Rabu, 23 Oktober 2013

Pengajaran Berguna Harapnya


2 game, 2 result dengan mood yang berbeza.1st game bertemu Norwich kita main dengan yoyo, kejap persembahan naik kejap turun tapi mampu mencipta magika dengan 4 gol bergaya. Gol Wilshere dikatakan antara team gol paling cantik yang pernah disaksikan Wenger. Oh ya dan Ozil dapat score  debut gol nya dalam liga, 2 bijik sekaligus. Manakala Rambo terus dengan on formnya menggelecek 2 defend sebelum menyudahkan dengan tenang, fokus, konfiden. Berbeza bukan, game Norwich bila mana waktu mereka dapat sebijik pada kedudukan 2-1 rata2 ramai rasa kurang selesa dan takut penyakit lama berulang, takut Arsenal mempersia2kan kedudukan tapi sebaliknya, malam tersebut walaupun aksi kurang memberangsangkan kita tunjuk special quality kita ketika mana kita perlukannya. Berbeda dengan semalam, pada ketika kita tengah mood yakin boleh menang tapi semacam satu tukul menghentak kepala secara tiba2, barulah kita bangun dari lamunan melihat realiti, jika player tak fokus, mereka kena bayar dan kali ini besar harganya.

 Cerita semalam,awal pagi tadi, 1st half milik Dortmund sehinggalah kita dapat equaliser dari Giroud di hampir tamat separuh masa, kemudian 2nd half kita upkan gear, kita in control, create chances paling hampir adalah curl dari Cazorla terkena palang. Tapi dek kerana ketaksuban untuk mencari kemenangan kita agak leka tugas defending.1 counter dari Dortmund dengan ruang yang dibagi free2 oleh pemain terutama di bahagian kanan ternyata menghukum kealpaan dengan Lewandowski, ya Robert Lewandowski, wanted man di serata Eropah, pemain paling bahaya dalam list opponent tapi haram seorang pun takde nak mark player ni. Pada ketika seri kelihatan fair result, hampeh kita tersungkur di gelanggang sendiri, hat-trick kekalahan kepada pasukan dari Jerman berturut2 di Emirates setelah Schalke dan Bayern mengajar kita musim lepas.Cara Klopp yang nampak enjoy duduk kat grand stand semalam mudah- jangan bagi seorang Jerman dari Arsenal dapat bola, bukan Per tapi Ozil.



Secara fizikal Dortmund dikatakan telah banyak meningkat ulas Wenger. Sepertimana yang diketahui teknikal mereka tak perlu dipersoalkan kerana seperti Arsenal , corak permainan mereka sentiasa positif dengan pemain2 berbakat yang digilap secukup masak oleh Klopp memaksimakan potensi, Dortmund jelas satu pengajaran berguna buat Arsenal yang masih belum ketemu mana2 big team musim ini.Buang Spuds, mereka bukan big mana pun.Kerana apabila bertemu dengan pasukan yang boleh control bola lagi lawa dan lagi lama dari kita, tiba2 kita macam switch off, tak tahu nak buat apa.Ini lebih kepada cerita 1st half. Dan masalahnya bila kita dah lama tak dapat bola,sekali dapat bola terus nak fancy.Ini gua tujukan pada Rambo yang timing tak kena tempat.Seeloknya dia clearkan sahaja bola tersebut dari kawasan bahaya sebelum opponent sempat rampas atau berlaku apa2, inilah yang mengundang kepada gol Mikhitaryan. Agak naif cara kita defending. Selepas itu Arsenal hanya terus mengejar bayang, paling hampir kita nak score pun melalui bekas player Dortmund , Rosicky tapi ada pulak makhluk bernama Hummels tu duk depan gol.Gol penyamaan yang kita perolehi jugak boleh dikatakan satu hadiah dari Dortmund apabila keeper dan defend mereka saling berkecamuk tak boleh nak handle cross Sagna bola melantun betul2 depan Giroud.Time dia nak libas tu gua agak risau kalau2 dia tersalah bajet, miscue atau bola tu melambung keluar membuatkan server youtube penuh dengan video miss of the decade ke.Walaubagaimanapun, orang tengah on form,Giroud tetap tenang score, bagi harapan.

2nd hal memang nampak ada harapan. Cazorla masuk ganti Wilshere yang terhincut2 akibat kecederaan ankle dari 1st half lagi.Waktu lawan Norwich Cazorla hanya dapat 60 minit, jadi seperti yang dirancang, dia dimasukkan kali ini di minit ke 60. Masuk2 jek kreativiti kita nampak lebat. Ozil dah main wide sebelah kanan, Cazorla main kiri, kita asak dari segenap posisi. Paling hampir sepakan lencong cari Cazorla cantik baik punya tapi sayang cium penjuru palang belah kanan.Kalau tak jadi super sub dah. Dortmund duk bawah, serap asakan, main defensive.Merasakan perlu tukar taktikal,Aubemayang dan Hoffman.22 player ni berkebolehan main wide.Ada pace, jadi gua rasa ini tak lain dan tak bukan mau counter jek kerja.Malang sekali 1st shot 2nd half mereka, terus dapat score! Sagna duk sibuk nak tolong Ozil kat atas sampai dah lupa tanggungjawab kat bawah. Masalahnya takde sapa nak bantu tolong track back Lewandowski yang dibiar keseorangan meluru ke dalam kotak penalti.Sekali lagi memang naif. Memang betul2 satu pengajaran berguna. Mengetuk kita dari lamunan. Kadang2 kita memerlukan peringatan2 macam gini untuk belajar handle situasi2 yang kita tak jangka.Dan bila dah kena gol macam tu semalam, gua rasa memang kita agak terasa kehilangan Flamini. Defend kurang organize ,takde sapa nak jerit2 sound rakan2.Arteta kapten semalam buat kerja bukan tak bagus, cool , ok. Tapi dengan ada seorang defensive minded sebelahnya ia memberi balance, sepertimana dia bergabung dengan Song dulu,Arsenal kena ada perisai depan back 4 yang tau bila mana patut attack and bila mana perlu duduk diam2 di bawah.

Jadi Flamini dah kumpul 4 kad kuning.Kalau dia disahkan pulih yang pada gua mungkin tak ada apa sangat, pengecualian dia semalam pun sebab ikut nasihat doktor yang menyarankan minima 5 hari rehat, dia mungkin akan kembali dalam team menentang Crystal Palace. Flamini dah kumpul 4 kad kuning.1 lagi kad kuning bakal menyebabkan dia terpaksa digantung satu perlawanan. Dengan match kita lepas Palace ni boleh tahan jugak getirnya, Chelsea capital one,(H) Liverpool(H), Dortmund(A) kemudian United(A) , mungkin akan ada sedikit 'tactical foul'.Gua tak terkejut kalau Flamini dapat yellow kad game Sabtu ni kalau dia main, kemudian digantung satu game, league cup yang kita tahu bukannya dia akan disenaraikan pun jika diikut perangai Wenger yang lebih memilih skuad reserve, jadi dia available untuk game Liverpool dan seterusnya dengan rekod kembali bersih. Itu cuma andaian nakal gua. Tak elok, tak sihat untuk bola sepak tapi itulah taktikal membocori rules secara teknikal, Mourinho,Beckham dan ramai lagi pun pernah buat.Walaubagimanapun kita haruslah prefer fair play.

Oleh itu di mana result game itu meletakkan kita sekarang ni. Grouping maut UCL kita semakin terbuka dengan pertandingan tiga penjuru Arsenal, Dortmund dan Napoli.Marseille masih gagal mendapat sebarang mata tapi awas dengan mereka boleh jadi pasukan pengacau dan penentu siapa yang layak. 2 kekalahan musim ni semuanya di tempat sendiri.Itu yang perlu diambil perhatian.Away rekod kita masih bagus. Mungkin tekanan bermain di hadapan pemain sendiri untuk deliver tapi siapa tahu, macam game semalam, nasib agak tidak menyebelahi.Rekod 12 game tanpa kalah kita telah berakhir. Arsenal akan bina baru, itu pasti. Apa yang dituntut adalah respond untuk bounce back. Dan gua yakin kita akan bangkit semula, fokus kepada big match menentang Crystal Palace Sabtu ini.

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: