Khamis, 9 Ogos 2012

United tengah nak all out ciluk RVP

Angin bertiup kencang di dada2 akhbar ketika RVP sibuk membuat rembatan kencang dalam latihan di Jerman. Tatkala sang Fergie seakan2 budak kecik yang merengek2 menangis dengan hidung merah kerana tidak dapat apa yang diminta, dia kini telah memulakan perang psikologi untuk menukar semua fokus ke arah yang seorang ini iaitu RVP. United gagal dalam bidaan ke atas Hazard dan kemudian Lucas Moura, kedua2nya tumpas kepada duit gila Chelsea dan PSG, suatu yang membuatkan Fergie tak senang duduk kerana dulu kebiasaannya apa sahaja yang dia kehendaki, semua dapat. Sambil membebel2 tentang ketidakadilan ekonomi, dia kini mula mengalih perhatian dan marahnye pada Arsenal."Kita penat2 bid, depa sibuk nak jual kat orang lain!!" ..marahnya, "Arsenal tak nak jual", adunya lagi...

Kali terakahir business deal antara dua kelab ini ialah Silvestre dipos ke Arsenal, suatu yang tak ditangisi langsung oleh Mancunia manakala menjengkelkan sedikit bagi para Gooners. Dan menjual pemain terbaik kepada kelab rival?!, oh itu satu tindakan yang mengundang backlash dan marah para penyokong setia , sebaik cop mohor perpindahan di stamp, segala kerja susah payah membawa masuk signing2 baru dan membuang deadwood2 akan dilupakan serta merta.Semua fikiran akan tertumpu bagaimana Arsenal boleh sanggup tunduk pada jalan ini ketika mana kita sepatutnya harus lebih tegas dan jika jalan lain itu sedikit merugikan,biarlah asalkan demi maruah. Yang ada kuasa membuat keputusan sekarang ini bukan RVP, bukan juga Fergie dan United tapi Arsenal. Arsenal yang kini berhak memilih menentukan outcome dari senario ini kerana alasan none ambitious tidak boleh dipakai lagi, RVP masih ada baki kontrak setahun, Fergie pulak.. well kita sedia maklum sejarah rivalry antara 2 kelab ini walaupun lewat kebelakangan ini agak so so siket. Jadi Arsenal harus tegap berdiri dan jangan mudah dibuli. Sanggupkah kita menerima cacian sepanjang hayat dari Spuds fan bahawa jika ada bandingan antara kita dengan mereka, mereka lebih kuat mempertahankan pemain bintang mereka sedangkan kita dengan slumber melepaskan seorang demi seorang.

Dan gua secara peribadi percaya kalau Arsenal sanggup melepaskan RVP ke Old Trafford, ia satu keputusan yang dibuat oleh BOD tanpa mendapat restu Wenger.Wenger mungkin nyanyuk tapi tidaklah sampai sebodoh itu mahu memperkuatkan jentera serangan United kepada lawan yang diirihati selama ini,dengan bermacam2 insiden dan tragedi semenjak 15 tahun dia merasai rivalry, pesta Pizza, gaduh mulut, perang psiko,berdiri dekat stand penyokong, kalah 1-6, 2-8, Wenger adalah manusia dan dia pasti akan berfikir logik. Sebab itu Fergie claim mengadu Arsenal taknak jual sepatah haram . Dan gua akan salahkan Board jika ia berlaku, kerana hanya disebabkan sifat tamak, mereka sanggup mngetepikan sentimen2 penyokong yang menjadi sumber dana terbesar kelab.

"oih mana maw pergi? lu jangan macam2..gua tengah usha rapat jek lu ni haa.."


Buat RVP pulak, rata2 fan Arsenal berpendapat, lu tak payah nak kecoh2, lu nak stay lu stay, lu nak blah, lu dipersila blah jauh2.Silapnya hanya kerana statement awal yang dikeluarkan pihaknya(diri sendiri atau agent) sahaja, menampakkan kini Arsenal berada di pihak yang lemah. Mungkin lebih selamat jika dia membiarkan ia berlaku di belakang tabir tapi itu mungkin perangai dia, tak mau sorok2 perasaan. Kita hormati, tapi jika lu masuk United, ok kita hormati jugak tapi jangan harap kita akan meratap2 terkenang2 budi dan kenangan manis yang lu dah bagi. Lu nak stay, pintu kemaafan tak pernah ditutup, lu manusia , lu buat salah, lu ada cita2, lu berhak memilih, tapi lu jugak ada akai untuk pikiaq..

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

Sofea berkata...

sabar bro, tak confirm lagi.. dah confirm baru marah kay.. sabar sabar..

Gunners & Roses berkata...

Haha..maaf mungkin bunyi agak kasar tp gua masih sabor, kan semua tu adalah "jika".gua cuma berpendapat BOD tak patut bertindak semberono jual sesuka hati setiap kali kena push dgn kelab luar, dan jugak harap RVP dapat pikir statusnya selaku kapten di Arsenal untuk tiba2 join pasukan seteru ketika mana banyak lagi kelab2 didunia ini yang mampu menang piala, kekal di Arsenal pun mampu menang piala! COYG!!