Sabtu, 18 Ogos 2012

Pre Match : SepakMula Musim 2012/2013 !!

Terlebih dahulu, sebelum kita tersenyum lebar menyaksikan arsenal di malam raya ini, di sempena menjelangnya syawal, pihak Arsenalaysia ingin mngucapkan salam Aidilfitri buat semua muslim serta memohon maaf zahir dan batin sekiranya apa jua coretan dan luahan isi hati serta pandangan peribadi yang menyakiti dan kurang disenangi.Kerana sebagai padang untuk penyokong Arsenal di Malaysia, padang ini hanyalah sebagai tempat untuk ktia 'bermain2' berkongsi perasaan serta maklumat sesama kita ,20 jari disusun memohon jutaan ampun.Semoga syawal disambut dengan penuh keinsafan di sebalik pemergian Ramadhan yang penuh keberkatan.Dikala kita berselesa jangan lupakan saudara2 kita yang sedang berjuang di luar sana ditindas musuh2.Di hari kemenangan kita, berdoalah supaya kita mampu memperoleh kemenangan yang lebih besar.Insha Allah..



Selamat bertemu kembali BPL. Kick off pertama selaku tuan rumah buat pertama kali sejak 2008, Arsenal akan memastikan rekod tanpa kalah dalam 11 game BPL opener akan dipanjangakan ketika berhadapan dengan anak buah Martin O'Neill malam ini.Seperti dijangka dalam pre match conference, soalan yang bertubi2 lebih kepada tentang transfer saga yang menggegar dunia bola sepak sehari dua ini. Wenger megakui biarpun agak terluka tapi tetap optimis, Arsenal sedia bersaing dan yakin akan kemampuan pemain2 baru serta yang sedia ada. Sedikit update dari press conference semalam sebelum kita berbincang mengenai game Sunderland dengan lebih lanjut.

Dengan sedikit rombakan skuad, no skuad telah pun diupdate. Jack Wilshere dari 19 telah mendapat jersi idaman sejak zaman remajanya 10.Ini sebagai 'hadiah' daripada Wenger untuk menunjukkan dia yakin bawaha Wilshere, Arsenal boy sejak usia 9 tahun, akan lead pasukan ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.Terharu beb Wilshere dapat menyarung jersi kebanggaan no 10 dengan dia sendiri memetik nama Bergkamp sebagai legend terdahulu sebelum singgah ke tangan2 tidak sepatutnya.Harap Jack dengan DNA Arsenalnya tidak mudah lupa.Signing baru yang belum mendapat no, Podolski akan menyarung jersi no 9 manakala Park Choo Young terpaksa memberi lalauan dengan berpuas hati mendapat jersi no 30. Mungkin Wenger mengangkat Park Choo young tapi kurang beri peluang adalah kerana undang2 Korea Selatan yang mahukan setiap warganegaranya perlu melalui latihan ketenteraan sebelum umur 28? kalau tak silap. Tapi dengan kemenangan, mengejut Korea Selatan  selaku pemenang pingat gangsa mengalahkan musuh tradisi Jepun di Sukan Olimpik, kerajaan mereka telah menawarkan status terhormat dengan pengecualian terhadap military service. Inio pasti relierf buat Park yang ingin kekal berkelana di bumi Eropah.Setakat ini belum ada buyer ketika Shebby dari Blackburn pernah intai2 dulu tapi senyap. Begitu jugak kes Bendi yang masih senyap.Arshavin? Belum ada bidaan tapi memandangkan Rosicky, Wilshere injured, kapten Russia itu masih ada sesuatu yang boleh disumbangkan. Orait no setererusnya, 19, 'S.Cazorla'. Coquelin dari 39 berubah ke 22. Masih ada vacancy di no 13, biar masa yang menetukan sama ada kita berjaya mendapatkan Nuri Sahin atau tidak kerana ketika ini boleh dikatakan kita di peringkat serius mendapatkan pemain Real Madrid tersebut.Ini diakui Wenger sendiri.Apabila ditanya tentang kebarangkalian Alex Song akan pindah dan adakah pemain baru bakal dibawa masuk, Wenger menjawab " kedua2nya ada kemungkinan berlaku". Arsenal ada sehingga 1 Sept untuk bertindak. Teka teki yang bakal bermain di minda setiap gooners. Oh dan selepas Vela ke Real Soceidad, Kyle Bartley pulak dilepaskan untuk menyertai Swansea secara permanent dengan kontrak 3 tahun.Selamat maju jaya diucapkan.

Thomas Vermaelan akan lead out skuad malam ini keluar dari terowong selaku kapten rasmi yang baru Arsenal FC mulai musim ini. Dia bakal dibantu oleh Arteta selaku naib kapten.Mael yang begitu berbangga dengan penuh respect akan menunjukkan rasa horamat kepada armband tersebut.Gua tak rasa ini satu lagi 'rasuah' dari Wenger.Kali ini,dia memilih the right man untuk mengetuai comrade2 yang lain.Untuk seorang Belgium pernah menjadi kapten di sebuah kelab tersohor Belanda adalah suatu yang istimewa.
"I won't change the way I am, though. The boss makes you captain because of the way you are, so I won’t change how I am in the dressing room or outside. I want to lead by example, and do as well as I can on the pitch.Maybe I am not much of a talker away from the pitch, but I want to lead the team through the way I play."
Untuk game malam ini, Arsenal perlu menjangkakan kesukaran yang ditempuh kerana Sunderland bukanlah calang2 pasukan terutama di bawah jurulatih seperti O'Neill.Mereka kehilangan Bendi yang telah pulang dari pijaman ke Arsenal semula. Mereka lantas mendapat pengganti dalam Louis Saha. Pemain nomad yang sering berpindah randah.Mereka jugak berjaya mendapatkan pertahanan Carlos Cuellar. Namun Malam ini seperti Arsenal, mereka jugak punya pemain2 dalam injury list.Phil Bardsley kompom terlepas aksi, West Brown dan Vaughan menunjukkan pemulihan tetapi terlalu awal untuk diturunkan.Pemain utama paling bahaya mereka, Stephane Sessagnon telah diberi lampu hijau perlu diawasi rapat oleh Verminator n Co.

Bagi Arsenal pulak, perlunya permulaan baik untuk musim ini setelah malapetaka musim lepas adalah satu tanggungjawab kini. Pra musim, kita kelihatan kurang bersedia dengan Asia Tour yang lebih kepada santai dan masa untuk bersama mencipta tali persaudaraan. Selepas signing2 kita took part dalam game terakhir, segala hype mula positif sehinggalah 2 3 hari kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, mood tetap positif, player debut, captain rasmi baru, azam baru Arsenal dilihat sebagai pilihan untuk malam ini. Tanpa kelibat Koscielny, Mertesacker dilihat sebagai ready-made replacement, jadi tak perlu bimbang. Sagna masih injured, Jenkinson mungkin mendahului Yenaris dalam senarai backup. JW10 masih injured dan dijangka pulang Oktober.Rosicky masih injured tendon. Diaby fit dan dilihat sebagai pilihan untuk mengisi tempat Song malam ini. Wenger menggunakan alasan fitness untuk mengecualikan Song tapi  agaknya dia sibuk semacam menguruskan transfernya.Kalau benar terjadi, satu lagi kehilangan tapi Arsenal akan move on.Theo dan Cazorla masing2 akan diuji dahulu kecergasan mereka. Kita memerlukan kelajuan Theo untuk  memerangkap pertahanan yang dijangka bakal menutup ruang dengan ketat.Kita mendambakan kreativiti dari Cazorla untuk mencipta ruang2 bagi memulakan gerakan. Giroud serta Podolski akan lead attack. Gervinho yang lebih bernafsu adalah satu aset buat Arsenal di bahagian wide.

--------------Szczesny----------------
Jenkinson---Per----Mael-------Gibbs
---------Arteta-------Diaby----------
-Theo------Cazorla-----Podolski------
-------------Giroud------------------

Jersey Arsenal boleh disarung oleh sesiapa tapi bukan calang2 orang boleh menjiwai lambang di hadapan jersey tersebut.Arsenal pernah survived , dan kita akan survive kali ini dengan lebih melawan.COYG! Astro Star Sports 10pm.Arsenal 3 Sunderland 0.

Salam Dunia, Salam kemenangan, salam hari raya...

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: