Selasa, 14 Ogos 2012

Pra Musim : Arsenal 4 Cologne 0








fd


Arsenal menamatkan pra musim dengan bergaya dan penuh konfiden. Tak kisahlah status lawannya yang kini meringkuk di Division 2 liga Jerman, tapi pengembaraan ke kampung Lukas Podolski kali ini mampu mendatangkan bibit2 senyuman buat para gooners.Tahun lepas 2 orang pemain baru kita score, di sini, Gervinho, 2 bijik jenkinson own goal. Musim ini new signing kita diberi debut, yang menariknya ketiga2nya menyerlah. Podolski dengan penuh respect score dua bijik ke atas pasukan lamanya.Mael bukak jaringan melalui corner yang diangkat oleh Santi. Gervinho tambah gol ketiga peribadinya ke atas FC Koln.

45 minit pertama Wenger menurunkan ketiga2 pemain baru dan pastinya mata2 tertumpu ke arah mereka ini untuk melihat sejauh mana pembaharuan yang boleh disumbangkan. Ternyata mereka tidak mengecewakan untuk 1st impression. Santi Cazorla, gerakan2nya nampak bijak, turning, passing control ball mmg suatu yang ditagih dari Arsenal yang kehilangan kreativiti sejak musim lepas apabila kita hilang Fabregas dan Wilshere. Cazorla bakal menjadi pemain penting di Arsenal kerana walaupun 1st match, tapi link up play yang menarik menunjukkan mereka bagai sudah ada persefahaman dengan pemain2 yang sedia ada. Begitu juga dengan Giroud, walaupun tidak menjaringkan gol akibat kecekapan keeper lawan, keupayaan fizikal memberi sauatu dimensi baru buat Arsenal.Lebih tegap berbanding chamakh keupayaan Giroud untuk set up play dan hold up front mampu berguna buat Arsenal ketika menggunakan lonely striker.Podolski, agak senyap mula2, mungkin janggal beraksi menentang bekas rakan2 sepasukan sendiri, tapi setelah Chambo dijatuhkan dalam kotak penalti, Podolski menguatkan diri untuk menyempurnakan sepakan dan peliknya, jaringannya turut disambut pasukan tuan rumah yang masih menganggap dirinya sebagai pemain yang dihormati dan wira. Tiada yang aneh sebenarnya jika meninggalkan kelab dengan penuh respect.Simple, lu hormat orang, orang berganda2 hormat lu balik. Pikir dulu sebelum cakap.Selepas gol itu, Podolski tidak lagi pandang ke belakang, dia mula menampakkan value nya dengan hantaran satu dua bersama gibbs sebelum disudahkan dengan cantik.

Boleh katakan, semua pemain Arsenal pada malam itu bermain dengan relax, enjoy dan tenang. Cuma ada satu dua yang harus diperbaiki terutamanya fokus di bahagian pertahanan dan pastikan tak caught off position. Coquelin perlukan lebih awareness agar mengurangkan sloppy pass dan Manone jugak tak payah nak try so hard untuk tarik perhatian Wenger sampai kadang kala boleh ganggu konsentrasi sendiri.Dia patut main lebih tenang sebagai seorang keeper, cukuplah dah ada kegelabahan Fabianski, kita tidak perlukan lagi masalah untuk difikirkan. Yenaris membuktikan dia bersedia bersaing dengan Jenkinson utk slot back up Sagna.Theo dan Chambo lebih konfiden dalam larian2 dengan adanya through2 ball dari pemain seperti Cazorla.Sayang tak dapat lihat gandingan Arteta-Cazorla kerana diberitakan dia mengalami sedikit kecederaan tapi tak serius.

2nd half Wenger melakukan pertukaran skuad kecuali Podolski yang diberi lebih masa untuk 'testimonial' match nya. Sekali lagi dia melorongkan bola kepada Gervinho yang bawak dari sebelah kiri dan settle seorang diri.Boleh dikatakan sepanjang pra musim kali ini, Gervinho merupakan pemain terbaik dan nampak lebih bernafsu, mungkin akibat selepas permulaan hidup di BPL dengan kad merah dan jugak kepenatan piala Afrika, kali ini Gervinho berhajat untuk membantu Arsenal lebih maju. Dengan adanya saingan2 sihat dari pemain lain, ia suatu tanda yang positif.Arshavin, masih ada, Podolski, Chambo jugak boleh beraksi di posisinya begitu jugak Santos dan Rosicky. Cuma Ryo yang kali ini sekali lagi dipinjamkan ke pasukan BPL Wigan. Semoga dia mendapat pengalaman dan pembelajaran menarik di sana. 

Suatu yang ditunggu2 jugak untuk melihat apakah RVP akan diturunkan. Ya dia mendapat aksi kurang setengah jam.Menggantikan Podolski, RVP tidak segan memakai armband setelah apa yang diucapkan baru2 ini. Walaupun armband bukanlah isu besar tapi...urghhh..harap anda paham apa yang cuba gua nak luahkan. Dan apa kata RVP buat sedikit 'a little update for the fan' seperti yang dia suka buat , tentang status sebenar2nya ketika ini barulah terang lagi bersuluh dan kita lihat daripada situ bagaimana penerimaan para gooners yang bukanlah kejam dan sentiasa terbuka hati serta pemaaf.Ini tidak, bagi yang tak berkesempatan melihat aksi live streaming, dan tak tahu cerita sebenar pasti akan termakan dakyah2 media yang menyogokkan berita2 sensasi lagi merapu kononnya RVP diboo la .Ok kalau main away, team away buat sub, biasa apa yang didengar? Jadi mana nak tahu itu dari gelandangan penyokong2 Arsenal? Penyokong2 Arsenal adalah terdiri dari kalangan orang2 yang sabar dan mampu berfikir. Memang kita sedikit terluka tapi belum bermaksud kesemuanya hilang pertimbangan terhadap sesuatu yang belum benar2 pasti. Tugas media hanya kasi provoke dan porak peranda, jangan termakan. Nak demo ke hape tunggu sebaik sahaja JIKA terpampang sah dia tersengih kerang sambil memakai kain pelikat berinsuran.

Tentunya Arsenal ada perkara lebih besar hendak difikirkan daripada memikir lagak perimadona orang perseorangan musim demi musim.Arsenal ada lagi 24 skuad player yang harus difikirkan, itupun masih ada lagi yang terpaksa di offload keluar namun masih belum ada pembida sesuai.Dan paling penting Arsenal ada Sunderland untuk dibimbangkan sebagai pembuka tirai musim ini!! Kita tuan rumah untuk pembukaan kali ini.Bring it on! COYG!

Tapi internationaleleh tengah2 minggu memang kasi spoil mood betul lah. Euro dah habis, Olimpik pun dah habis. Macam kata Wenger, apekebenda logiknya buat useless friendly time2 macam ni.Tak pasal2 injured nanti. 14 Gunners terpilih mewakili negara masing2. Itupun Koscielny dan Chamberlain telah disisihkan akibat kecederaan namun seperti Arteta, tak serius.Tak sabar nak tunggu sepak mula 12/13

Agi idup agi mengGunners!!




0 ulasan: