Ahad, 2 September 2012

Summer transfer di Arsenal.

Itu malam gua menanti dengan penuh kesabaran di hadapan skrin monitor, kut2 kalau ada muka2 yang akan dibawa masuk saat2 akhir.Persoalannya siapa? Posisi DM adalah berita yang berlegar di internet, yang sedang diintai oleh Arsenal.Sesudah berita M'Villa disahkan kekal di Rennes,tiba2 Arsenal dikaitkan dengan peminjaman Michael Essien dari Chelsea. Berita ini bertambah kencang dengan memberi harapan selepas pemain tersebut tidak disenaraikan dalam ketelanjangan Chelsea di Super Cup.Kusangka panas hingga ke tengahari,Ghupe-ghupenye hujan dari petang semalam tak habis2.Roberto Di Matteo mengeluarka statement, mmg benar Essien ditinggalkan untuk urusan penghijrahannya tetapi tidak sesekali ke Arsenal. Siap mention,"cannot go to Arsenal" bagi pinjam player yg dah surplus to requirements jek pun tak bagi! tapi kita? jual terus ex best player kita pada rival!! class ko Gazidis..cukup class cara ko handle transfer. Itulah  dia kuasa wang, jika sudah kaya raya, duit tidak langsung dikisahkan, bukan lagi isu malah boleh tepis2 jek rival jiran yang datang macam peminta sedekah. Bagi yang kurang berada pulak, duit adalah segala2nya sehinggalah sanggup ketepikan pride dan maruah.Itulah dia serba sedikit, bola sepak mencerminkan dunia realiti ketika ini. Jadi, macam mana transfer kita ketika ini, dengan bayangan DM atu defender akan dibawa masuk, alih2 budak keeper umur 17 tahun jugak yang datang. Selamat datang Dejan Iliev dari Macedonia.Tapi ini bukan untuk skuad 1st team. Bukan main seronok ceria pakcik seorang ni memainkan perasaan jutaan fan Arsenal dengan janji2 'top player' top quality' la sangat nye tu dari pelbagai posisi..


Top kualiti dari kacamata Wenger, tentunya Chamakh tu bukan average berbanding striker2 lain di luar sana bukan?Laci dan Johan jugak mmg world class player special2 talent gitu.Diaby?pergh.. Zidane + Vieiera di situ.superB. Bendi dihantar sekali lagi secara pinjaman ke Juventus.Ini tentu kes gaji tinggi.Juventus pulak hanya anggap Bendi sebagai backup choice kerana mereka sudah desperate mahu striker.PakCu dihantar ke La Liga, harap dapatla chance dia main untul Celta Vigo. Secara kasarnya aktiviti summer transfer Arsenal yang melibatkan skuad utama nampak kurang memberangsangkan.


Masuk: Lukas Podloski (Koln), Olivier Giroud (Montpellier), Santi Cazorla (Malaga).

Keluar: Denilson (Sao Paulo, loan), Joel Campbell (Real Betis, loan), Carlos Vela (Real Sociedad), Manuel Almunia (Watford), Ryo Miyaichi (Wigan Athletic, loan), Kyle Bartley (Swansea), Robin van Persie (Manchester United), Alex Song (Barcelona),Lansbury(Nottingham Forest), Park Chu-Young (Celta Vigo, loan), Nicklas Bendtner (Juventus, loan).

Susah mau cakap mungkin mereka cari, tapi tak jumpa, atau mungkin mereka tak buat apa2 pun sebenarnya hanya cakap2 kosong nak sedapkan hati penyokong yang tunggu bersengkang mata. Apa pun gua sangat kecewa dengan Gazidis punya transfer deal semenjak dia masuk.Segalanya tentang nak balance cheque book, profit, hutang dan bisnes. Atas padang bukan lagi priority. Marilah sama2 kita harapkan pemain2 yang tinggal ini bagi kita yang terbaik untuk cuba challenge title mahupun survive dalam status BPL ini..

Undian Champions League, Arsenal akan bertemu Olympiacos, Montpellier, dan kelab dari Jerman, Schalke.Ada chance? Mereka jugak bukan calang2 pasukan.


Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: