Sabtu, 26 Mac 2011

Swear it Again or Sweat it Again

Minggu internationaleleh ni menyaksikan banyak spekulasi squlaci dan motivasi dingin sesama team national mahupun rumors terbaru. Seperti keadaan sekarang yang acap kali hujan dan lembab, begitulah mandomnya minggu ini dek kerana tiada match EPL.

Namun mungkin situasi ini boleh meredakan sedikit sebanyak panas-panas badan yg terasa dek kerana result minggu lupas.yeah, apa yg lepas sudah terlepas dan melepas, focus kita sekarang di hadapan. maseh terlalu awal untuk membiracarakan perihal transfer dan disloyal para pemain.Kesempatan yg ada seharusnya digunakan para penyokong utk terus mrnyokong semangat team yg sedia ada kerana mereka perlukan dorongan moral yg tinggi untuk terus berjuang.

Biarpun apa sahaja yg berlaku pada episod lepas, selagi mana peluang masih terbuka, gelaran juara masih bukan milik siapa-siapa.Ayuh, teruskan mengayuh the gunners..swear it again that you will bounced back to the critics and please don't sweat it again.

Gun Down The Critics, Built-Up The Spirits..

Hujan2 layan lagu ni pun besh..huhu..romantika de armor..




Selasa, 22 Mac 2011

Luahan Hati...Jom imbau lagenda terdahulu..

Salam..

Walaupun sudah lebih dari 60jam detik-detik tensi berlalu yang menyaksikan kita seri muka dengan clubing wesbrom, rata2 ramai yang masih tidak puas hati dengan keputusan tersebut. LUAHAN HATI yang membuak-buak ini menggambarkan betapa kecewanya peminat bukan sahaja di Malaysia, tetapi di se-antero Dunia..Mungkinkah sesuatu perubahan bakal berlaku nanti..Apakah tindakan AW selepas ini? Apakah tindakan BOD selepas ini? Apakah Fabregas akan pergi? Apakah Lehman akan dimasukkan dalam starting 11 for the next game? Semua persoalan ini bakal terjawab selepas minggu ini berarak pergi dik kerana perlawanan internasionaleleh...

JOM, lupakan segala detik-detik pilu..moh kita kembali ke zaman dulu..

Dahulunya kita mempunyai barisan terminator, gladiator, predator, escalator dan menTOR yang masing-masing mempunyai kalibernya yg tersendiri. Lihat sahaja Bergkamp yang digeruni ramai akan remosnya yg selalu menyambau masuk bola2 hantaran lintang Ljunberg mahupun Pires yang x lekang dengan skills masing2. Begitu juga Vierra mahupun overmars yang terkenal dengan lorongan2 cantik melepasi lawan untuk disudahkan Lagenda Highbury, Thierry Henry..X cukup dengan itu, kita juga punyai Orang Laut (seaman) yang besar gedabak dan bersuara lantang untuk mengemudi barisan gawang goal. Nama-nama seperti Tony Adam, Winterburn, Campbell, Toure, Lauren jelas menggambar barisan pertahan kita suatu ketika dahulu dipenuhi dengan the beast master yang x lekang dgn asakan lawan..

Akan tetapi, bila malam silih berganti..bermula dengan fabregas sebagai perintis..banyak muka-muka baru yang dilihat mewarnai squad senior..bercakap pada media suatu ketika dahulu, Wenger pernah berkata bahawa squad yg beliau ada sekarang sangat matang dan serasi namun beliau perlukan pelapis untuk di kemudian hari. Bermula pada itu, datanglah beberapa muka baru seperti Van Persie, Reyes, Adebayor, Diaby, Eboue, Sagna, Rosicky, Denilson, Ramsey, Koscekni, Sikulaci, Fabianski, Eduardo dan sebagainya..

Namun, eksperimennya agak sukar menemui kejayaan yang cepat dek kerana keberangkatan MenTor2 yang lebih awal dari jangkaan..mungkin polisinya yang hanya melanjutkan contract setahun sekali utk pemain2 lebih usia membuatkan squad de-invisible yg diharapkannya menjadi mentor, hilang satu per satu. Bermula dgn Vierra, disusuli Pires, seterusnya Ljunberg, Henry, Toure, Campbell, dan pesaraan Bergkamp..

Eksperimen beliau sebenarnya sangat berjaya kerana kita sentiasa disajikan dengan permainan yang menarik dan mutu persembahan yang enak dilihat. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa kita sebenarnya mempunyai squad muda yang sangat-sangat promising. Namun, secara personalnya, berkemungkinan kurangnya watak2 lama dalam squad menyebabkan keidakseimbangan dalam kematangan dan konsistensi permainan kita. Mungkin itu juga yg menjadi titik tolak kelembapan yang berlaku.

Kenapa AW tidak mahu membeli player??? Jawapannya ialah dia lebih percayakan konsistensi dalam squadnya kerana pengalaman menunjukkan, squad yg dibina dahulu pernah suatu ketika mengemudi tahta. Akan tetapi, dek asakan peminat dan sememangnya lumrah peminat mahukan piala dan kejuaraan, beliau sedikit sebanyak tertekan dengan omongan semasa.

Apa-apapun yang berlaku..secara logik dan berpaksikan nyata, Arsenal sebenarnya kelab yang sangat-sangat seimbang dari segi keewangan, mutu permainan dan bakat jika dibandingkan dengan kelab-kelab yang lain. Akan tetapi, sekiranya tiada konsistensi untuk musim ini, nescaya AW akan melakukan rombakan yang besar penghujung musim ini kerana seperti adat orang berniaga, sekiranya plan yang dirangka tidak berhasil, maka suatu transformasi harus berlaku agar tidak dibelengu dengan kerugian yang berlipat ganda.

Apa2pun yang terjadi...GUN DOWN THE CRITICS, BUILT-UP THE SPIRITS....


Ahad, 20 Mac 2011

Attack Like A Man, Defend Like A Boy


Salam semua..oleh kerana kenduri di sana-sini..function itu ini, x sempat cek nak update blog. yup, rata-rata ramai yang maseh geram dengan keputusan semalam yang sememangnya berat sebelah? Kenapa Berat SEBELAH?

Mari kita bahaskan..

Secara rasionalnya, dengan barisan yang sedia ada dan kehilangan beberapa tonggak utama, teraju serangan kita maseh tetap bernyawa dan mempunyai sengatnya yang tersendiri. Namun, ketidakseimbangan pertahanan dan jentera serangan melihat SITUASI BERAT SEBELAH berlaku yang mana kita menyerang, tapi barisan pertahanan meloloskan goal dengan sebegitu mudah. situasi ini begitu berat sebelah untuk jentera serangan kita yang berusaha gigih mencari goal..

Semalam kita menyaksikan dua-tiga pemain melakukan kesalahan yang YA AMPUN, sangat memualkan..x perlu kita bahaskan nama mereka kerana rata-rata umum sedia maklum siapa entiti2 tersebut. Namun di sebalik kemualan itu, aku sedikit terhibur dengan spirit yang dipamerkan oleh captain jack, clichy, persie, nasri DAN THE SHUHHHH MAN, Arshavin the gimbly..

Ibarat gladiator atau Barbarian, arshavin dilihat memacu jentera serangan yang sedikit sebanyak memberi inspirasi taming sari untuk kedua-dua goal penyelamat permainan. Kelibat ramsey sedikit sebanyak mengubat kehilangan beberapa key-player di bahagian tengah namun, kita harus MENYEDARI x sukar untuk Ramsey kembali ke form-nya setelah sekian lama tidak beraksi di peringkat tertinggi. Mungkin lebih banyak pendedahan lagi diperlukan oleh rambo sperti mana yang diberi AW kepada jackie..

Mengenai goal2 yang agak kurang pandai diboloskan barisan pertahanan kita, jawwapannya mungkin pada AW kerana bukan mutu bola-sepak sebegitu yang harus dipamerkan untuk kelasb segergasi gUNNers..Mungkin di sini AW sendiri merindui kelibat Verminator, Djrou & Song yang kental dengan amukan lawan. Namun personally, aku rasa bukan almengelamun, sikulaci atai koShaveni x boleh bermain baik. cuma kurang persefahaman atau kurang komunikasi antara mereka yang menyebabkan goal2 kurang pandai terjadi.

Mungkin latihan vokal harus diberi kepada mereka agar lebih kerap bersuara kerna kita harus akui, almunia pernah bermain diperingkat tertinggi dan beliau boleh beraski pada formnya yg tinggi. Mungkin kesalahan semalam dpt dijadikan iktibar untuk AW memantapkan barisan yang sedia ada. tak perlu menyalahkan siapa2. iBARAT pepatah hindi "ramai yang mengutuk bila sungai itu kotor..kutuk,caci & maki..tapi x ramai yang sanggup mencuci kekotoran itu agar ianya kelihatan jernih dan mengalir dengan lancar.."

Semakin hari tugas berat digalas AW dan pasukannnya namun,selagi loceng rehat belum berbunyi, kelas tetap diteruskan..banyak lap lg harus ditempuhi..keajaiban maseh wujud. GUN DOWN THE CRITICS, BUILT-UP THE SPIRITS...


Jumaat, 18 Mac 2011

Berdua Lebih Baik..

Salam Semua..

Akhirnya berita perpindahan LeMan ke Emirates menjadi kenyataan dan sememangnya diharapkan kehadiran beliau dapat menyuntik SEDIKIT sebanyak vitamin ke bahagian gawang goal kita. Leman yang lebih selesa dipanggil Leleh berkata yang beliau seronok untuk bersama Arsenal walaupun hanya sementara dan berharap beliau dapat membantu Arsenal dalam misi menjulang Piala EPL yang sememangnya tidak mustahil sekiranya permainan yang kosisten dipamerkan..Sememangnya mempunyai 2 Goalkeeper berpengalaman untuk masa ini adalah lebih baik dan melegakan tattatkala kecederaan dan kemurungan yang melanda kita recently..

Reporter : Leleh, apa perasaan kamu bila dpt beraksi semula di Emirates
Leleh : Saya amat terharu, teruja & terkesima
Reporter : Terkesima?
Leleh : A'a..Takkan TerKESUMA kot..
Reporter : Pandai Leleh buat lawak ek
Leleh : heeee (Leleh ketawa sambil merenung ke arah Almunia)
Reporter : Anda dilaporkan tidak berapa gemar beraksi bersama Almunia. Sejauh mana kebenarannya?
Leleh : Eh, sapa yang laporkan menda camni...isk2
Reporter : Saya la..sayakan Reporter (bukan nama sebenar)
Leleh : Owhh..camni..perkara yg lepas biarla lepas..Saya komited untuk membantu Arsenal kali ini walaupun saya tahu saya bakal beraksi di bangku simpanan..
Reporter : Bagus Leleh, inilah semangat yang kita mahukan...
AW : Leleh, mai la cepat training..tokyah dok wat baloq..
Leleh : Okeh Reporter, GTG..MuahhhhX
Reporter : (terkesima mode)




GUN DOWN THE CRITICS, BUILT-UP THE SPIRIT!!

P/S : aku tukau banner kat atas..xdak sape2 perasan ke..heee..sorilaa..buat sambil undercover..boss ada di mana2..


Selasa, 15 Mac 2011

boLEH tak MAN...


Emirates, 2011: segempar berita gempa bumi dan tsunami di jepunk, begitulah gemparnya kampung Emirates arini apabila manyaksikan the 'COMEBACK" of Pak Lehman..Seperti kedatangan father of Ultra tattakala lampu otromen bertukar merah, begitulah juga kedatangan Lehman yg diundang AW untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Penjaga Goal, Gred N1 di Arsenal.

Adapun jawatannya secara kontrak selama beberapa bulan dilihat suatu tindakan desperate AW, namun inilah langkah bijak AW dengan membawa masuk pemain berpengalaman yg sudah masak ranum dgn rencah bola sepak Arsenal untuk mengisi kekosongan malam2 kita.

Kedatangan Lehman dalam dressing room sedikit sebanyak mungkin memberi satu semangat kompetitif kepada Almunia untuk terus perform dan mungkin selain dari jawatan kontrak Gred N1 nya itu, Lehman juga mungkin akan diberi mandat selaku Pensyarah Part-Time untuk mendidik dan mengajar Dua Pegawai Gred N1 tetap kita yakni Sazzy & Fabby.

Mungkin suatu hari nanti juga kita boleh melihat the return of OnRi, Gilberto, atau V-era untuk menyuntik sedikit hormon testosteron agar mutu perlawanan yg kita persembahkan menjadi lebih dan cepat matang.

Maseh ada ruang untuk kemenangan..GO GO GO Gunners!!



Gun Down The Critics, Built-Up The Spirit...


Isnin, 14 Mac 2011

Kesatria Meriam Memburu Impian



"Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia..."

Laksana Laksmana Memacu Armada,
Menggempur musuh menggegar dunia,
Bangkitlah satria menghunus senjata,
Biar Meriam menggegar Pawana...



Gun Down The Critics, Built-Up The Spirits...


Semangat Perjuangan Harmoni

Salam setia,Salam dewata...
Izin kesuma mengatur kata..

Gundah menimpa badai melanda..
Hancur hati kacukan derita..
Namun semangat x mudah tua..
Ayuh kita menyambar piala...

Salam semua..lama sudah aku x berbicara.hampir beberapa purnama lamanya..Sebelum itu izinkan aku memohon maaf di atas segala ketelanjuran kata HaDee yg namaku sebenar tp diwakilkan oleh seorang sahabat..Beliau seorang yg antagonis namun jikA dibelah tangannya, warna merah beserta DNA gunners jua yang mengalir.

Apa2pun, ramai di antara kita yg berbeza pendapat, bertongkatkan nasihat, berbumbungkan muslihat, dan berkocakan heart..tapi, jgn mudah putus semangat..Sentiasalah beringat..Kalah kita bukan dibuat..Menang kita hasil keringat..Seri kita apa nak buat..lumrah alam xleh disekat..

Ya, kita mungkin tempang di sana sini..bocor itu dan ini..tapi kita tetap gah berani..kalah kita dgn asakan..cuma lawan duit berkoyan..mutu permainan dijadikan jualan..tabur uwang tanpa persoalan..untuk hasil sekecil kuman..

Jika dilihat dari sudut positive, kita jauh lebih matang dari segi keharmonian team yg sentiasa memberikan yg terbaik untuk peminat.Ya kita kalah..Ya kita DIkata lemah..Tapi,selagi loceng belum berbunyi..Larian kita maseh bermakna..Dengan baki perlawanan yg ada dan kelibat beberapa pemain seperti verminator & RaMScha yg kembali membuat comeback...Nescaya kayuhan kita nanti semakin rancak menuju puncak..

Ya,aku sedikit agree dgn sesetengah pendapat yg mengatakan kita kurang pemain impak maksima tapi mari kita selidik apakah yg telah Wenger lakukan. beliau sebenarnya telah membentuk tembikar mengikut corak kehendaknya dan hasil tgnnya sendiri agar hiasan tembikar itu kelak lebih bermakna bila dipamerkan dikalayak ramai daripada tembikar yg dibeli dari luar yg sedia keras yg sukar dilentur.

Apa yg harus dipersoalkan sekarang ialah apakah tembikar2 itu sudah menjadi sekeras mungkin untuk membalas jasa penciptanya? 3 tahun lepas siapa SONG? siapa DIABy? siapa DENILSON? siapa BENDTNER? siapa WILSHERE? siapa DjOROU? Nah sekarang mereka bukan lagi the young Gun..mereka skarang sudah matured dan setanding dgn pemain-pemain world class yg lain. Kita tidak boleh menafikan masalah kecederaan dan pendedahan yg kurang di kalangan player2 ini sedikit sebanyak merencatkan usaha kita bergelar juara.

Namun, percayalah..sedikit masa lagi kita bisa mengkocak dunia..bila ramuan yg diperap ini sebati dgn daging, nescaya isinya sedap bila dibakar..macam ayam nandosh yg dicicah dgn sos hot peri-peri..rasanya enak hinnga mengjilat jari kaki..

Keep the faith..



Gun Down The Critics, Build Up the Spirit..


Ahad, 13 Mac 2011

Highlights : LIku liku kehidupan


Post Match : Lengkap, 3 impian Wembley ranap


Bernafas..bernafas...Johan masih bernafas tapi nafas Arsenal kini  digambarkan sama sepertinya dalam gambar di atas, hidup segan mati tak mau. Apa yang dikhuatiri telah pun terjadi. Worst case scenario yang diwaspadakan menjadi kenyataan apabila satu lagi impian ke Wembley punah di mana United lebih bijak menggunakan peluang menewaskan kita dengan 2 bijik tanpa balas. 3 impian podium Wembley musnah dalam masa 12 hari, Piala Liga, liga juara2, dan kini FA .Habis semua jari jemari telah digigit tak tau nak gigit apa lagi.

Kita bukan sahaja tewas, tetapi tewas kepada sebuah barisan yang bukan terbaik pun(atas kertas) dari United! Sedang di atas kertas barisan kita dilihat lebih berkeupayaan tapi game plan dan taktikal Fergie lebih menjadi dari Wenger.Barisan rojak tengah mereka tetap nampak seimbang dan Va de Sar antara watak penting yang mengecewakan Arsenal. Bagi Arsenal pula, satu persembahan yang teruk pada awalnya, tak ada pattern dan hala tuju sehinggalah dah kena dua bijik.Persembahan yang boleh diibaratkan seperti sudah terhantuk baru tergadah. Aku masih tak paham apa motif 2 orang holding midfield dalam Double D.Ada pemain yang seperti tidak ambil kisah bagai boleh bersiar2 di taman, lazy leg. Nasri dan Arshavin tidak seperti biasa.RVP pulak boleh tibe2 sepi terutama di babak kedua.Kehilangan Bendi pulak entah menjadi misteri.Kita merintih2 meronta2 Wenger untuk melakukan pertukaran, Chamakh dimasukkan memberi option fizikal tapi kadang kala menyirap bandung jugak tengok dok asyik nak passing2 member kalau move forward takpe ini time counter pun boleh nak passing2 belakang lagi.

Okla jugak sebab kemasukan Camak membuatkan Sagna lebih banyak crossing tapi sayangnya satu pun tak disambut dengan mesra oleh rakan2. Sepatutnya kalau dari awal lagi kita ada susuk tubuh dalam kotak penalti, bukan Arsenal yang tengah kejar game. Kita bukan sahaja tak stabil , tak seimbang depan belakang, kita jugak kehilangan kaliber seorang fox in the box.. Taktikal Wenger untuk mengharapkan RVP seorang diri tidak menjadi kali ini.Cara kita bolos pun agak sloppy - kalau yang sedap tu namanya slurpee -,lack of awareness dari Koscielny yang membiarkan Fabio boleh mencelah, Almunia pasti kecewa setelah bersusah payah menjalarkan ketiaknya.Gol kedua adalah tipikal pembolosan dari Arsenal, setelah double save dari Van De Sar, United melakukan counter attack dan pertahanan kita yang kelam kabut tak sempat nak regroup, apa lagi, berterabur..soft goal yang dilepaskan tapi cukup untuk memahat paku karat pada setiap hati pemain Arsenal.

Hanya seorang sahaja pemain yang nampak bernafsu tak lain tak bukan Jack Wilshere.Sentiasa berlari dengan tujuan, ada di mana2 dan nampak bersemangat.Kredit juga harus diberikan pada Almunia yang gua selalu kecam kerana dalam 2 game besar ini , dia mampu mengurangkan kemaluan Arsenal walaupun tak dapat membantu mempertahankan gawang.Memang kita perlukan pemain untuk step up mengisi kekosongan rakan2 yang meninggalkan peluang untuk rakan2 lain pulak merasa kalah menang bersama. Cameo dari Rambo buat pertama kali sejak tragedi Britania hanyalah sekadar senyuman dalam duka. Tambah lagi kita bakal pulak hilang Johan pada ketika baki saingan liga amat penting kali ini.Begitulah nasib Arsenal, semakin hampir, tapi semakin jauh. Harap tak akan jadi satu mental block pada para pemain.Minggu Internationaleleh akhirnya datang tepat pada masanya, membiarkan para pemain balik kampung clearkan otak dan pulang dengan semangat serta cabaran baru 2 minggu dari sekarang.

Ini jugak masanya untuk kita sebagai penyokong Arsenal berehat dan melupakan segala kekecewaan yang dialami dalam tempoh 2 minggu yang perit ini. See you in May nanti, tak dapat di Wembley, di London pun boleh lagi, pilih lah sama ada di Fulham ataupun di Emirates nanti nak berimpian naik podium. Tapi terlebih dahulu ranjau yang mendatang harus ditangani dengan smart dan sabar.Memang perit jadi penyokong Arsenal, tapi lagi perit kalau kita sokong Arsenal tapi kita tak nak bersama ketika saat2 mereka memerlukan kita.Walau frust macam manapun aku tau dan yakin di sudut hati anda sekalian ada tersimpan perasaan cinta  yang mendalam pada Arsenal yang hanya tunggu masa untuk diluahkan.Regroup2!!!.


Sabtu, 12 Mac 2011

Pre Match : Fa Cup sebagai insurans


Kedua-duanya mengalami minggu yang suram. Kecederaan, kekalahan, penyingkiran kekecewaan. Maka sebab itulah pertembungan tradisi ini akan disambut dengan penuh emosi kerana setiap kali Arsenal dan Manchester United berentap tidak kira dalam apa jua kejuaraan, ia adalah suatu acara yang istimewa.Bagi kita di sini selain penyokong masing2, ia boleh menjadi bahan pembuka bicara, bahan bertegur sapa, bahan jenaka dan jadi bahan. 2 pesaing terapat BPL akan bermatia-matian meneruskan hayat dalam saingan FA Cup sebagai insuran. Ia jugak boleh jadi kelebihan psikologi ketika mereka akan bertemu kembali di Emirates hujung musim nanti.

Bertempat di Old Trafford, United kini menjadi pilihan pundit2. Tapi tekanan dikongsi bersama kerana Arsenal kini tinggal 2 peluang piala untuk melenyapkan sesawang di kabinet, manakala United pastinya ingin mengelak 3 kekalahan berturut2 kepada musuh2 utama Chelsea, Liverpool kemudian Arsenal dan juga perlu elaksebarang replay . Jika seri, replay mungkin akan diadakan pada hari Jumaat ini suatu yang pasti tidak disenangi oleh Fergie kerana pertengahan minggu ini mereka perlu melayan kunjungan Marsseille dalam UCL ketika Wnger mempunyai tempoh seminggu untuk membuat persediaan.

Kecederaan agak ketara tapi seimbang di kedua2 belah pihak. .Menariknya bagi Arsenal pemain2 seperti Ji Sung Park, Nani dan Anderson yang sering mengacau barisan tengah kita tidak mampu diturunkan.Walaupun tanpa Fabregas, inilah masanya barisan tengah kita mengeksploitasi dengan kekreatifan yang ada pada Wilshere Nasri dan Arshavin walaupun Fletcher Scholes dan Giggs menanti.Ketiadaan Song mungkin terpaksa diisi oleh Denyboy melihat pada ketidakupayaan Diaby menjadi pelindung ketika kita dibuli Barcelona. Dan aku berharap untk kali ini , Wenger mengubah taktik dan mempunyai plan lain buat ARsenal, biarlah 2 orang striker bergandingan pada ketika tembok United tampak goyah tanpa Rio.Vidic kembali, Evans kembali di bangku simpanan tapi dengan Brown atau Smalling yang tak up standard, Chamakh/Bendi yang bergandingan dengan RVP boleh menjadikan pasangan Vidic itu sebagai lubang lubuk.Aku rasa dan yakin malam ini kita boleh mencipta sesuatau.Ini peluang terbaik untuk kita sekali lagi mengejutkan United. Setiap kali mereka tersadung terhantuk tersembam, ada saja ketika bertemu Arsenal mereka jadikan medan untuk bangkit bagai singa lapar dan akibatnya Arsenal yang terpaksa menanggung caci maki media.Tiba2 Arsenal menjadi sasaran transfer debit. Tapi malam ini tidak lagi, buktikanlah wahai para pemain Arsenal, ini malam malam kita!

---------------------Almunia-----------------
Sagna---------Johan-----Koscielny----Gibbs
----------------Denyboy--------------------
---Nasri------------------Wilshere---Andrei
----------Bendi/Chamakh---RVP-----------


Astro 1.15 am. United 1 Arsenal 2.


Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 11 Mac 2011

Bara semangat masih ada


Aku masih berpegang kepada keyakinan bahawa jika pada kedudukan 1-1 Arsenal mempunyai peluang baik untuk mengejutkan Barcelona. Segalanya terletak di tangan kita pada ketika itu pada masa yang sama Barcelona yang tertekan dan desperate dalam mencari gol serta perlu berhati2 jika dibolosi. Memang statistik tidak menipu dengan 0 shot on target yang diwar2kan pelbagai pihak sebagai tidak layak dari awal.Namun, memang itu sebenarnya game plan yang Wenger bawak ke Nou Camp. Sudah leading sebijik, dia manyuruh player keep it tight, buat apa nak kamikaze menyerah diri untuk dihukum oleh kelajuan counter attack Barcelona. Kita sedia maklum penguasaan bola mereka sangat mantap jadi cara untuk mencairkan mereka adalah dengan kasi mereka frustrated secara konsisten.Cuma dengan player yang ada, kita tidaklah dapat cope seperti mana Inter kepunyaan Mourinho pernah lakukan. Plan A adalah plan untuk bertahan gila2 sehinggalah minit ke 60-70, Plan B nya dilancarkan pada saat Barcelona akan sedikit mengah lalu pada ketika itu kita tengok apa yang ada untuk dicurik. Ini telah terbukti pada perlawanan pertama di Emirates.Jadi pada match semalam Arsenal hampir berjaya dalam Plan A tetapi dek kerana Fabregas yang tak up to standard beraksi dan agak cuai, maka itulah risiko yang terpaksa ditanggung apabila menggunakan taktiktal tersebut ketika bertemu pasukan seperti Barca. Kemudian kita menyamakan kedudukan, secebis peluang dan cahaya muncul di hujung terowong Namun segalanya tiba2 gelap gelita apabila malang menimpa seperti bom jatuh ke riba.Bak kata Sagna, 11 vs 11 pun sudah cukup sukar 12 11 vs 10...pergh, lagilah. Itu pandangan peribadi aku jadi jika media nak suka suki memperlekehkan Arsenal walaupun sebelum sepak mula atau berdasarkan statistik tanpa melihat pada perspektif situasi ketika itu, jadi biarkan mereka.



Itu cerita bed time story yang harap tak akan diulang lagi.Tutup bukunya, seal rapat2 dan "kite bakor aje",, Ada tugas lain yang sama penting menanti hujung minggu ini. Pertemuan menentang United di Old Trafford. Satu lagi pertemuan kalah mati seri hidup balik. Dan perlu diingat ini bukan sekadar Piala FA, kerana setiap kali pertemuan tradisi antara United dan Arsenal pasti ada sesuatu yang istimewa menyebabkan tie ini bertambah penting dan menarik! Aku harap bebenor player boleh lupakan segala haramjadah yang berlaku dalam match2 terdahulu dan betul2 fokus. Mental kena kuat. Jika tidak 100% jangan masuk padang, kita taknak ada penumpang seperti mana yang disergah oleh Almunia terhadap rakan2 yang hanya bagai  bersiar2 di taman larangan. Kalau Almunia sendiri yang sudah pandai bersuara maka paham2lah, di mana mentaliti dan taraf sebenar pemain2.Itulah sebabnya sokongan padu para penyokong amat penting buat membakar semangat mereka. Kekecewaan demi keekecewaan namun tidak bermakna kelab Arsenal lupus terus dari sukan ini.Arsenal sebagai kelab terus kekal gah, tapi kini bergantung pada pengurusan, pemain dan penyokong untuk meletakkan Arsenal pada landasan yang sepatutnya.



Persiapan Arsenal menjelang pertemuan Sabtu ini terganggu bukan sekadar berita kecederaan tetapi jugak dengan kes2 mahkamah di luar padang. Wenger dan Nasri masing2 akan didakwa dan penghujahan kes mereka akan didengan pada 17 March nanti. Kita semua sedia maklum bagaimana kedua2 mereka sangat kecewa dan tidak segan meluahkan kebengangan masing2 di depan hidung pengadil tersebut sejurus tamat perlawanan..Setakat ini Wenger dengan otainya akan melawan sekeras2nya dakwaan itu dan sanggup berdepat di hadapan pendakwa2 raya badan UEFA yang dianggap ala diktator. Itu adalah satu lagi perkataan yang superb dari mulut Wenger dan aku sangat setuju dengan kenyataannya agar dapat mengajar UEFA jangan jadi terlalu bodoh sombong seperti selama ini. Banyak sudah kebadutan yang mereka praktikkan terbaru 5 linesman,bukan tak bagus tapi ape impak dia pun aku tak tau.Mana keberkesanannya secara menyeluruh? Pemain masih lagi diving, penalti masih diberi membuta tuli, sampai aku pikirkan ada badan2 dan tangan2 ghaib yang mahukan bola sepak dijauhkan dengan teknologi video demi kekayaan sesetengah2 golongan.



Sedikit kemaskini kecederaan, RVP yang terpaksa menimpa satu lagi episod malang dalam kerjayanya disahkan cergas untuk beraksi. Walaubagaimanapun, Fabregas tidak dapat turut serta dalam rombongan akibat penyakit harmstring. Tapi yang aku peliknya, Fabregas mengakui sudah berasa sakit seawal minit ke 15 jadi kenapa medic Arsenal tidak peka akan perkara ini juga di separuh masa kedua dia masih dibenarkan beraksi. Itu yang aku agak terkilan.Song, Walcott masih out menemani Fabianski dan Mael. Lagi berita sedih, Szczesny mungkin terpaksa melupakan 4-6 minggu aksi akibat jarinya yang terkehel. Kalau keadaan bertambah teruk dan perlukan pembedahan, ini mungkin bermakna tamat perjuangan Szczesny untuk musim ini. Buat masa ini segalaharapan diletakkan pada bahu siku dan tangan Almunia.Berdasarkan situasi sekarang, Wenger tidak menafikan sedang beruasa untuk membuat satu emergency loan bagi posisi penjaga gol kerana Manone masih lagi di Hull City hingga hujung musim.Kita juga ada lagi James Shea penjaga gol muda England.

Pertemuan menentang United aku harapkita kembali ke old system 4-4-2 melihat kepada kemampuan dan teknikal player yang ada.4-3-3 yang boleh transform ke 4-5-1 dan sebaliknya sudah lali dihadapi United. Fergie sudah cukup masak dengan taktikal Arsenal dan sering menurunkan barisan2 yang lebih kurang sama setiap kali bertemu Arsenal , iaitu compactkan midfield. Jadi Arsenal perlu menggunakan teknikal Nasri dan Arshavin sebaik mungkin bagi membuka ruang2 di sebelah wide area dan Van Persie serta Chamakh memberikan service dan dimensi yang berbeza.Wilshere menjadi enjin dan errr Denyboy perlu lebih agresif jika ingin mengisi kelompongan yang ditinggalkan Song.Gua bersemangat baru untuk Sabtu ini! Bagaikan Burung Phoenix bangkit dari abu, bangkit membina semula satu keindahan....~


Rabu, 9 Mac 2011

Post Match : Mimpi Eropah sampai di sini.


Aku pikirkan malam ini Barcelona sudah main bagus tapi rupa2nya mereka belum cukup bagus kerena terpaksa mendapat pertolongan pengadil yang entah siapa2 dan langsung tak konsisten. Bukan nak merungut atau apa tapi jika anda boleh melayangkan kad kuning sesuka hati atas satu sebab kesalahan minima yang boleh kaw tim-sepak bola lepas tiup wisel- yang under consideration, mengapa tidak ada kad kuning pada Abidal yang jelas mencekik RVP. Ini namanya ref tak pakai otak, takde common sense, takde pendirian, tak konsisten yang jelas hasilnya jelas mengacau game. Aku percaya kalau Collina masih ada dia hanya membulatkan mata dan memberi amaran. Walaubagaimanapun, kita terpaksa akur dan terima, jodoh kita dengan UCL hanya sampai di sini.

Pengadil adalah badut sepanjang malam,Van The Man :

 "I believe so. I think it had a big influence. It was a total joke, the sending off, because how can I hear his whistle with 95,000 people jumping up?It's just a joke. He's been bad all evening. He's been a joke all evening, whistling against us. I don't know why he's here tonight. I think it's a joke."


Tunggulah masanya esok lusa kerana RVP akan disiasat oleh UEFA dan penggantungannya bakal ditambah dibawa ke musim depan.Kita sudah sedia maklum tentang ini skrip lebih2 lagi anda membawa brand Arsenal.


Arsenal hadir ke Nou Camp dengan awal2 lagi Wenger berkata kita kena ada plan lain , satu yang disebutnya adalah bertahan. Kesebelasan memperlihatkan RVP dan Fabregas masuk straight walaupun baru lepas kecederaan Rosicky dan Diaby menggantikan Arshavin dan Song. Nampak kesebelasan yang bertahan? atas kertas bagi Wenger, tapi di atas padang bertahan memang bertahan, tapi sangat2 nampak goyah dan hanya menunggu masa bila2 sahaja Barca mampu mengoncangkan pertahanan.Kita bersusah payah bermatian sabar setiap kali possession berada di tangan mereka. Arsenal jelas di outplayed kerana setiap kali kita berjaya membuat interception atau break up play mereka tak sampai berap saat kita sudah kehilangan bola. Keluarnya Szczesny seawal  minit ke 16 seakan membawa petanda buruk Arsenal.

Kalau nak diceritakan separuh masa pertama semuanya bola berlegar di sebelah Arsenal, namun clear cut chance mereka berapa kerat la sangat. Pertahanan kita terutama Johan cermerlang membidas segala idea2 dari Xavi n co.Mereka kelihatan seperti Arsenal pada suatu ketika, Control ball tapi tak dapat apa2. Cuma Mereka mengoptimakan penggunaan full back mereka dalam Adriano dan Alvez jelas mengeksploitasi Sagna dan Clichy.Nasri terpaksa turun membuat segala kerja kotor. Rosicky tak terdaya. Diaby bukan Song.Sudah lah musim lepas kita menagih khidmatnya, kali ini ketiadaannya benar2 jelas membuatkan kita lebih merinduinya. Dengan tekanan dan bahang, Arsenal adakalanya cuba2 jugakla nak menyelinap masuk kubu mereka, tapi jelas sangkut.Hingga satu insiden di mana Wilsehere dijatuhkan dan terpaksa menerima rawatan, Primadona2 Barca terus cuba membuat provokasi dan menghasut pengadil bahawa ia satu dive. Aku rasa nak termuntah kerana berapa kali dibezakan mereka jatuh ditiup angin berbanding kita. Mascherano dan RVP saling berdebat suasana menjadi tegang pada ketika itu Abidal mencekik leher RVP.Teka? Panggilan untuk warning pun takdak! RVP yang masih baran , beberapa minit selepas itu terlibat sekali lagi dalam insiden menepis muka hodoh Alves. Itulah kad kuning pertamanya dan bolehlah masuk akal.

45 minit kita mengecewakan Barcelona dan mereka nampak frust tapi 5 minit masa tambahan kita tak mampu membendung apabila fokus tiba2 hilang. Fabregas apekejadahnya cuba bermain fancy di hadapan petak penalti ketika keadaan kelam kabut dikerumuni ramai pemain Barca.Backheelnya cuba mencari Wilshere tapi singgah ke Iniesta.Iniesta kepada Messi  dan gol.Arsenal sekali lagi dihukum oleh kesilapan2 yang tidak sepatutnya berlaku. Kita ke bilik persalinan dengan kekecewaan, mereka pula dengan keyakinan. Psikologi jelas di pihak mereka.

Separuh masa kedua Arsenal kini tahu kita tidak boleh terus main macam gitu. Giliran kita untuk mengejar game, susunan yang tadinya compact kini nampak terbuka.Barcelona memperlahankan tempo hanya menunggu untuk counter attack.Tak payah tunggu lama, minit ke 53 dapat corner , tak payah susah2 Sergio Biskut yang tolong score. Kedudukan 1-1 jelas Arsenal punyai kelebihan.Agregat masih mendahului, away gol pun dah dapat, Barca dah cuak kerana masa masih panjang dana kalau kita score sebijik lai dah boleh menyusahkan keadaan.Ketika itu ia bakal menyaksikan pertembungan sebenar 2 wajah  dan menguji karektar pasukan masing2 tapi sayang pengadil tak cukup sifat ini telah menghancurkan segala-galanya.RVP diperangkap offside yang sipi2 wisel dibunyikan, hanya dalam temppoh satu saat, RVP yang dalam situasi on the run menyepak bola tapi tersasar. Barulah kita tahu bukan semua pengadil  paham istilah inersia dan common sense. Sekolah ayam.

Bermula saat itu Arsenal telah dirompak , mental dan fizikal. Menhgarapkan 10 orang untuk berhadapan  pasukan selaju tempo Barca yang tengah desperate adalah permintaan yang tinggi. Ketika 10 orang dan kedudukan 1-1 yang berkelebihan kepada kita, secara peribadi aku merasakan Wenger sepatutnya memilih option untuk membawa masuk Eboue bagi menyimbangkan pertahanan dan serangan.Dia boleh kasi tambah steady defend kita dalam masa yang sama pace dan directness dia boleh membantu dalam counter attack walau tak selaju Theo. Tapi nampaknya Wenger lebih percayakan mitos fizikal Diaby yang terang2 bukan 100% Diaby berada di atas padang itu.Begitu juga jasad Rosicky. Ketika Barcelona serang bertalu2 guna Messi dan Xavi, Almunia sempatlah 2 3 kali menyelamatkan keadaan. Tapi tak lama sebelum Xavi jumpa lubang di celah2 defend kita mengikat agregat.Tak sempat Arsenal nak bernafas dan regroup balik Barca apat penalti yang disudahkan Messi, menyudahkan nasib Arsenal.

Barca memperlahankan tempo tapi masih dalam penguasaan, tiada orang yang boleh menaikkan semula mood pasukan, tiada leader yang boleh dipandang. Sampai tahap Fabregas terpaksa dikeluarkan dan lilitan armband diserahkan tidak lain tidak bukan, kepada Diaby.Arshavin dan Bendi dimasukkan namun tak boleh nak buat apa, kurang support mati akal.Hanya di minit2 akhir harapan seakan2 hampir menjelma.Wilshere melorongkan bola buat Bendi berjaya meloloskan diri tapi mascherano datang dari belakang. Kalaulah dia tidak teragak2 untuk terus placing jek bola tu, mau jadi rumah mayat nou camp masa tu sunyi sepi. Kalau la, semua boleh kalau kalau.Tamat perlawanan, Arsenal tersingkir, tersingkirnya kita di pusingan kedua kepada satu pasukan yang memang calon dan lebih baik dari kita malam ini. Sedikit twist nasib, sudah mengubah emosi kita. Well done kepada para pemain yang berjuang.

Arsenal tidak boleh pikir ke belakang lagi.Kerana di hadapan kita , United menunggu hujung minggu ini bagi saingan piala FA. Sudah aku katakan worst case scenario boleh berlaku, sediakan mental kita ketika pemain lagilah bermati matian menguatkan psikologi, mereka memerlukan semangat dari siapa lagi kalau bukan dari para penyokong sendiri.Arsenal kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada liga kerana ikut kepala Wenger dia memang lebih mengutamakannya. FA Cup mungkin hanya satu bonus,tapi bermati-matianlah kita melepasi halangan United minggu ini, maka bonus itu  boleh jadi desperate untuk dimiliki, siapa tahu.

Kita mungkin tersungkur 2 kali berturut2 di Nou Camp dalam saingan Eropah. Tapi kali ini, keluarnya kita secara lebih bermaruah. Mimpi Eropah kita musim ini mungkin berakhir namun masih ada baki impian musim ini mampu direalisasikan.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 8 Mac 2011

Let's hope it's not Gunner be another Messi day..


Kepulangan RVP suntik semangat!



Bersediakah kita berhadapan dengan Barcelona. Senarai berikut merupakan para pejuang Arsenal yang dipertaruhkan di Spanyol dalam mengejar misi yang mencabar. Kejutan bermakna apabila RVP tersenarai, diberikan lampu hijau lebih awal.Tambah keceriaan adalah penyertaan El Capitano yang dapat melangsaikan impiannya beraksi di stadium keramat idamannya sejak kecil.Fabregas kini 90% cergas dan sedikit lagi ujian diperlukan.Wilshere di sebalik cakap2 dan sembang2 berita kecederaannya, keluarkan sendiri di tweeternya, yang kini menjadi medium pemain memberi pandangan peribadi. Wilshere tweet 'aku boleh main la esok'.Bagaimanapun perisai kebal, ting tang ting tung Alexander Song terlepas peluang untuk beraksi di Nou Camp buat kali kedua berturut2. Satu tamparan buat Arsenal yang sudah merasa kesan keitiadaannya musim lepas.



Arsenal squad:
Manuel Almunia
Wojciech Szczesny
Johan Djourou
Gael Clichy
Emmanuel Eboue
Kieran Gibbs
Laurent Koscielny
Bacary Sagna
Sebastien Squillaci
Cesc Fabregas
Andrey Arshavin
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Samir Nasri
Abou Diaby
Denilson
Nicklas Bendtner
Marouane Chamakh
Robin van Persie




Jadi kita sudah lead dengan sebijik gol tapi perlu diingat barca ada 1 gol away yang boleh dicanang2 satu kampung. Yang penting kita sekarang jangan main macam pandir. Kunci keberhasilan untuk mendapatkan result awal pagi esok adalah bertahan. Kita tahu pertahanan kita tengah macam carcamarba terutama bila sebut tentang set pieces. Dengan ketiadaan Alex Song tugas kita makin sukar untuk mengekalkan disiplin terutama di bahagian holding midfield.Oleh itu penting agar kita menumpakan keberkesanan bertahan sebagai satu unit. Wenger dalam pre matchnya kata kita kena ada plan lain, iaitu bijak bertahan. Akhrinya dia mengaku jugak kepentingan variasi dalam berstartegi. DAlam dk bertahan tapi tetap tak lupa akar kita yakni serangan pantas, Barca akan frustrated dengan setiap possession mereka menemui jalan buntu maka ketika itu kita perlu pantas menghukum mereka lebih2 lagi dengan berita ketiadaan Tarzan cedera serta Pique yang digantung.

"We will have to [play another way] because it’s one of the few games where we will spend 60 per cent of the time defending,We have to fight against the pre-conceived ideas because the only way of thinking is that Arsenal cannot defend. I will just remind you that in the last seven games we have seven clean sheets in the Premier League, we have conceded less goals than Man United who have a very good defence. We prefer to attack that is for sure, but we can defend when we have to."
Gua yakin kita boleh buat kejutan.ditambah lagi kita bukan pasukan pilihan jadi beban di bahu dan kepala otak para pemain makin berkurang.


Ahad, 6 Mac 2011

Untuk kali ke berapa daa....

Nicklas Bendtner


Satu lagi malam yang geram.Geram melihat kita seringkali membazirkan peluang.Tidak terkira untuk berapa kali musim ini, setiap kali kita mengharapkan dapat merapatkan jurang atau mengambil kesempatan, harapan tidak kesampaian.Timbul persoalan adakah mentaliti pemain yang menjadi masalah, adakah mereka tidak boleh diberi tekanan? Melalui game sebentar tadi, tiada character yang benar2 mampu mengangkat keseluruhan team, muncul. Betapa kita terlalu memikirkan kehilangan Fabregas , RVP dan ada sebahagian daripada mereka yang turun tadi sekadar menumpang di pinggiran.

Wenger menurunkan barisan yang dijangka. Tetapi setelah melihat corak Sunderland yang hanya menunggu masa untuk counter, kita dilihat kerugian dalam menigsi dua orang holding midfielder dalam Denilson dan Diaby. Keduanya2 bergilir2 watak tenggelam timbul.Itu jugak bikin geram. Akhirnya kedua2 mereka dikeluarkan.Bendi jugak tak terlepas daripada pengularan, AWOL sepanjang separuh masa kedua. Setelah dapat hat-trick aku mengharapkan lebih darinya sebagai tonggak harapan mengisi kekosongan RVP.Terlalu lama di wide, dia sudah lupa cara lead the line mungkin. Kehadiran Chamakh mengubah sedikit rentak tapi di mana hilang Bendi selepas itu yang patut bergandingan atau tidak pun, menjadi focus point attacking kita.

Pengadil dan linesman , apakah pakatan mereka sebenarnya.Sekurang2nya 3 keputusan sarkas langsung tidak membantu, tidak memihak kepada Arshavin. Lontaran Clichy yang entah mana foulnya, tolakan badut Titus James Palani Bramble terhadap Arshavin yang terang2 lagi bersuluh menganggu keseimbangan pemain yang mempunyai pusat graviti rendah jadi masakan Arshavin boleh tergolek begitu sahaja, itupun linesman tak boleh nampak?! Dan satu larian Arshavin yang tidak sepatutnya offside. Aku kecewa, jiwaku merintih2 sama seperti wenger memanggil penggunaan teknologi video dan replay!!

Setiap kali lawan hadir ke Emirates, penjga gawang mereka mesti masuk hantu.Kalau dapat save bertalu2 keyakinan diri makin bertambah. Chamakh kurang bernasib baik tandukannya menggegar palang.Tapi Szczesny jugak menyelamatkan Arsenal dari pulang dengan tangan kosong cuma komunikasi antara dia dan Koscielny masih lagi dirgaui kadang2.

Sangat kecewa. Minta maaf atas segala luahan dan rintihan negatif ini. Hari yang penat. Berkejaran ingin melihat Arsenal beraksi tapi lack of urgency ternyata memakan diri. Wilshere sekali lagi tampak konsisten, aku suka jiwa dan semangatnya.Kita perlu lebih ramai pemain berjiwa sepertinya dan ada otak seperti Fabregas.Sayang, keadaan tidak mengizinkan Rambo dapat melakukan cameo. Nampak jugak kekecewaan di muka2 pemain setiap kali gerakan hinggalah ke wisel penamat serba tidak menjadi.Tak ada masa nak merungut,menyesal.Tiada guna. Nou Camp memanggil2.Sila jawab panggilan tersebut dengan nada yang lebih keras dan bersemangat!!Buat penyokong, kita berkemungkinan menghadapi worst case scenario dalam tempoh seminggu ini yang tak perlu aku sebutkan, tapi apa pun terjadi, pantang undur diri...


What A Waste

Ulasan Standard:
- xde luck
- reff bangang
- we've try our best
- in arsene we trust

Bowsan....


Sabtu, 5 Mac 2011

Pre match mini : Arsenal vs Sunderland.

Satu tindak balas pantas membawa kita mara ke suku akhir FA Cup.Hattrick dariBendi dan gol Camak boleh memnambah keyakinan diri yang diperlukan buat striker2 tersebut.Clichy pun sempat merakamkan gol kedua kerjayanya bersama Arsenal dengan cukup style.Dan kini Arsenal tidak perlu mengharapkan lagi ehsan pasukan2 lain terutama United kerana jika Arsenal menang ke semua baki perlawanan liga, kejuaraan sah milik kita. Tapi hanya 'Jika'. Jadi Arsenal perlu menunjukkan mereka sudah tidak lagi digelar Sang pelepas peluang, dengan bermulanya malam ini, 3 mata harus dipungut ketika bertemu Sunderland.

Theo, RVP ,Fabregas, Song masih lagi out. Berita positif adalah kepulangan Koscielny dan Aaron ramsey mungkan akan mendapat pe;uang cameo yang ditunggu2. Setelah beberapa kali berada di bangku simpanan tapi tak digunakan pada Januari lalu, dan kembali menjalani pinjaman ke Cardiff bagi meningkatkan ketajaman dan prestasi, Rambo dilihat sudah bersedia membuat kemunculan sulung kembali buat musim ini bersama Arsenal. Dengan jadual yang padat dan kecederaan, ini adalah masa yang sesuai.

----------------Szczesny------------------
Sagna--------Johan--------Kos--------Clichy
-------------Diaby----Denilson------------
----Nasri------Wilshere---------Arshavin---
=---------------Bendi---------------------

Astro 812 11pm. Arsenal 1 Sunderland 0.


Khamis, 3 Mac 2011

A ComeBack?


Rabu, 2 Mac 2011

Pre match : Arsenal vs Orient.

Malam ini adalah malam yang getir buat Arsenal. Walaupun masih terbayang2 insiden yang menconteng arang di muka seluruh warga Arsenal, sebelas orang pemain di atas padang yang mewarnai merah putih Arsenal di atas padang awal pagi nanti tidak boleh lagi terus rasa simpati terhadap diri sendiri atau terbawa2 dengan mood lampau. Dan kita sedia maklum antara 11 orang itu tidak tersenarai Walcott, Fabregas, Mael, Fabianski, terbaru..RVP Song. 2 watak penting Wembley juga tidak akan diturunkan, Szczesny memberi laluan kepada Almunia keeper FA, manakal Koscielny yang trauma teruk mengalami kecederaan.Aku percaya ia lebih kepada 'direhatkan'. Selain tanya berapa lama Arsenal perlu melalui saat genting tanpa kelibat mereka lebih baik kita tumpukan apa yang kita ada dan bagaimana kita mahu bertindak balas ke atas Leyton Orient. Belum masanya berfikir tentang Barcelona, Sunderland tanpa kelibat RVP, Walcott serta rakan2 dan jangan sesekali fikir tentang suku akhir bertemu United sebelum tiupan wisel penamat. Orient adalah kelab bawahan, terbaiknya kita sering termakan dengan label pasukan pilihan. Arsenal perlu berpijak di bumi yang nyata, fokus dan layan semua lawan dengan keadilan dan profesional.Targetnya satu, memasukkan bola ke dalam gawang lawan tidak kira bagaimana caranya, jikalau aysik nak menggolekkan bola melepasi garisan kita tak lepas2, maka gunakan plan lain.Sudah tiba masanya Arsenal perlu lebih versatile.

Kecederaaan Van The Man harus membangkitkan moral Chamakh dan Bendi.Tapi bukan di bahu mereka sahaja tergalas cabaran.Lupakanlah Piala Liga. Bukan jodoh. Pemain perlu brefikir, kalau menang sekalipun, adakah kita akan berpuas hati untuk musim ini, mungkin hanya akan melenyapkan hype2 yang dikatakan kemarau 6 tahun, -senario itu yang membuatkan piala itu tiba2 menjadi sangat penting.Bukan aku cakap tidak penting, tapi Ada lagi Objektif yang lebih penting.Apa yang penting adalah..arghh aku sudah pening kerana banyak sangat perkataan penting. Apa yang mustahak ialah Kita ingat perjuangan sebagai satu unit.Menang bersama, kalah bersama. Dan tanpa orang perseorangan individu key2 player yang tiba2 terkorban di saat2 genting ini, semua player harus step up dan naik gear. Oleh itu dari satu match tambahan yang dikatakan menambah beban, ia menjadi medan terbaik untuk kita menguji pelepasan dari suatu hangover, kerana jika terus ke perlawanan liga yang tempohnya seminggu selepas final, makin lama masa yang diambil, makin teringat2lah setiap player akan malam yang malang. Terimakaih kepada Orient kerana sudi hadir ke Emirates.

Tapi Arsenal perlu berhati2, jika terlalu overkonfiden , boleh memakan diri dan kekecewaan berganda serta kritikan kutukan bertali arus pasti memancut2.Penjaring gol mereka si Teh O beng itu terselamat dari migrain dan diberi lampu hijau untuk beraksi. Mereka dilihat dalam form baik sekarang, tidak pernah tewas dalam 13 perlawanan.Kualiti pertahanan mereka menjadi kunci, defends deeply sambil berdisplin tunggu ruang2 kesilapan pihak lawan, baru mereka eksploitasi. Arsenal setiap kali bertemu pasukan liga bawahan musim ini semacam struggle siket, Namun halaman sendiri menjadi medan terbaik dan pembakar semangat. Jadal padat tetapi 2 game home selepas tragedi Wembley diharap dapat mengembalikan jiwa dan naluri para pemain.

Diaby yang direhatkan dari cup final mungkin diberi peluang kembali malam ini setelah lagak sumbangnya di St James park. Berita Rambo kembali pun suam2 kuku, tapi kalau nampak di bangku simpanan pun dah kira ok. Aku tak kisah kalau Ignasi Miquel diberikan 1 shot sekali lagi.Sama ada Johan atau Laci mengemudi belum pasti tapi mengenali Wenger, dia akan merehatkan Johan.
Bahagian serangan akan diketuai Bendi. Kekeratifan Nasri dan magic touch Arshavin ditagih untuk membuka lubang2 cacaing yang ditinggalkan Orient. Sementara konsistensi Jack adalah pemacu box to box bagi Arsenal.

-----------------Almunia------------------
Eboue-------nasi------Laci----------Gibbs
------------Diaby-----Denilson-------------
-----Nasri-------Wilshere--------Arshavin-
-----------------Bendi-------------------

Kita mungkin tewas Ahad lalu tetapi kita belum musnah.kita boleh juga tewas hari ini kepada pasukan liga bawahan tapi kita belum pernah.Kita impikan menang tapi bukan senang. Sudahkan peluang, selamat berjuang! COYG!!!!

Astro ESPN 3:40 Am . Arsenal 2- Orient 0.


Selasa, 1 Mac 2011

Don’t brag about cash when we’re potless

Dengar ape lagenda Arsenal nak kecek..
- IAN WRIGHT -
"
I've been on about this for a while now. One or two Arsenal fans say I am no longer their hero because they think I am criticising the club when I talk about the club's lack of spending.

Paul Merson gets it in the neck from supporters as well. 

I am just saying the likes of Cesc Fabregas, Theo Walcott, Robin van Persie and Jack Wilshere need some help. And when key players are missing, as they are now, I am not sure there is enough in reserve.
Arsenal paid the price for failing to deal with the massive occasion. 

This set of players are used to playing in big games - yet there is a difference between big Premier League matches and a cup final.
"

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/3438376/Ian-Wright-asks-how-can-Arsenal-brag-about-cash-when-theyre-still-potless.html