Selasa, 29 Oktober 2013

2 London Derby dalam masa 4 hari,


Menang 10 orang sambil menghantar Crystal Palace ke kaki liga sedan kita kekal di puncak menunjukkan sebahagian lagi watak dalam pasukan kita. Cekal dan fokus, serta mampu menang walaupun tanpa bermain cantik.Untuk menjadi antara pencabar kejuaraan, sedikit tuah diperlukan dan dalam London Drby tempoh hari kita bernasib baik kerana Palacae gagal menemui gol injection yang dicari2.Terimakasih kepada back 4 terutama Szczesny yang menyelamatkan keadaan ketika perlu dengan beberapa siri save yang menarik.Walaupun agak kontroversi kad merah tersebut tetapi Wenger tak akan rayu kerana penggantungan satu game sahaja, lagipun malam ini dia tidak berniat untuk menurunkan Arteta pun.Kita kehilangan 2 player dari match tersebut, Arteta dan Flamini, kedua2nya watak penting yang mengimbangi pasukan.Namun Giroud hadir tepat pada masanya untuk mengesahkan 3 lagi mata berharga.


Satu lagi London Derby awal pagi nanti menentang Chelsea dalam League cup pusingan keempat di Emirates. Wenger memberi bayangan keutamaan skuad yang akan diturunkan campuran pemain muda serta barisan simpanan yang kurang mendapat aksi. Walaubagaimanapun skuad yang diturunkan seharusnya mampu menang kerana kita juga perlu memandang serius mickey mouse cup ini kerana antara peluang yang sepatutnya diambil mengisi kabinet yang telah lama mendambakan kilauan piala. Bola Sepak Inggeris akan melihat match ini priority dari sudut kembalinya perseteruan antara Wenger dan Mourinho tetapi jelas kedua2 manager kelihatan telah matang dan melupakan segala apa insiden atau 'intaian' atau apa2 kenangan lalu yang sekadar usik mengusik asam garam dunia bola.Sepertimana hubungannya dengan Ferguson, Wenger tiada masalah peribadi yang tersimpan dalam hati terhadap Mourinho tapi tak taulah lepas game awal pagi nanti.Kah3.Nak pula kedua2 pengurus disenaraikan oleh FIFA dalam pencalonan manager of the year jadi masing2 ada ego tersendiri.

Mael sudah pasti akan mengetuai Arsenal keluar terowong malam ini. Thomas Eisfeld tidak akan beraksi akibat kecederaan belakang manakala rakan senegaranya Gnabry perlu melalui sedikit ujian dahulu.Isaac Hayden CB diserapkan ke dalam skuad utama. Mungkin Cazorla akand iberikan game time memandangkan dia perlu mencari match fitness untuk kembali ke potensi sebenar.

----------------Fabianski-----------------
Jenkinson----Per------Mael------Monreal
--------------Jack---Rosicky
Gnabry-----------Cazorla-------Ryo-----
------------------Bendi--------------------

Mourinho antara individu yang menghalang kita dari beberapa minit sahaja lagi untuk menjulang league cup 2007 apabila skuad chelseanya menggunakan taktik santau Drogba pada final setelah kita mendahului melalui Theo.Sudah tentu  pembalasan adalah satu yang indah jika berlaku malam ini .

Asto 245AM Arsenal 2 Chelsea 1

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: