Isnin, 27 Ogos 2012

Post Match : Permata Yang Hilang

You can see as well that there is something missing
Sesuai dengan tajuk di mana seakan2 kepuasan yang tak sampai.Game in control tapi same old same old, kebuntuan di hadapan. Tak perlu nak beritahu banya kali depan mukanya, Arsene Wenger jugak nampak sendiri apa yang Arsenal kekurangan,.Giroud Santi Cazorla Podolski, kesemua pemain baru ini diturunkan namun persefahaman upfront belum benar2 mantap. Arsenal seri sekali lagi tanpa jaringan dan positifnya tanpa bolos!! Solid performance daripada back four, kita mungkin boleh cakap kita kurang bernasib baik bila bertemu Sunderland di gelanggang sendiri kerana mereka parking bas depan gol, tapi di Stoke 1 point yang didapat ini pada hari2 tertentu boleh dikira baik kerana bukan senang nak handle team fizikal, dan tak banyak team boleh pulang dengan mata dari Brittania. Steve Bould mula menampakkan impaknya dalam tactical defending kita yang nampak lebih tersusun bertahan bagai satu unit. Itu yang kita lacks mostly dalam game2 musim lepas. Tapi untuk baru 2 game pertama, mengatakan Arsenal mempunyai krisis baru di hadapan masih terlalu awal.Thierry Henry, DB10 memerlukan masa untuk settle, inikan pula outcomers dari 3 league berbeza yang baru nak kenal antara satu sama lain. Bersabar sikit.

Bola2 tinggi dari Begovic terus ke Couch mampu diresap oleh defend kita diketuai Mael dan kehadiran Mertesacker di sebelahnya memberi kesan psikologi pada pemain2 basketball + ragbi Stokes.Tony Pulis lepas game nampak tersenyum riang berpuas hati dengan satu mata kerana dapat mengekang pergerakan Arsenal. Selain kurang persefahaman, menjadi stumbling block adalah kurangnya directness. Asyik cuba mencari the perfect goal, walauapun pada satu2 situasi option merembat terus menguji penjaga gol adalah lebih bagus. Hanya satu short on target dari Cazorla yang benar2 menguji Begovic. Set pieces, kita gagal ambil peluang baik freekick mahupun sepakan sudut.11 corner dipersiakan dengan satu peluang terbuka dari Giroud yang nak cuba bukak akaun golnya dengan spectacular pada ketika sepatutnya dia ada lebih masa mendada control ball. Giroud turut sekali lagi dikatakan sebagai culprit kerana gagal menjolok bola kepada Rambo sebaliknya merembat terus dari jarak jauh. Gua tak salahkannya 100%  untuk itu walaupun itulah satu2nya peluang keemasan di masa kecemasan. Pada gua, dia beraksi baik di depan sebagai target man, nampak effort dan hardworknya selain pandai hold bola, suatu dimensi baru yang dioffer.Kalau Podolski lebih fit, gua percaya dia boleh menyumbang sesuatau.Larian2 direct dan keberaniannya nak challenge defender jugak suatu yang Arsenal kurang sebelum ini.

Kita terlalu mengharapkan wide player tapi, Gervinho tak mampu nak membantu semalam. Beberapa kali cuba cut in tapi tak lepas, tak pulak dicubanya untuk crossing mencari target man. Crossing jugak satu masalah, Gibbs dan Jenkinson walaupun nampak solid defending agak kekurangan idea ketika overlapping. Mungkin harus diperbanyakkan latihan hantaran2 lintang , bagi tekanan ke dalam kotak penalti. Arsenal jugak kurang kreativiti. Stoke mengunci Santi Cazorla. Bila tiada kelibat Song, segala tugas2 kotor harus dicover up oleh Arteta keseorangan. Dan Pengalaman serta calmness yang ada pada Arteta jugak memberi disiplin pada pertahanan. Cuma apabila dia beraksi deep, keupayaannya sebagai playmaker agak limited bila Santi dikekang.Sayangnya kita tak boleh ada dua Arteta di tempat berlainan dalam satu masa. Arteta bukan jenis box to box player, Diaby jugak bukan. Mungkin mudah melontarkan kegeraman dan mengambing hitamkan Diaby, tapi secara statistic, complete passnya mendahului pemain2 tengah Arsenal yang lain.Cuma dalam match semalam tak nampak apa sebenar2 role Diaby, itu sebab gua rasa dia belum up to it. Tengah kita macam tak balance semalam. Dan bila dia kata dia tak perlukan Sahin, itu hanyalah ayat penyejuk perasaan. Arsenal memang memerlukan seorang lagi kreatif midfilder sebagai insuran sementara menunggu kepulangan Wilshere dan mengharapkan Rosicky fit sepanjang musim.Seorang 'Defensive Midfielder' ataupun deeper role midfielder dalam konteks Arsene Wenger jugak perlu dicari bari memberi peluang Arteta di push lebih forward.

Tick tock tick tock .Transfer windows masih dibuka.Wenger kata kita belum selesai di market. Seronok menjadi fan Arsenal dalam masa 5 hari ini kerana ada misteri yang belum terungkai.tapi jawapannya hampir akan kita ketahui.Tiote dinafikan oleh Wenger semalam. Cabaye? Biglia? Dembele?M'Villa?Mbiwa?M.nasir?tunggu...

Rakan2, rilex.2 seri belum pengakhiran dunia buat Arsenal. Memburu kemenangan pertama dalam match ketiga di Anfield akan menjadi lebih mengujakan untuk dinantikan. Lebih bersemangat selepas menyaksikan bagaimana mereka sekali lagi melepaskan peluang ke atas Man City semalam, maka dilihat kita berpeluang membawa pulang sesuatu.COYG!

Agi idup agi mengGunners!!



1 ulasan:

Imam Rawatib berkata...

"sayangnya kita tak boleh ada dua Arteta di tempat yg berbeza dalam satu masa..."
hahaha... mcm ayat gua dkt rmh member masa beraya semalam...mmg best beraya di rumah gooner :-)