Rabu, 12 September 2012

Sorotan minggu antarabangsa

Rehat dua minggu ternyata membosankan terutama bagi peminat bola sepak Eropah kerana semua kejohanan liga terpaksa dihentikan semata2 memberi laluan kepada internationaleleh kelayakan piala dunia, kelayakan piala Afrika dan persahabatan yang kurang menarik serta membawa apa2 erti kecuali kerisauan akibat kecederaan. Bahkan saingan Piala Malaysia pun berehat dengan pasukan Negara tumpas malam tadi kepada Vietnam 0-2 di Shah Alam. Banyak kerja lagi menjelang Piala Suzuki nanti.12 pemain dari skuad utama Arsenal terlibat dalam aksi dan ada antara mereka menjaringkan gol antaranya Gervinho, Cazorla, Diaby(wow) ada yang menerima kemaluan dibelasah sampai 6 bijik selaku kapten Wales, Rambo, ada yang masih belum menemui jaring Giroud dan paling merisaukan ada yang kembali dihantui kecederaan, Diaby(isk3) Walcott pulak demam. Diaby tatkala tengah top form kemudian dihimpit kecederaan otot walaubagaimanapun Wenger kasi tenang dengan statement ini.

“The injury doesn’t seem serious to me at all. He has a small chance of playing on Saturday.”

'Small chance' dalam kamus dewan wenger bererti takkan start sebagai langkah berjaga2. Sayang tatkala tengah kita tgh beradun mantap dengan gandingan Arteta-cazorla-Diaby, masalah ini timbul. Tiba masa untuk Coquelin step up. Ketika sibuk tengaah aksi antarabangsa dan tanpa berita, Arsenal.com telah mengeluarkan analisis dan statistik tentang gandingan passing antara midfield dan pertahanan yang linknya mostly melalui Mertesacker dan juga Mikel Arteta. Walaupun tidak menjaringkan gol atau terlibat secara langsung dalam attacking play, namun tugas kedua2 mereka terutama Arteta menjadi nadi kepada clean sheet kita dalam 3 game awal. Wenger berkata tugas deep role midfielder dalam bola sepak modern haruslah di kalangan pemain yang lebih berteknikal maka Arteta dilihat paling sesuai.Dalam game menentang Liverpool sebagai contoh, Arteta ditugaskan untuk distribute bola kepada Chambo dan jugak Cazorla mahupun Diaby, tugas yang nampak senang tapi sebenarnya memerlukan displin yang tinggi untuk tidak syok sendiri naik ke atas membantu rakan2 forward. Lebih2 lagi ini satu role berbeza dibandingkan dengan bertahun2 dia di Everton dulu sebagai AM dan jugak wide player, tapi usia mematangkan gamenya memberi lebih tanggungjawab untuk dia baca game dan lead dari bawah.rekod track back dan tackle nya dalam 3 game jugak boleh tahan.Boleh gua katakan kini role Arteta lebih kurang sama seperti Xabi Alonso.Ini mungkin sebab Wenger bertegas untuk gamble tanpa player baru bagi menggantikan Song cuma kita harap Arteta tidak akan mengalami kecederaan. Wilshere yang bakal kembali, gua percaya akan merebut tempat dengan Diaby sementara Cazorla terus diberi free role, satu posisi yang memberi kepuasan  hinggakan dia dipilih sebagai EA sports player of the month di Arsenal.com.


Sayangnya Arteta berpassport Spanyol maka untuk menyaksikan dia memperoleh cap antarabangsa agak sukar kerana dilahirkan dalam generasi ini.Sekurang2nya ia kelebihan untuk Arsenal, Arteta boleh reahat dan kekal fit untuk kelab. Seorang lagi pemian yang ditinggalkan di rumah dan semakin mengalami nasib yang sama adalah bekas kapten skuad kebangsaan Russia, Andrei Arshavin. Popularitinya dia tas padang semakin merudum, berkadanr langsung dengan jumlah minit aksinya. Sesudah berakhirnya Euro dengan kekecewaan walaupun ada imbasan2 aksi cemerlang dipamerkan, Arshavin hanya diberikan aksi beberapa mini ts ebagai pemain gantian ketika bertemu Sunderland. Ini kerana masa depannya di Arsenal belum tentu. Walaupun transfer deadline sudah tutup tapi Russia punya lewatbeberapa hari yakni berakhir Khamis lepas.Khabarnya die menolak tawaran Dinamo Moscow untuk kekal di Arsenal ,merebut tempat dalam pasukan. Di Russia pastinya ada suara2 yang menggelarkannya mata duitan kerana keputusannya itu, hanya mahu makan gaji buta tanpa beraksi kerana Arshavin dikatakan tidak lagi berada dalam plan Wenger. Lebih2 lagi para Russian masih terluka dengan statement pedasnya setelah Russia pulang awal dari Poland.

Tapi pada gua, Wenger memang memberi lampu hijau buat Arshavin memilih optionnya sendiri, jika ada kelab datang, Arsenal sudi nego. Itulah Wenger tidak menyenariakannya bagi peluang dia settle dulu. Cuma pilihan Arshavin, dia hanya akan kembali ke Russia untuk Zenit. itu satu class act.Respect. Malangnya Zenit tidak lagi berminat sebaliknya menggila dengan duit tak masuk akal ke atas Hulk dan Witsel, 80M jadi tiada tiket balik kampung untuk Arshavin maka dia akan stay di Arsenal.Sekurang2nya kita ada back up untuk posisi Cazorla. Bagi peluang Arshavin mendapat free role di belakang striker, gua percaya dia mampu rediscover kembali formnya dengan kini beban di bahunya taklah berat sangat jadi tak ada alasan untuk bermalasan.


Mengulas ringkas tentang perbelanjaan gila sesuka hati oleh kelab2 seperti Zenit, mereka ini bakal berdepan tugas sukar untuk mencari jalan keluar sebaik sahaja UEFA menguatkuasakan Financial Fair Play (FFP) bermula sepenuhnya musim 14/15. FFP diperkenalkan selari dengan krisis ekonomi yang melanda dunia khasnya Eropah kini. FFP adalah garis panduan bajet untuk sesebuah pasukan hanya boleh berbelanja mengikut kemampuan yang dimilikinya, tanpa bantuan Sugar daddy, orang perseorangan, pemilik kelab ataupun sumber2 outsource, dan hutang kelab tak boleh dibailed out oleh mana2 mereka yang disebutkan tadi. Pengenalan cap salaries jugak dipertimbangkan.Pendek kata ia bagi membolehkan kelab2 bersaing dalam satu padang dan level yang adil dan saksama, tidak lagi membenarkan kelab2 seperti City, Chelsea, PSG, Barcelona, Real Madrid, United membelanjakan wang mengikut suka hati mereka. Di satu sudut pulak, Arsenal kelihatan seperti salah satu kelab yang amat positif dan bakal mendapat hasil daripada penguatkuasaan FFP ini kerana kita selama ini beroperasi dengan self sustained business plan iaitu hidup dengan duit poket hasil usaha sendiri.Selain itu kita jugak sentiasa balance akaun, kadang2 beli besar, jual pun besar walaupun menjengkelkan buat masa kini tapi itulah pengorbanan jangka masa panjang. Kelab2 yang gagal mematuhi FFP bakal berdepan tindakan antaranya seperti didenda, pemotongan mata penalti dalam liga, dilucutkan status ke division bawah,  duit kejuaraan di hold,(suatu yang telah dilaksanakan baru2 ini ke atas 23 kelab) , digantung daripada urusan transfer, digantung dari kejuaraan2 UEFA, manakala hukuman bagi menggantung pemain masih dalam kajian kelulusan dari segi undang2 dan jika mampu mereka akan melaksanakannya bagi menunjukkan ketegesan dan keseriusan.Syabas UEFA jika benar2 ingin memastikan kelab2 tidak mudah jatuh muflis dalam masa yang sama melaksanakan keadilan. Itulah serba sedikit pemahaman ringkas mengikut pandangan gua yang boleh dirungkaikan.JIka ada maklumat tambahan dan pembetulan sudalah kiranya dikongsi bersama.

Arsenal akan melayan kunjungan Southampton di laman sendiri Sabtu ini jam 10PM. Gua mungkin tak dapat nak cover Pre Match untuk match kali ini akibat outstation beberapa hari.Apapun mari mengharapakan konsistensi susulan kemenangan away di Anfield minggu sudah.Dapatkan home win pertama musim ini sebagai hadiah buat para peminat.

Agi idup agi mengGunners!!


3 ulasan:

Unknown berkata...

Wore!!!

aitor berkata...

blog yang berjaya membuatkan aku hari2 aku bukak walaupun xde update terbaru.ada update lagi la..2 3 kali baca.haha..dalam paper pun xjumpa ni..hat off..

Gunners & Roses berkata...

Terima kasih buat encik Aitor kerana tidak bosan memeriahkan padang Arsenalaysia.Encik KayVermaelan Rie, nak wore apa? jersey red warrior ke?heheh..gurau..