Rabu, 8 Ogos 2012

Selamat datang Cazorla, Skuad bersiap sedia di Jerman.



Ya sengaja aku membiarkan lewat 2 3 hari walaupun segalanya sudah seakan pasti, hanya menunggu pengesahan di laman sesawang Arsenal.com , Santi Cazorla kini sah pemain Arsenal. Telah pun melepasi ujian medical Jumaat lagi, dibawa berjalan2 ke padang latihan London Colney bertemu rakan sepasukan baru, tour sekitar Emirates, tapi baru semalam Arsenal dan Malaga mencapai persetujuan untuk mengumumkan signing ketiga Arsenal dan mungkin belum berakhir bagi Arsene Wenger kerana nafsunya untuk summer ini seakan lain macam dan melepas geram.

Baiklah bercerita mengenai Encik Santi Cazorla.Pemain 27 tahun ini berasal dari Llanera Spanyol dan pernah mencipta kerjaya dengan Yellow Submarine Villarreal, Recreativo dan terakhir sekali Malaga. Merupakan antara nadi penting Villarreal , dan jugak sumber kreativiti Malaga , membawa kelab itu ke pencapaian tertinggi dalam sejarah kelab, tempat keempat sekaligus saingan untuk Champions League musim depan.Antara pemain  dalam skuad juara Eropah Spanyol 2008 dan 2012. Pernah dipilih selaku pemain terbaik La Liga musim 2007.Ramai yang berpendapat bahawa Santi Cazorla adalah satu2nya pemain dalam generasi emas Skuad Spanyol yang terlepas beraksi di peringkat tertinggi bersama kelab2 elite Eropah.Dia juga dikhabarkan pernah menolak tawaran Real Madrid untuk kekal di Villarreal, suatu yang dikondem oleh fan2 Madrid dan para pundit menganggapnya tiada wawasan. Pada ketika umur Cazorla mencecah 27, kini dia mendapat peluang yang terhidang dan baginya, ini adalah panggilan terakahir di kemuncak kerjayanya untuk melaksanakan the last big move, dengan menyertai Arsenal. Sebenarnya Santi pernah diintai awal lagi oleh Arsenal tapi mungkin tiada rezeki.Walaubagaimanapaun sesudah tertulis, jutawan Qatar membuat onar di Malaga, Arsenal menggunakan kesempatan untuk menawarkan jalan keluar buat Cazorla mengembangkan sayapanya di BPL. Tindakan yang mendapat 'restu' rakan2 tidak lupa bekas pemain Arsenal, Cesc dan Pires. Kehadirannya pasti memperkuatkan jentera tengah yang sedikit ketandusan kreativiti akibat kecederaan Wilshere dan jugak fitness Diaby yang masih diragui. Gua percaya dia akan settled in cepat dengan adanya rakan senegara Arteta dan Ignasi Miquel biarpun tiada lagi kelibat Almunia. #WelcomeCazorla

 Gua rasa gembira dengan perkembangan ini dengan cara Arsenal handle transfer setakat ini dengan signing2 awal meletakkan kita sebagai contender di atas kertas bagi cabran musim ini. Totally different dengan situasi pada musim lepas.Sedikit lagi touch up, kita dah sedia untuk jadi title challenger terutama di bahagian pertahanan mungkin perlu diperkuatkan.Seorang lagi established RB atau DM amatlah dialu alukan. Sama ada RVP kekal atau tidak, kita sudah bersedia dengan apa juat outcome dengan persiapan awal ini.Walaupun 2 minggu tirai BPL akan dibuka namun transfer masih boleh berlaku sehingga 1 September.

Untuk kes RVP, Mancini dah mengaku kalah, sukar untuk offload lambakan striker2 yang sudah perpuas hati dan mahu stay di Etihad.Juve tak mahu bayar lebih dan masih main tarik tali, no offense to Juventus, tapi untuk kata mereka jauh lebih kuat daripada kita selaku jaura serie A, ketika ini adalah suatu yang boleh didebatkan.Hantar saja bertemu mana2 pasukan Italy, Arsenal mampu memberi saingan malah menewaskan mereka sakalipun-bar kes Milan tahun lepas-, cuma jika sebab apa2 pun janji seketul piala RVP mahu blah, mungkin liga Italy yang kurang cabarannya sesuai sebagai destinasi melepaskan hajat. Dengan Antonio Conte kini berdepan dakwaan skandal mengatur perlawanan, pemain2 mungkin akan pikir balik keputusan untuk berhijrah ke sana disebabkan masa depan pengurusan yang belum pasti.Jadi tinggallah United selaku pembida rasmi dan jugak calon akhir tunggal buat masa ini. Kita jugak tahu, jika tidak keluar dari Britain, RVP lebih prefer United dari City. tapi masalahnya Fergie tak mahu bayar lebih ,yuran mahupu n demand gaji dan Arsenal takkan senang2 melepaskan MVP liga kepada rival2 dengan begitu sahaja,harga yang dibayar perlu setanding dengan risiko yang diterima. Atau pun buat apa susah2, duduk kekal sahaja di Arsenal, buat U-turn macam Rooney, mintak maaf, duduk diam2 muhasabah diri dan beraksi macam biasa dengan penuh semangat profesional. Dan gua percaya rata2 fan Arsenal pasti akan terasa jika RVP memilih untuk membakar jambatan keharmonian yang telah dibina bersama para gooners sejak sekian lama dengan menyertai Man United. Lebih2 lagi fan di Malaysia yang rata2 tidak boleh duduk semeja mamak bersama kebanyakan gerombolan2 emo United.

Apa dia tak nampak ke apa yang sedang dilakukan Arsenal sekarang? Kita dah 'sign' Bould! kita dah dapatkan bekas pemain muda terbaik Piala Dunia, kita dah dapat penjaring gol terbanyak liga Perancis, kita dah dapatkan pemain yang pernah merasai dinobatkan selaku pemain terbaik La Liga, dan kita jugak dalam perancangan mendapatkan bekas pemain terbaik Bundesliga secara pinjaman.Adakah itu tidak cukup 'Ambitious'?? Perlu berpijak di bumi realiti, bukan  mudah nak bersaing dengan duit2 gila yang telah dirosakkan Chelsea dan City, tapi untuk Arsenal melaburkan hampir 40M setakat ini dan still counting, perghh ini memang hyperaktif berbanding musim2 kebelakangan ini.Ataupun ini memang plan dia kerana dalam statement dia tak pernah kata nak blah dari Arsenal musim ini cuma dia kata tak nak sambung kontrak yang hanya akan mati selepas tamat musim depan. Kalau benar, wake up callnya menjadi buat Wenger dan scout menggelabah memancing pemain2.RVP telah pun bersama2 turut serta dalam kem latihan di Jerman bersama dengan signing2 baru Podolski Giroud dan Cazorla. Jika tiada aral melintang game bertemu FC Cologne Ahad ini bolehlah kita saksikan player2 utama ini beraksi.

Agi idup agi mengGunners!!!




0 ulasan: