Isnin, 17 September 2012

Post Match : 6 gol Arsenal, warm up untuk minggu yang dikatakan so called ujian sebenar.


Arsenal kelihatan lebih seperti sebuah kerjasama berpasukan tidak seperti yang selalu diperkatakan sebelum ini, one man team la bagai.Tapi kini tidak lagi dengan kemenangan bergaya di hari2 terakhir bulan raya dengan kemenangan 6-1, hadiah buat peminat di laman sendiri, kemenangan pertama di Ashburton Grove musim ini. Dan bila Astro tidak menayangkan perlawanan ini secara siaran langsung kerana ketiadaan tajaan tv juga di sana, mereka rugi. Rugi kerana mereka terlepas tayang antara aksi bola sepak terbaik, santai dan simple minggu ini selain dari kenduri gol dalam liga. Ya kita sekarang merupakan pasukan paling tinggi jumlah perbezaan gol, walaupun rekod tanpa bolos kita berkecai di tangan Szczesny-suatu yang mengecewakan dalam malam yang indah- apabila penjaga gol itu kembali dari kecederaan namun agak kurang fokus sejak Euro Julai lalu.Manone pastinya tertanya2 apa silapnya dalam dua game sehingga dia dibangkusimpanankan semula.Gua terpaksa statekan kenegatifan yang berlaku dalam perenggan pertama kerana itu antara highlight penting dalam match tersebut, jika sedetik pun kita tidak fokus, lawan seperti Southampton pun mampu menghukum.

Keberanian yang ditujukkan Saint harus dipuji. Tak banyak kelab yang berani ambil pendekatan positive football namun mereka sanggup menanggung risiko walaupun tahu berdepan pasukan seclass Arsenal. Waalupun mendominasi perlawanan terutama di separuh masa pertama, Arsenal seakan2 lebih dipaksa untuk startkan gerakan dari counter attack dengan Southampton berani untuk bermain high line dan berada di sebelah padang lawan. Taktikal Arsene Wenger menjadi dengan eksperimentasi yang tak dijangka. Giroud direhatkan dari sebarang tekanan, dan dalam banyak2 option , dia memilih Gervinho untuk beraksi sebagai central striker. Podolski dibiarkan di sebelah kiri membantu Gibbs yang selalu overlap, alasan Wenger, taknak kacau keseimbangan yang dihasilkan Podolski dalam game2 sebelum ini, sudah stabil buat apa kacau, betul tidak?Pemain antarabangsa Jerman ini meneruskan form baiknya dengna 2 goal dalam 2 game berturut2. Kali ini merenerusi sepakan pecuma direct yang mudah melepasi jangkauan Kelvin Davis. Dia mula menjadi fan's favorite. Gandingan serta 1-2 display bersama Cazorla melengkapkan persefahaman yang ditonjolkan sesama pasukan malam itu. Bagaimana pula Gibbs? Biasanya Andre Santos yang terkenal dengan attacking minded tapi siapa beli Gibbs dalam fantasy mesti point masyuk minggu ini. Apa tidaknya, 2 kali crossing/rembat dua kali memaksa pemain Southampton membiaskan bola ke gawang sendiri. Bagus melihat ada persaingan sihat dan back up di bangku simpanan. Lebih2 lagi persefahaman antara wide player dengan left back yang sering membantu tatkala track back.


 Beralih pada Gervinho tadi, pemain Ivory Coast ini  yang menjaringkan gol bersama pasukan negara dalam kelayakan piala Afrika meneruskan selera jaringannya dengan 2 bijik gol dihasilkan. Wenger kata ini bukan kali pertama dia transform striker jadi winger dan winger pulak jadi striker -ala Henry- tapi melihat kepada sejarah di Lille posisi tersebut bukan suatu yang asing buat Gervinho malah rata2 forward di Arsenal. Agak beruntung memiliki pemain2 yang boleh switch position bila keadaan memerlukan. Dia pernah dicuba untuk posisi itu ketika menentang Man City dalam perlawanan di China bulan lepas. Dan meletakkan Gervinho sebagai poacher malam itu adalah suatu yang bijak kerana dia lebih direct dengan larian2nya tanpa perlu cut in, atau bersusah payah beat defender. Tidak hairan, selaku pemain terbaik pra musim, Gervinho nampak lebih bernafsu musim ini malah gol tersebut merupakan gol pertamanya untuk tahun 2012! Gol2 nya jugak hasil bantuan daripada Arteta yang sekali lagi menunjukkan betapa lancarnya dia sebagai pelincir enjin Arsenal. Tidak lupa jugak kerja kaki Rambo yang masuk sebagai pemain gantian, kurang bernasib baik apabila bola hasil usaha kerja kerasnya menyinggahi tiang sebelum mudah disudahkan oleh Gervinho yang berada di posisi sepatutnya.

Chambo beraksi di wide area 90 minit mula2 di sebelah kanan, sebelum kemasukan Theo dan kemudian berganjak ke sebelah kiri. Tapi antara 2 bekas pemain Southampton itu, Theo yang berjaya menghasilkan jaringan cherry on the icing on the cake kate ko. Chambo walaupun mencuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol dengan cubaan2 jarak jauh yang sampai kadang kala nampak agak liar,  tapi itulah kata bidalan selalu berpesan, tak payahnak try so hard sangat nak impress, just be yourself. Mungkin bukan hari buat Chambo register nama atas senarai penjaring tapi displaynya boleh dibanggakan dengan pace,control ball serta dtermination yang ditunjukkan. Jugak tak menunjukkan sebarang perasaan gementar atau kekok berdepan bekas rakan2 sepasukan.Theo Walcott pulak, seorang yang lama dah dijanjikan central role tapi tak tertunai2 lagi hajatnya , kontrak pun tak sign2 lagi, tapi lepas Gervinho keluar dia dapat jugak merasa duduk di atas bergandingan dengan Giroud. Siap boleh score lagi hasil skill Cazorla depan goal. Yang menariknya dia respect bekas kelab lamanya dengan menyambut ala kadar gol tersebut.Mungkin Suatu juga yang sama akan berlaku jika Giroud boleh menghasilkan jaringan ke atas Montpellier awal pagi Rabu nanti. Berkenaan Giroud, dia masih belum score Minit ke 80 Theo gagal menghantar bola kepadanya yang kelihatan berada lebih di posisi terbuka tapi tidak mengapa, gol akan datang, Giroud pelu menunggu lebih masa dan fokus terhadap bola sepaknya dari berkata apa2 kepada media tatkala Englishnya belum dapat Band 6.BUkan apa, nanti disalah tafsir oleh media England , karang jadi unsettled pulak.

Ketiadaan Diaby diisi dengan penuh manfaat oleh pemain muda France, Coquelin. Beraksi bersama skuad France U21 baru2 ini, Coquelin menunjukkan kematangan dalam game nya untuk up to the next level. Kalau waktu ni musim lepas, dia baru muncul dalam debutnya dan telah emngalami trauma di Old Trafford. Coquelin yang lebih defensive minded beraksi di sebelah Arteta dan banyak belajar dari Spaniard itu. Wenger dalam press conference nya dengan slumber menjawab antara sebab dia tak beli pengganti Song adalah sebab pemain ini, Frimpong, Diaby, dan jugak kembalinya Wilshere. Gua rasa masih terlalu awal nak puji kehadiran pemain2 muda ini tanpa kehadiran figure seperti Arteta yang menambah pengalaman serta calmness di bahagian tengah.

Back 4 masih kekal mantapa walaupun bolos gol yang tak patut hasil misjudge dari Szczesny. Nampaknya Steve Bould dan Wenger belum mahu mengubah gandingan Mael dan Vermaelan, menyebabkan Koscielny memerhati dari bangku simpanan. Bagus untuk tahu ada kualiti di bench dengan nama2 seperti Koscielny, Santos, Arshavin, Giroud dan Theo. Dengan kembalinya Diaby, Rosicky, Wilshere, Sagna. Masing2 akan push untuk tempat dalam kesebelasan utama. PErsaingan yang sihat dan positif untuk Arsenal.  Jenkinson akan membuatkan Sagna harus bekerja keras lagi untuk mengambilkembali posisinya kerana pemain muda ini setakat ini nampak solid di bawah walaupun kurang effective memasuki kawasan lawan. Setakat ini boleh katakan OK selagi dia tak buat apa2 error besar.Play simple, Play safe.

Tentu masih belum boleh dibanggakan sepenuhnya.Duduk di tangga ketiga 2 mata di belakang pendahulu. Tapi pencapaian yang boleh dikatakan memberangsangkan dan menepati keyakinan para gooners menutup mulut para pengkritik yang tak henti2 sangsi setiap summer. Arsenal dikatakan bakal mendapat ujian sebenar dalam 2 minggu yang penuh action-pack bermula dengan Champions League away ke Montpellier esok, kemudian away ke Manchester City sebelum melayan Conventry City dalam Capital One Cup serta Chelsea di laman sendiri. Masih terlalu awal tapi tak salah untuk gua yakin. Lebih2 lagi moral boost bila dapat tahu Jack Wilshere bakal kembali ke full training start minggu ni.

Agi idup agi MengGunners!!!






0 ulasan: