Isnin, 27 Ogos 2012

Post Match : Permata Yang Hilang

You can see as well that there is something missing
Sesuai dengan tajuk di mana seakan2 kepuasan yang tak sampai.Game in control tapi same old same old, kebuntuan di hadapan. Tak perlu nak beritahu banya kali depan mukanya, Arsene Wenger jugak nampak sendiri apa yang Arsenal kekurangan,.Giroud Santi Cazorla Podolski, kesemua pemain baru ini diturunkan namun persefahaman upfront belum benar2 mantap. Arsenal seri sekali lagi tanpa jaringan dan positifnya tanpa bolos!! Solid performance daripada back four, kita mungkin boleh cakap kita kurang bernasib baik bila bertemu Sunderland di gelanggang sendiri kerana mereka parking bas depan gol, tapi di Stoke 1 point yang didapat ini pada hari2 tertentu boleh dikira baik kerana bukan senang nak handle team fizikal, dan tak banyak team boleh pulang dengan mata dari Brittania. Steve Bould mula menampakkan impaknya dalam tactical defending kita yang nampak lebih tersusun bertahan bagai satu unit. Itu yang kita lacks mostly dalam game2 musim lepas. Tapi untuk baru 2 game pertama, mengatakan Arsenal mempunyai krisis baru di hadapan masih terlalu awal.Thierry Henry, DB10 memerlukan masa untuk settle, inikan pula outcomers dari 3 league berbeza yang baru nak kenal antara satu sama lain. Bersabar sikit.

Bola2 tinggi dari Begovic terus ke Couch mampu diresap oleh defend kita diketuai Mael dan kehadiran Mertesacker di sebelahnya memberi kesan psikologi pada pemain2 basketball + ragbi Stokes.Tony Pulis lepas game nampak tersenyum riang berpuas hati dengan satu mata kerana dapat mengekang pergerakan Arsenal. Selain kurang persefahaman, menjadi stumbling block adalah kurangnya directness. Asyik cuba mencari the perfect goal, walauapun pada satu2 situasi option merembat terus menguji penjaga gol adalah lebih bagus. Hanya satu short on target dari Cazorla yang benar2 menguji Begovic. Set pieces, kita gagal ambil peluang baik freekick mahupun sepakan sudut.11 corner dipersiakan dengan satu peluang terbuka dari Giroud yang nak cuba bukak akaun golnya dengan spectacular pada ketika sepatutnya dia ada lebih masa mendada control ball. Giroud turut sekali lagi dikatakan sebagai culprit kerana gagal menjolok bola kepada Rambo sebaliknya merembat terus dari jarak jauh. Gua tak salahkannya 100%  untuk itu walaupun itulah satu2nya peluang keemasan di masa kecemasan. Pada gua, dia beraksi baik di depan sebagai target man, nampak effort dan hardworknya selain pandai hold bola, suatu dimensi baru yang dioffer.Kalau Podolski lebih fit, gua percaya dia boleh menyumbang sesuatau.Larian2 direct dan keberaniannya nak challenge defender jugak suatu yang Arsenal kurang sebelum ini.

Kita terlalu mengharapkan wide player tapi, Gervinho tak mampu nak membantu semalam. Beberapa kali cuba cut in tapi tak lepas, tak pulak dicubanya untuk crossing mencari target man. Crossing jugak satu masalah, Gibbs dan Jenkinson walaupun nampak solid defending agak kekurangan idea ketika overlapping. Mungkin harus diperbanyakkan latihan hantaran2 lintang , bagi tekanan ke dalam kotak penalti. Arsenal jugak kurang kreativiti. Stoke mengunci Santi Cazorla. Bila tiada kelibat Song, segala tugas2 kotor harus dicover up oleh Arteta keseorangan. Dan Pengalaman serta calmness yang ada pada Arteta jugak memberi disiplin pada pertahanan. Cuma apabila dia beraksi deep, keupayaannya sebagai playmaker agak limited bila Santi dikekang.Sayangnya kita tak boleh ada dua Arteta di tempat berlainan dalam satu masa. Arteta bukan jenis box to box player, Diaby jugak bukan. Mungkin mudah melontarkan kegeraman dan mengambing hitamkan Diaby, tapi secara statistic, complete passnya mendahului pemain2 tengah Arsenal yang lain.Cuma dalam match semalam tak nampak apa sebenar2 role Diaby, itu sebab gua rasa dia belum up to it. Tengah kita macam tak balance semalam. Dan bila dia kata dia tak perlukan Sahin, itu hanyalah ayat penyejuk perasaan. Arsenal memang memerlukan seorang lagi kreatif midfilder sebagai insuran sementara menunggu kepulangan Wilshere dan mengharapkan Rosicky fit sepanjang musim.Seorang 'Defensive Midfielder' ataupun deeper role midfielder dalam konteks Arsene Wenger jugak perlu dicari bari memberi peluang Arteta di push lebih forward.

Tick tock tick tock .Transfer windows masih dibuka.Wenger kata kita belum selesai di market. Seronok menjadi fan Arsenal dalam masa 5 hari ini kerana ada misteri yang belum terungkai.tapi jawapannya hampir akan kita ketahui.Tiote dinafikan oleh Wenger semalam. Cabaye? Biglia? Dembele?M'Villa?Mbiwa?M.nasir?tunggu...

Rakan2, rilex.2 seri belum pengakhiran dunia buat Arsenal. Memburu kemenangan pertama dalam match ketiga di Anfield akan menjadi lebih mengujakan untuk dinantikan. Lebih bersemangat selepas menyaksikan bagaimana mereka sekali lagi melepaskan peluang ke atas Man City semalam, maka dilihat kita berpeluang membawa pulang sesuatu.COYG!

Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 26 Ogos 2012

Pre match: Lawan fizikal Stoke tanpa 'DM'

Selamat bertemu kembali, masih dalam mod raya? Sepanjang semingu, di malam raya lagi telah banyak cerita yang berlaku tapi tak tahu nak start dari mana. Bukanlah satu permulaan yang diimpikan untuk draw tanpa jaringan dengan Sunderland di depan ribuan fan sendiri tapi kita in control dalam game tersebut. Ramai yang akan menuding jari pada kesan Arsenal melepaskan penyerang tapi masih terlalu awal untuk buat kesimpulan tatkala pembeli itupun tumpas dengan adanya pemain terbabit.Beberapa hari selepas itu, Arsenal dengan slumber melepaskan Alex Song walaupun tak berDNA Barca, die mmg unsung, sampai pada firasat gua, pemergiannya macam boleh diterima tanpa perasaan oleh para Gooners kerana kita bagai dah lali dengan semua ini. Walaupun Song itu penting di midfield tapi secara peribadi, pemergiannya tidak begitu dirasai kali ini, mungkin anda dapat merasai apa yang gua rasa jugak atau mungkin kerana terlalu asyik dengan rendang dan lemang yang 'memabukkan'.. Dan Rupanya ketika ops sikap sempena raya berlangsung, masih ada lagi pemandu2 yang memandu secara berbahaya , Santos dipercayai ditahan polis sehari sebelum dia dibangkusimpanankan menentang Sunderland, atas kesalahan memandu secara menggila berdekatan dengan pusat latihan Arsenal. Dia telah diikat jamin oleh pegawai2 Arsenal yang ternyata agak kesal dengan isu peribadi yang ditimbulkan dan kelab bercadang akan mengambil tindakan selain daripada tindakan mahkamah apabila dia akan dipanggil semula untuk pendengaran kes.

Dan apa lagi? oh ya lagenda kita, Freddie Ljungberg telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak pada umur 35 tahun.Ljungberg yang terkenal dengan model seluar dalam CK, tiba di Arsenal dengan rambut merah, menamatkan kerjaya 9 tahun di Arsenal jugak dengan hati yang merah mengooner, menjadi antara nadi penting skuad double 2002 dan jugak invincibles 2004. Selamat maju jaya dalam hidup Freddie. Seorang model ahli sukan dan profesional. Dan untuk transfer, rata2 peminat Arsenal mesti ada yang frustrated dengan Sahin Saga yang dah sah2 tak menjadi apabil Liverpool menghijack di saat akhir. Maka keluarlah alasan dari Wenger, betapa kita tidak memerlukan sebenarnya player jenis sahin, tapi sebelum ini dalam PC dia sendiri akui Sahin adalah antara player yang dalam option-secara normalnya, kalau Wenger dah state,ia mungkin serius.Begitulah seriusnya ketikda dia lantas menafkan bahwa Arsenal not interested untuk mendapatkan M Villa beberapa minggu lalu. Jadi jika player seperti Sahin dan M Villa bukan jenis yang Arsenal nak, maka siapa selayaknya mengganti tempat Song, atau dalam erti kata lain Wenger secara halus cuba menyampaikan bahawa jika deal untuk membwa masuk gagal,(telah pun gagal) jadi kita akan bergantung harap pada pemain sedia ada seperti Diaby dan Wilshere. Diaby adlaah monster jika dia benar2 fokus dan on form tapi masalah kecederaan dan fokus sering menganggu pemain ini.Dan Wilshere, hanya tuhan sahaja yang tahu bia tarikh dia akan kembali menyapak bola untuk Arsenal tapi mampukah dia kick off free tanpa sebarang kesan kecederaaan jika benar tarikh pulangnya dijangka seawal bulan Oktober. Jika ini yang cuba dieksperimentasikan oleh Wenger, ternyata dia mengambil risiko yang cukup breani. Katanya dia tak akan sign midfielder yang average2 kerana lambakan pemain tengah kita dah cecah sampai 9, hanya pemain2 yang istimewa dan world class sahaja jika ada peluang, dia akan consider.

 Wenger mahukan deeper role ketika Alex Song musim lepas bukanlah deeper sangat cuma fizikal dan tackle2nya sahaja yang menampakkan dia konon seorang dm padahal musim lepas Song diberi lebih kebebasan untuk beraksi di atas , hasilnya menjadi antara top assist Arsenal. Segala kerja balancing dan tugas kotor diambil alih oleh Arteta. Itu sebab sejak kehilangan Arteta di akhir musim, pasukan kita nampak tak stabil, teragak2 sama ada nak defend atau nak attack.Dan Arteta tak boleh nak melakukan kerja ini seorang diri sebenarnya, dia memerlukan support pemain2 seperti Song, Ramsey, Wilshere dan Diaby. Rambo nampak lightweight, dengan pemergian Song, maka lubang akan diisi oleh Coquelin, Diaby sementara menunggu bulan jatuh ke riba dalam Wilshere.Match bertemu Sunderland menguji gandingan tegah Diaby-Arteta dan ketika Sunderland lebih kepada parking bas depan gol, takdelah sangat ujian. Gamer bertemu Stoke ni akan menjadi ujian.Sementra Arteta-Diaby menjadi perhatian, free role Cazorla di central position ternyata membuka mata untuk debut BPL. Cazorla diberi kebebasan di bahagian yang diiimpi2kan oleh beberapa pemain lain dalam skuad seperti Arshavin,Chambo iaitu di belakang forward. Kebolehan memilih the right pass, mengawal possession, control space menjadikan Cazorla satu aset penting buat Arsenal untuk kempen kali ini. Malah boleh dikatakan kebanyakan peluang Arsenal datang dan dicipta sendiri Cazorla. Dia sendiri mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Peluang terbaik dihidangkan buat Giroud yang masuk sebagai sub kepada Podolski namun pemain yang lebih kidal itu gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol. Arsenal diajar supaya terus bersabar.Ya bersabar tanpa piala itu satu, bersabarlah juga dengan barisan2 pemain baru untuk sebati. Kita sekarang dalam proses untuk rebuild team balik.Bukankah itu yang kita minta, setiap kali tak menang, tukar, jadi Wenger menjawab panggilan, dia sendang membina balik pasukan setiap musim, jadi tunggu dan terus tunggu,jika bukan bawah wenger sekalipun, masanya akan muncul jua.

Chambo yang terlepas aksi akibat kecederaan disahkan akan melibatkan diri esok.Budak ni dah tak sabar nak isi kekoSONGan yang ditinggalkan. Dia lebih prefer main centrally berbanding wid position kalau ikut kata bapanya. Wenger ada menjanjikan perkara tersebut pada Theo tapi sampai player ni masih tergantung rundingan kontrak, janji tidak ditepati lagi. Chmbo-Arteta? atau Diaby-Arteta? Untuk bertemu Stoke, gua rasa kita pergi dengan Diaby Arteta dulu melihat kepada game ragbi yang kita akan tempuhi. Lagipun pace Chambo rugi jika dipersiakan kerana kita memerlukannnya di bahagian offensive.Coquelin akan menjadi understudy kepada posisi Diaby manakala Chambo akan belajar dari Cazorla.Selain itu all across di midfield kita punyai pemain serba berpengalaman dalam Rosicky yang jugak akan kembali dari kecederaan tendon. Sementara itu Kocielny masih belum boleh beraksi dan hanya akan diturunkan menentang Liverpool minggu depan.Mertesacker akan dikerah sekali lagi mengawal Crouch dan Walters.Santos mungkin dipanggil untk game kali ini kerana kita memerlukan lebih fizikal untuk game ini, sama ada Podolski atau fizikal Giroud akan digunakan, mari kita lihat sama2 nanti.

-------------------Szczesny--------------------
Jenkinson----Mertesacker-----Mael-----Santos
--------------Arteta------Diaby---------------
---Theo-----------Cazorla---------Gervinho----
---------------Podolski/Giroud-------------------

Astro ESPN 830pm. Arsenal 2 Stoke 1.

Agi idup agi mengGunners!!



Sabtu, 18 Ogos 2012

Si Kepala, Verminator!



Pre Match : SepakMula Musim 2012/2013 !!

Terlebih dahulu, sebelum kita tersenyum lebar menyaksikan arsenal di malam raya ini, di sempena menjelangnya syawal, pihak Arsenalaysia ingin mngucapkan salam Aidilfitri buat semua muslim serta memohon maaf zahir dan batin sekiranya apa jua coretan dan luahan isi hati serta pandangan peribadi yang menyakiti dan kurang disenangi.Kerana sebagai padang untuk penyokong Arsenal di Malaysia, padang ini hanyalah sebagai tempat untuk ktia 'bermain2' berkongsi perasaan serta maklumat sesama kita ,20 jari disusun memohon jutaan ampun.Semoga syawal disambut dengan penuh keinsafan di sebalik pemergian Ramadhan yang penuh keberkatan.Dikala kita berselesa jangan lupakan saudara2 kita yang sedang berjuang di luar sana ditindas musuh2.Di hari kemenangan kita, berdoalah supaya kita mampu memperoleh kemenangan yang lebih besar.Insha Allah..



Selamat bertemu kembali BPL. Kick off pertama selaku tuan rumah buat pertama kali sejak 2008, Arsenal akan memastikan rekod tanpa kalah dalam 11 game BPL opener akan dipanjangakan ketika berhadapan dengan anak buah Martin O'Neill malam ini.Seperti dijangka dalam pre match conference, soalan yang bertubi2 lebih kepada tentang transfer saga yang menggegar dunia bola sepak sehari dua ini. Wenger megakui biarpun agak terluka tapi tetap optimis, Arsenal sedia bersaing dan yakin akan kemampuan pemain2 baru serta yang sedia ada. Sedikit update dari press conference semalam sebelum kita berbincang mengenai game Sunderland dengan lebih lanjut.

Dengan sedikit rombakan skuad, no skuad telah pun diupdate. Jack Wilshere dari 19 telah mendapat jersi idaman sejak zaman remajanya 10.Ini sebagai 'hadiah' daripada Wenger untuk menunjukkan dia yakin bawaha Wilshere, Arsenal boy sejak usia 9 tahun, akan lead pasukan ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.Terharu beb Wilshere dapat menyarung jersi kebanggaan no 10 dengan dia sendiri memetik nama Bergkamp sebagai legend terdahulu sebelum singgah ke tangan2 tidak sepatutnya.Harap Jack dengan DNA Arsenalnya tidak mudah lupa.Signing baru yang belum mendapat no, Podolski akan menyarung jersi no 9 manakala Park Choo Young terpaksa memberi lalauan dengan berpuas hati mendapat jersi no 30. Mungkin Wenger mengangkat Park Choo young tapi kurang beri peluang adalah kerana undang2 Korea Selatan yang mahukan setiap warganegaranya perlu melalui latihan ketenteraan sebelum umur 28? kalau tak silap. Tapi dengan kemenangan, mengejut Korea Selatan  selaku pemenang pingat gangsa mengalahkan musuh tradisi Jepun di Sukan Olimpik, kerajaan mereka telah menawarkan status terhormat dengan pengecualian terhadap military service. Inio pasti relierf buat Park yang ingin kekal berkelana di bumi Eropah.Setakat ini belum ada buyer ketika Shebby dari Blackburn pernah intai2 dulu tapi senyap. Begitu jugak kes Bendi yang masih senyap.Arshavin? Belum ada bidaan tapi memandangkan Rosicky, Wilshere injured, kapten Russia itu masih ada sesuatu yang boleh disumbangkan. Orait no setererusnya, 19, 'S.Cazorla'. Coquelin dari 39 berubah ke 22. Masih ada vacancy di no 13, biar masa yang menetukan sama ada kita berjaya mendapatkan Nuri Sahin atau tidak kerana ketika ini boleh dikatakan kita di peringkat serius mendapatkan pemain Real Madrid tersebut.Ini diakui Wenger sendiri.Apabila ditanya tentang kebarangkalian Alex Song akan pindah dan adakah pemain baru bakal dibawa masuk, Wenger menjawab " kedua2nya ada kemungkinan berlaku". Arsenal ada sehingga 1 Sept untuk bertindak. Teka teki yang bakal bermain di minda setiap gooners. Oh dan selepas Vela ke Real Soceidad, Kyle Bartley pulak dilepaskan untuk menyertai Swansea secara permanent dengan kontrak 3 tahun.Selamat maju jaya diucapkan.

Thomas Vermaelan akan lead out skuad malam ini keluar dari terowong selaku kapten rasmi yang baru Arsenal FC mulai musim ini. Dia bakal dibantu oleh Arteta selaku naib kapten.Mael yang begitu berbangga dengan penuh respect akan menunjukkan rasa horamat kepada armband tersebut.Gua tak rasa ini satu lagi 'rasuah' dari Wenger.Kali ini,dia memilih the right man untuk mengetuai comrade2 yang lain.Untuk seorang Belgium pernah menjadi kapten di sebuah kelab tersohor Belanda adalah suatu yang istimewa.
"I won't change the way I am, though. The boss makes you captain because of the way you are, so I won’t change how I am in the dressing room or outside. I want to lead by example, and do as well as I can on the pitch.Maybe I am not much of a talker away from the pitch, but I want to lead the team through the way I play."
Untuk game malam ini, Arsenal perlu menjangkakan kesukaran yang ditempuh kerana Sunderland bukanlah calang2 pasukan terutama di bawah jurulatih seperti O'Neill.Mereka kehilangan Bendi yang telah pulang dari pijaman ke Arsenal semula. Mereka lantas mendapat pengganti dalam Louis Saha. Pemain nomad yang sering berpindah randah.Mereka jugak berjaya mendapatkan pertahanan Carlos Cuellar. Namun Malam ini seperti Arsenal, mereka jugak punya pemain2 dalam injury list.Phil Bardsley kompom terlepas aksi, West Brown dan Vaughan menunjukkan pemulihan tetapi terlalu awal untuk diturunkan.Pemain utama paling bahaya mereka, Stephane Sessagnon telah diberi lampu hijau perlu diawasi rapat oleh Verminator n Co.

Bagi Arsenal pulak, perlunya permulaan baik untuk musim ini setelah malapetaka musim lepas adalah satu tanggungjawab kini. Pra musim, kita kelihatan kurang bersedia dengan Asia Tour yang lebih kepada santai dan masa untuk bersama mencipta tali persaudaraan. Selepas signing2 kita took part dalam game terakhir, segala hype mula positif sehinggalah 2 3 hari kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, mood tetap positif, player debut, captain rasmi baru, azam baru Arsenal dilihat sebagai pilihan untuk malam ini. Tanpa kelibat Koscielny, Mertesacker dilihat sebagai ready-made replacement, jadi tak perlu bimbang. Sagna masih injured, Jenkinson mungkin mendahului Yenaris dalam senarai backup. JW10 masih injured dan dijangka pulang Oktober.Rosicky masih injured tendon. Diaby fit dan dilihat sebagai pilihan untuk mengisi tempat Song malam ini. Wenger menggunakan alasan fitness untuk mengecualikan Song tapi  agaknya dia sibuk semacam menguruskan transfernya.Kalau benar terjadi, satu lagi kehilangan tapi Arsenal akan move on.Theo dan Cazorla masing2 akan diuji dahulu kecergasan mereka. Kita memerlukan kelajuan Theo untuk  memerangkap pertahanan yang dijangka bakal menutup ruang dengan ketat.Kita mendambakan kreativiti dari Cazorla untuk mencipta ruang2 bagi memulakan gerakan. Giroud serta Podolski akan lead attack. Gervinho yang lebih bernafsu adalah satu aset buat Arsenal di bahagian wide.

--------------Szczesny----------------
Jenkinson---Per----Mael-------Gibbs
---------Arteta-------Diaby----------
-Theo------Cazorla-----Podolski------
-------------Giroud------------------

Jersey Arsenal boleh disarung oleh sesiapa tapi bukan calang2 orang boleh menjiwai lambang di hadapan jersey tersebut.Arsenal pernah survived , dan kita akan survive kali ini dengan lebih melawan.COYG! Astro Star Sports 10pm.Arsenal 3 Sunderland 0.

Salam Dunia, Salam kemenangan, salam hari raya...

Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 16 Ogos 2012

Di sebalik apa yang diperkatakan sebagai 'pengkhianatan' RVP


RVP akan sebentar lagi menjalani medical di Old Trafford dan jika segalanya berjalan lancar, dia akan melumurkan segala kebersihan dengan warna kekotoran di mata para penyokong setia Arsenal sebaik sahaja menandatangani kontrak 4 tahun dengan yuran perpindahan yang telah dipersetujui, 24M. 15M deposit, 7.5M  berperingkat dan 1.5M penambahan jika United mampu muncul juara dalam 4 tahun RVP bergelumang di sana. Kali terakhir pemain Arsenal secara direct berpindah dari utara london ke Manchester United adalah di era 80 an, penyerang tersohor Ireland, Frank Stapleton. 7 tahun kerjaya di Arsenal, 6 tahun di United dengan kedua2 kelab seimbang mendapat khidmatnya dari segi beza ratio jumlah gol pergame. Dan kali terakhir Arsenal berbisnes dengan United adalah pembelian pelik Wenger, Silvestre dari Ferguson yang tidak ada sapa peduli sekalipun.Arsenal dilihat paling rugi dari tansfer mengarut itu yang langsung tak membawa faedah.Tapi untuk kes kali ini, ini kes lain dan jarang2 berlaku. Arsenal menjual top scorer mereka, talisman, kapten dan pemain terbaik BPL musim lepas kepada rival tradisi.

Dan daripada laporan BBC ini yang belum dapat dipastikan kesahihannya, situasi segalanya menjadi rumit akibat ego.Sama ada Board, Wenger mahupun RVP sendiri. Kronologinya bermula sejak entah dari bila kerana kita sudah melalui kitaran ini masuk musim kelapan, RVP melihat putaran bagai kerepek roda ini takkan berakhir malah akan menjadi makin lemau jika dibiarkan setiap kali pemain itu sampai kemuncak , diorang nak blah jadi terpaksalah Arsenal rebuild semula, dan pairing terakhir Fabregas serta Na$ri blah RVP dah terdetik niat dalam hatinya, itu pasti. Itu sebablah dia tak mau sign2 kontrak lanjutan dan drag hingga ke situasi macam gini.Baginya tak salah blah kerana orang2 terdahulu pun dah melakukan perkara yang sama, jadi apa salahnya.(pikirnya).Jadi setelah satu musim rakan2nya mengangkatnya menjadi perimadona dengan pelbagai gerakan2 dan ciptaan jaringan untuk disudahkan, kepala besarnya pikir ok kini sudah tiba masanya. Berlangsunglah satu pertemuan mesyuarat hala tuju kononnya antara 3 individu, Wenger Gazidis dan jugak RVP sendiri bertempat di kediaman Wenger. Difahamkan dalam pertemuan itu memang tidak ada tawaran kontrak lanjutan , kerana segala perbincangan  mengenai kontrak telah berlangsung sebelum itu membabitkan kesediaan Arsenal untuk menjadikan RVP pemain termahal pernah dibayar, namun RVP menolak mentah2 maka tiada guna kontrak ditawarkan. Yang ada pada pertemuan itu adalah mendengar rintihan2 lagak si perimadona ni bagitahu kat Wenger tentang kelab ini tak de masa depan ketika kelab2 lain melabur dan beli kejayaan, pemain itu bagus, pemain ini bagus kenapa tak beli, rakan sepasukan ini tak cukup bagus untuk Arsenal, itulah yang dikatakan 'tidak bersetuju' dengan cara pengendalian kelab. wenger dan Gazidis dah cukup padu dan pedih mendengar rengekan si glory hunter ni yang dah macam bos pulak bagitau siapa yang patut atau tak patut menyarung jersi Arsenal. Pada ketika itu, management dah tahu, RVP tak akan sign dan sudah sepakat dia akan dijual. Makanya sebelum Euro lagi diberitakan tak ada perkembangan tentang berita RVP ini kerana Arsenal hanya menunggu. Oleh itu dikeluarkan satu garis panduan dimana RVP tidak boleh bercakap kepada media tentang masa depannya di Arsenal yang belum pasti kerana semua akan disettlekan lepas Euro.Euro berakhir dengan malang buat Belanda dan RVP khususnya, mencerminkan betapa hanya sistem2 terpilih sahaja yang mampu mengeluarkan yang terbaik dari RVP, jika tidak ada create chances dari rakan2, tak ke mana jugak, dan di Arsenal, kita antara top club yang banyak create chances itulah sebab mana2 striker pun boleh score goal dengan happy. Ya ketika happy Chamakh pun boleh score 10bijik di zaman awalnya hanya kerana terpaksa bagi ruang dekat budak tak kenang budi ni kerjayanya terkorban, begitu jugak Bendi siap boleh score hat-trick ketika happy.Ok kembali pada cerita, sesudah berakhir Euro2012, RVP ni dalam bodoh ada bijaknya, tak boleh diaccess oleh media, why not dia sendiri yang kecoh kat satu dunia.Tak guna istilah 'bercakap' dengan media tapi menyampaikan melalui tulisan. Gatal tangan, pergilah print out statement kat laman rasmi kononnya sebagai 'update la sangat' kepada fan takut hidup dalam kegelapan tertanya2 walhal bukanlah suatu yang ingin didengar (baca dibaca).

Statement yang jelas memberi rock bottom kepada fan, menghentam muka Wenger tersembam terus sukar ditarik balik."Aku tak nak sign kontrak, kelab ni tak ada cita2" PANG! tamparan ke setiap muka para gooners yang duduk bersengkang mata melihat aksinya , menyokong ketika dia makan gaji buta cedera dengan pasukan Belanda,Arsenal yang terpaksa tanggung segala rawatannya, benar2 luka. Takpelah, mungkin pada ketika itu ada yang pikir, dia juga ada hak seperti pemain2 lain yang blah dulu, biarlah dia memilih,dia dah memberi yang termampu. Tapi bagi Wenger, setelah anda memalukan airmuka kelab dengan statement terbuka sebegitu, apa yang nampak hanyalah point of no return. Mengenali Wenger sebagai seorang yang gentleman dan respectable figure, dia tidak pernah sekaipun mengkondem playernya sendiri secara terbuka, membuat deal secara terbuka selagi belum ada kata persetujuan, menghormati kelab lain jadi apa yang dilakukan oleh kapten yang dilantiknya itu suatu yang tak pernah dididik, suatu tikaman dari belakang melihat kepada pengorbanan orang tua tu untuk RVP selama ini.Sekali ko dah takde dalam plan pengurus, sampai bila2lah ko takkan dapat peluang tu lagi.

Apabila ditanya,Wenger tak manafikan malah jugak tak mengiyakan. Apa yang diungkap ialah seamata2 fakta 'RVP masih lagi pemain Arsenal' kerana pada ketika itu belum ada tawaran2 yang benar2 serius dan sah.Itu memang style Wenger. Maka tak dibawanya ke Asia atas alasan fitness.Masa ni , Juventus Mancity dan hanya ManU sahaja yang merisik, jauh tersasar dari target RVP yang mejangkakan lepas dia 'menjaja' diri sendiri pasti ada kelab berlumba2 datang.Tiada dari La Liga Barca dan Real, RVP jugak tak berminat untuk ke Serie A yang dull dan penuh skandal. Jadi option yang tinggal hanya City dan United. Mancini tarik diri, RVP lega dia boleh lari dari gelaran mercenary.Jadi yang tinggal United. Dan difahamkan dari ketiga2 calon itu, RVP sendiri yang MEMILIH untuk menyertai United jika berpeluang. Arsenal seperti kata Fergie kalau boleh sememangnya nak sangat elak daripada jual kepada rvial supaya visi tidak dipersoal.Malah Fergie membocorkan rahsia kita sedang deal dengan kelab lain untuk mencari pembida. Pada ketika ini masing2 stuck sekejap.Apa yang pasti dari kata2 Fergie,Arsenal memang nak elak dari deal bersama United.

Dalam masa yang sama, Arsenal memperkuatkan barisan dengan penambahan trio.Balik semula kepada kronologi masa tadi, segalanya telah bermula sejak musim lepas bukan? Jadi Podolski dibawa masuk untuk memancing RVP stay, Tak nampak hasil, Giroud pulak sepertimana didakwa oleh scout kita Grimandi adalah insuran sekiranya RVP tak sign jugak,dan bila kita sgin Santi Cazorla, ia hanyalah sebagai membuka mata RVP bahawa Arsenal masih ada class dan cita2 tapi segalanya sudah terlambat untuk menyesal pada ketika itu. Mengapa terlambat, ia adalah sebab masa ni, tak ada kelab dah yang sanggup match harga yang Arsenal letak. RVP dah mula rasa macam "hurmmmm ok jugak signing2 baru ni, nampak ada chance" nampak saja tapi niatnya untuk sign kontrak tak ada.Tak ada tindakan, malah katanya dia lebih rela sanggup bersama Arsenal semusim lagi biarpun tak sign kontrak.Wahhhh banyak cantik , hensem sangat ke perimadona kita ni, dia ingat Arsenal nak tunggu jek demand dia.Dah keluar statement awal2, ego pulak nak mintak maaf terbuka , tarik balik dan sign kontrak kalau yakin dengan skuad. Bagi Wenger senang saja, kalau player tu otak dah ke lain, tak komited, simpan pun tak ada guna. Lebih baik cash in, masalah sekarang tiada pembida.Masa nilah United ambil kesempatan tapi terpaksa gamble dengan harga tinggi.Ferguson yang baru lepas kempunan meraung2 terlepas Lucas dan jugak Hazard begitu desperate nak tunjuk kat jiran City bahawa dia pun boleh bikin noisy.

Bola sepak adalah bisnes hari ini.Tiada lagi istilah kesetiaan.Loyalty telah mati.Semasa di Cologne, di mana RVP jugak dibawa ke Jerman, Ferguson telah sanggup merayu2 supaya Arsenal pikir masak2 untuk melepaskan deal ini.Fikir pro and con, ini mungkin jalan paling afdal Arsenal walaupun nampak mencalar reputasi serta maruah.Sebelum match menentang Cologne lagi diberitakan RVP telah difahamkan United ada membuat bidaan serius, Arsenal sudi menjual, RVP tak menentangnya kerana pada ketika ini memang dia tak kisah,United memang pilihan awalnya. dia hanya mahukan jalan keluar.Dia tak kisah dengan emosi fan, tak kisah dengan sentimen sejarah kelab apa yang kisah adalah kabinet medal dan duit poketnya.Sudahlah sanggup main amek jek armband dari tangan Mael ketika masuk sebagai badut dalam match bertemu Cologne, memang tiada perasaan malu betul.

Dalam kes ini sukar bagi Arsenal sebenarnya untuk hold pemain yang tak komited tapi cuma berbaki satu tahun kontrak. Kerugian bagi board amatlah sukar ditanggung nilainya. Gua akui , itu adalah satu sisi downside bagi Arsenal.Mudah tunduk pada tekanan.Malah menyimpan kepala besar dalam pasukan boleh mengunsettlekan para pemain lain fikir wenger.22M bagi pemain berusia 29 tahun yang hanya berbaki kontrak setahun bukanlah bad deal sangat bagi Arsenal. Namun atas padang belum tahu, sama ada ia melemahkan Arsenal mahupun menguatkan United hanya masa menentukan.Kita hanya mampu berharap yang terbaik bagi Arsenal.Harap pemain2 yang tinggal boleh cope.Harap duit yang dapat tu diinvest balik ke dalam pasukan walaupun nampak seakan tidak. Apabila ditanya adakah Wenger akan mencari pengganti,
die menjawab tidak perlu kerana RVP telah diganti.Sama ada dia refer si Camak, Giroud atau Podolski itu pun kite tengok nanti.Harap dia bergurau, kalau tidak tambah striker,tambahlah di unit pertahanan.

Gua masih terkejut, sama terkejutnya dengan Mael di bawah ini sesudah game Belgium menewaskan Belanda 4-2 dimana RVP tak turut serta, sibuk cari lori pindah. Kredit kepada blog LadyArse atas video ini.


Vermaelen terkejut Van Persie dijual

 Quick translation: It's been announced that RVP left for Man United.
-Is that...?
It's on United's and Arsenal's websites.
-Okay...
What is your reaction?
-Well, it's a surprise to me. I've, eh... Yeah, I think it's... eh... Yeah it's a shock. I'm very disappointed. I mean, I'd like to have seen Robin stay at the club, I mean, Robin is-- well Robin was very important to us last year, he was vital to us, so yeah. I have to admit it's news to me too, so... I'm not sure how to react, really. Yeah, I'm very disappointed [in him?].
He's probably had a tough time these past months with all this drama around him.
-Yeah, I dunno, I didn't notice it at training. I thought he looked sharp and fit at training so in that sense I don't think you could tell. But in the end maybe it's a good choice for him, I might speak to him later. I don't know how to react since it's news to me.
How will you cover for this loss?
-I think we've had some good purchases in Podolski, Giroud and Cazorla, all of whom really impressed me this week. Those are very good buys so I'm definitely confident we still have the quality at Arsenal to win things.
Despite this, the victory [over NL] takes precedence, that joy?
-Yeah I'm very happy with the victory today, for a bit. Tomorrow we go to the club and focus on Saturday.
A little bittersweet?
-After this news you could say that, yes. But I'll speak with Robin later. Anyway, nothing you can do.
Jadi lepas ni siapa pula? Jangan lupa seorang lagi yang kini berdepan situasi sama baki kontrak setahun adalah Theo. Dan spekulasi bergedar kencang ketika ini Barcelona dalam proses serius cuba mendapatkan Alex Song dengan modus operandi sama menggunakan pemainnya2 untuk tapi cuma bezanya Song tak ada DNA Barca. JIka kita kehilangan Song dan kemudian Theo, kita akan lihat kelab kita kembali berada pada situasi lepas, harap aku salah untuk yang ini. Tapi sejujurnya, loyalti player tu memang satu hal tapi gua amat kecewa dengan pengendalian management kita.Mungkin salary cap kita tak setanding dengan pasukan2 lain tapi membiarkan pemain berfoya2 dengan membawak kerjaya ke baki tahun terakhir kontrak adalah satu jenayah yang mendatangkan masalah seperti ini.Tapi at least kita dah biasa. Ini realiti yang terpaksa kita telan dan terima selaku penyokong tegar Arsenal FC. Katakanlah kita feeder club, kita akedemi fantasia, kita batu loncatan namun itulah realitinya kerana kita ukur baju di badan sendiri dan sentiasa mencari jalan yang bersih untuk bersaing.Sekurang2nya itu adalah suatu perkara yang harus dibanggakan.Dan melihat kepada nafsu serakah kelab lain yang tak pandai nak bina player asyik nak ciluk dari kita secara tidak langsung membuktikan kita sebuah kelab yang mampu melahirkan pemain berkaliber sihat untuk sukan bola sepak itu sendiri ketika dunia ini kejam, masih ada senyuman.

Kesetiaan dan loyalty sukar lagi dicari dalam modern game ini.Susah menjejak seorang lagi Adams, Maldini mahupun Del Piero ketika bola sepak hari ini ditaburkan dengan longgokan dan sogokan wang berjuta. Itulah sebabnya kita perlu tetapkan hati cekalkan semangat.Sebab itulah dinasihatkan kalau nak sokong, sokonglah kelab bukan pemain.Pemain datang dan pergi ,manager silih berganti kelab tetap kekal di hati. Support dan soraklah kepada pemain ketika mana mereka memakai warna kebanggan merah putih Arsenal kerana di luar padang mereka hanyalah manusia biasa seperti kita.Hanya segelintir yang tidak layak mendapat respect walhal ramai lagi alumni sana yang wajar dikenang. Malah bukan semuanya bernasib baik di atas padang sukses bersama kelab tapi sekurang2nya semangat dan respect mereka terhadap game, kelab, sejarah, dan paling utama penyokong mengekalkan boundaries yang terjalin sebaik mereka pernah menjadi sebahagian dari sejarah Arsenal FC. Mari kita harapkan pemain2 musim 12/13 ini move on pandang ke depan, cipta sejarah tersendiri..Sekiranya ada rezeki, kejayaan yang bakal datang dari situasi ini lebih berganda manisnya... Game On Arsenal! Bring it on!!

Agi idup, agi mengGunners!!!


HarJay

Dunia ini penuh plastik..bagi P€r$i€ dia telah menunjukkan warna sebenarnya.. 7 tahun dididik akhirnya dia memilih jalan hitam untuk kembali menjadi jenis manusia berperangai asalnya ketika mana Arsenal menyelamatkan kerjayanya dari budak bermasalah Rotterdam kepada status bintang yang dipegangnya sehingga malam tadi. Arsenal banyak bersabar dengan kerenahnya selaku budak ala samseng baru nak up, memberi sokongan tatkala dia dituduh merogol budak bawah umur, memberi perlindungan dan rawatan setiap kali kecederaan, menjadikannya selaku ketua pasukan dan ini balasannya sebagai manusia? memilih menyertai rival tatkala rival itu pun dah nampak bibit2 downfall.. Memang dunia ni kadang2 ada benda yang sukar difahami. Dalam kita melihat masayarakat dunia yang bertamadun, kadang2 kita terfikir ada jugak jenis manusia yang macam gini.Bagi Gooners segala memori sudah terpadam.nantikan bebelan seterusnya, give me some space...

Plastik.


Pfft...sebagai ingatan bersama, muntah dengan sengaja batal puasa.

Agi idup Agi mengGunners!!!


Selasa, 14 Ogos 2012

Pra Musim : Arsenal 4 Cologne 0








fd


Arsenal menamatkan pra musim dengan bergaya dan penuh konfiden. Tak kisahlah status lawannya yang kini meringkuk di Division 2 liga Jerman, tapi pengembaraan ke kampung Lukas Podolski kali ini mampu mendatangkan bibit2 senyuman buat para gooners.Tahun lepas 2 orang pemain baru kita score, di sini, Gervinho, 2 bijik jenkinson own goal. Musim ini new signing kita diberi debut, yang menariknya ketiga2nya menyerlah. Podolski dengan penuh respect score dua bijik ke atas pasukan lamanya.Mael bukak jaringan melalui corner yang diangkat oleh Santi. Gervinho tambah gol ketiga peribadinya ke atas FC Koln.

45 minit pertama Wenger menurunkan ketiga2 pemain baru dan pastinya mata2 tertumpu ke arah mereka ini untuk melihat sejauh mana pembaharuan yang boleh disumbangkan. Ternyata mereka tidak mengecewakan untuk 1st impression. Santi Cazorla, gerakan2nya nampak bijak, turning, passing control ball mmg suatu yang ditagih dari Arsenal yang kehilangan kreativiti sejak musim lepas apabila kita hilang Fabregas dan Wilshere. Cazorla bakal menjadi pemain penting di Arsenal kerana walaupun 1st match, tapi link up play yang menarik menunjukkan mereka bagai sudah ada persefahaman dengan pemain2 yang sedia ada. Begitu juga dengan Giroud, walaupun tidak menjaringkan gol akibat kecekapan keeper lawan, keupayaan fizikal memberi sauatu dimensi baru buat Arsenal.Lebih tegap berbanding chamakh keupayaan Giroud untuk set up play dan hold up front mampu berguna buat Arsenal ketika menggunakan lonely striker.Podolski, agak senyap mula2, mungkin janggal beraksi menentang bekas rakan2 sepasukan sendiri, tapi setelah Chambo dijatuhkan dalam kotak penalti, Podolski menguatkan diri untuk menyempurnakan sepakan dan peliknya, jaringannya turut disambut pasukan tuan rumah yang masih menganggap dirinya sebagai pemain yang dihormati dan wira. Tiada yang aneh sebenarnya jika meninggalkan kelab dengan penuh respect.Simple, lu hormat orang, orang berganda2 hormat lu balik. Pikir dulu sebelum cakap.Selepas gol itu, Podolski tidak lagi pandang ke belakang, dia mula menampakkan value nya dengan hantaran satu dua bersama gibbs sebelum disudahkan dengan cantik.

Boleh katakan, semua pemain Arsenal pada malam itu bermain dengan relax, enjoy dan tenang. Cuma ada satu dua yang harus diperbaiki terutamanya fokus di bahagian pertahanan dan pastikan tak caught off position. Coquelin perlukan lebih awareness agar mengurangkan sloppy pass dan Manone jugak tak payah nak try so hard untuk tarik perhatian Wenger sampai kadang kala boleh ganggu konsentrasi sendiri.Dia patut main lebih tenang sebagai seorang keeper, cukuplah dah ada kegelabahan Fabianski, kita tidak perlukan lagi masalah untuk difikirkan. Yenaris membuktikan dia bersedia bersaing dengan Jenkinson utk slot back up Sagna.Theo dan Chambo lebih konfiden dalam larian2 dengan adanya through2 ball dari pemain seperti Cazorla.Sayang tak dapat lihat gandingan Arteta-Cazorla kerana diberitakan dia mengalami sedikit kecederaan tapi tak serius.

2nd half Wenger melakukan pertukaran skuad kecuali Podolski yang diberi lebih masa untuk 'testimonial' match nya. Sekali lagi dia melorongkan bola kepada Gervinho yang bawak dari sebelah kiri dan settle seorang diri.Boleh dikatakan sepanjang pra musim kali ini, Gervinho merupakan pemain terbaik dan nampak lebih bernafsu, mungkin akibat selepas permulaan hidup di BPL dengan kad merah dan jugak kepenatan piala Afrika, kali ini Gervinho berhajat untuk membantu Arsenal lebih maju. Dengan adanya saingan2 sihat dari pemain lain, ia suatu tanda yang positif.Arshavin, masih ada, Podolski, Chambo jugak boleh beraksi di posisinya begitu jugak Santos dan Rosicky. Cuma Ryo yang kali ini sekali lagi dipinjamkan ke pasukan BPL Wigan. Semoga dia mendapat pengalaman dan pembelajaran menarik di sana. 

Suatu yang ditunggu2 jugak untuk melihat apakah RVP akan diturunkan. Ya dia mendapat aksi kurang setengah jam.Menggantikan Podolski, RVP tidak segan memakai armband setelah apa yang diucapkan baru2 ini. Walaupun armband bukanlah isu besar tapi...urghhh..harap anda paham apa yang cuba gua nak luahkan. Dan apa kata RVP buat sedikit 'a little update for the fan' seperti yang dia suka buat , tentang status sebenar2nya ketika ini barulah terang lagi bersuluh dan kita lihat daripada situ bagaimana penerimaan para gooners yang bukanlah kejam dan sentiasa terbuka hati serta pemaaf.Ini tidak, bagi yang tak berkesempatan melihat aksi live streaming, dan tak tahu cerita sebenar pasti akan termakan dakyah2 media yang menyogokkan berita2 sensasi lagi merapu kononnya RVP diboo la .Ok kalau main away, team away buat sub, biasa apa yang didengar? Jadi mana nak tahu itu dari gelandangan penyokong2 Arsenal? Penyokong2 Arsenal adalah terdiri dari kalangan orang2 yang sabar dan mampu berfikir. Memang kita sedikit terluka tapi belum bermaksud kesemuanya hilang pertimbangan terhadap sesuatu yang belum benar2 pasti. Tugas media hanya kasi provoke dan porak peranda, jangan termakan. Nak demo ke hape tunggu sebaik sahaja JIKA terpampang sah dia tersengih kerang sambil memakai kain pelikat berinsuran.

Tentunya Arsenal ada perkara lebih besar hendak difikirkan daripada memikir lagak perimadona orang perseorangan musim demi musim.Arsenal ada lagi 24 skuad player yang harus difikirkan, itupun masih ada lagi yang terpaksa di offload keluar namun masih belum ada pembida sesuai.Dan paling penting Arsenal ada Sunderland untuk dibimbangkan sebagai pembuka tirai musim ini!! Kita tuan rumah untuk pembukaan kali ini.Bring it on! COYG!

Tapi internationaleleh tengah2 minggu memang kasi spoil mood betul lah. Euro dah habis, Olimpik pun dah habis. Macam kata Wenger, apekebenda logiknya buat useless friendly time2 macam ni.Tak pasal2 injured nanti. 14 Gunners terpilih mewakili negara masing2. Itupun Koscielny dan Chamberlain telah disisihkan akibat kecederaan namun seperti Arteta, tak serius.Tak sabar nak tunggu sepak mula 12/13

Agi idup agi mengGunners!!




Jumaat, 10 Ogos 2012

Cazorla, Arteta interview




Khamis, 9 Ogos 2012

United tengah nak all out ciluk RVP

Angin bertiup kencang di dada2 akhbar ketika RVP sibuk membuat rembatan kencang dalam latihan di Jerman. Tatkala sang Fergie seakan2 budak kecik yang merengek2 menangis dengan hidung merah kerana tidak dapat apa yang diminta, dia kini telah memulakan perang psikologi untuk menukar semua fokus ke arah yang seorang ini iaitu RVP. United gagal dalam bidaan ke atas Hazard dan kemudian Lucas Moura, kedua2nya tumpas kepada duit gila Chelsea dan PSG, suatu yang membuatkan Fergie tak senang duduk kerana dulu kebiasaannya apa sahaja yang dia kehendaki, semua dapat. Sambil membebel2 tentang ketidakadilan ekonomi, dia kini mula mengalih perhatian dan marahnye pada Arsenal."Kita penat2 bid, depa sibuk nak jual kat orang lain!!" ..marahnya, "Arsenal tak nak jual", adunya lagi...

Kali terakahir business deal antara dua kelab ini ialah Silvestre dipos ke Arsenal, suatu yang tak ditangisi langsung oleh Mancunia manakala menjengkelkan sedikit bagi para Gooners. Dan menjual pemain terbaik kepada kelab rival?!, oh itu satu tindakan yang mengundang backlash dan marah para penyokong setia , sebaik cop mohor perpindahan di stamp, segala kerja susah payah membawa masuk signing2 baru dan membuang deadwood2 akan dilupakan serta merta.Semua fikiran akan tertumpu bagaimana Arsenal boleh sanggup tunduk pada jalan ini ketika mana kita sepatutnya harus lebih tegas dan jika jalan lain itu sedikit merugikan,biarlah asalkan demi maruah. Yang ada kuasa membuat keputusan sekarang ini bukan RVP, bukan juga Fergie dan United tapi Arsenal. Arsenal yang kini berhak memilih menentukan outcome dari senario ini kerana alasan none ambitious tidak boleh dipakai lagi, RVP masih ada baki kontrak setahun, Fergie pulak.. well kita sedia maklum sejarah rivalry antara 2 kelab ini walaupun lewat kebelakangan ini agak so so siket. Jadi Arsenal harus tegap berdiri dan jangan mudah dibuli. Sanggupkah kita menerima cacian sepanjang hayat dari Spuds fan bahawa jika ada bandingan antara kita dengan mereka, mereka lebih kuat mempertahankan pemain bintang mereka sedangkan kita dengan slumber melepaskan seorang demi seorang.

Dan gua secara peribadi percaya kalau Arsenal sanggup melepaskan RVP ke Old Trafford, ia satu keputusan yang dibuat oleh BOD tanpa mendapat restu Wenger.Wenger mungkin nyanyuk tapi tidaklah sampai sebodoh itu mahu memperkuatkan jentera serangan United kepada lawan yang diirihati selama ini,dengan bermacam2 insiden dan tragedi semenjak 15 tahun dia merasai rivalry, pesta Pizza, gaduh mulut, perang psiko,berdiri dekat stand penyokong, kalah 1-6, 2-8, Wenger adalah manusia dan dia pasti akan berfikir logik. Sebab itu Fergie claim mengadu Arsenal taknak jual sepatah haram . Dan gua akan salahkan Board jika ia berlaku, kerana hanya disebabkan sifat tamak, mereka sanggup mngetepikan sentimen2 penyokong yang menjadi sumber dana terbesar kelab.

"oih mana maw pergi? lu jangan macam2..gua tengah usha rapat jek lu ni haa.."


Buat RVP pulak, rata2 fan Arsenal berpendapat, lu tak payah nak kecoh2, lu nak stay lu stay, lu nak blah, lu dipersila blah jauh2.Silapnya hanya kerana statement awal yang dikeluarkan pihaknya(diri sendiri atau agent) sahaja, menampakkan kini Arsenal berada di pihak yang lemah. Mungkin lebih selamat jika dia membiarkan ia berlaku di belakang tabir tapi itu mungkin perangai dia, tak mau sorok2 perasaan. Kita hormati, tapi jika lu masuk United, ok kita hormati jugak tapi jangan harap kita akan meratap2 terkenang2 budi dan kenangan manis yang lu dah bagi. Lu nak stay, pintu kemaafan tak pernah ditutup, lu manusia , lu buat salah, lu ada cita2, lu berhak memilih, tapi lu jugak ada akai untuk pikiaq..

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 8 Ogos 2012

Selamat datang Cazorla, Skuad bersiap sedia di Jerman.



Ya sengaja aku membiarkan lewat 2 3 hari walaupun segalanya sudah seakan pasti, hanya menunggu pengesahan di laman sesawang Arsenal.com , Santi Cazorla kini sah pemain Arsenal. Telah pun melepasi ujian medical Jumaat lagi, dibawa berjalan2 ke padang latihan London Colney bertemu rakan sepasukan baru, tour sekitar Emirates, tapi baru semalam Arsenal dan Malaga mencapai persetujuan untuk mengumumkan signing ketiga Arsenal dan mungkin belum berakhir bagi Arsene Wenger kerana nafsunya untuk summer ini seakan lain macam dan melepas geram.

Baiklah bercerita mengenai Encik Santi Cazorla.Pemain 27 tahun ini berasal dari Llanera Spanyol dan pernah mencipta kerjaya dengan Yellow Submarine Villarreal, Recreativo dan terakhir sekali Malaga. Merupakan antara nadi penting Villarreal , dan jugak sumber kreativiti Malaga , membawa kelab itu ke pencapaian tertinggi dalam sejarah kelab, tempat keempat sekaligus saingan untuk Champions League musim depan.Antara pemain  dalam skuad juara Eropah Spanyol 2008 dan 2012. Pernah dipilih selaku pemain terbaik La Liga musim 2007.Ramai yang berpendapat bahawa Santi Cazorla adalah satu2nya pemain dalam generasi emas Skuad Spanyol yang terlepas beraksi di peringkat tertinggi bersama kelab2 elite Eropah.Dia juga dikhabarkan pernah menolak tawaran Real Madrid untuk kekal di Villarreal, suatu yang dikondem oleh fan2 Madrid dan para pundit menganggapnya tiada wawasan. Pada ketika umur Cazorla mencecah 27, kini dia mendapat peluang yang terhidang dan baginya, ini adalah panggilan terakahir di kemuncak kerjayanya untuk melaksanakan the last big move, dengan menyertai Arsenal. Sebenarnya Santi pernah diintai awal lagi oleh Arsenal tapi mungkin tiada rezeki.Walaubagaimanapaun sesudah tertulis, jutawan Qatar membuat onar di Malaga, Arsenal menggunakan kesempatan untuk menawarkan jalan keluar buat Cazorla mengembangkan sayapanya di BPL. Tindakan yang mendapat 'restu' rakan2 tidak lupa bekas pemain Arsenal, Cesc dan Pires. Kehadirannya pasti memperkuatkan jentera tengah yang sedikit ketandusan kreativiti akibat kecederaan Wilshere dan jugak fitness Diaby yang masih diragui. Gua percaya dia akan settled in cepat dengan adanya rakan senegara Arteta dan Ignasi Miquel biarpun tiada lagi kelibat Almunia. #WelcomeCazorla

 Gua rasa gembira dengan perkembangan ini dengan cara Arsenal handle transfer setakat ini dengan signing2 awal meletakkan kita sebagai contender di atas kertas bagi cabran musim ini. Totally different dengan situasi pada musim lepas.Sedikit lagi touch up, kita dah sedia untuk jadi title challenger terutama di bahagian pertahanan mungkin perlu diperkuatkan.Seorang lagi established RB atau DM amatlah dialu alukan. Sama ada RVP kekal atau tidak, kita sudah bersedia dengan apa juat outcome dengan persiapan awal ini.Walaupun 2 minggu tirai BPL akan dibuka namun transfer masih boleh berlaku sehingga 1 September.

Untuk kes RVP, Mancini dah mengaku kalah, sukar untuk offload lambakan striker2 yang sudah perpuas hati dan mahu stay di Etihad.Juve tak mahu bayar lebih dan masih main tarik tali, no offense to Juventus, tapi untuk kata mereka jauh lebih kuat daripada kita selaku jaura serie A, ketika ini adalah suatu yang boleh didebatkan.Hantar saja bertemu mana2 pasukan Italy, Arsenal mampu memberi saingan malah menewaskan mereka sakalipun-bar kes Milan tahun lepas-, cuma jika sebab apa2 pun janji seketul piala RVP mahu blah, mungkin liga Italy yang kurang cabarannya sesuai sebagai destinasi melepaskan hajat. Dengan Antonio Conte kini berdepan dakwaan skandal mengatur perlawanan, pemain2 mungkin akan pikir balik keputusan untuk berhijrah ke sana disebabkan masa depan pengurusan yang belum pasti.Jadi tinggallah United selaku pembida rasmi dan jugak calon akhir tunggal buat masa ini. Kita jugak tahu, jika tidak keluar dari Britain, RVP lebih prefer United dari City. tapi masalahnya Fergie tak mahu bayar lebih ,yuran mahupu n demand gaji dan Arsenal takkan senang2 melepaskan MVP liga kepada rival2 dengan begitu sahaja,harga yang dibayar perlu setanding dengan risiko yang diterima. Atau pun buat apa susah2, duduk kekal sahaja di Arsenal, buat U-turn macam Rooney, mintak maaf, duduk diam2 muhasabah diri dan beraksi macam biasa dengan penuh semangat profesional. Dan gua percaya rata2 fan Arsenal pasti akan terasa jika RVP memilih untuk membakar jambatan keharmonian yang telah dibina bersama para gooners sejak sekian lama dengan menyertai Man United. Lebih2 lagi fan di Malaysia yang rata2 tidak boleh duduk semeja mamak bersama kebanyakan gerombolan2 emo United.

Apa dia tak nampak ke apa yang sedang dilakukan Arsenal sekarang? Kita dah 'sign' Bould! kita dah dapatkan bekas pemain muda terbaik Piala Dunia, kita dah dapat penjaring gol terbanyak liga Perancis, kita dah dapatkan pemain yang pernah merasai dinobatkan selaku pemain terbaik La Liga, dan kita jugak dalam perancangan mendapatkan bekas pemain terbaik Bundesliga secara pinjaman.Adakah itu tidak cukup 'Ambitious'?? Perlu berpijak di bumi realiti, bukan  mudah nak bersaing dengan duit2 gila yang telah dirosakkan Chelsea dan City, tapi untuk Arsenal melaburkan hampir 40M setakat ini dan still counting, perghh ini memang hyperaktif berbanding musim2 kebelakangan ini.Ataupun ini memang plan dia kerana dalam statement dia tak pernah kata nak blah dari Arsenal musim ini cuma dia kata tak nak sambung kontrak yang hanya akan mati selepas tamat musim depan. Kalau benar, wake up callnya menjadi buat Wenger dan scout menggelabah memancing pemain2.RVP telah pun bersama2 turut serta dalam kem latihan di Jerman bersama dengan signing2 baru Podolski Giroud dan Cazorla. Jika tiada aral melintang game bertemu FC Cologne Ahad ini bolehlah kita saksikan player2 utama ini beraksi.

Agi idup agi mengGunners!!!




Rabu, 1 Ogos 2012

Lengkap AsiaTour tapi masih banyak perlu diperbaiki

Bertemu kembali, ketika pra musim sedang hangat berlangsung, Arsenal telah pun pulang dari melengkapkan jadual pra musim dalam siri jelajah Asia 2012. 1 kemenangan ke atas Malaysia,1 kekalahan kepada Manchester City dan jugak 1 seri bertemu kelab Hong kong Kitchee. Walaupun pada perlawanan friendly ini result tidak diutamakan, tetapi jika expectation yg diletakkan agak tinggi, display dan keputusan dari semua opponent tu boleh membuatkan kita terangkat kening.Gua lebih impress kepada pasukan kebangsaan dan tidak henti memberi sokongan kepada Harimau Malaya malam itu berbanding skuad campuran Arsenal.Kita tahu ramai pemain2 utama yang ditingalkan di rumah terutama di bahagian pertahanan dan serangan meletakkan Chamakah hanya sebagai striker utama. Tapi ini peluang untuk mereka yang tak berkesempatan membuktikan bakat untuk menyinar. Seperti kata Wenger, ada yang sudah bersedia, ada yang langsung belum bersedia,bagi gua ada jugak yang konsisten mengecewakan.

Yang pasti kesemua pemain mendapat minit beraksi sebagai pemanas badan untuk fitness mahupun sebagai pengalaman.Ketiga2 penjaga gol kita digilir2kan match seorang satu, suatu yang adil untuk semua. Yang mencuri tumpuan pastinya penjaring terbanak pra musim, pemain muda Jerman yang dibeli dari Dormund instead of Gotze yang digembar gemburkan, akhirnya Wenger gamble dengan Thomas Eisfeld. Dia hanya pemain gantian untuk ketiga2 match dan jumlah aksinya  hanya 43 minit namun sudah nampak bibit2 impak genius dalam corak permainannya yang boleh disumbangkan kepada pasukan. Ia mengingatkan gua pada Jack Wilshere di usia muda bagaimana dia break through ke skuad utama. Ketika Wilshere masih lagi terlantar sehingga siapa tahu bulan Oktober?, Wenger ada cukup masa untuk bereksperimentasi dengan budak ini lebih2 lagi Rambo kini bersama skuad Olimpik jadi dia tak perlu sibuk2 untuk jaga hati dan perasaan.Berikan dia peluang dalam baki pra musim ini untuk dia mengolah lebih barulah boleh Wenger menentukan sama ada dia part of the team untuk 12/13 atau dipinjamkan keluar.

Kepulangan Abou Diaby dianggap Wenger seperti new singning.Klise sungguh ayat itu untuk saban musim. Wenger begitu adore pada Abou hinggakan dia sanggup menunggu mamat ni pulih seperti sedia kala pre Sunderland-06.Entah apa yang dilihat pada pemain tengah Perancis yang dilobinya sebagai bakal pilihan utama Blanc jika fit.Kini tak tau la nasib Diaby lepas Deschamps amik alih.Diaby bermain kesemua perlawanan dengan separuh masa. Suatu yang gembira adalah dia pulang tanpa sebarang kecederaan teruk. Jugak dilihat adalah percubaan perubahan posisi, Santos mendapat role lebih advance dengan diberikan peluang beraksi di bahagian forward terutama di sebelah kiri. beg kiri digilir2 antara Miquel dan Gibbs manakala belah kanan antara Jenkinson, Yenaris, Eastmond.CB kita ada kapten Mael, Johan, Bartley yang kelmbali dari skuad relegated Glasgow Rangers(sekejap benar roda berputar) dan jugak Miquel. Ekperimen variasi Wenger ini gagal untuk mencari keserasian untuk backup back 4, suatu yang pastinya akan membotakkan lagi kepala Stve Bould yang sudah sedia botak.Johan konsisten mengecewakan, Bartley AWOL Mael sukar nak control rakan2 defend. Cuma untuk overlap kita ada positif melalui Yenaris dan Gibbs yang tak segan membantu di bahagian wide area.Arsenal perlu mengurangkan tabiat high line defense , kerana kita seringkali terperangkapdengan counter musim2 sebelum ini akibat shield depan back 4 kita yakni midfield tak mampu untuk tolong cover.Namun begitu kita masih ada Kos dan Mert di rumah.

Bagi bahagian midfield , agak kurang kreativiti. Arteta Song Chambo jarang boleh jolok bola dari tengahs eperti kebiasaan mungkin akibat faktor padang.Chambo agak menghiburkan dengan larian2 redbullnya kadang2.Aneke kelihatan agak promising, cuma aku tak pasti sama ada kita boleh sabar menunggu Coquelin develop sebagai pencabar kepada Song.Oh lupa kita ada Diaby the new signing. Tapi yang pasti untuk Asia tour kita kelihatan flat dan kurang kreatif dan gagal memaksimakan ruang tanpa kelibat Rosicky atau Yossi musim lepas.Bahagian forward, Theo tak nampak tajam, konsisten mengecewakan, (dalam otak pikir pasal kontrak kut) Gervinho mungkin boleh melalui penjenamaan semula selepas fade out di  african cup.Afobe belum bersedia dan Chamakh, ternyata gagal menggunakan peluang yang ada.Kalau katanya, jika RVP blah dia dalah orangnya, dia mungkin silap, bench akan menjadi teman setia jika dia terus main tanpa konfiden macam gini.

Secara keseluruhan, ia bukanlah pengalaman buruk tapi ia menampakan masih ada lagi perkara2 dan ruang yang harus diperbaiki.Lagipun ini skuad campuran belum full squad ketika ada pemain2 lain yang ketinggalan terutama dua signing baru kita yang masih belum diuji. Mungkin menentang Cologne lagi dua minggu, Podolski boleh ikut balik kampung.Dan buat pertama mkali jugak Wenger membuka mulut tentan peluang beberapa pemain yang tidak turut serta, lebih kepada pengakuan direct "Bendi,Squillaci dan Park boleh pergi,Arshavin masih dalam tarik tali, khidmatnya mungkin masih diperlukan musim depan". Park oh Park, pastinya kini dia kecewa kerana tidak mendapat peluang, dan Lille tersenyum lebar melihat nasib yang dialami sesudah apa yang dilakukan Park kepada mereka musim lepas dalam usaha untuk menyertai Arsenal.Tidak kurang juga kini kota London pasti dipandang serong oleh kedua2 Korea Utara dan Selatan tatkala tragedi kesilapan bendera Korea Utara di Olimpik dan jugak bagaimana Ketua pasukan Korea Selatan dilayan oleh sebuah kelab di utara London.Namun jangan bimbang kerana Malaysia jugak dikatakan jadi penyelamat, Shebby di Blackburn difahamkan berminat untuk mendapatkan Park secara pinjaman sebagai pengganti Best yang baru dibeli tapi malangnya injured. Bendi dengarnya diintai oleh kelab Turkey, Arshavin pulak bersedia untuk kekal di London dengan Fulham dikatakan berminat.Squillaci khbarnya diintai oleh kelab France SC Bastia.

Dan Pastinya ramai tertunggu2 akan the third new signing. Wenger mengakui dia belum puas dengan transfer untuk market kali ini, dan akan ada player dibawa masuk jika boleh. Tidak menjadi rahsia Wenger sedang mencari seorang lagi pemain tengah dan kereativiti menjadi ciri2 yang dicari Wenger. Santi Cazorla milik Malaga ketika ini merupakan pilihan dan Wenger pernah mengakui kemampuan pemain Spain yang pernah mereject Real Madrid untuk kekal di Villarreal.Ketika ditanya, Arteta jugak stayed cool dalam memberikan kredit kepada rakan senegaranya.Menguatkan Rumors, Malaga ketika ini dikatakan terdesak untuk terpaksa menjual bagi melangsaikan hutang maka persetujuan telah di agreed oleh kedua2 parti dengan jumlah perpindahan 16M. Namun begitu ada desas desus menyatakan take over yang berlaku sekarang ini sedikit menyukarkan.Owner lama dari Qatar Sheikh Al Thani dah setuju tapi Jutawan Albania, Rezart Taci yang nak amik alih kelab belum tentu, kerana Malaga ada cabaran besar meghadapi Champions League musim ini buat pertama kali jadi pastinya pemain2 utama diperlukan. Arsenal jugak dikatakan dalam rundingan mendapatkan Nuri Sahin dari Real Madrid secara pinjaman selepas Mourinho berkata pemain yang pernah digelar terbaik dalam Bundesliga itu tidak ada dalam perancangan untuk musim depan walaubagaimanapun Arsenal mendapat saingan dari jiran busuk hati Spuds.

Masih belum ada apa2 perkembangan tentang RVP.Setakat ini dia masih terikat dengan kontrak Arsenal.Ketika press conference sewaktu friendly bertemu City, Wenger kelihatan geram dan muak mahu menjawab apa jua soalan berkenaan RVP di press dan Mancini bagi cool down siket dengan buat2 tak minat serta menafikan bidaan telah dilakukan.Di belah United, mereka mendakwa RVP demand untuk menjadi pemain paling mahal dibayar di Old trafford sebaris dengan Rooney suatu yang rata2 peminat tegar mereka susah menerimanya manakala di Turin, Juventus tetap lagi dengan tarik tali berkata 'kalau Arsenal nak jual, Arsenal taknak jual murah' dengan harapan boleh mohon simpati. Jadi kalau ikut situasi sekarang, tidak terkejut ketika bertemu Sunderland dalam kick off musim nanti RVP masih lagi menyarung jersi Arsenal.Kalau betul ada potential buyer sekalipun, benda ini akan hanya sorted out di last2 minit transfer rasanya.

Agi idup agi mengGunners!!!