Sabtu, 26 Oktober 2013

Pre Match : London Derby di Istana

Berilah aku satu lagi peluang membetulkan kesilapanku wahai marwan.. -rayu Wenger
Aku bangsawan Maghribi.Aku lebih layak beraksi di Istana Kristal..  -balas sang Chamakh

Arsenal akan bertandang ke Crystal Palace dalam derby game awal malam ini. Palace kini bukan dalam keadaan terbaik.Baru sahaja kehilangan manager Ian Holloway yang meninggalkan kelab lepas dibelasah Fulham 4-1 di awal minggu, hanya mampu dapat 3 mata sahaja dari 8 perlawanan itu pun kemenangan ke atas pasukan tercorot liga Sunderland. Crystal Palace sekarang buat sementara waktu di bawah caretaker mereka, Keith Millen walaupun ada ura2 bekas pengurus Stoke Tony Pulis, bakal menjadi pilihan utama untuk ambil alih.Arsenal walaupun baru tewas kepada Dormund di gelanggang sendiri, tapi dilihat sebagai favorite malam ini.

Mathiew Flamini bakal kembali menjadi kereta kebal mematahkan segala cubaan2 niat jahat pihak lawan dan bergandingan dengan Arteta menjadi perisai kepada back 4. Tiada apa2 lagi kecederaan di pihak Arsenal dengan player2 yang tinggal di wad sakit ketika ini on shedule untuk mengejar  tahap pemulihan. Cuma Jack Wilshere terpaksa melalui sedikit ujian kecergesan sebelum boleh diberi lampu hijau untuk beraksi. Wenger mengakui agak sedikit pening dan sukar untuk membuat team selection terutama di bahagian tengah apabila ramai pemain berkaliber boleh diberikan peluang. Tapi untuk back 4 ,Wenger memilih stability dengan terus memberi kepercayaan kepada gandingan Mertesacker dan Kos d boss sambil mengharapkan Kapten Mael terus tabah dan sabar sehinga peluangnya sampai. Pertahanan pastinya akan menumpukan perhatian pada ex player kita Marwan Chamakh yang akhirnya tercampak ke Crystal Palace apabila kerjayanya di Arsenal tidak seindah yang disangka, bermula dengan agak baik namun dikorbankan kerena seseorang ,menjadi mangsa pada harapan palsu kata Wenger.

-----------------------Szczesny----------------------
Sagna----------Per--------------Kos----------Gibbs
-----------------Flamini-----Arteta------------------
-------Rambo---------Ozil-------------Cazorla-------
---------------------Giroud-------------------------

Arsenal belum pernah tewas dalam 13 perlawanan away dan menang 11 daripadanya. Kita mengharapkan rekod baik di gelanggang lawan ini dapat diteruskan untuk mencipta momentum baik lebih2 lagi  selepas ini game2 mencabar, Chelsea,Liverpool, Dortmund,United sedanga beratur menunggu.Saban tahun, bulan Novemberlah yang sangat mencabar dengan schedule yang padat, game penentuan grouping UCL, kecederaan. Period yang agak sukar buat Arsenal, mari kita lihat sama ada kita dapat melepasi ujian November Rain...

Astro 745pm Arsenal 3 Palace 1

Agi idup agi mengGunners!!!!



0 ulasan: