Malam ini adalah malam yang getir buat Arsenal. Walaupun masih terbayang2 insiden yang menconteng arang di muka seluruh warga Arsenal, sebelas orang pemain di atas padang yang mewarnai merah putih Arsenal di atas padang awal pagi nanti tidak boleh lagi terus rasa simpati terhadap diri sendiri atau terbawa2 dengan mood lampau. Dan kita sedia maklum antara 11 orang itu tidak tersenarai Walcott, Fabregas, Mael, Fabianski, terbaru..RVP Song. 2 watak penting Wembley juga tidak akan diturunkan, Szczesny memberi laluan kepada Almunia keeper FA, manakal Koscielny yang trauma teruk mengalami kecederaan.Aku percaya ia lebih kepada 'direhatkan'. Selain tanya berapa lama Arsenal perlu melalui saat genting tanpa kelibat mereka lebih baik kita tumpukan apa yang kita ada dan bagaimana kita mahu bertindak balas ke atas Leyton Orient. Belum masanya berfikir tentang Barcelona, Sunderland tanpa kelibat RVP, Walcott serta rakan2 dan jangan sesekali fikir tentang suku akhir bertemu United sebelum tiupan wisel penamat. Orient adalah kelab bawahan, terbaiknya kita sering termakan dengan label pasukan pilihan. Arsenal perlu berpijak di bumi yang nyata, fokus dan layan semua lawan dengan keadilan dan profesional.Targetnya satu, memasukkan bola ke dalam gawang lawan tidak kira bagaimana caranya, jikalau aysik nak menggolekkan bola melepasi garisan kita tak lepas2, maka gunakan plan lain.Sudah tiba masanya Arsenal perlu lebih versatile.
Kecederaaan Van The Man harus membangkitkan moral Chamakh dan Bendi.Tapi bukan di bahu mereka sahaja tergalas cabaran.Lupakanlah Piala Liga. Bukan jodoh. Pemain perlu brefikir, kalau menang sekalipun, adakah kita akan berpuas hati untuk musim ini, mungkin hanya akan melenyapkan hype2 yang dikatakan kemarau 6 tahun, -senario itu yang membuatkan piala itu tiba2 menjadi sangat penting.Bukan aku cakap tidak penting, tapi Ada lagi Objektif yang lebih penting.Apa yang penting adalah..arghh aku sudah pening kerana banyak sangat perkataan penting. Apa yang mustahak ialah Kita ingat perjuangan sebagai satu unit.Menang bersama, kalah bersama. Dan tanpa orang perseorangan individu key2 player yang tiba2 terkorban di saat2 genting ini, semua player harus step up dan naik gear. Oleh itu dari satu match tambahan yang dikatakan menambah beban, ia menjadi medan terbaik untuk kita menguji pelepasan dari suatu hangover, kerana jika terus ke perlawanan liga yang tempohnya seminggu selepas final, makin lama masa yang diambil, makin teringat2lah setiap player akan malam yang malang. Terimakaih kepada Orient kerana sudi hadir ke Emirates.
Tapi Arsenal perlu berhati2, jika terlalu overkonfiden , boleh memakan diri dan kekecewaan berganda serta kritikan kutukan bertali arus pasti memancut2.Penjaring gol mereka si Teh O beng itu terselamat dari migrain dan diberi lampu hijau untuk beraksi. Mereka dilihat dalam form baik sekarang, tidak pernah tewas dalam 13 perlawanan.Kualiti pertahanan mereka menjadi kunci, defends deeply sambil berdisplin tunggu ruang2 kesilapan pihak lawan, baru mereka eksploitasi. Arsenal setiap kali bertemu pasukan liga bawahan musim ini semacam struggle siket, Namun halaman sendiri menjadi medan terbaik dan pembakar semangat. Jadal padat tetapi 2 game home selepas tragedi Wembley diharap dapat mengembalikan jiwa dan naluri para pemain.
Diaby yang direhatkan dari cup final mungkin diberi peluang kembali malam ini setelah lagak sumbangnya di St James park. Berita Rambo kembali pun suam2 kuku, tapi kalau nampak di bangku simpanan pun dah kira ok. Aku tak kisah kalau Ignasi Miquel diberikan 1 shot sekali lagi.Sama ada Johan atau Laci mengemudi belum pasti tapi mengenali Wenger, dia akan merehatkan Johan.
Bahagian serangan akan diketuai Bendi. Kekeratifan Nasri dan magic touch Arshavin ditagih untuk membuka lubang2 cacaing yang ditinggalkan Orient. Sementara konsistensi Jack adalah pemacu box to box bagi Arsenal.
-----------------Almunia------------------
Eboue-------nasi------Laci----------Gibbs
------------Diaby-----Denilson-------------
-----Nasri-------Wilshere--------Arshavin-
-----------------Bendi-------------------
Kita mungkin tewas Ahad lalu tetapi kita belum musnah.kita boleh juga tewas hari ini kepada pasukan liga bawahan tapi kita belum pernah.Kita impikan menang tapi bukan senang. Sudahkan peluang, selamat berjuang! COYG!!!!
Astro ESPN 3:40 Am . Arsenal 2- Orient 0.
Rabu, 2 Mac 2011
Pre match : Arsenal vs Orient.
9:28 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan