Mungkin ini bukan Liverpool yang begitu gah, tetapi bukan mudah untuk menang di Anfield dalam keadaan under pressure.Tanpa sebarang gol, tanpa sebarang kemenangan, dan keraguan menular akibat aktiviti summer transfer yang menjengkelkan, Arsenal breaks all the deadlocks , gol pertama musim, 3 mata penuh pertama, gol pertama bagi dua pemain baru Podolski dan Cazorla,kemenangan away pertama dan clean sheet ketiga berturut2. Pujian harus diberikan kepada impak Steve Bould walaupun masih terlalu awal untuk diperkatakan tapi display leadership daripada Mael the verminator mampu merasapi jiwa rakan2 sepasukan yang berhempas pulas dalam satu game yang sukar sebenarnya.
Anak buah Brendan Rodgers ternyata bermula dengan lebih bagus dan control game ketika kita masih mencari rentak hanya mampu 'mengacah2' melalui counter attack. Mertesacker dan Jenkinson pada awalnya nampak gugup dengan lazy passing, miss-passed dan hampir2 bagi foul2 yang tak patut tapi konfiden mereka perlahan2 meningkat sepanjang game berlangsung. Raheem Sterling adalah satu bakat yang mencuri tumpuan namun Jenkinson jugak ingin menunjukkan capability nya dengan menyekat aset Liverpool itu. Mertesacker bijak membaca game dengan positioningnya ketika game hampir2 ke wisel penamat.Cleareance2 yang dilakukan ternyata mengecewakan Liverpool tapi tak boleh tanding kepentingan clearance Mael diminit2 akhir, mengeluarkan bola sesudah bola muntah dari Manone. Dan kita rupanya beraksi dengan keeper pilihan ketiga tapi masih mampu clean sheet jadi kredit harus diberikan pada young Italian walaupun masih perlu diperbaiki dalam menyambut bola2 tinggi yang dilambungkan ke dalam kotak penalti. Pertahanan kita nampak lebih resilient Ini ditambah lagi dengan kekecewaan di raut wajah barisan hadapan Liverpool Suarez dan Borini setiap kali meraka jangka mereka menang foul tapi pengadil mengatakan sebaliknya. Borini dalam pocket Gibbs yang kental bertahan. Nuri Sahin? pastinya pemain Turkey ini terpikir2 betulkah pilihan yang dibuat.Sedang Diaby nampak lebih mengujakan pada malam itu berbandingnya.
Diaby, pemain yang selalu gua kritik malam tadi wajar diberikan kredit kerana dia merupakan kunci midfield dalam match tersebut. Passing, positioning, possession control, Diaby nampak lebih segar dan bernafsu jika kena pada harinya dan ini adalah salah satu daripadanya. Cuma kita memerlukan lebih konsistensi.Fokus Diaby melancarkan dalam erti kata lain memudahkan kerja2 Arteta yang tak perlu susah2 pikir tepi kain orang kerana rakan sepasukannya malam itu turut bekerja tak makan gaji buta. Dan ruang yang diberikan Cazorla oleh barisan tengah dan pertahanan Liverpool adalah satu hadiah. Kaki kirinya Liam Brady, kananya Cesc Fabregas , Cazorla kini mula menitir di bibir peminat2 BPL dan Arsenal khususnya dengan kreativiti dan skill yang dimiliki. link up playnya bersama barisan depan terutama Podolski ,menghasilkan 2 jaringan sulung bagi kedua2nya.
Bukan mudah untuk melepasai Agger dan Skrtel tapi Giroud walaupun tak menjaringkan gol , ada sedikit saam dalam gol eprtama yang ternyata menyentap semangat tuan rumah. Podolski yang rajin membantu di kedua2 belah padang , dengan track back yang sempoi kutip bola lalu terus dhiantar kepada Cazorla yang meluru ke depan Giroud berada di hadapannya membuat larian menarik defend liverpool sekaligus membuka ruang buat Podolski yang sprint dari bawah untuk menerima hantaran Cazorla sebelum merembat melepasi Reina.Giroud perlukan lebih masa tapi setakat ini gua berpuas hati dengan apa yang disumbangkan di atas padang. Chambo agak senyap berbanding game2 lain di mana dia lebih efficient untuk terlibat dalam game. Rambo masuk tapi tak banyak dapat dilakukan.Tapi bila mana kita masih ada Gervinho, Theo atas bench, Arshavin di rumah, Wilshere dan Rosicky menghitung hari, kita tahu midfield kita ada persaingan sihat.
Walaupun ia bukanlah satu kemenangan yang bergaya tapi kita benar2 mermelukannya tak kira apa jua cara sekalipun dan kita berjaya. Pemain2 wajar diberi kredit atas kesungguhan yang ditunjukkan. Masih terlalu awal untuk bergembira kerana terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dalam menentukan variasai serta plan B , ini harus ada jika kecederaan menimpa key player mahupun bertemu kelab2 liat dan beraksi negatif seeprti Stoke dan Sunderland.
Arsenal menerima kembali kehadiran Koscielnya di atas padang menggantikan Mael yang dikeluarkan sebagai langkah berjaga2. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana mengikut kata Wenger, kapten kita selamat dan sedia berkhidmat.Cuma yang menjadi concern ketika ini adalah kehadiran internationaleleh yang hadir ketika kita baru nak kick off the season.Takut2 ia menganggu mood dan form pemain, lebih risau jika ia membawa kecederaan kepada pemain2 yang bakal dipanggil mewakili skuad kebangsaan masing2.
Dan berita gembira tentang Jack Wilshere. Pemain baru jersey no 10 itu dikatakan sebulan lagi untuk kembali beraksi.Segalanya ketika ini berjalan lancar mengikut jadual. Kehadiran Wilshere pasti akan memberi moral boost kepada rakan2 sepasukan kerana pemain licik ini berjiwa besar, sebesar impian Gooners untuk melihat Gunnrers memecahkan kemarau 7 tahun tanpa piala.
Aksi akan bersambung 2 minggu lagi dan kita akan kembali ke Emirates bertemu Southampton yang luka setelah 2 kali hampir mengejutkan pasukan dari Manchester.Kemudian tugas agak sukar menanti dengan berrtemu City kemudian melayan Chelsea. Di celah antara mereka ada Montpellier dan Coventry City dalam Champions League serta Capital One cup(league cup) dulu dikenali sebagai Carling Cup. Jadual yang padat ini akan menguji sejauh mana keberkesanan taktikal dan gamble Wenger dan kita menuntut fokus lebih dari 100% daripada pemain yang bangga menyarung jersi merah putih kebanggaan Utara London.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan