Sabtu, 2 November 2013

Satu hilang lagi, ada 3 lagi.


Kekalahan kepada Chelsea 0-2 memang agak terasa walaupun ia sekadar Piala Liga. Hadiah dari Jenkinson assist seorang RB untuk seorang lagi RB score serta gol Mata meranapkan impian Capital One Cup Arsenal. Memang benar,dalam match kalah mati seperti itu apa2 boleh berlaku, tapi hari itu bukan kita kurang bernasib baik, sedihnya kita kurang melawan, kurang menunjukkan determination dan desire yang akhirnya menyaksikan kita tersungkur awal gagal ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh 11 musim.Ditambah pula,kesilapan2 individu dan pelepasan gol2 bodoh yang boleh dielak sebenarnya jelas tidak membantu. Match tersebut membuktikan lagi-walaupun sudah lama perasan-betapa 2nd team kita tak mnepati piawai yang diperlukan.Kita nampak hilang punca bila tiada player2 utama terutama di bahagian midfield dan serangan.Ketiadaan backup jenis Arteta dan Flamini nampak ketara dengan ruang dan masa yang diberikan kepada lawan agak mengejutkan.Kalau dah Giroud sendiri bukan pilihan utama sebelum start season dengan banyak spekulasi kemasukan striker semasa summer, apa lagi yang boleh diharapkan sangat daripada Bendi??Malas gua nak salahkan sikapnya lebih2 ketika umum sedia maklum,seminit sebelum transfer dateline ditutup 2 september lalu dia memang takde hati nak main dengan kita jadi tak pelik kalau dia tak show up dan AWOL sepanjang game.Dan bila Wenger memasukkan PakCu, anda tahu ia sama ada satu gamble, desperate atau isyarat sendiri dari Wenger bahawa "Arsenal memang dah tak de harapan aku dah janji nak bagi mat korea ni main at least dalam league cup, jadi ini dia." Bermain di gelanggang sendiri langsung tak memantu.Ini kekalaan ketiga musim ini dan semuanya di Emirates. Sesuatu perlu direform untuk ubah sedikit atmosfera di Ashburton Grove.Penyokong perlu jangan cepat sangat melatah,kurangkan negativity, mungkin tanpa tekanan berlebihan pemain2 akan rasa lebih selesa dan konfiden.Apapun Selasa lalu, Mourinho kembali menjadi badi buat Wenger dan Arsenal. Kalau dulu mereka pakai Drogba, kemenangan tanpa bergaya menambakan lagi ego Jose malah memberikan tekanan kepada Wenger dalam perlumbaan statistik pertemuan antara kedua2 manager tersebut.Satu piala sudah terlepas, satu piala yang sangat kita berpeluang.Masih tinggal tiga lagi perjalanan, berapajauh kita pergi sepanjang tiga2 jalan itu, bakal ditentukan oleh pemandu.Sebelum itu Arsenal kena clearkan dulu penumpang2 dalam pasukan,kita perlukan lebih fighter yang sedia memberikan segalanya.


Fokus kini terhadap Liverpool. Gambaran ceria seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas adalah mood yang diharapkan untuk satu lagi game yang akan menguji watak kita seagai pencabar kejuaraan yakni situasi menghandle so called pencabar2 yang lain. Dan bila bertemu Liverpool terutama lepas berlalunya transfer saga yang tiada kesudahan musim panas lalu, isu perpindahan Suarez ke Arsenal memang tak boleh dielakkan. Lebih2 lagi pemain Uruguay itu kini tengah on form dan gandingannya bersama seorang lagi penyerang Sturridge, kelihatan makin bersefahaman dan menjadi. Maka ada yang membandingkan tahap Olivier dengan Luis dan menilai sama ada siapa yang miss siapa atau siapa yang gain lebih dari kekalutan saga dulu,Arsenal atau Liverpool.Walhal jelas kedua2 penyerang tersebut mempunyai corak permainan yang berbeda dengan seorangnya mempunyai kemampuan fizikal,lebih baik dalam holding position dan boleh handle link up play, manakala yang seorang lagi pula biasa main dari flank, cut in dan berkeupayaan sebagai dribbler. Pendek kata sebenarnya kedua2 jenis player ni ,kombinasi mereka amat diperlukan dalam sesebuah pasukan.Wenger malas nak layan isu Suarez dan tak mengiyakan atau menafikan bahawa kia masih berminat kerana apa yang penting dalam tak sampai 24 jam ni adalah fokus.Game ini bukan pasal destinasi seorang player antara kedua2 belah kelab,namun  ia pasal sebuah kelab antara kedua2nya yang sedang memburu kedudukan di puncak.

Arsenal menghadapi minggu paling mencabar setakat ini apabila lepas game bertemu Liverpool ni, kita perlu bertandang ke Dortmund dan juga Manchester, di mana keuda2 game ini bakal memberi impak yang penting dalam 2 kejohanan utama yang berbeda.Itu sebabnya result yang baik diperlukan malam ini bagi mengekalkan momentum liga dan menambah keyakinan untuk ke match seterusnya walaupun seri saja malam ni mungkin cukup untukk ita kekal di persada liga at least buat masa ini tapi bergantung pada match lain jugak. Liverpoool bawah Rodgers untuk musim kedua ni nampak lebih matang dan tenang, dengan pengurus itu telah menilai dan mengenali setiap player dan style jadi perubahan corak mereka ke 3-5-2 seakan paling sesuai dengan keupayaan pemain2 mereka yang ada.Liverpool seperti kita jugak, ending musim lepas naik gear last minit dan sehingga hari ini mereka baru kalah sekali daripada 17 game liga.Suatu yang perlu diberi perhatian oleh Arsenal.Ada yang akta malam ni pertemuan antara duo terbaik Suarez-Sturridge vs Kos-Per tapi jangan lupa Giroud vs ex player kita Kolo Toure.Wenger masih sayang dan memuji Toure yang dianggapnya sebagai satu discovery yang paling memuaskan hati bila mana sebelum diiikat kontrak pada 2002, CB itu gagal dalam trial di kelab2 kecil di France dan Swiss namun Wenger memberi kepercayaan sehinggalah dia muncul menjadi antara watak penting skuad Invincibles sedekad lalu. Wenger masih berbangga kerana Toure masih beraksi sehingga peringkat tertinggi hingga hari ini.

Di pihak Arsenal, sekurang2nya ada berita baik apabila Arteta kembali daripada penggantungan.Walaubagaimanapun, Flamini masih belum pulih dan hanya akan kembali ketikga game bertemu United. Ini akan mnguji sejauh mana security team kita bilamana ketiadaan player macam Flamini yang rajin close down dan intercept pihak lawan, tapi seperti dikatakan tadi kehadiran Arteta sedikit memberi kelegaan bagi mengimbangi pasukan. Gnabry jugak tak available.Lain2 yang dah tercedera lama Theo,Lukas, Abou semuanya belum ada berita lagi tapi dua daripadanya mungkin tidak mengambil masa yang begitu lama.




Menang malam ini,kekal top of the league!Mood ke Jerman jugak makin bertambah ceria, dapat atasi kecurigaan pundit2 yang langsung tak memberi harapan pada kita terutama dalam big occasion.Arsenal hanya tewas sekali pada Liverpool dalam 12 pertemuan, tiada sebab untuk kita tak boleh meneruskan rekod bagus tersebut jika kita fokus, tenang dan serang.

1.30AM. Arsenal 2 Liverpool 1

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: