatakan telah banyak meningkat ulas Wenger. Sepertimana yang diketahui teknikal mereka tak perlu dipersoalkan kerana seperti Arsenal , corak permainan mereka sentiasa positif dengan pemain2 berbakat yang digilap secukup masak oleh Klopp memaksimakan potensi, Dortmund jelas satu pengajaran berguna buat Arsenal yang masih belum ketemu mana2 big team musim ini.Buang Spuds, mereka bukan big mana pun.Kerana apabila bertemu dengan pasukan yang boleh control bola lagi lawa dan lagi lama dari kita, tiba2 kita macam switch off, tak tahu nak buat apa.Ini lebih kepada cerita 1st half. Dan masalahnya bila kita dah lama tak dapat bola,sekali dapat bola terus nak fancy.Ini gua tujukan pada Rambo yang timing tak kena tempat.Seeloknya dia clearkan sahaja bola tersebut dari kawasan bahaya sebelum opponent sempat rampas atau berlaku apa2, inilah yang mengundang kepada gol Mikhitaryan. Agak naif cara kita defending. Selepas itu Arsenal hanya terus mengejar bayang, paling hampir kita nak score pun melalui bekas player Dortmund , Rosicky tapi ada pulak makhluk bernama Hummels tu duk depan gol.Gol penyamaan yang kita perolehi jugak boleh dikatakan satu hadiah dari Dortmund apabila keeper dan defend mereka saling berkecamuk tak boleh nak handle cross Sagna bola melantun betul2 depan Giroud.Time dia nak libas tu gua agak risau kalau2 dia tersalah bajet, miscue atau bola tu melambung keluar membuatkan server youtube penuh dengan video miss of the decade ke.Walaubagaimanapun, orang tengah on form,Giroud tetap tenang score, bagi harapan.

2nd hal memang nampak ada harapan. Cazorla masuk ganti Wilshere yang terhincut2 akibat kecederaan ankle dari 1st half lagi.Waktu lawan Norwich Cazorla hanya dapat 60 minit, jadi seperti yang dirancang, dia dimasukkan kali ini di minit ke 60. Masuk2 jek kreativiti kita nampak lebat. Ozil dah main wide sebelah kanan, Cazorla main kiri, kita asak dari segenap posisi. Paling hampir sepakan lencong cari Cazorla cantik baik punya tapi sayang cium penjuru palang belah kanan.Kalau tak jadi super sub dah. Dortmund duk bawah, serap asakan, main defensive.Merasakan perlu tukar taktikal,Aubemayang dan Hoffman.22 player ni berkebolehan main wide.Ada pace, jadi gua rasa ini tak lain dan tak bukan mau counter jek kerja.Malang sekali 1st shot 2nd half mereka, terus dapat score! Sagna duk sibuk nak tolong Ozil kat atas sampai dah lupa tanggungjawab kat bawah. Masalahnya takde sapa nak bantu tolong track back Lewandowski yang dibiar keseorangan meluru ke dalam kotak penalti.Sekali lagi memang naif. Memang betul2 satu pengajaran berguna. Mengetuk kita dari lamunan. Kadang2 kita memerlukan peringatan2 macam gini untuk belajar handle situasi2 yang kita tak jangka.Dan bila dah kena gol macam tu semalam, gua rasa memang kita agak terasa kehilangan Flamini. Defend kurang organize ,takde sapa nak jerit2 sound rakan2.Arteta kapten semalam buat kerja bukan tak bagus, cool , ok. Tapi dengan ada seorang defensive minded sebelahnya ia memberi balance, sepertimana dia bergabung dengan Song dulu,Arsenal kena ada perisai depan back 4 yang tau bila mana patut attack and bila mana perlu duduk diam2 di bawah.

Jadi Flamini dah kumpul 4 kad kuning.Kalau dia disahkan pulih yang pada gua mungkin tak ada apa sangat, pengecualian dia semalam pun sebab ikut nasihat doktor yang menyarankan minima 5 hari rehat, dia mungkin akan kembali dalam team menentang Crystal Palace. Flamini dah kumpul 4 kad kuning.1 lagi kad kuning bakal menyebabkan dia terpaksa digantung satu perlawanan. Dengan match kita lepas Palace ni boleh tahan jugak getirnya, Chelsea capital one,(H) Liverpool(H), Dortmund(A) kemudian United(A) , mungkin akan ada sedikit 'tactical foul'.Gua tak terkejut kalau Flamini dapat yellow kad game Sabtu ni kalau dia main, kemudian digantung satu game, league cup yang kita tahu bukannya dia akan disenaraikan pun jika diikut perangai Wenger yang lebih memilih skuad reserve, jadi dia available untuk game Liverpool dan seterusnya dengan rekod kembali bersih. Itu cuma andaian nakal gua. Tak elok, tak sihat untuk bola sepak tapi itulah taktikal membocori rules secara teknikal, Mourinho,Beckham dan ramai lagi pun pernah buat.Walaubagimanapun kita haruslah prefer fair play.

Oleh itu di mana result game itu meletakkan kita sekarang ni. Grouping maut UCL kita semakin terbuka dengan pertandingan tiga penjuru Arsenal, Dortmund dan Napoli.Marseille masih gagal mendapat sebarang mata tapi awas dengan mereka boleh jadi pasukan pengacau dan penentu siapa yang layak. 2 kekalahan musim ni semuanya di tempat sendiri.Itu yang perlu diambil perhatian.Away rekod kita masih bagus. Mungkin tekanan bermain di hadapan pemain sendiri untuk deliver tapi siapa tahu, macam game semalam, nasib agak tidak menyebelahi.Rekod 12 game tanpa kalah kita telah berakhir. Arsenal akan bina baru, itu pasti. Apa yang dituntut adalah respond untuk bounce back. Dan gua yakin kita akan bangkit semula, fokus kepada big match menentang Crystal Palace Sabtu ini.

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 20 Oktober 2013

Highlights : Arsenal 4 Norwich 1

Momentum konsistensi dikekalkan. Gol2 yang penuh bergaya membuatkan pencinta bola sepak teruja.Post match bakal menyusul...







Agi idup agi menGunners!!


Sabtu, 19 Oktober 2013

Pre Norwich : Gandingan Ozil-Cazorla dinanti2kan


Setelah tempoh santai bagi penyokong , aksi Gunners kembali mewarnai hujung minggu. Tak ade yang lebih menarik dengan kita start match selaku league leader, kecederaan Ozil yang tak serius dan kembalinya Santi Cazorla!! 2 pemain yang dianugerahkan bakat teknikal dan skill ini seringkali menjadi buah mulut terutama para gooners tentang bakal kehebatan pairing ini sebaik sahaja Ozil menyertai Arsenal.Walaupun belum pernah beraksi bersama,atas kertas memang nampak satu ancaman terutama bagi pihak lawan,mungkin juga secara realitinya kita harap jangkaan itu tidak meleset walaupun salah seorang daripada magician ini perlu berkorban beraksi di wide dengan Ozil gua rasa sebagai pilihan untuk main central role belakang striker-posisi yang selalu diisi Cazorla dengan padu sekali! Kalau video di atas tu dikatakan magic, kita akan saksikan persembahan lebih magika dari 'Godzilla' gandingan tiga serangkai Giroud, Ozil serta Cazorla seperti yang pernah disuarakan rakan kita di ruangan sembang meriam.

Untuk menukar fokus dari mode internationaleleh kepada domestic memerlukan satu iltizam dan semangat yang tingi.Ingat balik penat lelah dan semangat melawan dari yang latest tertangguh di WBA dulu walaupun sekadar mendapat seri,result itu meletakkan kita keep on track. Arsenal perlu lebih konsisten dan untuk menjadi title contender seperti yang diwar2kan Wenger dalam AGM baru2 ini, mata2 di tempat sendiri adalah wajib dibolot.Lebih2 lagi dengan jadual yang padat, lepas ni pertengahan minggu Dortmund datang rumah, hujung minggu depan pergi melawat Istana Kristal. Rekod tanpa kalah 6 perlawanan perlu diteruskan.

'Hunt down the wolf' kata kapten Mael apabila bercerita tentang pemain yang dibawa masuk Chris Hughton,Ricky Van Wolfswinkel. Mael menengenali Wolfswinkel sewaktu berkelana di liga Belanda dulu dan padanya, Arsenal perlu memberi perhatian terhadap ancaman penyerang itu.Walaupun Mael belum pasti dapat main apabila gandingan Kos-Per beraksi baik dan sukar dipisahkan bak kata Wenger, tapi pemain generasi emas Belgium ini masih dalam radar dan di rated highly oleh Wenger kerana sikap professional dan semangatnya untuk membantu pasukan.Maka tak ada sebab utnutk Wenger menuka nahkoda pasukannya.Selain Cazorla , kehadiran semula bacary Sagna memberi moral boost.Manakala Theo semakin menghampiri jadual kepulangan.Gua masih belum pasti siapa yang bakal dicampuradukkan di bahagian tengah antara yang available seperti Arteta,Rambo,Jack,Ozil,Flamini,Rosicky,Cazorla,Gnabry maka siapa yang akan dibangkusimpanankan.Walaupun hype di awal2 tadi dengan tajuk posting kasi up kembalinya Cazorla namun maaf jangan kecewa,kasi cool down sket harapan.Memandangkan lama dah tak main, gua bayangkan Cazorla hanya akan buat cameo bila team memerlukan, gua pilih Rosicky atau Arteta untuk start.Arteta agak fresh dari sebarang international virus.

--------------Szczesny---------------
Sagna------Per-------Kos-----Gibbs
------------Flamini--Arteta-----------
Rambo-------Ozil------Wilshere/Ros----
---------------Giroud-----------------

Pasukan kenari duduk di tangga ketiga tercorot liga , gagal skor dalam 7 daripada last 11 away games. Tapi summer dulu beli bukan main, may be belum masa sebati.Harap tak juga sebati malam ni.Biarlah Arsenal memburu clean sheet ke4 dalam 14 game di Emirates

Astro 10PM. Arsenal 4 Norwich 0.

Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 17 Oktober 2013

Gol-gol Gunners di pentas internationaleleh

Ozil vs Ireland


Rambo vs Belgium


Giroud vs Australia






Sabtu, 12 Oktober 2013

'He smokes when he wants'



Jack is the lad. 'Jack Wilshere,he smoke when he wants'.Chanting yang kedengaran di Hawthorns agak sarcastic tapi tepat pada masanya. Ini kerana ketika minggu Wilshere dilanda kontroversi akibat sekeping gambar, tapi dia telah redeem trust dengan cukup profesional. Ramai yang menyangka Wenger akan mendropkan pemain tengah England itu, sewaktu dia hanya dapat beberapa minit sahaja aksi ketika menentang Napoli, tapi kepercayaan yang diberi Wenger digunakan sebaiknya terutama ketika saat2 genting dan rakan2 lain tampak flat dan kurang bermaya. 1st Half memang nampak Wilshere agak tenggelam, ia diakui sendiri olehnya akibat bermain di luar posisi di sebelah kiri, sering jatuh, sering lose possession, dan jarang trackback. Lagipun dengan fizikal Yacob serta Malumbu di tengah, barisan Arsenal nampak kurang kreativiti dan tak mampu menembusi membiarkan Giroud kelihatan isolated. Ozil dan Rambo juga kurang menyinar. Dan ketakutan yang berlaku akhirnya terjadi jua apabila Arsenal bolos di saat2 penting yakni di minit2 terakhir separuh masa pertama yang memberi blow, 1st time kita ketinggalan dulu dalam match season ini melalui tandukan Yacob.Poor defending, poor marking terutama dari Jenkinson yang mengisi kekosongan ditinggalkan Sagna.2nd half kita dieri telehayat apabila bekas pemain yang kini telah beraksi bersama aneka kelab, Anelka gagal menyudahkan peluang terhidang apabila berhadapan one on one sahaja dengan Szczesny.Kalau masuk gol  tu, sukar untuk Arsenal kejar balik melihat pada situasi pada ketika itu dengan skuad sedia ada.Tap dia bajet di Henry tapi bukan, bola curlnya hanya wide. Arsenal cuba dan terus mencoba menyamakan kedudukan mengelakkan sebarang setback sebelum internationaleleh. Tenaga fresh diperlukan ramai yang menyangka Wilsher akan menjadi mangsa sebaliknya Le Prof mengeluarkan Rambo untuk Rosicky.Namun setelah bertukar posisi dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, ke tengah, dijatuhkan ditolak di tackle, Wilshere tetap bangun dengan semangat melawannya. Kemasukan Rosicky tepat pada masa apabila tolakan bola dari Giroud disetting baik oleh Rosicky untuk Wilshere bangkit meredhakan kepulan2 asap yang membayangi dirinya, barulah orang semua nampak inilah Jack yang sebenar! gol pertamanya sejak 3 tahun lalu dalam BPL.Wenger sendiri tak bajet dia jenis player goalscorer tapi sekali sekala bila dia score memang meletop, ingat lawan Swansea FA Cup musim lepas.Perghh! Adrenalin naik beb! Kita telah cuba untuk meneruskan rentak kemenangan, Bendi dibawa masuk menggantikan Giroud, aksi sulungnya dalam liga buat Arsenal selepas 2 tahun namun kita sekadar mampu berpuas hati dengan 1 mata.Fair result, kredit kepada West Brom dan TQ kepada West Ham yang menang London Derby menentang kelab ayam spuds. Kita tak drop dua points, kita gain 1 point dari match yang mencabar, bukan semua match kita boleh menang dan WEst Brom adalah satu tempat yang agak sukar.Top of the league! Sebelum liga ditangguhkan memberi peluang kepada player2 balik kampung membantu pasukan kebangsaan masing2.



Tak habis dekat situ.Minggu internationaleleh pun media masih nak mengacau Wilshere yang tengah bersiap sedia untuk game menentang Montenegro dengan soalan2 provokasi sengaja kasi perhangat.Maklumlah time minggu yang sama, ada seorang player Adnan sempit (bukan nama sebenar) tengah mencuri publisiti dengan aksi 2 gol kemudian refuse untuk main untuk negara asalnya Belgium dengan menunggu option dari Albania atau baru ini kalau2 dipanggil oleh Roy Hodgson.Jadi wartawan tanya adakah layak orang bukan warganegara asal main untuk sesebuah pasukan kebangsaan negara tersebut macam tu lah lebih kurang soalannya.Jadi Wilshere jawabla ikut pandangan peribadi yang kita tahu Jack ni budak bersemangat nasionalisma tinggi, jadi dijawabnya secara umum mengikut apa yang difikirnya, biarlah orang yang lahir dan berasal dari sesebuah negara itu yang diberi peluang untuk mewakili negara bukan yang jenis duduk 5 tahun dapat kerakyatan tetap( PR) terus dapat main. Itu pandangan peribadi dia, gua pun kurang bersetuju jugak tapi tak cepat melatah.Ini satu dunia kecoh terutama penyokong satu kelab itu yang terasa statement wilshere ditujukan direct kepada budak baru nak up tersebut.

Tapi kalau diamati memang pandangan  Wilshere ikut saranan dan garis panduan yang dikeluarkan FA sendiri, syarat nya kena dapat 5 tahun education di England bawah 18 tahun dan FA tak memberi ruang untuk mewakili negara kepada kerakyatan yang dapat secara penempatan PR. Makanya berlaku hipokrasi di situ apabila fan2 mengatakan Wilshere jealous , dan membangkang habis2an apa yang dikeluarkan oleh Wenger walhal bila team macam Singapore lawan Malaysia pakai player yang dapat PR merekalah yamg paling lantang meroyan.Nampak inconsistency disitu bukan? Nak mengkritik biarlah adil dan jujur. Gua kurang bersetuju dengan pendapat Wilshere kerana ini zaman bola sepak modern di mana ramai player yang ada susur galur dari negara lain tapi memilih untuk beraksi bersama pasukan yang mereka rasa lebih dekat di hati.Mungkin orang kata tak adil untuk negara itu bila mana player itu star, dia memilih untuk beraksi dengan negara yang dirasa lebih berpeluang mara tapi tak adil jugak bagi pemain tersebut jika dia dipaksa bermain hanya kerana atuk neneknya orang sana tapi ternyata tiada keikhlasan atau perasaan cinta.Begitu jugak jika dia guna sebagai batu loncatan sebab tahu tak dapat tembus team yang ingin diwakilinya, jadi beraksi sajalah dengan negara asal biarpun tanpa semangat .Podolski adalah contoh, lahir di Poland main untuk Jerman dengan ironi sejarah kedua2 negara tersebut terutama dalam perang dunia.Tiada masalah. Kemudian contoh terdekat lain Ozil, ada darah Turkey-Jerman, Jenkinson maknya keturunan Finland pilih beraksi untuk England dan list tu takkan berhenti ramai lagi. Namun bagilah Jack peluang berbicara, itu pandangan peribadi nya, hormat tak perlu cepat melenting.

Apa yang merisaukan telah berlaku apabila Koscielny balik kampung dan injured calf. Sama ada dia sempat pulih untuk beraksi menentang Norwich 19 Oktober nanti masih belum pasti.Apapun Mael pasti menjadi taruhan, walaupun belum start satu game liga pun musim ini, Mael diyakini mampu jadi direct replacement dan memberi kestabilan di samping per Mertesacker apatah lagi bahagian kanan, Sagna hanya akan beraksi selepas 26 Oktober .Rosicky pulak digugurkan dari skuad Czech akibat kecederaan tapi dijangka tak serius. Harap tak ada lagi kecederaan yang berlaku. Berita baik adalah Cazorla akan dapat digandingkan bersama Ozil selepas internationaleleh jika segalanya ikut jadual.begitu jugak Sanogo.Podolski dan Theo menyusul selepas itu.Satu berita kebanggaan apabila Rambo telah dipilih selaku player of the month 3 bulan berturut2 dalam Arsenal.Com.Hat-trick. Barclays player of the month dan pengurus terbaik September jugak masing2 dibolot oleh Arsenal melalui Rambo dan jugak Wenger.Beberapa bulan yang lepas kedua-dua mereka dikritik hebat sehingga tahap suruh jual dan suruh pecat tapi usaha dan kerja keras membuktikan bagaimana kita sendiri harus  berusaha mengubah nasib jika hendak mencapai sesuatu yang diharapkan.


Ehemm Ehemm.. Ini dia seorang lagi pemain yang cuba sedaya upaya memenangi hati fan balik dan mengubah nasib.Kita lihat sejauh mana kemampuan dan kecekalannya.

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 6 Oktober 2013

Ini baru Arsenal.



Beautiful football + Result. Kemenangan selsesa 2-0 tengah minggu ke atas Napoli dalam Champions league merupakan suatu yang menarik terutama dari segi corak permainan yang dipersembahkan. 45 minit pertama boleh dikatakan yang terbaik musim ini dengan penguasaan, control possession , finishing dan paling sempoi Ozil berjaya merakamkan gol pertamanya , buka akaun dengan cukup bergaya. Defend jugak semakin tenang berbanding dengan 2bulan lalu sewaktu Napoli singgah di London untuk Emirates Cup di mana mereka leading awal 2 bijik tapi kali ini bagi Szczesny sendiri dia umpama pemegang tiket VVIP apabila menggambarkan diri sendiri sebagai seorang penyokong yang sedang menonton di atas padang sampai adakalanya dia berasa agak bosan kerana kurang aksi- itu mungkin terlalu overkonfiden untuk diucapkan.haha.Tapi memang ada benarnya, kita tengko skuad kita ada balance dengan kehadiran unsung hero Flamini, nama yang sibuk diwar2kan minggu ini selaku signing palaing berbaloi orang kata buat Arsenal, Wenger kata Flamini dan Ozil harga mereka 21 Juta seorang.Kah3. Dan jugak dah ada ura2 dan terpampang di media massa tentang Wenger yang layak dan wajar diberi kontrak lanjutan akibat permulaan yang baik. Begitu cepat mereka berubah warna, begitu mudah mereka berspin darjah  sewaktu dulu merekalah yang mahu Wenger dinyahkan.Gua setakat ini berpuas hati tapi sepwerti yang gua selalu ulang, biar habis satu musim dulu, Arsenal belum menang apa2, perjalanan masih jauh belum masanya kita menilai hanya berdarkan 10 game biarpun bibit2 konsistensi tu dah nampak.Segalanya positif di Arsenal sampai mereka tak tahu apa nak tulis, Gambar Wilshere isap rokok pun jadi bahan.Wenger seperti biasa tak bersetuju dengan atlet membahayakan kesihatan sendiri lebih2 lagi ketika mereka sepatutnya jadi public figure, dia tak boleh nak conrol hak individu cuma individu tersebut kena beringat sendiri.Secara peribadi gua rasa agak tak matang apabila Wilshere membalas dengan tuit menafikan dalam masa yang sama memaparkan gambar Zidane kelihatan sedang merokok, gua rasa itu tidak perlu. Patutnya dia just buat bodoh dan fokus dan jika ada tabiat itu pandai2 sendiri cover yakni handle, gua rasa dia sepatutnya dah cukup profesional.Tengok , gua pun dah termakan nak ulas pasal benda remeh ni.

Malam ni ada game penting lawan WBA.Ini kali kedua kita kesana apabila baru2 ini menang penalti dalam capital one cup tapi rata2 skuad yang diturunkan dulu skuad campuran muda dan berpengalaman.Arsenal memburu kemenangan ke6 berturut2 dalam liga, dan jugak kemenangan away berturut2.rekod kelab kini 12. West Brom tengah dalam mood apabila anak buah Steve Clark menang 2 kali berturut2 pertama ke atas Sunderland sebelum menang paling bergaya mereka baru2 ini mengejutkan United di tempat lawan. Jadi agak tricky buat Arsenal.Jangan pandang mudah. Malang tak berbau, Sagna Injured.Yang lain2,tak ada apa2 update tentang kecederaan dengan player yang cedera masih lagi terlantar, tiada yang baru kembali kecuali Rosicky yang menyertai starting bertemu Napoli. Gua jangkakan kesebelasan berikut.

--------------------Szczesny------------------
Jenkinson-------Per------------Kos------Gibbs
--------------Flamini-------Rambo------------
------Arteta/Gnabry--------Ozil----------Rosicky
----------------------Giroud--------------------

Astro 11pm Arsenal 2 WBA 0

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 1 Oktober 2013

Post Swansea, Pre Naples + 17 years and still counting..

Kemenangan ke atas Swansea 2-1, game bertemu Napoli awal pagi ini di mana Arsenal berazam untuk hentikan sekadar 'flirting2' dalam kejohanan UCL dan ditengah2nya, ulang tahun ke 17 Arsene Wenger di Arsenal yakni hari ini 2 Oktober.Kita mulakan ikut turutan dengan game Sabtu lepas menjadi pembuka bicara.



Satu lagi kemenangan away kelapan berturut2 dalam liga, rekod sempoi gila baq hang menyksikan Arsenal kekal top of the league bilamana berlaku pada hari yang sama juga, Spuds,Chelsea, United dan City gagal mengutip mata penuh.Cuma Liverpool berflirting2 dengan takhta liga dengan kembalinya Suarez. MOTM malam itu di Liberty Stadium pastinya tak lain tak bukan Rambo the man on fire,sebijik gol dan sebijik assist namun berita lebih sensasi sewajarnya ditujukan buat penampilan bersahaja Gnabry dalam 2nd startnya dan mendapat gol pertama kerjayanya buat Arsenal.Terbaik! The young Jerman menenggelamkan atau dengan bahasa yang lebih moleknya merehatkan sedikit faktor rakan senegaranya Ozil yang kelihatan agak penat dan standard di bawah par. Namun secara teknikalnya bahagian tengah Arsenal malam tu agak kurang menjadi dengan kurang pace, tempo agak slow serta hilangnya kaki2 magik daripada Cazorla, Rosicky Theo .Poldi,Chambo menyebabkan kurangnya kreativiti.Beban di bahu Ozil agak sukar digalas tapi nasib baik Rambo dan Gnabry step up. Apa yang gua suka pada pemain muda Jerman ni dia punya konfiden diri makin meningkat game by game, minit demi minit serta keupayaan bermain bagai satu pasukan dan bijak mengadaptasikan taktikal jelas terpancar.Tahu bila masa perlu attack, bila masa kena turun tolong defend.Dia tak malas membantu Sagna di RB, kadang2 kita lihat dia di tengah2 antara Flamini dan Jack kadang2 kita perhatikan dia tolong clear belah kiri pulak, rajin budak ni.Boleh pergi jauh.Satu lagi permata yang digilap oleh Wenger, tak sia2 17 tahun ada kat sini. Tapi pelik Wenger tak bagi peluang pada dia habiskan 90 minit ketika dia tengah up, dikeluarkannya masukkan Arteta ketika kita tengah lead 2-0, taktikalnya nampak macam kita dah berpuas hati dan ingin kekalkan score tapi lain pulak jadinya. Bukan gua kata masukkan Arteta game plan jadi hancor, bukan, cuma apa yang berlaku secara kebetulan back4 kita switch off keap terutama membiarkan Davies buat one two dan menyelinap masuk tanpa sebarang halangan untuk menambahkan nervous pada ending 10 mint terakhir.Sejujurnya gua rasa kalau batch yang time clichy gallas Almunia dan seangkatan dengannya ,gua rasa dah bolos dah ni tapi semenjak Steve Bould ambil alih dari sesason lepas, kita boleh nampak satu bentuk resilient steel yang dipadukan pada defend kita dalam bab mengekang asakan last2 minit macam gitu ataupun kekangan set pice serta counter. Namun masih banyak perlu diperbaiki, konsistensi adalah perkara penting sebelum nak buktikan ia benar2 berhasil-method yang dibawa Bould tersebut.


Hari ini genap 17 tahun Wenger selaku pengrus paling berjaya di Arsenal.Berjaya bukan sekadar trofi kerana kalau ikut ratio trofi per year  pasti banyak boleh dibahaskan.Hanya 3 kejuaraan liga 2 double diantaranya, satu invincible , 4 FA Cup, 4 Sumbangsih dan selebihnya 8 tahun sekadar berpuas hati trofi tempat keempat atau ketiga tapi kejayaan paling besarnya adalah meletakkan Arsenal sebagai sebuah kelab yang konsisten dan kekal stabil tanpa perlu mengharapkan wang ehsan  imperialism . Mengekalkan Arsenal selaku kelab bersatus elite di pentas dunia dan kekal bersaing dalam kejohanan2 utama bukan tugas mudah , malah kudratnya mengembangkan fanbase serta hadiah pengorbanan untuk masa hadapan adalah The home of football sekarang ini di Ashburton Grove, The Emirates Stadium. Ini penggal terakhir untuk kontrak sedia adanya tamat, tak tahulah sama ada dia akan menyambung atau tidak segalanya bergantung kepada sejauh mana Arsenal mampu pergi musim ini. Seperti gua pernah katakan masih agak terlalu awal untuk merumuskan, biarlah masa yang menentukan.Lagipun bibit2 bunga dah buah daripada pembinaan stadium sudah mula nampak hasilnya untuk dipetik apabila selama ini Wenger secara seorang diri terpaksa menahan muka temboknya dikenakan blame kerna tidak mampu bersaing dengan duit2 menggila transfer tapi tahun demi tahun perjuangannya seakan difahami, kini masa untuk Arsenal menuai. Harap May nanti segalanya subur.. Tak payah nak puji melangit sangat, jangan nak mengondem lebih2 jugak cuma apa yang perlu dikatakan, terimakasih lah pak cik Wenger.Selagi mana dia menjadi pemacu dan orang bertanggungjawab membawak Arsenal, selama itu gua akan terus mengkritik dan memberi full support terhadapnya walau di masa sukar dan senang itulah yang sebaiknya.Hargailah apa yang ada sementara ia masih ada.

Kepada suatu yang lebih bersemangat! Misi memburu piala yang Arsenal malah Wenger sendiri tak pernah menang selama 17 tahunnya tapi rekod beraksi dalam setiap kejohanan memang A. Dan game awal bagi nanti bertemu Napoli.Anak buah Benitez kini berkongsi mata dengan kita, gol diff pun sama lepas tewaskan Dortmund manakala kita menang away di Marseille 2-1.Bukan calang2 team boleh kalahkan finalis musim lepas.Setiap kali sebut pasal Napoli teringat pengembaraan gua sewaktu berkelana ke Eropah beberapa musim lepas.Waktu tu gua memang dah plan nak tengok bola di Emirates cuma agak terkilan kawan gua dari Naples tak dapat hadir last minit, maka diajaknya gua terbang ke sana dari London.Bukan apa, angan2 dari bangku sekolah sama2 mahu jalan merempat di negeri orang. Sesudah habis tercapai hasrat tengok bola, dengan pengalaman yang indah dalam hidup, gua contactnya kembali tapi disebabkan time constraint ehermm eherrmm(sambil tutup mulut) ..-yang sebenarnya bajet- gua terpaksa sampaikan salam sahaja pada member gua tersebut kalau tidak dah rasa pasta Italiano lidah gua ni, menambahkan bengkek gua dia sekadar menghantarkan poskad2 sahaja dari negeri2 atau negara yang dijajahi, dan yang terbaru sekeping poskad dari Andalus taktahulah sama ada dia nak membahan gua atau kasi gua terbakar tercabar bersemangat  lagi nak ke sana tapi gua ucapkan terimakasihlah atas poskad yang cantik2 lu bagi sebagai lambang persahabatan dan dalam erti kata lain gua tak dillupakan.Gua cuma bersyukur dia ni buta bola siket, nama jek hidup di Eropah, kalau tidak sudah tentu latest poskad dari Naples dengan gambar Higuain kat belakang dan ayat2 bahan membahan.Kalau itu yang dihantar gua tak tahu nak balas dengan poskad apa dan setem berapa puloh sen.kah kah kah.



Berbalik semula,fokus2. Asal game Napoli dengan Arsenal, nama Higuainlah yang akan timbul top sekali. Bukan apa, umum dah sedia maklum ditambah lagi pengakuan Arsene Wenger baru2 ini dalam PC bahawa memang Higuain adalah summer target Arsenal tapi tak kesampaian apabila Napoli yang baru jual Cavani menggunakan duit yang banyak dari dalam guni. Nak dijadikan penyedap bicara, Wenger kata kita tak rugi sangat pun, win win katanya, depa dapat Higuain dari Madrid, kita dapat Ozil dari Madrid.Kedua2 rakan akrab itu adalah pemain yang berkaliber yang boleh angkat sesebuah pasukan. Tapi malam ni depa jadi seteru selama 90 minit.Bukan Higuain seorang jek yang seberanya Arsenal perlu risau, bak kata Kapten Mael, rakan sepatriotnya dari Belgium Dries Mertens antara nama yang wajar diawasi jika dia diturunkan.Goal rationya di liga belanda, sebelum dia berpindah summer ni ke Napoli agak memberangsangkan 0.59 per game.Marek Hamsik, Goran Pandev, Reina jugak adalha nama2 popular selain dari rakan teammates Ozil di Madrid dulu, Raul Albiol serta Callejon. Sama macam Mael, kaptennya Paolo Cannavaro pun tengah bergetut nak menang balik tempat daldam kesebelasan utama.Bawah Benitez, Napoli main lebih kurang sama gaya dengan kita, 4-2-3-1. Kali terakhir 2 kelab bertemu pada Emirates cup lalu dengan berkesudahan seri 2-2. Arsenal boleh jangka saingan yang agak sengit dari skuad dari serie A yang boleh dikatakan dah restructure dengan cukup baik oleh Benitez setakat ini.

Bagi kita pulak, tak banyak update dari list kecederaan kecuali berita baiknya Rosicky kembali! Pires jugak dah kembali, jangan terkejut ini bukan typo, memang Robert Pires pemegang jersi no 7 sebelum Cik Ros. Tapi dia sekadar kembali ke Arsenal untuk training sahaja, kekalkan fitness. Elok jugak ada geng2 veteran ni bagi up siket mood sambil tu boleh ajar budak2 baru nak up ni jangan nak membongek sangat.Jadi gua jangka tak banyak perubahan dari lineup match bertemu Swansea kerana Arsenal pasti akan ambil serius game ini terutama di laman sendiri. Wenger jugak percaya 10 mata adalah mata minima untuk dipastikan boleh layak dan pastinya mata2 tersebut tidak boleh dibazirkan di laman sendiri. Kita mungkin akan terus melihat aksi Gnabry di wide area dan Giroud untuk leads the line.Arsenal perlu berhati2 terutama tugas back 4 untuk mengekang pergerakan bukan sahaja Higuain,Hamsik Collejon malah jugak Wenger sendiri memberi amaran akan element pace dan mobility yang dibawa oleh Lorenzo Insigne.

--------------------Szcesny-------------------
Sagna-------Per----------------Kos------Gibbs
----------------Flamini---Rambo--------------
------Gnabry-----Ozil-----------Jack/Rosicky--
-----------------Giroud-------------------------



Astro 245AM Arsenal 3 Napoli 1

Agi idup agi mengGunners!!