Ahad, 26 Ogos 2012

Pre match: Lawan fizikal Stoke tanpa 'DM'

Selamat bertemu kembali, masih dalam mod raya? Sepanjang semingu, di malam raya lagi telah banyak cerita yang berlaku tapi tak tahu nak start dari mana. Bukanlah satu permulaan yang diimpikan untuk draw tanpa jaringan dengan Sunderland di depan ribuan fan sendiri tapi kita in control dalam game tersebut. Ramai yang akan menuding jari pada kesan Arsenal melepaskan penyerang tapi masih terlalu awal untuk buat kesimpulan tatkala pembeli itupun tumpas dengan adanya pemain terbabit.Beberapa hari selepas itu, Arsenal dengan slumber melepaskan Alex Song walaupun tak berDNA Barca, die mmg unsung, sampai pada firasat gua, pemergiannya macam boleh diterima tanpa perasaan oleh para Gooners kerana kita bagai dah lali dengan semua ini. Walaupun Song itu penting di midfield tapi secara peribadi, pemergiannya tidak begitu dirasai kali ini, mungkin anda dapat merasai apa yang gua rasa jugak atau mungkin kerana terlalu asyik dengan rendang dan lemang yang 'memabukkan'.. Dan Rupanya ketika ops sikap sempena raya berlangsung, masih ada lagi pemandu2 yang memandu secara berbahaya , Santos dipercayai ditahan polis sehari sebelum dia dibangkusimpanankan menentang Sunderland, atas kesalahan memandu secara menggila berdekatan dengan pusat latihan Arsenal. Dia telah diikat jamin oleh pegawai2 Arsenal yang ternyata agak kesal dengan isu peribadi yang ditimbulkan dan kelab bercadang akan mengambil tindakan selain daripada tindakan mahkamah apabila dia akan dipanggil semula untuk pendengaran kes.

Dan apa lagi? oh ya lagenda kita, Freddie Ljungberg telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak pada umur 35 tahun.Ljungberg yang terkenal dengan model seluar dalam CK, tiba di Arsenal dengan rambut merah, menamatkan kerjaya 9 tahun di Arsenal jugak dengan hati yang merah mengooner, menjadi antara nadi penting skuad double 2002 dan jugak invincibles 2004. Selamat maju jaya dalam hidup Freddie. Seorang model ahli sukan dan profesional. Dan untuk transfer, rata2 peminat Arsenal mesti ada yang frustrated dengan Sahin Saga yang dah sah2 tak menjadi apabil Liverpool menghijack di saat akhir. Maka keluarlah alasan dari Wenger, betapa kita tidak memerlukan sebenarnya player jenis sahin, tapi sebelum ini dalam PC dia sendiri akui Sahin adalah antara player yang dalam option-secara normalnya, kalau Wenger dah state,ia mungkin serius.Begitulah seriusnya ketikda dia lantas menafkan bahwa Arsenal not interested untuk mendapatkan M Villa beberapa minggu lalu. Jadi jika player seperti Sahin dan M Villa bukan jenis yang Arsenal nak, maka siapa selayaknya mengganti tempat Song, atau dalam erti kata lain Wenger secara halus cuba menyampaikan bahawa jika deal untuk membwa masuk gagal,(telah pun gagal) jadi kita akan bergantung harap pada pemain sedia ada seperti Diaby dan Wilshere. Diaby adlaah monster jika dia benar2 fokus dan on form tapi masalah kecederaan dan fokus sering menganggu pemain ini.Dan Wilshere, hanya tuhan sahaja yang tahu bia tarikh dia akan kembali menyapak bola untuk Arsenal tapi mampukah dia kick off free tanpa sebarang kesan kecederaaan jika benar tarikh pulangnya dijangka seawal bulan Oktober. Jika ini yang cuba dieksperimentasikan oleh Wenger, ternyata dia mengambil risiko yang cukup breani. Katanya dia tak akan sign midfielder yang average2 kerana lambakan pemain tengah kita dah cecah sampai 9, hanya pemain2 yang istimewa dan world class sahaja jika ada peluang, dia akan consider.

 Wenger mahukan deeper role ketika Alex Song musim lepas bukanlah deeper sangat cuma fizikal dan tackle2nya sahaja yang menampakkan dia konon seorang dm padahal musim lepas Song diberi lebih kebebasan untuk beraksi di atas , hasilnya menjadi antara top assist Arsenal. Segala kerja balancing dan tugas kotor diambil alih oleh Arteta. Itu sebab sejak kehilangan Arteta di akhir musim, pasukan kita nampak tak stabil, teragak2 sama ada nak defend atau nak attack.Dan Arteta tak boleh nak melakukan kerja ini seorang diri sebenarnya, dia memerlukan support pemain2 seperti Song, Ramsey, Wilshere dan Diaby. Rambo nampak lightweight, dengan pemergian Song, maka lubang akan diisi oleh Coquelin, Diaby sementara menunggu bulan jatuh ke riba dalam Wilshere.Match bertemu Sunderland menguji gandingan tegah Diaby-Arteta dan ketika Sunderland lebih kepada parking bas depan gol, takdelah sangat ujian. Gamer bertemu Stoke ni akan menjadi ujian.Sementra Arteta-Diaby menjadi perhatian, free role Cazorla di central position ternyata membuka mata untuk debut BPL. Cazorla diberi kebebasan di bahagian yang diiimpi2kan oleh beberapa pemain lain dalam skuad seperti Arshavin,Chambo iaitu di belakang forward. Kebolehan memilih the right pass, mengawal possession, control space menjadikan Cazorla satu aset penting buat Arsenal untuk kempen kali ini. Malah boleh dikatakan kebanyakan peluang Arsenal datang dan dicipta sendiri Cazorla. Dia sendiri mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Peluang terbaik dihidangkan buat Giroud yang masuk sebagai sub kepada Podolski namun pemain yang lebih kidal itu gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol. Arsenal diajar supaya terus bersabar.Ya bersabar tanpa piala itu satu, bersabarlah juga dengan barisan2 pemain baru untuk sebati. Kita sekarang dalam proses untuk rebuild team balik.Bukankah itu yang kita minta, setiap kali tak menang, tukar, jadi Wenger menjawab panggilan, dia sendang membina balik pasukan setiap musim, jadi tunggu dan terus tunggu,jika bukan bawah wenger sekalipun, masanya akan muncul jua.

Chambo yang terlepas aksi akibat kecederaan disahkan akan melibatkan diri esok.Budak ni dah tak sabar nak isi kekoSONGan yang ditinggalkan. Dia lebih prefer main centrally berbanding wid position kalau ikut kata bapanya. Wenger ada menjanjikan perkara tersebut pada Theo tapi sampai player ni masih tergantung rundingan kontrak, janji tidak ditepati lagi. Chmbo-Arteta? atau Diaby-Arteta? Untuk bertemu Stoke, gua rasa kita pergi dengan Diaby Arteta dulu melihat kepada game ragbi yang kita akan tempuhi. Lagipun pace Chambo rugi jika dipersiakan kerana kita memerlukannnya di bahagian offensive.Coquelin akan menjadi understudy kepada posisi Diaby manakala Chambo akan belajar dari Cazorla.Selain itu all across di midfield kita punyai pemain serba berpengalaman dalam Rosicky yang jugak akan kembali dari kecederaan tendon. Sementara itu Kocielny masih belum boleh beraksi dan hanya akan diturunkan menentang Liverpool minggu depan.Mertesacker akan dikerah sekali lagi mengawal Crouch dan Walters.Santos mungkin dipanggil untk game kali ini kerana kita memerlukan lebih fizikal untuk game ini, sama ada Podolski atau fizikal Giroud akan digunakan, mari kita lihat sama2 nanti.

-------------------Szczesny--------------------
Jenkinson----Mertesacker-----Mael-----Santos
--------------Arteta------Diaby---------------
---Theo-----------Cazorla---------Gervinho----
---------------Podolski/Giroud-------------------

Astro ESPN 830pm. Arsenal 2 Stoke 1.

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: