RVP akan sebentar lagi menjalani medical di Old Trafford dan jika segalanya berjalan lancar, dia akan melumurkan segala kebersihan dengan warna kekotoran di mata para penyokong setia Arsenal sebaik sahaja menandatangani kontrak 4 tahun dengan yuran perpindahan yang telah dipersetujui, 24M. 15M deposit, 7.5M berperingkat dan 1.5M penambahan jika United mampu muncul juara dalam 4 tahun RVP bergelumang di sana. Kali terakhir pemain Arsenal secara direct berpindah dari utara london ke Manchester United adalah di era 80 an, penyerang tersohor Ireland, Frank Stapleton. 7 tahun kerjaya di Arsenal, 6 tahun di United dengan kedua2 kelab seimbang mendapat khidmatnya dari segi beza ratio jumlah gol pergame. Dan kali terakhir Arsenal berbisnes dengan United adalah pembelian pelik Wenger, Silvestre dari Ferguson yang tidak ada sapa peduli sekalipun.Arsenal dilihat paling rugi dari tansfer mengarut itu yang langsung tak membawa faedah.Tapi untuk kes kali ini, ini kes lain dan jarang2 berlaku. Arsenal menjual top scorer mereka, talisman, kapten dan pemain terbaik BPL musim lepas kepada rival tradisi.
Dan daripada laporan BBC ini yang belum dapat dipastikan kesahihannya, situasi segalanya menjadi rumit akibat ego.Sama ada Board, Wenger mahupun RVP sendiri. Kronologinya bermula sejak entah dari bila kerana kita sudah melalui kitaran ini masuk musim kelapan, RVP melihat putaran bagai kerepek roda ini takkan berakhir malah akan menjadi makin lemau jika dibiarkan setiap kali pemain itu sampai kemuncak , diorang nak blah jadi terpaksalah Arsenal rebuild semula, dan pairing terakhir Fabregas serta Na$ri blah RVP dah terdetik niat dalam hatinya, itu pasti. Itu sebablah dia tak mau sign2 kontrak lanjutan dan drag hingga ke situasi macam gini.Baginya tak salah blah kerana orang2 terdahulu pun dah melakukan perkara yang sama, jadi apa salahnya.(pikirnya).Jadi setelah satu musim rakan2nya mengangkatnya menjadi perimadona dengan pelbagai gerakan2 dan ciptaan jaringan untuk disudahkan, kepala besarnya pikir ok kini sudah tiba masanya. Berlangsunglah satu pertemuan mesyuarat hala tuju kononnya antara 3 individu, Wenger Gazidis dan jugak RVP sendiri bertempat di kediaman Wenger. Difahamkan dalam pertemuan itu memang tidak ada tawaran kontrak lanjutan , kerana segala perbincangan mengenai kontrak telah berlangsung sebelum itu membabitkan kesediaan Arsenal untuk menjadikan RVP pemain termahal pernah dibayar, namun RVP menolak mentah2 maka tiada guna kontrak ditawarkan. Yang ada pada pertemuan itu adalah mendengar rintihan2 lagak si perimadona ni bagitahu kat Wenger tentang kelab ini tak de masa depan ketika kelab2 lain melabur dan beli kejayaan, pemain itu bagus, pemain ini bagus kenapa tak beli, rakan sepasukan ini tak cukup bagus untuk Arsenal, itulah yang dikatakan 'tidak bersetuju' dengan cara pengendalian kelab. wenger dan Gazidis dah cukup padu dan pedih mendengar rengekan si glory hunter ni yang dah macam bos pulak bagitau siapa yang patut atau tak patut menyarung jersi Arsenal. Pada ketika itu, management dah tahu, RVP tak akan sign dan sudah sepakat dia akan dijual. Makanya sebelum Euro lagi diberitakan tak ada perkembangan tentang berita RVP ini kerana Arsenal hanya menunggu. Oleh itu dikeluarkan satu garis panduan dimana RVP tidak boleh bercakap kepada media tentang masa depannya di Arsenal yang belum pasti kerana semua akan disettlekan lepas Euro.Euro berakhir dengan malang buat Belanda dan RVP khususnya, mencerminkan betapa hanya sistem2 terpilih sahaja yang mampu mengeluarkan yang terbaik dari RVP, jika tidak ada create chances dari rakan2, tak ke mana jugak, dan di Arsenal, kita antara top club yang banyak create chances itulah sebab mana2 striker pun boleh score goal dengan happy. Ya ketika happy Chamakh pun boleh score 10bijik di zaman awalnya hanya kerana terpaksa bagi ruang dekat budak tak kenang budi ni kerjayanya terkorban, begitu jugak Bendi siap boleh score hat-trick ketika happy.Ok kembali pada cerita, sesudah berakhir Euro2012, RVP ni dalam bodoh ada bijaknya, tak boleh diaccess oleh media, why not dia sendiri yang kecoh kat satu dunia.Tak guna istilah 'bercakap' dengan media tapi menyampaikan melalui tulisan. Gatal tangan, pergilah print out statement kat laman rasmi kononnya sebagai 'update la sangat' kepada fan takut hidup dalam kegelapan tertanya2 walhal bukanlah suatu yang ingin didengar (baca dibaca).
Statement yang jelas memberi rock bottom kepada fan, menghentam muka Wenger tersembam terus sukar ditarik balik."Aku tak nak sign kontrak, kelab ni tak ada cita2" PANG! tamparan ke setiap muka para gooners yang duduk bersengkang mata melihat aksinya , menyokong ketika dia makan gaji buta cedera dengan pasukan Belanda,Arsenal yang terpaksa tanggung segala rawatannya, benar2 luka. Takpelah, mungkin pada ketika itu ada yang pikir, dia juga ada hak seperti pemain2 lain yang blah dulu, biarlah dia memilih,dia dah memberi yang termampu. Tapi bagi Wenger, setelah anda memalukan airmuka kelab dengan statement terbuka sebegitu, apa yang nampak hanyalah point of no return. Mengenali Wenger sebagai seorang yang gentleman dan respectable figure, dia tidak pernah sekaipun mengkondem playernya sendiri secara terbuka, membuat deal secara terbuka selagi belum ada kata persetujuan, menghormati kelab lain jadi apa yang dilakukan oleh kapten yang dilantiknya itu suatu yang tak pernah dididik, suatu tikaman dari belakang melihat kepada pengorbanan orang tua tu untuk RVP selama ini.Sekali ko dah takde dalam plan pengurus, sampai bila2lah ko takkan dapat peluang tu lagi.
Apabila ditanya,Wenger tak manafikan malah jugak tak mengiyakan. Apa yang diungkap ialah seamata2 fakta 'RVP masih lagi pemain Arsenal' kerana pada ketika itu belum ada tawaran2 yang benar2 serius dan sah.Itu memang style Wenger. Maka tak dibawanya ke Asia atas alasan fitness.Masa ni , Juventus Mancity dan hanya ManU sahaja yang merisik, jauh tersasar dari target RVP yang mejangkakan lepas dia 'menjaja' diri sendiri pasti ada kelab berlumba2 datang.Tiada dari La Liga Barca dan Real, RVP jugak tak berminat untuk ke Serie A yang dull dan penuh skandal. Jadi option yang tinggal hanya City dan United. Mancini tarik diri, RVP lega dia boleh lari dari gelaran mercenary.Jadi yang tinggal United. Dan difahamkan dari ketiga2 calon itu, RVP sendiri yang MEMILIH untuk menyertai United jika berpeluang. Arsenal seperti kata Fergie kalau boleh sememangnya nak sangat elak daripada jual kepada rvial supaya visi tidak dipersoal.Malah Fergie membocorkan rahsia kita sedang deal dengan kelab lain untuk mencari pembida. Pada ketika ini masing2 stuck sekejap.Apa yang pasti dari kata2 Fergie,Arsenal memang nak elak dari deal bersama United.
Dalam masa yang sama, Arsenal memperkuatkan barisan dengan penambahan trio.Balik semula kepada kronologi masa tadi, segalanya telah bermula sejak musim lepas bukan? Jadi Podolski dibawa masuk untuk memancing RVP stay, Tak nampak hasil, Giroud pulak sepertimana didakwa oleh scout kita Grimandi adalah insuran sekiranya RVP tak sign jugak,dan bila kita sgin Santi Cazorla, ia hanyalah sebagai membuka mata RVP bahawa Arsenal masih ada class dan cita2 tapi segalanya sudah terlambat untuk menyesal pada ketika itu. Mengapa terlambat, ia adalah sebab masa ni, tak ada kelab dah yang sanggup match harga yang Arsenal letak. RVP dah mula rasa macam "hurmmmm ok jugak signing2 baru ni, nampak ada chance" nampak saja tapi niatnya untuk sign kontrak tak ada.Tak ada tindakan, malah katanya dia lebih rela sanggup bersama Arsenal semusim lagi biarpun tak sign kontrak.Wahhhh banyak cantik , hensem sangat ke perimadona kita ni, dia ingat Arsenal nak tunggu jek demand dia.Dah keluar statement awal2, ego pulak nak mintak maaf terbuka , tarik balik dan sign kontrak kalau yakin dengan skuad. Bagi Wenger senang saja, kalau player tu otak dah ke lain, tak komited, simpan pun tak ada guna. Lebih baik cash in, masalah sekarang tiada pembida.Masa nilah United ambil kesempatan tapi terpaksa gamble dengan harga tinggi.Ferguson yang baru lepas kempunan meraung2 terlepas Lucas dan jugak Hazard begitu desperate nak tunjuk kat jiran City bahawa dia pun boleh bikin noisy.
Bola sepak adalah bisnes hari ini.Tiada lagi istilah kesetiaan.Loyalty telah mati.Semasa di Cologne, di mana RVP jugak dibawa ke Jerman, Ferguson telah sanggup merayu2 supaya Arsenal pikir masak2 untuk melepaskan deal ini.Fikir pro and con, ini mungkin jalan paling afdal Arsenal walaupun nampak mencalar reputasi serta maruah.Sebelum match menentang Cologne lagi diberitakan RVP telah difahamkan United ada membuat bidaan serius, Arsenal sudi menjual, RVP tak menentangnya kerana pada ketika ini memang dia tak kisah,United memang pilihan awalnya. dia hanya mahukan jalan keluar.Dia tak kisah dengan emosi fan, tak kisah dengan sentimen sejarah kelab apa yang kisah adalah kabinet medal dan duit poketnya.Sudahlah sanggup main amek jek armband dari tangan Mael ketika masuk sebagai badut dalam match bertemu Cologne, memang tiada perasaan malu betul.
Dalam kes ini sukar bagi Arsenal sebenarnya untuk hold pemain yang tak komited tapi cuma berbaki satu tahun kontrak. Kerugian bagi board amatlah sukar ditanggung nilainya. Gua akui , itu adalah satu sisi downside bagi Arsenal.Mudah tunduk pada tekanan.Malah menyimpan kepala besar dalam pasukan boleh mengunsettlekan para pemain lain fikir wenger.22M bagi pemain berusia 29 tahun yang hanya berbaki kontrak setahun bukanlah bad deal sangat bagi Arsenal. Namun atas padang belum tahu, sama ada ia melemahkan Arsenal mahupun menguatkan United hanya masa menentukan.Kita hanya mampu berharap yang terbaik bagi Arsenal.Harap pemain2 yang tinggal boleh cope.Harap duit yang dapat tu diinvest balik ke dalam pasukan walaupun nampak seakan tidak. Apabila ditanya adakah Wenger akan mencari pengganti,
die menjawab tidak perlu kerana RVP telah diganti.Sama ada dia refer si Camak, Giroud atau Podolski itu pun kite tengok nanti.Harap dia bergurau, kalau tidak tambah striker,tambahlah di unit pertahanan.
Gua masih terkejut, sama terkejutnya dengan Mael di bawah ini sesudah game Belgium menewaskan Belanda 4-2 dimana RVP tak turut serta, sibuk cari lori pindah. Kredit kepada blog
LadyArse atas video ini.
Vermaelen terkejut Van Persie dijual
Quick translation: It's been announced that RVP left for Man United.
-Is that...?
It's on United's and Arsenal's websites.
-Okay...
What is your reaction?
-Well,
it's a surprise to me. I've, eh... Yeah, I think it's... eh... Yeah
it's a shock. I'm very disappointed. I mean, I'd like to have seen Robin
stay at the club, I mean, Robin is-- well Robin was very important to
us last year, he was vital to us, so yeah. I have to admit it's news to
me too, so... I'm not sure how to react, really. Yeah, I'm very
disappointed [in him?].
He's probably had a tough time these past months with all this drama around him.
-Yeah,
I dunno, I didn't notice it at training. I thought he looked sharp and
fit at training so in that sense I don't think you could tell. But in
the end maybe it's a good choice for him, I might speak to him later. I
don't know how to react since it's news to me.
How will you cover for this loss?
-I
think we've had some good purchases in Podolski, Giroud and Cazorla,
all of whom really impressed me this week. Those are very good buys so
I'm definitely confident we still have the quality at Arsenal to win
things.
Despite this, the victory [over NL] takes precedence, that joy?
-Yeah I'm very happy with the victory today, for a bit. Tomorrow we go to the club and focus on Saturday.
A little bittersweet?
-After this news you could say that, yes. But I'll speak with Robin later. Anyway, nothing you can do.
Jadi lepas ni siapa pula? Jangan lupa seorang lagi yang kini berdepan situasi sama baki kontrak setahun adalah Theo. Dan spekulasi bergedar kencang ketika ini Barcelona dalam proses serius cuba mendapatkan Alex Song dengan modus operandi sama menggunakan pemainnya2 untuk tapi cuma bezanya Song tak ada DNA Barca. JIka kita kehilangan Song dan kemudian Theo, kita akan lihat kelab kita kembali berada pada situasi lepas, harap aku salah untuk yang ini. Tapi sejujurnya, loyalti player tu memang satu hal tapi gua amat kecewa dengan pengendalian management kita.Mungkin salary cap kita tak setanding dengan pasukan2 lain tapi membiarkan pemain berfoya2 dengan membawak kerjaya ke baki tahun terakhir kontrak adalah satu jenayah yang mendatangkan masalah seperti ini.Tapi at least kita dah biasa. Ini realiti yang terpaksa kita telan dan terima selaku penyokong tegar Arsenal FC. Katakanlah kita feeder club, kita akedemi fantasia, kita batu loncatan namun itulah realitinya kerana kita ukur baju di badan sendiri dan sentiasa mencari jalan yang bersih untuk bersaing.Sekurang2nya itu adalah suatu perkara yang harus dibanggakan.Dan melihat kepada nafsu serakah kelab lain yang tak pandai nak bina player asyik nak ciluk dari kita secara tidak langsung membuktikan kita sebuah kelab yang mampu melahirkan pemain berkaliber sihat untuk sukan bola sepak itu sendiri ketika dunia ini kejam, masih ada senyuman.
Kesetiaan dan loyalty sukar lagi dicari dalam modern game ini.Susah menjejak seorang lagi Adams, Maldini mahupun Del Piero ketika bola sepak hari ini ditaburkan dengan longgokan dan sogokan wang berjuta. Itulah sebabnya kita perlu tetapkan hati cekalkan semangat.Sebab itulah dinasihatkan kalau nak sokong, sokonglah kelab bukan pemain.Pemain datang dan pergi ,manager silih berganti kelab tetap kekal di hati. Support dan soraklah kepada pemain ketika mana mereka memakai warna kebanggan merah putih Arsenal kerana di luar padang mereka hanyalah manusia biasa seperti kita.Hanya segelintir yang tidak layak mendapat respect walhal ramai lagi alumni sana yang wajar dikenang. Malah bukan semuanya bernasib baik di atas padang sukses bersama kelab tapi sekurang2nya semangat dan respect mereka terhadap game, kelab, sejarah, dan paling utama penyokong mengekalkan boundaries yang terjalin sebaik mereka pernah menjadi sebahagian dari sejarah Arsenal FC. Mari kita harapkan pemain2 musim 12/13 ini move on pandang ke depan, cipta sejarah tersendiri..Sekiranya ada rezeki, kejayaan yang bakal datang dari situasi ini lebih berganda manisnya... Game On Arsenal! Bring it on!!
Agi idup, agi mengGunners!!!